Jemput Sertai Blog Saya ;)

Isnin, 31 Mac 2014

Bhgn 7 Percutian Bajet Naturally Magical Langkawi: Review Penginapan Bajet dan Chalet Murah, Amzar Motel.










Bhgn 9: Percutian Bajet Naturally Magical Langkawi: Penutup, Itinerary, dan Senarai Bajet Percutian Murah!


Untuk entri kali ni aku nak buat review mengenai tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam di Langkawi. Setelah aku buat research pasal tempat-tempat penginapan di kawasan Pantai Cenang ni, aku putuskan untuk menginap di tempat penginapan bajet, Amzar Motel. Ada banyak jenis bilik yang ditawarkan dan kami memilih untuk menginap di chalet mereka yang berhawa dingin berharga RM45 semalam. Depositnya ialah RM50. Kalau semua ok, full deposit akan dikembalikan selepas checkout. Lokasinya di Jalan Pantai Cenang. Jika dari Pantai Tengah, Amzar Motel ni terletak di sebelah kanan anda, beberapa meter selepas AB Motel. Sebenarnya memang dah plan lama nak duduk chalet harga RM45 ni, tapi susahnya lah nak reach dorang untuk book chalet ni. Call tak berjawab, mesej apatah lagi. So, pada hari kami pergi Langkawi tu tawakal jela pergi tanya terus kat sana dan siap sedia untuk redha sekali untuk lari daripada bajet kalau penuh. Bila dah sampai nasib baik chalet yang kami nak tu ada kosong. Nampak macam penuh je chalet-chalet nya dan aku rasa chalet yang kami dapat tu the last one left kot. Huhu. Jiran-jiran kami pula semuanya warga asing.


Suasana di perkarangan chalet Amzar Motel. Posing oleh Encik Demak, motor sewa kami yang setia bersama kami menjelajahi Langkawi selama 3 hari 2 malam .

Kat sini ada banyak jenis yang berlainan harga. Di hadapan chalet kami ni ada satu bangunan yang menawarkan jenis bilik yang berbeza dengan chalet yang kami inapi.







Chalet di Amzar Motel yang kami duduki ni ialah jenis penginapan bajet. Kami tak letak high expectation sangat pon lebih-lebih lagi dengan penginapan bajet kat Malaysia ni. Dengan itu kami decide untuk duduk di Amzar Motel ni sebab dah alang-alang standard bajet tu, baik duduk yang harga RM45 ni dan tak letak high expectation. Penginapan bajet kat Langkawi ni yang berhawa dingin rata-rata dalam lingkungan RM60 ke RM80. Pernah kami duduk motel bajet kat Pantai Cenang, waktu low season, harga RM80 tapi standard macam tut tuttt. Teruk. Tempat-tempat penginapan bajet berhawa dingin kat Pantai Cenang ni pon sama ja. Selekeh-selekeh macam tu la. So, baik kami ambil yang paling rendah je RM45 kat Amzar Motel ni.

Jauh beza dengan negara jiran kita seperti Thailand dan Indonesia, mahupun China sekali pon. Tempat-tempat penginapan bajet mereka boleh didapati dengan harga serendah RM60 tapi kualitinya sangat bagus, selesa, kemas, dan bukan style selekeh main tangkap muat je macam kat Malaysia ni. Kat Malaysia ni kalau nak sedap, bajetnya yang dalam RM150 la satu malam. Setakat RM60 ke RM80 ni, jangan harapla. Bukan nak memburukkan, bukan tak patriotisme, bukan nak salahkan kerajaan, tapi itulah realitiya. Harap kerajaan dapat tangani la masalah ni dan pantau standard tempat penginapan bajet. Lagi-lagi di Langkawi ni. Malu rasanya. No wonder ada review teruk-teruk daripada warga asing pasal tempat penginapan bajet di Malaysia ni. Mungkin dorang dah selalu dapat tempat penginapan bajet kat luar Malaysia yang lagi bagus servis dan perkhidmatannya dengan harga yang sama di Malaysia. Anyways, dari segi pengamatan aku, motel berhawa dingin terbaik di Pantai Cenang dengan harga serendah RM80 ialah AB Motel. Tapi demi menjayakan misi percutian RM500/ 2 orang beserta aktiviti Pulau Payar, kami pilih untuk menginap di Amzar Motel.

Anyways bagi yang backpackers atau tak kekwat sangat dan sama taraf dengannya, bolehla duduk kat sini. Walaupon chalet yang kami duduki ni taraf bajet style Malaysia, tapi ada kebaikkannya juga. Walaupon receptionist kami pada haritu agak kurang mesra, tapi dia buat kerja cepat. Lepas selesai, ada pekerja lain yang iringi kami ke chalet. Siap bukakan pintu lagi. Hihi. Dalamnya teratur kemas, tapi lantainya agak berpasir. Jom baca review bergambar pula.


Setiap bilik dibekalkan dengan dua helai tuala, sehelai selimut besar, satu gulung tisu tandas dan dua buku kecil sabun mandi. Kalau rasa tak cukup selimut, sila bawa sendiri sebab ekonnya sejukkkkkk.

Polisi check out. Sila take note. Lambat kena denda.

Dalaman chalet berhawa dingin di Amzar Motel. Ada almari, televisyen, dua plug eletrik, satu queen size bed dan dua bantal. Yang bagusnya, bantal dan tilamnya selesa betul. TV nya walaupon ada channel TV1, TV2, dan TV3 ja, tapi paparannya clear. Terbaik ! Bagi aku kualiti tilam dan bantal tu la yang paling penting kalau pergi bercuti. Lagipon tempat penginapan ni jadi macam tempat persinggahan je. Kebanyakkan masa diluangkan di luar. Pagi-pagi dah blah, lewat petang atau malam baru la balik. So bagi kami tak perlulah penginapan yang terlalu fancy, orang bujang je pon, yang penting tilam dan bantalnya selesa dalam pada masa yang sama redha jelah dengan standard penginapan bajet kat Malaysia ni.

Sinki dihadapan bilik air. Dalam bilik air ada shower tapi tiada air panas. Tekanan air agak lemah tapi bolehla, tak teruk sangat. Puas jugak mandi.


Arah kiblat juga turut dipaparkan. Walaupun bajet, tapi masih ada ruang lagi untuk solat dengan selesa. Saiz chalet ni beserta attached bathroom ialah 10 kaki x 14 kaki. Sejadah tidak dibekalkan, jadi tanggungkjawab sendiri lah ya bawa.

Iron dan iron board turut disediakan di perkarangan chalet.

Air sejuk dan air panas pon ada. Mesin ni berfungsi dengan baik. Kami refill air kat sini je. Jimat duit beli air. Hihi. Langkawi panas. Memang kena selalu bawa air minuman time berjalan.

Sepanjang kami tidur kat sini, memang tiada masalah la dengan kualiti tidur kami. Nyamuk pon tiada tapi dinasihatkan pada awal pagi dan senja, tutup pintu rapat-rapat. Nanti nyamuk masuk. Lagi, pintu chalet kami kalau nak kunci daripada dalam, kena pakai kunci. Tak boleh main tekan punat je. Pintu-pintu chalet lain mungkin berbeza dan lagi senang kot. Dinding chalet pula bahannya ialah kayu, bukan batu. Jadi dindingnya tak berapa kalis bunyi. Memang boleh dengar suara jiran-jiran kami bercakap. Tapi sepanjang penginapan kami, takdela terganggu sangat. Semua sedar kot keadaan tu dan tak buat bising. Lagi, di sini tiada perkhidmatan housekeeping. Tuala pon tidak ditukar. Memang style penginapan bajet kat Malaysia ni macam tu. Kalau ada yang sediakan memang terbaik. But that was not a problem. Masing-masing boleh jaga sendiri. 

Keadaan di perkarangan dan halaman Amzar Motel ni walaupon ada struktur-struktur selekeh yang kurang enak dipandang, tapi kebersihan dijaga dengan rapi. Halaman dan perkarangannya cukup luas untuk parking motor dan kereta. Lokasinya juga strategik. Dekat dengan Pantai Cenang, seberang jalan je. Kedai runcit, kedai makan, Cenang Mall, McD, KFC, The Zon Duty Free Shopping Centre, dan Underwaterworld juga boleh sampai dengan hanya berjalan kaki je. Rumah-rumah urut dan kedai menjual pakaian mandi dan pakaian kenang-kenangan pon ada di sekitar Amzar Motel ni dengan harga yang berpatutan. Urusan checkout juga dijalankan dengan segera dan kami dapat balik full deposit kami ;)

Kesimpulannya, walaupon ada beberapa kekurangan, tidur kami tetap lena dan berkualiti sepanjang kami menginap di sini. Mandi pon bersih. Padanla dengan harga RM45. Siap ada ekon. Mana nak dapat harga macam ni kat Pantai Cenang? Kat Amzar Motel je ! Bagi yang berbajet rendah, tak nak spend duit banyak sangat untuk penginapan, dan tak kesah untuk menginap ala-ala backpackers, silalah pilih Amzar Motel !

Jangan lupa ikuti entri yang akan datang mengenai pengalaman kami membeli-belah di Langkawi dan bajet percutian Langkawi kami. Stay tune ! ;)


Entri seterusnya:

Bhgn 8 Percutian Bajet Naturally Magical Langkawi: Tempat Shopping Murah di Langkawi.

10 ulasan:

  1. ok tak kalau ada anak 4 orang kecik lagi duk chalet tu ? atau pilih hotel jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. x selesa nanti. baik pilih hotel. motel mcm AB Motel, belah pantai, ada dua katil size queen, RM150 je satu malam. http://abmotel.weebly.com/

      selain tu, Amzar Motel ada banyak jenis bilik lg, bukan chalet ni je. ada bilik yang lagi selesa untuk keluarga. https://www.facebook.com/media/set/?set=a.171451192870110.45366.171446806203882&type=3

      Padam
    2. Assalamualaikum.nk tnya skit.klau hotelnya tu dkt btul ke dgn pntainya..

      Padam
  2. Untuk perempuan yg pergi berdua saja sesuai tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh je. asalkan pandai jaga diri. jalan sama-sama, jgn berseorangan

      Padam
  3. nak tanye.. kalau pergi phi phi island... utk 5 org.. chalet ape yer agak berbaloi ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmm maaf la, sy x pernah menginap di phi phi islands. so sy x berapa nak tahu..

      Padam
  4. amzar motel ni memang takkan reply msg ke??memang kene terjah je ae?

    BalasPadam
  5. Saya duduk bilik hotel amzar yg rm75..bezanya cuma dinding bata jer..agak sedih tv semua siaran x jelas haha tp xde hal la sgt sbb main target jln2 cuti bkn nak tgk tv..lgpun mamak kan ada...

    BalasPadam
  6. Hard Rock Hotel Casino And Spa - MapyRO
    Find hotels 오산 출장마사지 in 계룡 출장샵 Hard Rock Casino And 목포 출장안마 Spa, 천안 출장안마 MI with pictures and reviews. Rooms: 4,087 Room Count: 104 rooms, 전주 출장마사지 0 suites; Year Built: 1997.

    BalasPadam