Jemput Sertai Blog Saya ;)

Memaparkan catatan dengan label Bajet Percutian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bajet Percutian. Papar semua catatan

Isnin, 2 Jun 2014

Bhgn 5 Percutian Bajet tapi Mewah Genting Highlands 2H 1M: Penutup dan Senarai Bajet.







Akhirnya sampai juga ke akhiran entri Percutian Genting Highlands kami selama 2 hari 1 malam. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan peluang dan rezeki dan terima kasih juga kepada semua warga Awana Hotel & Resort Genting Highlands kerana memberikan layanan dan servis terbaik sepanjang kami berada di sini. Biliknya sangat selesa dan makanannya banyak pilihan dan sedap-sedap! Bagi saya, jikalau ingin datang ke Genting sekali lagi, saya akan memilih untuk menginap di sini lagi. Dengan harga yang berpatutan dan penuh privasi, keindahan, dan kedamaian, tidak seperti hotel-hotel di puncak Genting, sudah tentunya hotel ini menjadi pilihan saya. Tambahan pula, dengan pelbagai tarikan terbaru di Genting Highlands seperti Genting Strawberry Leisure Farms, Insect World, Bee Farms, dan Butterfly wall, sudah tentu Genting Highlands menjadi destinasi pilihan bagi warga kota Kuala Lumnpur dan sekitarnya untuk menikmati percutian singkat yang dapat memberikan kepuasan di hujung minggu. Di akhiran entri ini juga, saya akan sertakan senarai bajet percutian kami di Genting Highlands ini. Jangan ingat untuk merasa hotel yang bertaraf tinggi di tempat yang sangat indah ini memerlukan perbelanjaan yang banyak. Ingin tahu, jom kita lihat bajet percutian kami !! ;)


Pemandangan yang indah dari balkoni bilik kami di tingkat 14.

Berehat sebentar sementara saya menguruskan urusan check out. Kegembiraan jelas terpancar!

Selamat tinggal Awana. Ada rezeki kita berjumpa lagi..


Okey.. jom tengok jadual dan bajet kami !!



SABTU

10.00 pagi: Makan pagi. Bertolak dengan Saga FLX Auto. Minyak RM30*. Tol Gombak RM5.

11.00 pagi: Tiba di Genting Strawberry Leisure Farms, masuk percuma, parking percuma.

1.00 petang: Melawat Chin Swee Cave Temple, masuk percuma, parking percuma.

3.00 petang: Check in Awana Hotel & Resort Genting Highlands. RM238.  Parking hotel percuma. Rehat. Makan tengah hari bekal sendiri beli di Tesco sebelum ke Genting. 2x Chipster RM3.40, 2x Mamee Chef RM3.80, Jus Oren Tropikana 1.5L RM4, Air Mineral 1.5L RM1.90. Masak nasi sebelum keluar. Beras dan rice cooker bawa dari rumah.

6.30 petang: Jalan-jalan sekitar hotel. Beli kerepek ubi pedas peket besar di kedai runcit Awana, RM5. Naik bas ke Puncak Genting dengan shuttle percuma yang disediakan untuk penginap hotel Awana. Tiba di First World Plaza. Jalan-jalan. Rehat.

8.30 malam: Snow World. Tiket dah termasuk dalam pakej harga bilik hotel.

9.30 malam: Naik shuttle pulang ke hotel. Panaskan lauk dalam tin yang dah beli siap-siap sebelum ke Genting. AYAMAS Ayam Masak Kicap beserta Cendawan RM4.90, Yeo`s Ayam Rendang RM4.50. Telur rebus dari rumah. Mandi. Rehat. Layan cerita dan movie di TV. Tidur



AHAD

7.30 pagi: Buffet breakfast di Rajawali Restaurant, Awana Hotel & Resort. Breakfast sudah termasuk dalam harga pakej.

9.00 pagi: Disebabkan kami batalkan aktiviti jungle trekking**, jadi kami rehat dalam bilik. Bersiap untuk mandi kolam yang ada pemanas.

11.00 pagi: Balik bilik. Mandi. Siap-siap dan kemas barang. Check out. Pulang ke Kuala Lumpur.Tol Gombak RM5.

* Bajet minyak kami peruntukkan RM30, tapi dengan Saga FLX Auto, minyak kami hanya turun satu bar sahaja di sepanjang pergi dan balik! :)

**Kami batalkan aktiviti jungle trekking sebab kena ikut giliran dan berdaftar untuk dapatkan tour guide. Ingatkan boleh masuk macam tu ja..


Jumlah Bajet: RM 300.50/ 2 orang

Ya, dengan hanya RM300.50 iaitu RM150.25 seorang, anda mampu untuk menikmati percutian hujung minggu yang bajet tapi mewah di Genting Highlands! Cukup sesuai bagi warga kota yang menginginkan percutian singkat di hujung minggu dan sesuai juga bagi mereka yang ingin berhoneymoon di Awana Genting kerana suasananya yang tenang, indah, dan romantik! Kini sesiapa sahaja boleh pergi bercuti !! :)

Isnin, 31 Mac 2014

Bhgn 9 Percutian Bajet Naturally Magical Langkawi: Penutup, Itinerary, dan Senarai Bajet Percutian Murah!












Akirnya sampai jugak ke pengakhiran cerita percutian Langkawi untuk kali ni. Di entri terakhir ni aku akan ceritakan sedikit sebanyak jadual perjalanan beserta perbelanjaan kami. Sememangnya dalam negara pon kita boleh bercuti di tempat percutian bertaraf dunia. Memang jimat dan berbaloi kalau bercuti di Langkawi daripada bercuti di luar negara. Cuti-Cuti Malaysia! Oh yeah !


Rewind, ni teaser percutian ni. Semua gambar diambil di Pulau Langkawi oleh kami sendiri. Gambar laut tu diambil di Jalan Bukit Malut. Sebenarnya dah lama gila tak datang Langkawi. Kali terkahir masa sekolah rendah. Pastu kami pergi 2 hari 1 malam, musim hujan, pemandangan agak cloudy. Walaupon time tu musim hujan, kami agak impress dengan Langkawi. Cantik gila! Tak sangka!! Tak puas pulak pergi 2 hari 1 malam. Dan demikian kami repeat lagi pergi Langkawi. Kali ni 3 hari 2 malam pula dengan misi bajet RM500/2person. Semua reviewnya disertakan daripada bahagian 1 hingga ke bahagian 9.

Bajet Termasuk: 

(48 jam) pengangkutan self-drive + petrol
 2 malam penginapan berhawa dingin
Tiket feri pergi balik
 Makan & Minum
Islands Hopping
Tiket lawatan 

Seperti burung pulang ke sarang, begitulah kami, meninggalkan Langkawi, pulang ke halaman asal. Huhu.


Pada hari terakhir kami di Langkawi, pukul 10 pagi dah checkout dan menuju ke kereta kabel. Lepas tu pergi shopping kat Kuah sebelum hantar motor dan naik feri pulang ke Kuala Kedah. Motor yang kami sewa dipulangkan ke kedai tu semula. Dah pulangkan, dah dapat balik deposit, orang kedai tu akan hantar pulang ke Jeti Kuah. Dah sampai Jeti Kuah, tiket samada pulang ke Jeti Kuala Perlis atau Jeti Kuala Kedah hendaklah dibeli di kaunter tiket berhadapan parking kereta, belakang KFC. Bukannya di dalam terminal ya.



Feri yang kami naik kali ni selesa sikit. Perjalanan dimulakan dengan penerangan keselamatan. Paparan TV dia pon jelas. Dorang mainkan movie di sepanjang perjalanan tah movie ape tah. Aku tidur je. Tapi movie dia macam bes je sebab bila dah sampai kat Kuala Kedah pon ramai lagi yang tak berganjak daripada tempat duduk nak tengok sampai habis.


HAHAHAHA! WHAT A FACE ! So there we go, the zirafah dan the burung hantu :p

Huhu. Cerita sayu yang dimaksudkan tu ialah barang hilang!Beg biru kecik tu la yang hilang. Rasa sedih dan geram. Memandangkan barang banyak dan tempat duduk pon sempit, letak la beg kecik tu kat tempat letak barang. Barang-barang shopping yang lain pegang kat tangan berhimpit-himpit kat seat. So pengajarannya, sila bangun awal-awal daripada tempat duduk dan standby siap-siap sebelum orang lain datang ambil barang masing-masing kat tempat simpan barang! Sedih rasa tak dapat merasa t shirt Langkawi yang aku beli kat Beras Terbakar. Lagi dalam tu ada minyak gamat dan lain-lain yang dibeli di Beras Terbakar. Pendek kata semua barang yang dibeli di Beras Terbakar semua hilang. Selipar aku beli time kat Krabi itu hari pon dalam tu jugak. Yang lain macam botol air dan buah oren tu aku x kesahla sangat. Geramnya. Dala tshirt tu kat kedai tu je ade design mcm tu. Geram geram geram. Kalau orang tu tak sengaja terambil dan kalau dia nak pakai, aku halalkan je. Tapi kalau dia sengaja dan memang niat nak curi, aku sumpah dia kembong perot 40 hari 40 malam. Haaaaaaa.




Itinerary
Ok, enough with the rant. Sekarang nak tulis pasal jadual perjalanan kami pula. Sebenarnya tak ikut sangat pon dengan itinerary asal sebab ada urusan lain pula yang perlu diselesaikan dan kami bertolak ke Langkawi lewat sakit daripada jam asal yang dirancang. Tap itu tak menjadi masalah. We are flexible. Hihi. Jadi ini jadual perjalanan kami beserta bajet kami untuk dua orang. Take note bajet kami diambil kira bermula daripada di Jeti Kuala Kedah, dan tidak termasuk bajet shopping.


Day 1

1.00 petang: Bertolak daripada Jeti Kuala Kedah. Tiket 2x RM23 = (RM46)

3.30 petang: Tiba di Jeti Kuah. Ambil motor (RM60). Bayar deposit RM50. Bertolak ke Pantai Cenang melalui Jalan Bukit Malut.

4.30 petang: Check in Amzar Motel (RM90). Deposit RM50 Rehat. Bersiap.

5.30 petang: Bertolak ke Laksa Pulau. Makan 2x Pasembor (RM8) + 2x ABC (RM5) = (RM13). Kemudian rehlah di Pantai Kok. Isi minyak motor (RM5)

7.30 petang: Tiba di Cenang semula dan book Pakej Pulau Payar di Amzar Motel 2 x RM85 = (RM170). Mandi. Rehat. Bersiap.

9.00 malam: Keluar jalan-jalan di Pantai Cenang. Ice Cream Sundae Cone McD  3x RM1 =(RM3). Dinner KFC  Cenang Mall 1x rice plate RM7.45 + Value meal RM4 = (RM11.45)

12.00 malam: Balik. Cuci badan. Tidur.

Total belanja hari pertama: RM 398.45




Day 2


6.00 pagi: Bangun. Mandi. Bersiap. Keluar cari breakfast di Jalan Pantai Cenang. Roti Canai dua keping di Restoren 24 jam Nasi Kandar Tomato 2x RM0.80 = (RM1.60).

8.00 pagi: Bas datang pick up depan Amzar Motel. Berhibur di Pulau Payar

4.00 petang: Kembali ke Jeti Kuah selepas Pulau Payar. Bas hantar semula ke tempat penginapan.

5.00 petang: Tiba di Amzar Motel. Mandi. Rehat. Bersiap. Minum petang di Amzar Motel bekal sendiri + sebuku roti sandwich  beli di kedai runcit (RM1.90) =  (RM1.90)

6.30 petang: Jalan-jalan di Pantai Cenang.

8.30 malam: Bertolak untuk jalan-jalan di pekan Kuah, ambil angin.

10.00 malam: Dinner di Warung Meet Uncle Bob 4.5 Chicken Chop 2x RM5 + Segelas sirap (RM1) = (RM11). 

11.30 malam: Jalan-jalan di Jalan Pantai Cenang. Sundae Cone McD 2x RM1 = (RM2). Balik, cuci badan, tidur.

Total belanja hari kedua: RM16.50





Day 3

10.00 pagi: Checkout. Dapat balik deposit RM50. Bertolak ke Kereta Kabel . Tiket 2 x RM15 = (RM30)

12.30 tengah hari: Bertolak untuk shopping. Isi minyak motor (RM3)

1.00 petang: Shopping di Beras Terbakar. Rehat

2.00 petang: Rehat Lunch di KFC Arked Pokok Assam, Kuah. Rice plate 2x RM7.40 = (RM14.90)

3.00 petang: Shopping di Idaman Suri. Langkawi Saga, Haji Ismail Group, dan Wira Gaya.

4.00 petang: Hantar motor. Dapat balik deposit RM50. Tiket feri balik ke Kuala Kedah 2x RM23 = (RM46)

Total belanja hari ketiga: RM93.90


Bajet keseluruhan: RM508.85.

 Dengan ini terbukti dengan hanya berbajetkan RM508.85, anda mampu untuk melancong ke Langkawi, bukan untuk seorang, tapi dua orang ! 



Benda yang kami nak sangat buat kat Langkawi ni ialah kereta kabel dan Pulau Payar.  Tapi ada banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat di Langkawi tapi tetap boleh dilakukan dengan bajet RM500/2 orang. Contohnya, banyak lagi aktiviti yang boleh digantikan dengan aktiviti Pulau Payar yang berharga RM85 seorang. Contohnya boleh digantikan dengan Island Tour & Eagle Feeding (Pulau Beras Basah, Tasik Dayang Bunting, dan Pulau Singa Besar) berharga RM25,  Langkawi Wildlife and Bird Paradise (RM15), Makam Mahsuri (RM7), dan Underwater World (RM30) tapi masih dalam bajet RM500/2 orang dan lebih banyak aktiviti untuk dilakukan! Murah! Untuk keterangan dan gambaran lebih lanjut, sila rujuk bahagian 1 hingga bahagian 8.

Dengan ini berakhirlah coretan mengenai percutian Langkawi kami selama 3 hari 2 malam. Di harap segala info dan tips yang diberikan dapat membantu kalian ketika bercuti di Langkawi. Terima kasih kerana sudi membaca dan ikuti entri-entri di blog ni. Kalau ada rezeki lagi, kami akan ke destinasi lain dan yang pastinya akan diikuti dengan coretan info dan tips percutian. Segalanya di sini !



Selasa, 1 Oktober 2013

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 8: Penutup dan Bajet Murah 4 hari 3 malam.

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 1: Persiapan Sebelum Krabi

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 2: Ketibaan di Aiport dan Ao Nang

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 3: Sunset di Ao Nang dan Private Beach

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 4: Review mengenai Hotel Ao Nang Smile, Krabi, Thailand.

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 5: Four Islands Tour

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 6: Phi Phi Island Tour


Pada hari keempat, kami bergegas pulang ke Malaysia menaiki flight Air Asia. Flight bertolak daripada Krabi Airport pada jam 7.50 pagi. Booking teksi untuk jam 6.00 pagi tapi pagi tu 5.30 pagi baru bangun. Memang kelam-kabutlah mandi, siap-siap, dan kemas barang semua. Takot dah tak sempat nak balik Malaysia dah ni. Tapi kami berjaya juga menyiapkan diri tepat pada jam 6.00 pagi. Ngeh3~. Tapi belum sempat nak turun, pekerja hotel dah call bilik, beritahu teksi dah sampai. Kami cepat-cepat turun, check out, isi barang dalam teksi, dan terus bertolak. Fuh! Lega.

Masa tengok teksi di perkarangan hotel, tak sangka teksi yang disediakan ialah Toyota Camry. Ingatkan teksi cikai je. Kami book dengan hotel tempat kami menginap. Tempat lain tambang teksi sebuah 600 baht, tapi kami dapat harga 500 baht. Tambang dah siap bayar masa booking. So, kita hanya perlu simpan resit pengesahan tu dan serahkan pada pemandu teksi. Bas ke Airport pon ada juga 150baht/seorang tapi flight kami awal pagi. Lagi elok naik teksi. Dalam perjalanan tu, sibuk menghayati suasana kampung. Sedih pon ada juga. Dah nak balik. Huhu.

Kami tiba di Krabi Airport pada jam 6.40 pagi. Tak ramai orang pada pagi tu. Yang ada pon semua nak pergi KL sebab flight Air Asia ke KL je yang bertolak pada waktu tu. Sampai-sampai, ucap selamat tinggal pada pemandu teksi, dan terus beratur untuk check in luggage. Beratur check in luggage pon tak panjang. Penumpang-penumpang pon tak banyak masalah, so proses di check in counter tu lancar ja.

Keadaan Krabi Airport pada waktu pagi. Tak berapa sibuk. Tenang ja.

Menunggu boarding time. Dah nak balik, pulang ke realiti. Sedih.. huhu.  Dalam menunggu ni, ada juga ternampak orang-orang Malaysia dan couple yang satu bot dengan kami semasa mengikuti Phi Phi Island Tour. Apa yang spesialnya muka husband dia sebijik macam Awal Ashaari. Haha.

Immigration process sudah, boarding call pon sudah. Bergambar berlatarbelakangkan pesawat Air Asia yang menerbangkan kami terus ke LCCT. Walaupun kat Malaysia, boarding pesawat Air Asia pakai tangga je, tapi di Krabi penumpang masuk pesawat Air Asia ikut benda ni ha. Tah apa nama benda ni lupa.

Keadaan dalam pesawat ketika perjalanan ke LCCT. Memang tak penuh macam flight ke Krabi haritu. Dalam flight ni jugak ada jejak kasih pulak. Member ni kebetulan terjumpa kawan sekolah dia yang dia selalu buli dulu, dah jadi pramugara Air Asia dah dan bertugas dalam pesawat ni. Huhu

Pada jam 9.30 pagi kami selamat sampai di LCCT.

Selepas melepasi kastam dan ambil luggage, kami beli tiket bas ke KL Sentral RM9/seorang. Kaunter tiket ni memang akan jelas kelihatan sebelum anda memasuki balai ketibaan. Time ni tengah lapar. Walaupun di LCCT ada restoren dan food courts, kami memutuskan untuk makan di KL Sentral je lah. Takda mood. Sesudah sampai di KL Sentral, makan, dan ambil komuter ke TBS RM1/seorang, sebab kami parking kereta di parking berbumbung TBS. Mudah, murah, cepat dan selamat di sana, RM3/sehari. Pada waktu ni, tiada lagi perkhidmatan bas TBS-LCCT-TBS. Tapi sekarang ni dah ada. Lagipon parking di KL Sentral mahal, jam pertama RM4, jam seterusnya RM3 dan maksimum RM30/sehari. Berkali-kali ganda dengan parking di TBS yang cuma berharga RM3/sehari. Di LCCT pula RM40/sehari. So bagi sesiapa yang buntu taktau nak parking kereta kat mana, kami sarankan parking di sini. Parking tempat lain di KL ni sure mahal. Banyak punya popet, jom tengok bajet!


 Bajet 4 hari 3 malam

Tiket flight Air Asia pergi balik + caj-caj perkhidmatan +  checked luggage* RM243/seorang

Penginapan 4 hari 3 malam RM90/seorang

Bas ke Ao Nang RM15/seorang

Teksi ke Airport RM25/seorang

4 Islands Tour** RM45/seorang

Phi Phi Island Tour** RM95/seorang

Buah tangan keluarga RM105

Makan dan minum 4 hari 3 malam RM70/seorang

Bajet emergensi*** RM100/seorang

*Harga yang dipaparkan masa cek harga tiket flight tu tak termasuk dengan kos checked luggage dan processing fees. Kami jimatkan kos luggage dengan cara berkongsi dua orang satu luggage besar under 15kg. Mula-mula plan nak pergi 3 hari 2 malam ja, tapi tiket flightnya bila dikira semua kembali, nak sama dengan kos kalau stay 4 hari 3 malam, dan tiket flight 4 hari 3 malam tu pulak memang murah. Anyways, Apa-apa caj yang dikenakan Air Asia boleh diperiksa di sini. K L I K

**Harga tour yang murah ni kami dapat daripada hotel tempat kami menginap. Perkhidmatan tour tu pon memang sangat bagus dan dipercayai. Rata-rata review di Agoda.com turut mengulas mengenai kadar tour yang murah dan bagus yang ditawarkan di hotel ni.

***Bajet emergensi ni sekadar nak sediakan payung sebelum hujan ja. Tak guna sangat pon. Guna sikit je haritu buat beli ganti selipar tetiba putus di Ao Nang. Alahai~
  
Total RM 788
Kira mulah la ni kan. Ada bajet orang-orang lain aku tengok 4 hari 3 malam sampai seribu lebih. Hihi. Dan kalau tolak dengan bajet emergensi yang tak digunakan tu, belanja tak sampai RM700 pon sebenarnya.

Passport jangan lupa. Bagi yang belum ada, boleh dibuat di jabatan imegresen yang berdekatan dengan harga serendah RM100 dan tahan selama 2 tahun. Cara nak mohon boleh rujuk di sini K L I K . Visa pula tidak perlu dirisaukan kerana bagi pemegang passport Malaysia, visa akan diisukan ketika di kaunter imegresen sebaik sahaja anda tiba di airport, free of charge.


 Habis sudah catatan percutian Krabi ni. Memang dah lama pasang impian nak bercuti ke suatu tempat yang airnya betul-betul jernih dan biru dan pasir pantainya putih. Sikit-sikit simpan duit, lama-lama jadi bukit, akirnya tercapai jugak impian ni. Alhamdulillah. Harap segala info dan tips dapat membantu bagi mereka yang ingin bercuti ke Krabi. Jikalau ada rezeki lagi, saya akan tuliskan lagi mengenai tempat-tempat menarik di Malaysia atau seluruh dunia. Sekian, terima kasih =)