Jom kita layan pasal Pulau Payar pulak. Aktiviti ini dilakukan pada hari kedua kami di Langkawi. Sebenarnya ada cerita kenapa beria sangat nak pergi Pulau Payar ni. Sebelum ni pernah terdengar Koh Lipe. Tempatnya memang cantik dan tak jauh daripada Langkawi, sejam perjalanan dengan bot laju, dan aku ni teringin nak snorkeling lagi dan main dengan ikan tapi bila research pasal bajet untuk Koh Lipe, banyak nye la nak pakai duit, dalam RM600 seorang minimum. Duit banyak lagi benda lain nak pakai. Pastu fikir alternatif lain yang lagi murah dan cantik macam Koh Lipe, research pasal pulau-pulau kat belah pantai timur semenanjung Malaysia. So, bajetnya dalam RM500. Still fikir macam mahalnya RM500 untuk seorang sebab kalau pergi Langkawi, RM500 dah boleh tanggung dua orang. Pastu teringat Langkawi ada Pulau Payar. YESS!! Terus decide pergi Langkawi dan Pulau Payar semestinya ada dalam itinerary. Bila dapat pergi Pulau Payar ni, seolah-olah dapat pergi dan merasai Koh Lipe, Langkawi, dan pulau-pulau kat belah pantai timur semenanjung sekali gus! Tambah-tambah pulak di Langkawi ni lagi banyak aktiviti yang boleh dibuat. Berbaloi kan? Woohoo!!
Pakej ni kami book di tempat penginapan kami, Amzar Motel, Pantai Cenang, dengan harga RM85 seorang. Pakej ni termasuk semua sekali la, pengangkutan, makanan, bayaran taman laut, dan snorkeling gear. Untuk Pulau Payar ni ada dua pakej. Yang pertama Snorkeling Package. Pakej ni kita lepak-lepak di pantai dan snorkeling di dalam kawasan yang dikhaskan. Yang keduanya pakej Coral Island. Pakej ni pula, pengunjung lepak-lepak di atas platform terapung di tengah laut. Di bawah platform ni ada aquarium chamber yang pengunjung boleh masuk untuk melihat hidupan di dasar laut. Pakej coral island ni pon rasanya ada snorkeling juga dan boleh pergi lepak pantai jugak, cumanya kena berenang la pergi pantai. Anyways, pakej snorkeling lagi murah daripada pakej Coral Island. Kedua-dua lokasi bagi pakej ini ialah di Pulau Payar.
Pada jam 8 pagi, bas persiaran akan mula mengambil para pelanggan di tempat penginapan masing-masing. Haritu semangat sampaikan pukul 7 pagi dah siap dah dan keluar cari breakfast kat area Pantai Cenang. Dalam satu entri nanti saya akan buat reveiw juga pasal breakfast kami sebelum pergi Pulau Payar ni. Dah sudah breakfast, tunggu bas datang pick up. Paling lama berhenti tunggu orang kat Meritus Pelangi Beach Resort and Spa. Ramai gak yang naik daripada hotel ni. Hotel mahal tu.. time dorang naik bas dalam hati dok kata, kayanya dorang ni, bilik paling murah pon satu malam dah RM700. Besnya kalau satu hari nanti boleh dapat duduk hotel cantik dan mahal macam tu.. Ok, back to reality. Dah pick up semuanya, bas menuju ke jeti Kuah.
Keadaan di dalam bas persiaran yang datang mengambil para pengunjung. Selesa ada ekon dan seat empuk. |
Model kita menyambut kedatangan semua pelancong.. Keseronokkan menanti anda di hadapan.. SELAMAT DATANG KE PULAU PAYAR MARINE PARK ! |
Pon sibuk nak masuk gambar kan? Hihi |
Waktu untuk bermandi-manda. Bertebaranlah kamu. Cuaca panas tol tapi bila masuk dalam air rasa sejuknya air ni.
Tiba waktu makan! Kembali ke darat. |
Lepas makan, sapu balik sunscreen sebelom kembali ke dalam air. Sunscreen sebenanrya memang kena sapu berulang-ulang kali terutamanya bila dah lama sangat dalam air. |
Tengok ada banyak ikan kat kawasan cetek ni. Bagi yang takut nak berenang atau snorkeling boleh main ikan kat kawasan ni je. Bukan main banyak yang datang. Besar-besar pon ada. |
Main-main dengan ikan. Bes kan. Air dia jernih. Ikan pon rileks je tak takut dengan orang. |
Ikan feveret aku ialah yang besar yang ada jalur-jalur biru tu ! First time nampak ikan macam tu. Amazing ! |
Penat-penat boleh baring rehat kat sini. Sambil menikmati keindahan alam. |
Hmmm hmmm mmmmmmmm. Ekslusif daripada Pulau Payar. |
A big swimming pool ! Woohoo! Dont u ever have a wish to be here? |
On the way nak naik bot balik ke platform sempat ambil foto ni. Ikan yang dalam air tu nampak macam bersinar-sinar pada masa tu. Menarik ! |
Seronok kan?
Take your time please baca perenggan berjela-jela kat bawah ni. Banyak tips dan info diberikan :)
Pengalaman snorkeling dan bergembira di Pulau Payar ni tidak kurang hebatnya. Betul-betul marvelous. Walaupon ombak pada haritu agak kuat, tapi masih lagi boleh snorkeling. Orang lain yang datang snorkeling pon boleh buat. Selain tu, daya tarikan kat Pulau Payar ni anda akan dapat berenang dengan Baby Shark. Tak tau la orang lain jumpa ke tak, tapi aku jumpa masa snorkeling. Yay!! Berenang dekat dengan Baby Shark. Tak yah takut. They dont harm us. As long as you tak feed them. Bagi yang takde waterpfroof case for ipad, iphone, galaxy note, orang travel agent yang kasi briefing tu dia kata dia ada jual waterproof case. Selain tu, mungkin disebabkan ombak pada haritu kuat, kawasan belah-belah tepi agak cloudy la airnya bila snorkeling, kawasan belah tengah clear.
Kemudahan seperti kemudahan tandas, bilik mandi, dan tempat menyalin pakaian ada disediakan di dalam bilik air. Tapi harus tahu air yang digunakan ialah air laut. Sekadar nak cuci daripada pasir-pasir boleh la. Bangsal jual makanan ringan seperti keropok pon ada jugak tapi tak taula harganya macam mana. Sah-sah mahal. Kalau rasa makanan tu tak cukup, baik bawak makanan dan minuman sendiri je. Cuaca memang panas. Dinasihatkan bawak la air mineral secukupnya. Lagi satu, dari segi pengamatan aku, kawasan di sekitar luar tandas tu agak hancing la bau dia dan bau kurang menyenangkan. Pastu nampak air mengalir keluar daripada paip yang bersambung dengan tandas mengalir ke dalam laut. Kat tepi-tepi batu pon nampak macam air dia berbuih-buih dan air agak kotor sedikit. Memang tak disaranla mandi mandi di kawasan tu. Tapi haritu macam ramai pulak pergi mandi situ sebab ada pokok yang meneduhkan air laut kat situ. Dorang ni tak perasan kot yang belakang dorang tu macam saliran longkang. Tak taula itu memang macam saliran air buangan ke apa but bau kat situ memang agak kurang menyenangkan dan bau hancing. Tantah ada yang ramai-ramai pakat kencing kat situ tak??
Macam tula sedikit sebanyak keadaan di Pulau Payar. Kami sampai pada jalm 11.00 pagi dan anda diberi masa sehingga jam 3.00 petang untuk bergembira di Pulau Payar ini. Tapi pukul 2.00 petang elok la siap-siapkan diri sebab orang ramai dan kalau nk guna tandas, tandas tu kecik je. Pada jam 3.00 petang pengunjung perlu kembali semula ke platform. Jaket keselamatan akan diserahkan semula di sini dan kemudian terus menaiki menaiki feri untuk pulang ke Jeti Kuah. Lagi satu, aku sarankan elok kalau bawa baju untuk salin baju basah kita. Pada mulanya aku pon ingat pakaian basah ni akan kering macam tu je but, NO NO NO. Lagi lagi, kita akan bertolak pulang dengan menaiki feri. Walaupon aku pakai kain material yang cepat kering, tapi belah-belah dalam ni lambat kering la. Lainla kalau pergi island hopping naik speed boat yang open air style tu. Sah-sah boleh kering. Tapi ni feri. Seat dia kusyen dan berhawa dingin, bukan open air style. Sangat-sangatla tak selesa bila dalam keadaan macam tu. Rasa basah dan datal-gatal. Jadi dinasihatkan bawa la sepasang pakaian untuk ditukar sebelum menaiki feri pulang ke Kuah. Demi keselesaan anda!
Pada jam 4.00 petang feri tiba di jeti Kuah, dan para pengunjung dikumpulkan sekali lagi mengikut kumpulan masing-masing untuk menaiki bas persiaran yang telah dikhaskan untuk dihantar pulang ke tempat penginapan masing-masing. Bas ni pon bas yang sama macam yang hantar ke jeti Kuah. So kalau baju basah atau lembap, memang sangat-sangatla tak selesa. Jam 5.00 petang, kami selamat sampai di Amzar Motel dengan 1001 memori dan pengalaman berharga ;)
Thank you kerana baca sampai ke akhirnya. Nantikan entri yang seterusnya mengenai pengalaman dan tips ketika berkunjung ke Kereta Kabel, review tentang tempat makan kami yang murah tapi sumpah sedap dan sangat memuaskan hati, dan review mengenai tempat penginapan kami, Amzar Motel. Stay tune! :)
Entri seterusnya: Bhgn 5 Percutian Bajet Naturally Magical Langkawi: Kereta Kabel dan Oriental Village
untuk ke pulau payar ni, better book awal ke tak pyh eh? ke mmg sampai sama baru boleh book?
BalasPadambetter sampai sane baru beli. kalau beli booking kat websites, harganya mahal. baik sampai sana baru beli. boleh tawar menawar dan cari harga yg paling murah. jgn risau. ada ja benda tu. tp bila dh sampai sana, belila sebelum malam. sebab masa saya beli dulu, orang tu suruh konfemkan dan beli sebelum jam 8 mlm sebelum saya pergi pulau payar keesokkan harinya.
Padamsaudara...camne saya nak beli/book tiket ke pulau paya..coz x de no contact agen?tq
BalasPadamsy tak pre-book pakej pulau payar. sy book on the spot masa sampai di langkawi dgn hotel yg sy menginap iaitu di amzar motel. tp masa saya jalan2 di cenang, sy ada jumpa kedai yang jual pakej pulau payar dgn harga yg murah. utk keterangan lebih lanjut, cik boleh baca di entri yg ni yaa.. ;) http://ofadzlan.blogspot.com/2014/03/bhgn-3-percutian-bajet-naturally.html
Padamada no caontact agent x?
BalasPadamno contact agen tu boleh la didapati di entri yang ni.. ;) http://ofadzlan.blogspot.com/2014/03/bhgn-3-percutian-bajet-naturally.html cik scroll ke bawah sekali ya, gambar yg bawah sekali, ada contact number.
PadamThank you so much utk semuaaaaaa ni. Really appreacite it! Terus rasa tak sabar nak ke Pulau Payar weekends ni. & you are right, patutnya sampai sana baru book snorkelling tu. Saya dah tempah online awal siap2, mahal bebenor bila baca review2 orang ni :(
BalasPadamsama-sama.. takpela.. dh beli dh pon kan. yang penting,, enjoyyyy!!
PadamX jumpe pon contact no agen pulau payar tu. Bole x tlg letak no contact n nama agen tu kt ruangan komen. T.ksh byk ye
BalasPadamwahhhh thxxx for the nice info..
BalasPadamAmbil mse bpe hari bercuti kat langkawi?
BalasPadamPakej tu booking kat mne?
BalasPadammmg tgh plan nk bercuti. review ni sangat membantu. murah. tq..
BalasPadambapak murah nyer!! aku kne kt airport rm300 for 2 adult!! last dec 2014. excited sgt n trmkn pjuk rayu agent ckp die bg harge provider la x ambik komisen la. aku tgk price mcm on9 rate so aku on jela ,hurm.. bln 3 ni nk pg lg !! nk no agent tu leyh??
BalasPadamTQ....
BalasPadamSaya & family ambil pakej Coral Island yg duduk atas pelantar tu. Mmg best! Tak crowded mcm kat pantai. Tempat rehat yg selesa, snorkeling yg best sbb tgh laut lagi byk ikan! Dah puas snorkeling, after buffet lunch yg mcm hotel, kami dibawa ke pantai dgn bot. Spend 1 jam situ. Lepas tu naik bot lain yg lantai dia ada kaca, dibawa tgok batu karang di sekitar situ. Mmg best!
BalasPadamSaya suggest kalau nak ke Pulau Payar ambik la pakej Coral Island tu.. walaupun bayar mahal sikit, kita puashati.
hari tu cik amik dgn agent mana n berapa harga pakej ? nt tinggalkan kontek number. tq
Padamhari tu cik amik dgn agent mana n berapa harga pakej ? nt tinggalkan kontek number. tq
Padamsekarang sy tgk pakej rm150 utk adult online..ada lagi ke pakej yg murah klau ambk on the spot??lagi satu sy ada gear sendiri..boleh dapat murah?
BalasPadam