Bhgn 9: Percutian Bajet Naturally Magical Langkawi: Penutup, Itinerary, dan Senarai Bajet Percutian Murah!
Setelah mengambil motor di Kuah, kami meneruskan perjalanan kami ke Pantai Cenang dengan melalui Jalan Bukit Malut. Selain Jalan Bukit Malut, Jalan Kampung Padang Matsirat juga boleh digunakan tapi kami lebih gemar menggunakan Jalan Bukit Malut. Apa yang istimewa sangat dengan Jalan Bukit Malut ni? Nak tau jom kita layan~~
|
Jom. Jemput naik. Kita lalu Jalan Bukit Malut. Daripada gambar ni pon dah dapat menggambarkan ketenangan dan keindahan di Jalan Bukit Malut ni.. |
|
Setelah melalui jalan yang diredupi pepohon hijau, anda akan menemui satu pemandangan yang sangat indah. Ya, kami sedang menghampirinya ! |
|
Landskap yang sangat indah. Lautan biru dikelilingi gunung-ganang hijau. Puas hati lalu sini ! |
|
Lagi pemandangan yang boleh dilihat di Jalan Bukit Malut |
|
Best nya! Tengok gambar ni rasa nak pergi lagi je. |
|
Parking motor tepi jalan dan ambil kesempatan ambil gambar. Hihi |
|
Bertentangan dengan pemandangan indah tu ada kuarters TLDM. Untungnya lah siapa yang dapat tinggal kat kuarters ni. Pemandangan dia memukau! Dan lagi surprisingly and at the same time, weird, kat area ni tiada resort walaupun pemandangan kat sini cantik gila dan masih banyak tanah-tanah yang boleh dikomersialkan. Hutan simpan ke Bukit Malut ni? Kalau tiada apa-apa memang berbaloi sangat la kalau dimajukan dan dikomersialkan kawasan ni. Buat resort ke, restoren ke, taman awam ke, hotel penginapan untuk kakitangan kerajaan ke, masyuk!! |
|
Ketika dalam perjalanan kami terjumpa dengan burung enggang. Terus cepat-cepat stop and snap gambar walaupon kat traffic light. Haha! Nasib baik tak kena honk dengan orang je. |
|
Approaching Pantai Cenang. Yay! |
Kesimpulannya di Jalan Bukit Malut ni akan dapat melihat pemandangan yang lebih cantik dan lebih dekat dengan alam semula jadi. Suasana di Jalan Padang Mat Sirat lebih kepada suasana moden dan banyak kedai-kedai dan perumahan. Cumanya kalau pada waktu malam Jalan Bukit Malut ni agak gelap kerana tiada lampu jalan, dan tiada stesen minyak di sepanjang Jalan Bukit Malut, tak macam Jalan Padang Mat Sirat. But still, pemandangan yang indah itu amat berharga untuk diterokai :)
Setelah tiba di Pantai Cenang, kami check in di Amzar Motel. Motel ini terletak strategik di kawasan Pantai Cenang. Tidak jauh dengan pantai, pusat membeli-belah dan daya tarikan lain di Pantai Cenang. Kami pilih untuk menginap di chalet berhawa dingin dengan kadar RM45 satu malam. Masa sampai di Cenang, kami gamble je dengan penginapan kami sebab tak dapat nak book Amzar Motel awal-awal walaupon memang kami dah plan untuk menginap di motel ni. Nasib baik masa kami tiba chalet yang berharga RM45 tu masih ada yang available. Kalau tak, over bajet la jawabnya. Review mengenai Amzar Motel akan saya ulaskan di satu entri nanti. Nantikan!
Bila dah sudah check in dan selesaikan apa yang patut, kami menuju ke jalan lapangan terbang untuk makan. Di sekitar jalan lapangan terbang menghadap lautan, terdapat banyak gerai-gerai yang menjual makanan seperti rojak, laksa, pasembor, minuman, dan lain-lain. Kami perkena pasembor dan ABC di gerai bernama Laksa Pulau. Pasembor dia memang superb. Wow. Puas hati tol makan pasembor dia. Pasal Gerai Laksa Pulau ni pon saya akan buat ulasan dalam satu entri nanti.
|
Dah puas hati makan pasembor, kami meneruskan perjalan ke Pantai Kok untuk berehat dan berehlah di sana. Vroommmm! |
|
Selamat Datang Semua!! |
Ketika dalam perjalanan ke Pantai Kok pon kami menemui pelbagai haiwan. Seronok tol haritu. Jumpa burung enggang la, itu la ini la. Memang Langkawi ni kaya dengan flora dan fauna, termasuklah keindahan alamnya. Seronok juga naik motor keliling pulau sambil menyaksikan keindahan ini. Kamera kat tangan pon ready je nak snap apa-apa yang menarik. Mat saleh pon ramai juga yang bermotorsikal. Ada couple mat saleh tu kami jumpa dorang berhenti kat pokok mangga tau. Haha. Time ni kat Langkawi memang pokok mangga tengah lebat dengan buah. Couple tu ala-ala teruja tengok pokok mangga tu. Mesti dorang rasa teruja sebab jarang jumpa kat negara dorang. See! Orang luar hargai keindahan alam tropika negara kita tau.
|
Tengah-tengah atas motor tu, terjumpa encik nyet ni. Rare!! Tak pernah jumpa weh selama ni. Spesies ni memang banyak kat Langkawi. Omputih panggil silver leaf monkey, melayu taktau la panggil apa. |
|
Pose encik nyet! Kami berhenti nak ambil gambar ni. Sporting je encik nyet kita ni.. |
|
Encik Kerbau pon ada weh! Mestila teruja dan jakon sekejap sebab ada la dalam 10 tahun aku dah tak jumpa kerbau. Susah betol nak jumpa. Akhirnya jumpa kat Langkawi. Banyak ekor pulak tu. Tanduk pulak masing-masing nak mencanak je. Best ! |
|
Ni burung apa ya. Terjumpa burung ni juga dengan burung-burung lain kat kawasan ni. Memang banyak spesies burung boleh kita nampak kat situ. Seronok weh ! |
|
Akhirnya kami sampai di Pantai Kok ! Marvellous! |
|
Jalan masuk ke pantai ni sempoi je. Jalan tanah berbumbungkan deretan pokok kelapa. Seronok betul tengok macam ni. Nature, neutral, and natural!! |
|
Masa kami tiba, air dah surut dah. Jalan-jalan sambil menghayati pemandangan je la. |
|
Takde nak buat apa, selfie la! Budak nakal kat belakang tu. |
|
Tak hairanla Langkawi tercalon sebagai salah satu destinasi pelancongan dunia! Siap dapat pengiktirafan agung lagi kerana alam semula jadinya yang terbentuk hasil daripada proses yang memakan masa berjuta-juta tahun. |
|
Haha. Jom try jilat granit nak tak? Haha. Siap ada warning kat situ. Mampu kau nak jilat granite? |
|
Penerangan mengenai Pulau Baki ni. Memang di pantai ni anda akan dapat melihat pulau yang dimaksudkan. Masa sampai di Pantai Kok ni pon aku rasa pelik dan terfikir jugak tengok pulau tu. Pulau buatan ke apa. Pastu tengah jalan-jalan, terjumpa penerangan ni. Terjawab sudah kemusykilan aku. Nak tengok pulaunya datangla ke Pantai Kok! :) |
|
Posing comel dengan motor Demak yang setia bersama kami selama 3 hari 2 malam. Terima kasih Encik Demak. Huhu |
|
Ok, masa dah makin suntuk. Nak kena kembali ke Pantai Cenang cari pakej Pulau Payar murah dan kena komfemkan sebelum pukul 8 malam dengan orang motel kalau nak book melalui mereka. Dah dah ! Jom balek! Balekk!!! Tersekat pulak motor ni kat pasir. Huhu. |
Untuk entri seterusnya akan saya kongsikan di mana nak book pakej yang murah-murah dan pengalaman kami di Pulau Payar beserta tips-tips berguna, dan suasana di Pantai Cenang pula. Nantikan yaa ;)
Entri seterusnya:
salam.. nk tnye. kalo nk ke pantai cenang,cmne ye? senang tak jalannye? brape jaoh and brape jam utk sampai ke amzar motel? bole bagi guide?
BalasPadamW'salam. Amzar Motel ni terletak di tepi Jalan Pantai Cenang. Jalan Pantai Cenang pula terletak di hadapan Pantai Cenang. Tak susah nak cari Amzar Motel. Di Jalan Pantai Cenang, cari AMZAR TRADING, memang betul-betul di tepi jalan. Kalau nak ke Pantai Cenang, daripada Kuah, boleh ikut Jalan Padang Matsirat atau Jalan Bukit Malut. Kalau ikut jalan Padang Matsirat, jalannya banyak traffic light, banyak kedai, rumah, dan banyak kereta lalu-lalang. Kalau ikut Jalan Bukit Malut, akan lebih cepat sampai ke Pantai Cenang sebab takde traffic light, pemandangan cantik, kereta pon kurang, boleh stop amik gambar. Tapi Jalan Bukit Malut pada waktu malam agak gelap sebab takde lampu jalan. Tak yah risau nak ke Pantai Cenang. Ada banyak signboard. Ikut je signboard. Daripada Kuah, perjalanan ke Pantai Cenang mengambil masa lebih kurang 30 minit. Saudari juga boleh tengok di google map. Selain tu, dinasihatkan kalau amik kenderaan sewa, cek kuantiti minyak sebelum memulakan perjalanan. :)
Padamada no contact amzar motel?
BalasPadamAgak sayang ...saya terikut jln highway ke pantai cenang..sbb tu terpikir salah kat mana x jumpa jln nie..
BalasPadam