Jemput Sertai Blog Saya ;)

Memaparkan catatan dengan label Travel_Malaysia_Kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Travel_Malaysia_Kedah. Papar semua catatan

Ahad, 22 Disember 2013

Part 4: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapang Padi: Gunung Jerai, Pulau Bunting, Tanjung Dawai, Titi Hayun.


Part 1: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapang Padi: Pengangkutan Awam ke Kedah

Part 2: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapang Padi: Menara Alor Setar, Pekan Rabu, Taman Jubli Emas.

Part 3: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapand Padi: Muzium Padi, Bendang, Rumah Kelahiran Tun M.

Untuk entri kali ni, kita akan fokuskan kepada lokasi-lokasi menarik di selatan Kedah. Sememangyna di negeri Kedah ini sahaja dah banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi, belum kira lagi di negeri-negeri lain. Sememangya Malaysia negara yang indah dah bertuah. Mai Cuti-Cuti Malaysia !


Gunung Jerai 

Gunung Jerai terletak di Daerah Yan, berdekatan dengan Sungai Petani dan Lembah Bujang. Apa yang menarik di Gunung Jerai sudah tentulah pemandangan yang indah dan udara yang sejuk dan segar. Sesuai bagi mereka yang cintakan alam. Ketika kami ke sini, kami menuju ke Jerai Regency Resort yang terletak di 986m dari paras laut. Perjalanan menaiki kereta ke resort tersebut mengambil masa sekitar 15 ke 20 minit. Jalan nak ke sana dalam keadaan baik tapi kena berhati-hati la sebab bnyk selekoh-selekoh tajam. Tiada bayaran masuk dikenakan untuk menaiki Gunung Jerai ni.

Pintu masuk ke Gunung Jerai

Sesudah sampai kami parking percuma di Jerai Regency Resort. Bayaran masuk pon tiada. Kami tidakla menginap di sini, cuma saja lepak-lepak ambil angin tenangkan fikiran. Masih belum ada rezeki nak menginap di sini. RM200 satu malam tau. Diingatkan di atas ni tiada kedai runcit. Jadi, kalau nak apa-apa kena beli awal-awal kat bawah. Stesen minyak lagila tak ada. Keadaan di atas ni tidakla terlalu sibuk. Sejuk dan tenang ja. Sesudah sampai, kai jalan-jalan di sekitar hotel.


Jalan-jalan tengok kawasan sekeliling. Syok betol sebab udara dia sejuk dan segar.

986m daripada paras laut, anda akan berpeluang menyaksikan pemandangan sawah padi dan Laut India yang terbentang luas daripada sini. Memang betul-betul cantik. Puas hati. Di dalam ketenangan dan kedinginan ni memang syok berangan sambil menyaksikan alam terbentang luas. hew hew~


Kawasan permainan kanak-kanak di Jerai Regency Resort. Di luar resort ni pon ada kawasan permainan juga, di Taman Awam yang terletak tidak jauh daripada resort ini. Swimminh pool pon ada di hotel ni tapi untuk pengunjung hotel jela.

Strike a pose dengan bunga. Sama warna baju dengan warna bunga.

Di sini juga terdapat banyak spesies tumbuhan yang jarang kita nampak di tanah rendah Macam gambar-gambar kat bawah ni la. Di Gunung Jerai ini juga terdapat Muzium Hutan yang menempatkan pelbagai spesies flora dan fauna yang selalunya terdapat di sini. Sebelum anda memasuki Jerai Regency Resort, anda akan melalui Muzium Hutan terlebih dahulu.






Pendek kata bagi mereka yang sukakan alam dan ingin merehatkan diri dan fikiran, lari daripada hiruk pikuk kota, boleh la berkujung ke sini. Memang best ! Lagi best kalau dapat duduk hotel yangRM200/malam tu. Hihi.

Pulau Bunting

Destinasi kita yang seterusnya ialah Pulau Bunting, juga terletak di Daerah Yan. Cara terbaik untuk ke pulau ini ialah dengan menaiki motorsikal sebab sebelum nak sampai ke pulau ni, anda perlu melalui denai-denai dan jalan kampung. Lagipun apabila sampai di jambatan untuk ke pulau, hanya motorsikal sahaja yang muat masuk sebab ada pagar. So better naik motor. Larat ke nak jalan kaki seberang ke Pulau? Ngeh3~ Panjang jugak tau jamnbatan ni.


Ketika menyeberangi Selat Melaka untuk ke Pulau Bunting. Woohoo! [Helmet tak buckle up. Jangan tiru aksi ini ya!]  :)


Pemandangan daripada Pulau Bunting. Jambatan ni memang kereta tak boleh lalu. Motorsikal sahaja. Pada waktu petang pula akan ada ramai orang memancing di atas Jambatan Pulau Bunting.

Di sini juga terdapat gerai-gerai kecil yang menjual makanan dan minuman. Bolela buat isi perut sambil menghayati keindahan alam. Apabila sampai di hujung jambatan, kami parking motorsikal di ruang yang terdapat di situ. Seterusnya kami berjalan kaki lebih kurang lima minit untuk ke pantai. Nak ke pantai ni agak mencabar sikit sebab kena lalui batu-batuan yang setengahya ada yang licin. Jadi memang kena berhati-hati. Maklumla, pulau ni masih belum dibangunkan sepenuhnya lagi. Tapi redahan itu amat berbaloi bila dah sampai di pantai. Kenapa berbaloi? Jom tengok !


Gambar yang diambil di Pulau Bunting. Cantik tak? Cantik? Cantik??? Gambar ni hanyalah lebih kurang 1/5 daripada keluasan Pulau Bunting. Ni kat bahagian depan ja. Kat belakang sana luas lagi. Tak leh nak masuk sebab hutan dan semak samun. Barangkali, kat belakang sana lagi cantik dengan airnya yang jernih. Macam best je kalau dapat buat bbq kat sini... huhu

Lagi suasana di pantai Pulau Bunting. Kalau nampak, ada jambatan di situ. dan selepas jambatan tu ada batu-batuan. Batu-batuan itulah yang anda harus redahi sebelum nak ke pantai ni. Kalau tak nampak, pendek umur tau... ngeh3~

Berehat dan menghayati alam sambil ditemani derusan ombak dan pemandangan laut dan Gunung Jerai....

Kualiti air kat pantai ni. Bes kan? Rasa macam nak mandi je kan?

Antara 'buah tangan' yang kami kutip di pantai untuk buat kenangan. Kulit-kulit siput dan kerang pon ada tapi kami tak ambil sebab mainstream sangat lah kulit kerang dan siput. Kami ambil yang rare sahaja. Hihi. Balek rumah, letak dalam balang kaca. Terbaik~

Tanjung Dawai

Juga terletak di Daerah Yan, Tanjung Dawai. Apa yang ada di Tanjung Dawai? Macam-macam. Kat sini ada Arked Tanjung Dawai. Di Arked ni ada menjual pelbagai produk makanan hasil laut. Keropok lekor, keropok keping, ikan masin, sotong kering, ikan bilis dan bermacam-macam lagi. Harganya ada yang mahal dan ada yang murah, bergantung pada produk. Parking juga tak menjadi masalah. Banyak parking terdapat di perkarangan Arked Tanjung Dawai dan sememangya parking percuma.

Belacan ni pon ada. GERENTI TUMBUK!!!! Tumbuk apa? Makan nanti rasa nak pukul orang ka? Ngeh3~

Beli kopok lekor. Dah lama mengidam keropok lekor. Terengganu tak sampai, kat sini pon jadi la~

Khusyuk mendengar penjelasan makcik ni. Hahaha.

Dalam membeli tu, diingatkan tengok-tengok la kualiti dia terutamanya satay ikan yang dalam plastik tu. Sebab selalunya ada yang dah berlubang. Mungkin sebab tercucuk batang satay ikan tu. Dan bila berlubang, memang akan ada semut la. Jadi sebelum beli, tengok-tengok dulu. Kang tak pasal-pasal makan semut :p
Tapi kedai-kedai makcik yang kat atas ni ok la.

Di arked ini juga terdapat gerai-gerai makan. Aku rekemen try ABC ydi kedai yang berada di hujung sekali, berdekatan dengan Jeti Tanjung Dawai. Sebab apa? Masa aku makan tu, ni la ABC yang paling sedap pernah aku rasa seumur hidup aku. Bahan-bahan cukup, rasa pon cukup, ais dia pulak x kasar. RM2, memang puas hati.



ABC Tanjung Dawai terbaik !

Sumber: http://budakletrik.blogspot.com/2013_04_01_archive.html. Bersebelahan Arked Tanjung Dawai, terdapat Jeti Tanjung Dawai. Di sini anda boleh naik bot ke Pantai Merdeka. Kat Pantai Merdeka tu tak ada apa sangat. Ada taman permainan, resort, dan gerai-gerai kecil. Pantai dia pon macam tak selera ja nak mandi, warna kelabu. Tanjung Dawai - Pantai Merdeka RM2/seorang. Pantai Merdeka - Tanjung Dawai pon RM2/seorang. Untuk keterangan lanjut, bolehla ke blog beliau. Copy paste link yang terdapat di Sumber itu.

Seronok kan? Macam-macam ada kat Yan ni. Ingat tak lagu ni;

Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai
Ngeh3~

Titi Hayun

Selain tu, di Yan juga terdapat kawasan Rekreasi. Antaranya ialah Kawasan Rekreasi Titi Hayun. Chalet pon ada tapi aku tak sure berapa harga satu malam untuk satu chalet. Chalet tu nampak cantik jugak, terletak bersebelahan sungai Titi Hayun ni dan dikelilingi hutan tropika. Malam-malam kompem sejuk. Bes tidur. Huhu. 

Gugel punya gugel tak jumpa la chalet tu tapi terjumpa chalet yang lain yang terletak berdekatan dengan kawasan Rekreasi Titi Hayun. Not bad jugak deal dia, setiap chalet ada kolam sendiri dan tidak kira berapa ramai yang datang, harga hanya akan dicaj untuk sebuah chalet. Berbaloi ! Boleh rujuk di sini http://salakdenai.blogspot.com/. Dan ini pula blogger yang pernah menginap di situ. Boleh ikuti entri beliau di chalet tersebut. http://nurikhyardee.blogspot.com/2011/05/salak-denai-chalet.html

Ni la sebabnya dinamakan Titi Hayun sebab ada jambatan gantung ni. Tapi sekarang jambatan ni dah tak boleh dilalui. Kat bahagian atas ni agak berbatu sikit, tapi kat kawasan bawah sana kurang batu. Ok untuk mandi. Airnya pon jernih.


Ok. Sekarang tiba masa untuk strike a pose !  Hihi ;p












Wohoo. Puas hati betul meneroka negeri Kedah ni. Macam-macam ada. Tak rugi untuk explore. Bagi mereka yang cintakan alam, sila-silakanlah melawat Negeri Kedah. Peace !

Selasa, 19 November 2013

Part 3. Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapang Padi: Muzium Padi, Bendang, Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir.


Part 1: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapang Padi: Pengangkutan Awam ke Kedah

Part 2: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapang Padi: Menara Alor Setar, Pekan Rabu, Taman Jubli Emas.

Part 4: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapang Padi: Gunung Jerai, Pulau Bunting, Tanjung Dawai, Titi Hayun.

Mari kita teruskan pengembaraan kita ke destinasi yang seterusnya di negeri Kedah!

Muzium Padi

Di Alor Setar juga terdapat Muzium Padi. Muzium ini dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Tutup sementara pada Jumaat jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang dan pada hari pertama Raya Aidilfitri dan Raya Aidiladha. Bayaran bagi dewasa ialah RM5.00 seorang manakala kanak-kanak dan rombongan sekolah (beruniform pula RM2.00 seorang. Murah! Bangunan ini kelihatan unik dengan reka bentuk gemai padi. Muzium yang terletak bersebelahan dengan Gunung Keriang ini juga dikelilingi sawah padi yang menghijau dan keemasan. Di perkarangan muzium ini juga terdapat pondok-pondok berkonsepkan tradisional yang disediakan untuk para pengunjung. Parking percuma juga banyak disediakan. Banyak punya bebel, jomlah kita tengok apa yang ada kat muzium ni.





Di perkarangan Muzium Padi. Selamat Datang!


Kedatangan anda akan disambut oleh helang batu ni. Kalau belajar dulu, helang ni merupakan agen kawalan perosak kat sawah padi. Kira kena la jugak konsep muzium ni kan.

Dalam muzium ni ada dipamerkan pelbagai jenis dan gred beras bukan sahaja dari Malaysia tapi juga dari keseluruh dunia. Selain tu, teknologi dan peralatan yang digunakan bermula daripada proses penyediaan tapak hinggalah ke proses penyimpanan ada dipamerkan di sini. Memang sesuai dijadikan tempat untuk mengumpul maklumat kalau buat penyelidikan, tesis, atau apa-apa assignment yang berkenaan. Jom tengok!

Pameran Proses Penanaman Padi.
  • Penyediaan Tapak
Nasib baik takda kerbau hidup dipamerkan kat sini. Semua pakai mesin dah! Hihi

  • Menanam Padi
Selepas menyediakan tapak, tanaman dimulakan.

  • Kawalan musuh
Say hi to orang-orang!
  • Menuai



  • Pengangkutan

  • Penyimpanan




Antara gred padi yang dikeluarkan di negara kita.

Beras yang sudah disiap proses seperti mana yang kita selalu lihat di pasaran. Ni buat pameran ja, dorang tak jual beras kat sini :p

Alatan menangkap ikan tradisional. Selalunya ikan keli la banyak kat sawah-sawah. Kalau musim hujan kat Alor Setar ni memang banyak nampak orang memancing kat sawah.


Selain pameran mengenai padi, ada lagi benda lain yang menarik kat muzium ni.  Di aras tiga, terdapat pameran berputar mengenai lukisan 360 darjah yang menggambarkan persekitaran di sawah padi dan Muzium Keriang.  Lukisan dia memang sangat teliti dan 'fine'. Lukisan yang mengkagumkan tu kalau dihayati betul-betul memang kita dapat rasa suasana tu. Nak tahu macam mana perasaan tu, kena la datang cuba. ;)


Tangga untuk ke aras tiga ke pameran 360 darjah ni dihias seperti di dalam gua, menggambarkan suasana Gunung Keriang.

Antara sebahagian lukisan di ruang pameran 360 darjah yang memperlihatkan suasana aktivti kemasyarakatan orang-orang kampung. Kerusi empuk juga ada disediakan. Saja suka nak berdiri. Di tempat yang aku berdiri ni sebenarnya dia berputar. So, kita hanya perlu duduk ja kat situ sambil menikmati pemandangan yang digambarkan dalam lukisan tu.

Both of us pon nak interframe pameran jugak. Ngeh3~

Berlatarbelakangkan lukisan Gunung Keriang. Macam Chicken Island kat Krabi pon ye jugak.


Di aras ni juga terdapat perkhidmatan jurugambar professional. Satu gambar dorang ambil kalau tak silap RM10 dan dorang proses siap terus kat situ berserta dengan frame. Kami tak ambil pon perkhidmatan tu tapi daripada contoh yang ada disitu, bole kira elok juga la. Di aras satu pula ada kedai menjual barangan cenderamata dan barangan-barangan yang diperbuat daripada beras seperti makanan, ubatan, sabun, semua ada. Harganya pun berpatutan, memang mampu untuk dibeli.  Seterusnya jom kita jengah ke bendang pulak.


Sawah Padi

Datang Kedah kalau tak tangkap gambar kat sawah padi memang tak sah la. Sawah padi yang kami kunjungi ni terletak di kawasan Anak Bukit. Masa ni memang padi tengah menghijau kat kawasan ni. Warna padi yang baru ditanam ni berbeza dengan warna padi yang dah lama tumbuh. Warna dia hijau muda. Cantik! Nampak macam karpet ja daripada jauh.

Kami masuk sawah padi dengan menaiki motorsikal. Senang nak masuk jalan-jalan yang sempit. Masuk free of charge. Tapi jangan buat rosakkan padi orang dahla.

Sebatilah bersama alam! Sayangi alam kita.

Menunggu mata air tak kunjung tiba ka? Ngeh3~

Cak!
Tangkap gambar tepi parit. Nak ke seberang ni kena lalu titi selebar tapak kaki. Aku cuak kot-kot jatuh, kayu pun macam reput. Budak bandar masuk kampung. Dah lama tak main tepi parit. Yang dia ni selamba badak lintas macam tu. Apa-apa pon aku berjaya jugak melintasinya. Oh yeah!

Ambil aura kat sawah padi, pose like a pro.

Model jam ka? Ngeh3~

Lepak kat sawah padi ni memang bes. Mungkin ada orang kata, alah ape je yg ade kat sawah padi, tapi bagi pencinta alam dan yang pandai  menghargai suasana, memang akan dirasai ketenangan dan kepuasan tu. Apa-apa pon jom kita jalan lagi ke destinasi yang seterusnya.


Rumah Kelahiran Tun Mahathir

Ini juga antara tempat yang wajib dilawati jika ke Alor Setar, rumah kelahiran pemimpin dan idola nombor satu negara, Tun M. Rumahnya simple je tapi dijaga dengan kemas oleh pihak yang terbabit. Di dalam kawasan rumah kelahiran ini juga terdapat pameran yang menempatkan alatan-alatan perubatan dan macam-macam lagi. Masuk percuma. Parking juga percuma di perkarangan rumah kelahiran Tun M ni. Kat sini tiada kedai menjual cenderamata. Selain tu, yang menarik bagi aku di sini juga ialah tandas awam dia. Unik, lain daripada yang lain. Berkonsepkan tradisional melayu.

Waktu lawatan, dibuka setiap hari pada jam 10 pagi hingga 5 petang, manakala Tutup sebentar pada hari Jumaat pada jam 12 tengah hari hingga 3.00 petang dan keseluruhan hari Isnin. Memang muzium-muzium kat Malaysia ni tutup pada hari Isnin. Dan perkara baik, rumah kelahiran ni dibuka pada cuti am dan cuti sekolah. Memang sesuai untuk bawa keluarga atau makan angin bersama rakan-rakan.


Di ruang tamu

Antara ruangan yang terdapat dalam rumah kelahiran Tun M ni.

Boleh lihat susur galur keturunan Tun M. Nampak ke? Kena bawak kanta pembesar. :p (gurau).

Slip keputusan peperiksaan Tun M. Alumni Kolej Sultan Abdul Hamid rupanya. Memang ramai orang-orang kenamaan yang sebaya Tun berasal daripada kolej ni. Ada juga yang sudah tiada.

Di bahagian dapur ada menempatkan rak pinggan mangkuk.

Ni cuma sebahagian daripada kawasan dapur. Nak tengok keseluruhannya kena la datang.. :)

Tun M masa muda-muda dulu...


Di halaman ruumah kelahiran Tun M. Beredar dengan harapan, Pulang dengan kejayaan. Oh yeah!

Apa yang digambarkan dalam entri ni cumalah sebahagian je daripada keseluruhan pameran. Ada banyak lagi yang dipamerkan seperti bilik pengantin dan kisah-kisah yang dipaparkan di rumah kelahiran ni. Cerita habis-habis tak syokla, kena datang dan alami semuanya baru puas! :)

Berakhir sudah part 2 dan part 3. Part 2 dan part 3 ni memperlihatkan tempat-tempat
menarik di sekitar Alor Setar. Bahagian seterusnya pula akan saya coretkan tempat-tempat menarik di bahagian selatan Kedah pula. Jadi, stay tune!

Entri Seterusnya

Part 4: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapang Padi: Gunung Jerai, Pulau Bunting, Tanjung Dawai, Titi Hayun.