Jemput Sertai Blog Saya ;)

Selasa, 23 April 2013

Outing Kuala Lumpur: Stail Bajet (Bahagian Dua)

Outing Kuala Lumpur: Stail Bajet (Bahagian Satu)

Menyusul dari entri lepas, Outing Kuala Lumpur: Stail Bajet (Bahagian Satu), entri kali ni saya akan menerangkan lagi beberapa lokasi bajet yang menarik di sekitar Kuala Lumpur. Bagi mereka yang belum mengikuti bahagian satu, sila klik link di atas. 

  • Istana Budaya
 Jangan ingat Istana Budaya ni tempat untuk orang-orang kaya je. Yang bajet murah pon boleh. Saya kata macam tu sebab kadang-kadang ada pertujukan percuma yang diadakan di Istana Budaya. Kena rajin-rajin cek dan peka dengan iklan. Hari tu kami  menonton Eksperimen Orkestra yang dianjurkan oleh beberapa kolej swasta di Malaysia. Eksperimen ini bertujuan untuk memperkenalkan satu seni baru iaitu penceritaan sesuatu jalan cerita melalui simfoni orkestra. Memang bunyi tapak kaki, bunyi pintu dan bunyi-bunyi lain dihasilkan melalui alat-alat muzik tu. Diselitkan juga pelbagai unsur seperti unsur suspen.

Itu konduktor dia.

Alunan cerita dimainkan. 

Selain daripada Istana Budaya, terdapat jugak pelbagai lokasi lain seperti Panggung Bandaraya Kuala Lumpur dan ASWARA yang mengadakan persembahan teater dan sebagainya dengan kadar bayaran berpatutan serendah lima ringgit. Kalau ingin tahu persembahan yang ditayangkan dari masa ke semasa, boleh like facebook Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara https://www.facebook.com/mysenibudaya.


  • Taman Tasik Titiwangsa

Selain daripada Taman Botani Tasik Perdana sebagai kawasan rehlah seisi keluarga, Kuala Lumpur juga menawarkan Taman Tasik Titiwangsa. Kedua-dua Taman ni mempunyai konsep yang berbeza, jangan ingat sama ja. Nak tau apa yang membezakan Taman Tasik Titiwangsa dengan Taman Botani Tasik Perdana, jom layan.

Sumber gambar: www.virtualtourist.com. Taman Tasik Titiwangsa berlatarbelakangkan skyline Kuala Lumpur termasuk KLCC
Sumber gambar: saidah79.blogspot.com. Aktiviti air (pedal boat)
 Selain daripada pedal boat, terdapat aktivit air yang lain seperti canoe. Bayarannya ialah RM3.00 selama setengah jam bagi setiap satu canoe atau pedal boat. Kalau sejam, baru RM6.00. Bukan untuk seorang, tapi untuk satu pedal boat atau canoe tu. Murah kan??

Sumber gambar: kltraffic.blogspot.com. Aktiviti menaiki kereta kuda.
Rekreasi berkuda di Taman Tasik Titiwangsa menawarkan aktiviti menunggang kuda atau menaiki kereta kuda. Bayaran untuk menaiki kereta kuda bagi dewasa ialah RM1.00/satu pusingan dan RM0.50/satu pusingan bagi kanak-kanak. Manakala aktiviti menunggang kuda dikenakan bayaran sebanyak RM1.50/satu pusingan bagi dewasa dan RM1.00/satu pusingan bagi kanak-kanak. Murah ! Dan perlu diingatkan aktivit berkuda ni hanya beroperasi pada hari minggu dan hari cuti awam sahaja. 

Jadi dah tau apa beza Taman Botani Tasik Perdana dan Taman Tasik Titiwangsa? Keistimewaan Taman Botani Tasik Perdana lebih kepada spesies-spesies tumbuhan dan haiwan yang menarik, manakala Taman Tasik Titiwangsa menawarkan aktiviti-aktiviti riadah seperti berkuda dan aktiviti air. Sejak Taman Tasik Perdana dinaik taraf ke Taman Botani Tasik Perdana, perkhidmatan aktiviti air telah ditamatkan. Pakcik rumah bot tu sendiri yang cakap katku okeh. Jangan ingat aku mereka-reka cerita pulak. Hihi. =p. Tambahan lagi, Taman Botani Tasik Perdana tidak menyediakan aktiviti berkuda bagi orang awam.

Kesimpulannya Taman Tasik Titiwangsa dan Taman Botani Tasik Perdana memang sesuai dijadikan pusat rehlah seisi keluarga. Selain menawarkan bayaran yang sangat murah, kepuasannya juga terjamin kerana keindahan taman dan landskapnya yang memukau.

 Di sini juga saya ingin kongsikan beberapa gambar sekitar outing di KL tempoh hari.

The Troika, kondo mewah yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Tengah tafsir apa tu.. Hihi..

Drama: Satu Petang di Bandaraya Kuala Lumpur

Strike a pose. Kat Maju Junction kat Jalan TAR.
Okey. Sekian ini sahaja untuk entri kali ni. Semoga dapat dijadikan panduan yang berguna untuk anda bersama rakan atau keluarga bercuti secara bajet di Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan