Jemput Sertai Blog Saya ;)

Sabtu, 31 Mei 2014

Bhgn 1 Percutian Bajet tapi Mewah, Genting Highlands 2H 1M: Genting Strawberry Leisure Farms.





Bhgn 5 Percutian Bajet tapi Mewah 2H 1M: Penutup dan Senarai Bajet

Alhamdulillah dan teramat bersyukur kerana diberi kesempatan sekali lagi untuk menjelah di bumi Allah ini dan diberi kesempatan lagi untukku menulis entri terbaru di blog ini. Pada kai ini, kami ingin membawa anda ke Genting Highlands, tempat yang sangat terkenal bagi warga kota Kuala Lumpur dan keseluruh rakyat Malaysia dan dunia am nya. Percutian ini dilakukan selama 2 hari 1 malam pada hari minggu. Apa yang menarik pada percutian kali ini ialah percutian ini merupakan percutian bajet pada hujung minggu tetapi mewah! Lagi nikmat apabila berhari-hari penat bekerja dan menikmati percutian di hujung minggu. Mari kita sama-sama pelajari macam mana nak menjadikan impian itu satu realiti. Jom layan.. woohoo!!


Selepas makan pagi di rumah, kami bertolak ke Genting Highlands pada jam 10 pagi. Banyak barang yang dibawanya ya? Haha. Macam nak pergi seminggu =p.

Perjalanan kami ke Genting Highlands daripada Ampang mengambil masa selama 50 minit. Kenderaan agak berpusu-pusu di kawasan Wangsa Maju dan Zoo Negara. Maklumlah hujung minggu. Tapi Alhamdulillah perjalanan kami lancar. Sepanjang perjalanan ke Genting Highlands, anda hanya perlu melalui satu tol sahaja iaitu Tol Gombak, RM5. Selepas melintasi tol ini, anda perlu berwaspada kerana simpang untuk masuk ke laluan Genting Highlands terletak sangat berdekatan dengan Tol Gombak. Jika anda terlalu laju, mungkin anda akan terlepas simpang.  Apa-apa pun, tidak susah untuk sampai ke Genting Highlands kerana terdapat banyak papan tanda yang akan membimbing perjalanan kita.

Jalan menuju ke Genting ni agak berliku-liku dan banyak selekoh tajam. Kena sentiasa berhati-hati dan gunakan gear rendah. Satu lagi penjimatan terbaik ialah kami menaiki kereta Proton Saga FLX Auto, ingin percaya atau tidak, sepanjang pergi dan balik percutian ini, penanda minyak hanya turun satu bar sahaja! Terbaik!

Sepanjang perjalanan kami mendengar frekuensi 97.6 HOT FM. Memang rasa rileks dan tenang apabila mendengar lagu-lagu bes di carta HOT FM. Lagi-lagi mendengar ketika sedang menuju ke destinasi percutian. Memang betul-betul rasa ringan kepala setelah penat bekerja. Seronok! :). Setelah 50 minit, kami tiba di destinasi pertama kami iaitu Genting Strawberry Leisure Farms. Ladang ini terletak berdekatan dengan pekan Goh Tong Jaya dan bertentangan dengan Mawar Apartments dan Goh Tong Sports Centre. Ladang ini bukan sahaja menjanjikan pemandandan kehijauan yang menenangkan minda, bahkan menjimatkan duit poket anda kerana tiada bayaran masuk dikenakan. Percuma!! Parking juga percuma di Goh Tong Sports Centre dan banyak petak parking disediakan di situ, Jimat wei!



Pintu gerbang yang akan menyambut kedatangan anda. Bila lihat pintu gerbang pelepah kelapa ni terus naik mood bercuti! Woohoo!
Peta laman ladang ni. Memang saiznya luas. Macam-macam ada. Selain daripada strawberi, di dalam ladang ini juga ada menempatkan ladang bunga, ladang sayur, dan ladang cendawan. Jom kita lihat !


1. Ladang Strawberi



Hos kita pada hari ini... JEJAKA STRAWBERI.


Oleh kerana ladang ni sangat la luas, perkhidmatan trem ini juga disediakan. Tapi saya tak berapa pasti ada bayaran atau tidak dan tak pasti perlu book atau tidak. Apa-apa pun, di belakang tram ni berdektan pintu masuk ke ladang, ada kaunter informasi. Sila lah bertanya di situ ya ;)


Di perkarangan pintu masuk ke ladang ini ada fountain dan pejabat mereka yang dibina dengan bertemakan rumah tradisional. Bagus feng shui nya! Tenang ja bila masuk di perkarangan ni.

Setelah memasuki ke dalam ladang, anda akan melihat deretan-deretan strawberi yang ditanam. Saya kagum melihat cara mereka menanam tumbuhan ini. Tersusun kemas, rapi, cantik dipandang, memaksimumkan ruang penggunaan, dan sangat efisyen. Terbaik !

Deretan buah strawberi.. tidak perlu ke Cameron Highlands lagi dah. Di Genting pun ada. Lagi dekat dengan warga kota Kuala Lumpur.

Di setiap tingkat diletakkan saluran paip air ke dalam beg tanah tersebut. Memang terancang penanaman buah ni demi menjamin kualiti.


Terdapat juga gerai yang menjual pelbagai produk berasaskan buah strawberi yang ditanam di sini seperti jem, asam, gula-gula dan jus. Selain itu, self-pick pun ada. 100gm RM8, harga seperti dalam gambar ni.

Antara strawberi yang sedia dipetik. Nampak lazat! Nak tau macam mana rasa strawberi Genting, silalah berkunjung ke sini :)


2. Ladang Lavender

Secara jujurnya Ladang Lavender Genting Highlands tidak boleh menandingi Ladang Lavender di Cameron Highlands. Di Cameron lagi hebat, seperti mana gambar dalam papan tanda di bawah. Mungkin Ladang Lavender Genting ni masih baru. Apa-apa pun, dapat la juga merasa melihat bunga lavender kan? Tidak perlu pergi jauh-jauh. Hanya di Genting!


Selamat datang ke Ladang Lavender... Selalunya ada bayaran dikenakan tapi pada hari kami berkunjung, kaunter bayaran tutup dan pengunjung boleh masuk ke ladang ini dengan percuma. Kami pun tak jangka kaunter bayaran ditutup pada hari tersebut. Satu lagi penjimatan wang kami di situ.. Ngeh3~


Serasi pula warna baju dengan tema lavender. Haha. Memang tak lepaskan peluang lah nak bergambar. Macam bunga lalang pun ada jugak lavender ni..


Opsss.. terlebih gedik sudah.. *habisla bila tuan punya gambar baca nanti* ok.. larikk!


Boleh mohon jadi duta Ladang Bunga Genting tak pose macam ni? :p

Selfie bersama bunga Chrysanthemum Tea.. Sepet habis mataku dek silau cahaya matahari.


Ketika sedang berjalan di dalam ladang lavender, kami menjumpai satu inovasi yang sangat kreatif dan praktikal. Boleh cuba di rumah!

3. Pameran Serangga


Di Ladang ini juga menempatkan sedikit pameran promosi mengenai tarikan terbaru di Genting Highlands. Tarikan ini bukanlah terletak di ladang ini tetapi hanya dipamerkan untuk mempromosikan kepada pengunjung sahaja. Walaupon begitu, terdapat pelbagai jenis lebah dan tebuan yang dipamerkan. Terkejut juga bila kali pertama melihat jenis-jenis lebah yang dipamerkan. Besar-besar. Padan la pernah dengar orang mati digigit tebuan. Inginkan keseronokan yang lebih lagi, bolehla berkunjung ke tempat tarikan tersebut :).


Tarikan terbaru di Genting Highlands, Happy Bee Farm, Insect World, dan Butterfly Wall.

Tebuan. Siap dengan sarang sekali,  Jika dilihat dengan mata kasar, tebuan tu tebuan sebenar yang telah diawet.

Kumbang Kepala Kuning, Banyak mempopulasi di kayu-kayu di dalam hutan..

Besar wooo sarang dia !

4. Farm House Cafe

Setelah penat berjalan-jalan, bolehla singgah sebentar di Farm House Cafe. Kami tak makan pun di sini disebabkan bekalan telah pun dibawa dari rumah. Tapi bila tinggalkan restoren ni dan menuju ke destinasi seterusnya, rasa menyesal pula tidak makan di sini sebab perut rasa lapar. Haha. Suasana di sini juga tenang dan udaranya segar dan nyaman. Restorennya pork-free.

Suasana agak lengang. Mungkin di KL dan Putrajaya ada banyak acara seperti Sure Heboh, Karnival Belia, ABPBH, dan Ekspo Bonzai dan Orkid, jadi orang tidak bertumpu sangat di Genting Highlands.

Senarai harga makanan dan minuman di Farm House Cafe. Harganya agak pricey, tapi biasa lah, makanan di Genting ni memang mahal agaknya. Tapi dari segi pengamatan saya, makanan di sini lebih murah daripada harga makanan dan minuman di First World Plaza.


5. Gerai Cenderamata


Setelah melewati Farm House Cafe, anda akan melalui deretan gerai yang menjual pelbagai cenderamata, pakaian, dan pelbagai produk makanan. Harganya seperti biasa, agak mahal. Mana ada benda murah kat Genting ni. Ada satu gerai ni menjual jajan-jajan makanan laut. Penjual kasi rasa, memang sedap. Tapi mahal sangatla harganya. Mengenangkan boleh dapat lagi murah di kedai-kedai biasa, terus tak jadi beli. Hihi -.-'


Sebahagian daripada gerai-gerai di sini.

Niat di hati nak beli souvenir untuk lil bro dan lil sister, tapi tengok harga tak tahu pula nak beli apa. Last last beli lolipop strawberi ni jelah.  RM1 per lolipop. Kedekut betul ek beli lolipop harga seringgit je. Hihi :p

6. Ladang Sayur


Punya la besar ladang ni, kita ke Ladang Sayur pula. Walaupun bepat berjalan, tapi betul-betul rasa gembira melihat kehijuan di sini. Memang berbaloi berehat dan melepaskan penat setelah berhempas-pulas sehari-hari mencari rezeki di ibu kota. Best ! Jom kita lihat apa yang ada di sini pula.


Sayur untuk dijual. Sayur organik, ditanam di Genting Highlands.

Pelbagai sayur-sayuran dijual ! 4 items RM10

Check check.. sebenarnya saya tak tahu pun ni buah apa, tapi posing jelah. Hihihi :p. Buah ni banyak ditanam melingkar menjadi rimbunan teduhan di sepanjang pejalan kaki di ladang sayur ini. Boleh dipetik untuk dibeli oleh pengunjung.

Pokok kaktus pun ada untuk dijual. Harganya berbeza mengikut saiz. Yang paling murah RM2.50 sepasu.

Teka macam apa....? Ya... Mickey and Mini Minnie Mouse ! Huhu

Besar-besar kobis dia kat sini.

Lettuce. 5 pot RM10. Kemas ja cara susunannya. Tenang ja rasa


7. Ladang Cendawan

 Seterusnya ialah Ladang Cendawan. Ada banyak jenis cendawan yang ditanam. Yang menariknya cendawan-cendawan ini ditanam secara organik tapi terus terang bau ladang cendawan ni memang tidak menyenangkan. Cepat-cepat kami jalan melintasi ladang ni. Haha. Tak sempat pun nak baca penerangan mengenai cendawan tu. -.-'


Deretan tanaman cendawan. Pertama kali tengok macam mana cendawan ditanam. Macam ni rupanya.

Cendawan merah..
Cendawan putih

Penat betul jalan-jalan dalam ladang ni. Besar. Penat tapi puas. Duduk rehat jap sambil menikmati kehijauan dan ketenangan di Genting Highlands ni, emmang satu peluang yang tidak patut dilepaskan oleh warga kota. Tak jauh pun. Dekat ! Kunjungilah ke sini. Cuti-Cuti Malaysiaa~~


Selain daripada kemudahan-kemudahan yang telah dinyatakan, tandas turut disediakan. Tandas terletak di laluan keluar ladang strawberi dan sebelu memasuki Farm House Cafe. Selepas itu, dah takda tandas dah. Disebabkan saiz ladang ni luas, kalau nak pergi tandas, masuk jela awal-awal. Jauh pula nak patah balik. Kang terburai kat tengah jalan. Hahaha :p Apa-apa pun, memang berbaloi-baloi la melawat ladang ni. Dah la masuk percuma, parking percuma, dapat berehat-rehat pula tu. Terbaik !



Jangan lupa untuk menantikan entri seterusnya mengenai destinasi kedua kami iaitu Chin Swee Cave Temple dan entri-entri yang akan datang termasuklah review kami mengenai penginapan kami iaitu Awana Hotel and Resort Genting Highlands. Memang terbaik lah hotel ni. Nantikan !

Entri seterusnya
 Bhgn 2 Percutian Bajet Tapi Mewah, Genting Highlands 2H 1M: Chin Swee Cave Temple


Tiada ulasan:

Catat Ulasan