Selamat
sudah entri-entri sampaila sekarang dah masuk ke bahagian 8 bagi
percutian Langkawi ni dan ada satu pos lagi untuk menamatkan penulisan
mengenai percutian Langkawi kali ni. Bagi yang follow daripada awal
sampai akhir, aku ucapkan terima kasih. Semoga info dan tips yang
diberikan dapat membantu kalian :). Untuk entri kali ni pula, aku nak
kongsikan pengalaman membeli-belah kat Langkawi dan kat mana nak
dapatkan barang-barang dengan harga yang murah. Boleh aku katakan, di setiap satu kedai, mereka ada barang-barang tertentu yang dijual dengan harga murah dan juga lagi murah daripada kedai-kedai yang lain.
1. Beras Terbakar
Macam-macam barang yang dijual kat sini seperti cenderahati, kain batik, coklat, dan lain-lain. Tapi di sini apa yang murah daripada tempat lain ialah t shirt Langkawi, minyak gamat, dan makanan ringan seafood kering. Selain tu, daripada pengamatan aku. kawasan ni boleh ada masalah tak cukup parking dan kawasannya agak ke dalam sedikit daripada jalan besar. Bagi yang tak biasa, memang akan terlajak, macam kami. Signboard selekoh ke Beras Terbakar ni betul-betul nak dekat dengan lokasinya, lebih kurang macam 10 ke 20 meter macam tu.
Bagi yang tak biasa, dalam dok sibuk tengok signboard, dengan jarak yang tinggal tu dalam 10 ke 20 meter daipada lokasi untuk kita belok, alamatnya memang akan terlajak tanpa disedari la. Tapi nasib baik sebelum terlajak tu aku ada ternampak sekilas lalu satu tempat tu dan bila rasa macam dah terlajak dan bila ingat balik gambar-gambar yang aku tengok kat blog-blog, naluri aku kuat mengatakan tempat yang aku nampak sekilas lalu tadi la tu Beras Terbakar. Jadi kami pon patah balik dan naluri aku ternyata betul. Nasib baik betul. Kalau tak, dah kena ceramah, dah kena torture dengan tukang drive ni. Huhu
Lagi satu benda murah daripada tempat lain ialah makanan seafood kering dia. Boleh dapat 3 peket RM10. Kat kedai-kedai biasa, sepeket RM4.50 dan tak jual 3 peket RM10. |
2. Cenang Mall
Tempat yang seterusnya yang harus dijadikan tempat hentian anda untuk mendapatkan barangan murah ialah Cenang Mall. Cenang Mall ni terletak di Jalan Pantai Cenang. Dalam mall ada macam-macam seperti kedai menjual barangan dan restoren. Tapi apa yang boleh dapat dengan harga murah kat sini ialah coklat dan barangan cendera hati. Dia punya murah tu memang tak sama dengan tempat lain ! Kedai ni terletak di aras atas. Lepas naik eskelator, pusing ke kanan dan perhatikan kedai yang jual cokelat. Aku lupa pulak nama kedainya. Apa-apa pon wajib singgah !
Pasal coklat kat kedai tu, coklat-coklat murah tu tak selalu ada. Tapi akan ada la bila dorang nak habiskan stok-stok yang dah nak expired tu. Ada banyak coklat-coklat yang dijual sekotak RM5 yang mana brand coklat-coklat tu tak dijual kat kedai-kedai lain. Soal haram halal pon tak perlu risau sebab mereka dah siap label dan letak notis dah bagi coklat yang haram.
3. Wira Gaya
Dalam tengah mencari set cawan permintaan emak, ternampak kedai ni. Mak nak set cawan corak yang sama dengan yang kat rumah, yang dah berbelas tahun tu, nak ganti yang dah pecah. Cari punya cari, ada dua kedai je yang ada jual iaitu Langkawi Saga dan Wira Gaya. Tak rugi berjalan kaki keliling ke belakang untuk ke Wira Gaya daripada Langkawi Saga sebab nak cari set cawan tu sebab kat sini jual lagi murah daripada Langkawi Saga! Dalam tengah mencari tu, apa yang aku dapat perhatikan pan kat sini murah daripada kedai-kedai lain. Kedai ni terletak tidak jauh daripada HIG Complex. Daripada jalan besar berhadapan dengan entrance utama HIG Complex, teruskan perjalanan ikut jalan besar tu sehingga anda akan nampak Wira Gaya di sebelah kanan anda.
![]() |
Entrance ke Wira Gaya. |
![]() |
Antara barangan yang dijual di Wira Gaya. |
4. Lain-lain
Selain tempat-tempat yang dinyatakan di atas, tempat lain yang berbaloi untuk dikunjungi ialah HIG Complex dan Idaman Suri. Bagi aku di HIG Complex benda yang murah untuk dibeli ialah coklat dan set pisau yang siap sekali dengan tempat letak pisau. Dinnerware, cookware, dan tea set kat HIG mahal-mahal. Kalau nak dapatkan cookware, dinnerware dan tea set yang murah ialah di Idaman Suri. Serious! Tea set kat Idaman Suri banyak yang murah. Bawah RM50 pon ada, jenama Idaman Suri. Banyak pilihan dan corak dia cantik-cantik. Jenama lain pon ada dan harganya murah. Pendek kata memang banyak benda murah kat Idaman Suri. Kesimpulan aku, barang-barang kat Idaman Suri lagi murah daripada HIG Complex tapi ada satu benda yang Idaman Suri tak boleh lawan HIG Complex, iaitu coklat dan set pisaunya. Di HIG Complex ada banyak pilihan coklat dan harganya murah. Selain Wira Gaya, pan murah juga boleh banyak didapati di Idaman Suri.
Kesimpulannya daripada survey-survey yang aku dah buat semasa di Langkawi, setiap kedai ada barang murah mereka yang tersendiri. Cuma kita jela yang perlu rajin berjalan ke sana ke sini. Nak dapat semua benda murah dalam satu tempat tu aku rasa macam kurang mustahil je buat masa ni. Tapi apa yang penting, dapat jugak aku cari set cawan yang mak aku nak tu walaupon design tu dah lama, dah berbelas tahun. Nasib baik jumpa jugak. Dan diharap juga info-info yang diberikan dapat membantu kalian untuk membeli-belah di Langkawi nanti. Jangan lupa nantikan entri terakhir di mana aku akan ceritakan cerita sayu tu, dan sediakan itinerary dan bajet percutian kami ni yang ternyata memang murah kot! Haha. Stay tune! :)
Salam. Ok, siyesli dah baca blog ni pasal langkawi dr teaser sampai la last ni dekat bape kali tah lupa. Tp meme puah ati la nok oyak. Ceh ckp kelate plak. Bro, best cite trip n tips ni. Simpan kat bookmark, bulan 12 ni nak gi Langkawi. Buat rujukan. Semoga bermanfaat.
BalasPadamAgain, superb !
Sangat best dah memberi rujukan yg baik tuk pembaca
BalasPadamTerima kasih kerana berkongsi cerita..
Informative!!!
BalasPadamTips yg sgt cool..
BalasPadamSet tu sama sebijik dgn my mom punya. Dia pon mintak tolong carikkan. Hahaha, tq btw
BalasPadamAku baru pegi semalam kt wira gaya tu...tapi da lwt la aku smpai. Baru je masuk...dia pgi tutup lampu belakang..kalau nk ttp bagitau awal2 la kt pintu dpn nk masuk tu kn.xde la aku terhegeh2 masuk dlm tu...xsmpat aku nk survey..jibake!..tpi xpe la..nk wat caner..da kedai dia.
BalasPadam