Jemput Sertai Blog Saya ;)

Isnin, 31 Mac 2014

Bhgn 9 Percutian Bajet Naturally Magical Langkawi: Penutup, Itinerary, dan Senarai Bajet Percutian Murah!












Akirnya sampai jugak ke pengakhiran cerita percutian Langkawi untuk kali ni. Di entri terakhir ni aku akan ceritakan sedikit sebanyak jadual perjalanan beserta perbelanjaan kami. Sememangnya dalam negara pon kita boleh bercuti di tempat percutian bertaraf dunia. Memang jimat dan berbaloi kalau bercuti di Langkawi daripada bercuti di luar negara. Cuti-Cuti Malaysia! Oh yeah !


Rewind, ni teaser percutian ni. Semua gambar diambil di Pulau Langkawi oleh kami sendiri. Gambar laut tu diambil di Jalan Bukit Malut. Sebenarnya dah lama gila tak datang Langkawi. Kali terkahir masa sekolah rendah. Pastu kami pergi 2 hari 1 malam, musim hujan, pemandangan agak cloudy. Walaupon time tu musim hujan, kami agak impress dengan Langkawi. Cantik gila! Tak sangka!! Tak puas pulak pergi 2 hari 1 malam. Dan demikian kami repeat lagi pergi Langkawi. Kali ni 3 hari 2 malam pula dengan misi bajet RM500/2person. Semua reviewnya disertakan daripada bahagian 1 hingga ke bahagian 9.

Bajet Termasuk: 

(48 jam) pengangkutan self-drive + petrol
 2 malam penginapan berhawa dingin
Tiket feri pergi balik
 Makan & Minum
Islands Hopping
Tiket lawatan 

Seperti burung pulang ke sarang, begitulah kami, meninggalkan Langkawi, pulang ke halaman asal. Huhu.


Pada hari terakhir kami di Langkawi, pukul 10 pagi dah checkout dan menuju ke kereta kabel. Lepas tu pergi shopping kat Kuah sebelum hantar motor dan naik feri pulang ke Kuala Kedah. Motor yang kami sewa dipulangkan ke kedai tu semula. Dah pulangkan, dah dapat balik deposit, orang kedai tu akan hantar pulang ke Jeti Kuah. Dah sampai Jeti Kuah, tiket samada pulang ke Jeti Kuala Perlis atau Jeti Kuala Kedah hendaklah dibeli di kaunter tiket berhadapan parking kereta, belakang KFC. Bukannya di dalam terminal ya.



Feri yang kami naik kali ni selesa sikit. Perjalanan dimulakan dengan penerangan keselamatan. Paparan TV dia pon jelas. Dorang mainkan movie di sepanjang perjalanan tah movie ape tah. Aku tidur je. Tapi movie dia macam bes je sebab bila dah sampai kat Kuala Kedah pon ramai lagi yang tak berganjak daripada tempat duduk nak tengok sampai habis.


HAHAHAHA! WHAT A FACE ! So there we go, the zirafah dan the burung hantu :p

Huhu. Cerita sayu yang dimaksudkan tu ialah barang hilang!Beg biru kecik tu la yang hilang. Rasa sedih dan geram. Memandangkan barang banyak dan tempat duduk pon sempit, letak la beg kecik tu kat tempat letak barang. Barang-barang shopping yang lain pegang kat tangan berhimpit-himpit kat seat. So pengajarannya, sila bangun awal-awal daripada tempat duduk dan standby siap-siap sebelum orang lain datang ambil barang masing-masing kat tempat simpan barang! Sedih rasa tak dapat merasa t shirt Langkawi yang aku beli kat Beras Terbakar. Lagi dalam tu ada minyak gamat dan lain-lain yang dibeli di Beras Terbakar. Pendek kata semua barang yang dibeli di Beras Terbakar semua hilang. Selipar aku beli time kat Krabi itu hari pon dalam tu jugak. Yang lain macam botol air dan buah oren tu aku x kesahla sangat. Geramnya. Dala tshirt tu kat kedai tu je ade design mcm tu. Geram geram geram. Kalau orang tu tak sengaja terambil dan kalau dia nak pakai, aku halalkan je. Tapi kalau dia sengaja dan memang niat nak curi, aku sumpah dia kembong perot 40 hari 40 malam. Haaaaaaa.




Itinerary
Ok, enough with the rant. Sekarang nak tulis pasal jadual perjalanan kami pula. Sebenarnya tak ikut sangat pon dengan itinerary asal sebab ada urusan lain pula yang perlu diselesaikan dan kami bertolak ke Langkawi lewat sakit daripada jam asal yang dirancang. Tap itu tak menjadi masalah. We are flexible. Hihi. Jadi ini jadual perjalanan kami beserta bajet kami untuk dua orang. Take note bajet kami diambil kira bermula daripada di Jeti Kuala Kedah, dan tidak termasuk bajet shopping.


Day 1

1.00 petang: Bertolak daripada Jeti Kuala Kedah. Tiket 2x RM23 = (RM46)

3.30 petang: Tiba di Jeti Kuah. Ambil motor (RM60). Bayar deposit RM50. Bertolak ke Pantai Cenang melalui Jalan Bukit Malut.

4.30 petang: Check in Amzar Motel (RM90). Deposit RM50 Rehat. Bersiap.

5.30 petang: Bertolak ke Laksa Pulau. Makan 2x Pasembor (RM8) + 2x ABC (RM5) = (RM13). Kemudian rehlah di Pantai Kok. Isi minyak motor (RM5)

7.30 petang: Tiba di Cenang semula dan book Pakej Pulau Payar di Amzar Motel 2 x RM85 = (RM170). Mandi. Rehat. Bersiap.

9.00 malam: Keluar jalan-jalan di Pantai Cenang. Ice Cream Sundae Cone McD  3x RM1 =(RM3). Dinner KFC  Cenang Mall 1x rice plate RM7.45 + Value meal RM4 = (RM11.45)

12.00 malam: Balik. Cuci badan. Tidur.

Total belanja hari pertama: RM 398.45




Day 2


6.00 pagi: Bangun. Mandi. Bersiap. Keluar cari breakfast di Jalan Pantai Cenang. Roti Canai dua keping di Restoren 24 jam Nasi Kandar Tomato 2x RM0.80 = (RM1.60).

8.00 pagi: Bas datang pick up depan Amzar Motel. Berhibur di Pulau Payar

4.00 petang: Kembali ke Jeti Kuah selepas Pulau Payar. Bas hantar semula ke tempat penginapan.

5.00 petang: Tiba di Amzar Motel. Mandi. Rehat. Bersiap. Minum petang di Amzar Motel bekal sendiri + sebuku roti sandwich  beli di kedai runcit (RM1.90) =  (RM1.90)

6.30 petang: Jalan-jalan di Pantai Cenang.

8.30 malam: Bertolak untuk jalan-jalan di pekan Kuah, ambil angin.

10.00 malam: Dinner di Warung Meet Uncle Bob 4.5 Chicken Chop 2x RM5 + Segelas sirap (RM1) = (RM11). 

11.30 malam: Jalan-jalan di Jalan Pantai Cenang. Sundae Cone McD 2x RM1 = (RM2). Balik, cuci badan, tidur.

Total belanja hari kedua: RM16.50





Day 3

10.00 pagi: Checkout. Dapat balik deposit RM50. Bertolak ke Kereta Kabel . Tiket 2 x RM15 = (RM30)

12.30 tengah hari: Bertolak untuk shopping. Isi minyak motor (RM3)

1.00 petang: Shopping di Beras Terbakar. Rehat

2.00 petang: Rehat Lunch di KFC Arked Pokok Assam, Kuah. Rice plate 2x RM7.40 = (RM14.90)

3.00 petang: Shopping di Idaman Suri. Langkawi Saga, Haji Ismail Group, dan Wira Gaya.

4.00 petang: Hantar motor. Dapat balik deposit RM50. Tiket feri balik ke Kuala Kedah 2x RM23 = (RM46)

Total belanja hari ketiga: RM93.90


Bajet keseluruhan: RM508.85.

 Dengan ini terbukti dengan hanya berbajetkan RM508.85, anda mampu untuk melancong ke Langkawi, bukan untuk seorang, tapi dua orang ! 



Benda yang kami nak sangat buat kat Langkawi ni ialah kereta kabel dan Pulau Payar.  Tapi ada banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat di Langkawi tapi tetap boleh dilakukan dengan bajet RM500/2 orang. Contohnya, banyak lagi aktiviti yang boleh digantikan dengan aktiviti Pulau Payar yang berharga RM85 seorang. Contohnya boleh digantikan dengan Island Tour & Eagle Feeding (Pulau Beras Basah, Tasik Dayang Bunting, dan Pulau Singa Besar) berharga RM25,  Langkawi Wildlife and Bird Paradise (RM15), Makam Mahsuri (RM7), dan Underwater World (RM30) tapi masih dalam bajet RM500/2 orang dan lebih banyak aktiviti untuk dilakukan! Murah! Untuk keterangan dan gambaran lebih lanjut, sila rujuk bahagian 1 hingga bahagian 8.

Dengan ini berakhirlah coretan mengenai percutian Langkawi kami selama 3 hari 2 malam. Di harap segala info dan tips yang diberikan dapat membantu kalian ketika bercuti di Langkawi. Terima kasih kerana sudi membaca dan ikuti entri-entri di blog ni. Kalau ada rezeki lagi, kami akan ke destinasi lain dan yang pastinya akan diikuti dengan coretan info dan tips percutian. Segalanya di sini !



34 ulasan:

  1. Terbaek la bro. Baca semua entri ni. Suka cara awak enjoy small things & buat percutian bajet tp sgt bermakna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sudi bava semua entri saya.... kita kena cuba hargai even small things baru rasa enjoy tu.. enjoyyyy!! :)

      Padam
  2. The best blog pernah sy jumpa... cukup bajet & enjoy.. tq!

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu... sekadar untuk menolong dan cetuskan idea percutian bajet. thanks ya ;)

      Padam
  3. Terima kasih dik. Blog anda 'best, budget, enjoyable, simple but full of good info'.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama.. harap semua info yang diberikan dapat dimanfaatkan bersama ;)

      Padam
  4. Best!!!! Enjoy je baca entri ni....😊😊😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq.. semoga terhibur... jemput baca entri-entri terbaru ;)

      Padam
  5. Best!!!! Enjoy je baca entri ni....😊😊😊

    BalasPadam
  6. Best!!!bc smua...tq bg info...mood excited g langkawi mggu dpn:-)

    BalasPadam
  7. Akum .. Nk tanye.. Cas hotel rm45 tu per night atau per head

    BalasPadam
    Balasan
    1. RM45 per night. kiranya, dua orang satu bilik, sorang RM22.50 untuk satu malam.

      Padam
  8. wah sgt2 detail dn byk ilmu i dpt dr u...trbaik lah...

    BalasPadam
  9. Salam. Terima kasih kerana tulis detail mcm ni. senang utk orang first time macam saya, most other blogger tulis macamla kite penah pegi tempat tu kan. huhu.. Sekarang tengah arrangekan untuk family. cuak sebenarnya. sebab tak pernah pergi dan macam keserabutan dengan banyak tempat2 best. hehe.. rasa2 kalau saya dah tempah tiket flight dan hotel, then kat sana baru arrange untuk aktiviti sume ok tak? kereta takpe je kan kalau tempah kat sana? >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. yaaa.. boleh sahaja ! asalkan flight dn hotel dh konfem, dh sampai sane nnt redah jela nk buat apa pon. hihi ;)

      Padam
  10. Selesai baca semua entri percutian bajet ni.bagusnya awak, kongsi A-Z dalam blog ni.terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  11. Salam ukhuwah. Memang nak pergi langkawi cuti sekolah bulan dec ni bawa anak. Last pergi tahun 2009. Menarik blog awak dan terimakasih tips. Dekat jalan lapangan terbang tubada satu gerai nasi campur yg sedap dan murah.

    BalasPadam
  12. Tkut nk pegi... Sbb risau bjet mahal sgt... Tp gayanya mcm boleh je... semangat utk bercuti kat langkawi datang plak tetiba... Thanks share info...

    BalasPadam
  13. huhuhuhu ....ade juga yang ilangnya...... tq atas info...selalunya duduk hotel... kali ni nk berubah angin ....nak bw hubby and ank jln2 ikut sebudget yang mungkin... tq for info.....
    penat gelakkkkkkk .....

    BalasPadam
  14. Wah .terima kasih.tips n citer pengalaman awk Sgt mbntu . first time nk g ni.

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum tuan Tanah.. Info yang sangat berguna. Insyaallah hujung tahun ni nk ke sana dan dengan budget yang seminimum mungkin. Terima kasih atas perkongsian awk!

    BalasPadam
  16. sangat bermanfaat. mesti ayah ngan mak kau doakan kau supaya menjadi anak yang dapat memberi manafaat kepada orang lain... amin termakbul juga.

    BalasPadam
  17. fuh, bru habis baca sume post pasal langkawi. memang terbaik! macam tak caye je rm500 boleh cover sume expenses. thanks for the review. sgt membantu ktorg yang nk plan g langkawi nnti. hehehee..

    BalasPadam
  18. Syok betul baca n studies your sharing fasal percutian bajet langkawi.

    Dah penah 2x pi..bila baca your reviews rasa nak pi lagi dan lagi..lagi tambah beemotivasi nak bercuti gituhhh

    keep sharing ya..percutian bajet ni..ramai yang perlu tahu bagaimana. asalkan pandai plan and rajin studies, banyak wang yang dapat dijimatkan dan guna untuk Shopping.hehehheeh

    last but not least, thank u adik for all the sharing.

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum ada idea tak nk dptkan blk brg y hilang dkt Langkawi..
    Bag color biru IKEA bkemungkinan dkt jetty Kuala Perlis. Sy hilang bag tu 21hb July LPs. Sedey eh baju ry anak byk dlm tu. Call kaunter x berangkat.
    Thank in advance

    BalasPadam
  20. Terima kasih untuk review dan info terbaik.. Saya baca dari awal sampai habis.. Memang seronok rasanya.. Bulan depan saya nak pergi Langkawi dengan suami saya. Mula-mula memang saya risau fikir pasal budget tapi sekarang saya rasa ingin cuba.. Harap2 saya dapat menggunakan tips2 yang diberikan dengan baik.. :)

    BalasPadam
  21. Makam mahsuri dah naik harga..kalau tak salah rm12..tak sempat masuk..sampai lagi 10 minit nak tutup..anyway review ni bagus utk panduan..saya x sempat ikut semua sbb masalah cuaca..

    BalasPadam