Part 1: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapang Padi: Pengangkutan Awam ke Kedah
Part 2: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapang Padi: Menara Alor Setar, Pekan Rabu, Taman Jubli Emas.
Part 3: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapand Padi: Muzium Padi, Bendang, Rumah Kelahiran Tun M.
Untuk entri kali ni, kita akan fokuskan kepada lokasi-lokasi menarik di selatan Kedah. Sememangyna di negeri Kedah ini sahaja dah banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi, belum kira lagi di negeri-negeri lain. Sememangya Malaysia negara yang indah dah bertuah. Mai Cuti-Cuti Malaysia !
Gunung Jerai
Gunung Jerai terletak di Daerah Yan, berdekatan dengan Sungai Petani dan Lembah Bujang. Apa yang menarik di Gunung Jerai sudah tentulah pemandangan yang indah dan udara yang sejuk dan segar. Sesuai bagi mereka yang cintakan alam. Ketika kami ke sini, kami menuju ke Jerai Regency Resort yang terletak di 986m dari paras laut. Perjalanan menaiki kereta ke resort tersebut mengambil masa sekitar 15 ke 20 minit. Jalan nak ke sana dalam keadaan baik tapi kena berhati-hati la sebab bnyk selekoh-selekoh tajam. Tiada bayaran masuk dikenakan untuk menaiki Gunung Jerai ni.
Pintu masuk ke Gunung Jerai |
Jalan-jalan tengok kawasan sekeliling. Syok betol sebab udara dia sejuk dan segar. |
Strike a pose dengan bunga. Sama warna baju dengan warna bunga. |
Di sini juga terdapat banyak spesies tumbuhan yang jarang kita nampak di tanah rendah Macam gambar-gambar kat bawah ni la. Di Gunung Jerai ini juga terdapat Muzium Hutan yang menempatkan pelbagai spesies flora dan fauna yang selalunya terdapat di sini. Sebelum anda memasuki Jerai Regency Resort, anda akan melalui Muzium Hutan terlebih dahulu.
Pendek kata bagi mereka yang sukakan alam dan ingin merehatkan diri dan fikiran, lari daripada hiruk pikuk kota, boleh la berkujung ke sini. Memang best ! Lagi best kalau dapat duduk hotel yangRM200/malam tu. Hihi.
Pulau Bunting
Destinasi kita yang seterusnya ialah Pulau Bunting, juga terletak di Daerah Yan. Cara terbaik untuk ke pulau ini ialah dengan menaiki motorsikal sebab sebelum nak sampai ke pulau ni, anda perlu melalui denai-denai dan jalan kampung. Lagipun apabila sampai di jambatan untuk ke pulau, hanya motorsikal sahaja yang muat masuk sebab ada pagar. So better naik motor. Larat ke nak jalan kaki seberang ke Pulau? Ngeh3~ Panjang jugak tau jamnbatan ni.
Ketika menyeberangi Selat Melaka untuk ke Pulau Bunting. Woohoo! [Helmet tak buckle up. Jangan tiru aksi ini ya!] :) |
Pemandangan daripada Pulau Bunting. Jambatan ni memang kereta tak boleh lalu. Motorsikal sahaja. Pada waktu petang pula akan ada ramai orang memancing di atas Jambatan Pulau Bunting. |
Berehat dan menghayati alam sambil ditemani derusan ombak dan pemandangan laut dan Gunung Jerai.... |
Kualiti air kat pantai ni. Bes kan? Rasa macam nak mandi je kan? |
Tanjung Dawai
Juga terletak di Daerah Yan, Tanjung Dawai. Apa yang ada di Tanjung Dawai? Macam-macam. Kat sini ada Arked Tanjung Dawai. Di Arked ni ada menjual pelbagai produk makanan hasil laut. Keropok lekor, keropok keping, ikan masin, sotong kering, ikan bilis dan bermacam-macam lagi. Harganya ada yang mahal dan ada yang murah, bergantung pada produk. Parking juga tak menjadi masalah. Banyak parking terdapat di perkarangan Arked Tanjung Dawai dan sememangya parking percuma.
Belacan ni pon ada. GERENTI TUMBUK!!!! Tumbuk apa? Makan nanti rasa nak pukul orang ka? Ngeh3~ |
Beli kopok lekor. Dah lama mengidam keropok lekor. Terengganu tak sampai, kat sini pon jadi la~ |
Khusyuk mendengar penjelasan makcik ni. Hahaha. |
Dalam membeli tu, diingatkan tengok-tengok la kualiti dia terutamanya satay ikan yang dalam plastik tu. Sebab selalunya ada yang dah berlubang. Mungkin sebab tercucuk batang satay ikan tu. Dan bila berlubang, memang akan ada semut la. Jadi sebelum beli, tengok-tengok dulu. Kang tak pasal-pasal makan semut :p
Tapi kedai-kedai makcik yang kat atas ni ok la.
Di arked ini juga terdapat gerai-gerai makan. Aku rekemen try ABC ydi kedai yang berada di hujung sekali, berdekatan dengan Jeti Tanjung Dawai. Sebab apa? Masa aku makan tu, ni la ABC yang paling sedap pernah aku rasa seumur hidup aku. Bahan-bahan cukup, rasa pon cukup, ais dia pulak x kasar. RM2, memang puas hati.
ABC Tanjung Dawai terbaik ! |
Seronok kan? Macam-macam ada kat Yan ni. Ingat tak lagu ni;
Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai
Titi Hayun
Selain tu, di Yan juga terdapat kawasan Rekreasi. Antaranya ialah Kawasan Rekreasi Titi Hayun. Chalet pon ada tapi aku tak sure berapa harga satu malam untuk satu chalet. Chalet tu nampak cantik jugak, terletak bersebelahan sungai Titi Hayun ni dan dikelilingi hutan tropika. Malam-malam kompem sejuk. Bes tidur. Huhu.
Gugel punya gugel tak jumpa la chalet tu tapi terjumpa chalet yang lain yang terletak berdekatan dengan kawasan Rekreasi Titi Hayun. Not bad jugak deal dia, setiap chalet ada kolam sendiri dan tidak kira berapa ramai yang datang, harga hanya akan dicaj untuk sebuah chalet. Berbaloi ! Boleh rujuk di sini http://salakdenai.blogspot.com/. Dan ini pula blogger yang pernah menginap di situ. Boleh ikuti entri beliau di chalet tersebut. http://nurikhyardee.blogspot.com/2011/05/salak-denai-chalet.html
Ok. Sekarang tiba masa untuk strike a pose ! Hihi ;p
Wohoo. Puas hati betul meneroka negeri Kedah ni. Macam-macam ada. Tak rugi untuk explore. Bagi mereka yang cintakan alam, sila-silakanlah melawat Negeri Kedah. Peace !
visit my blog. help new beginner. http://thegeotraveller.blogspot.com/
BalasPadamwelcome to the club !! :)
Padamnampak best. tengah plan cuti bulan ni =)
BalasPadamselamat bercuti...:)
PadamPembetulan, laut tu bukan laut India, tetapi laut Selat Melaka. :)
BalasPadamterima kasih. saya dah betulkan...;)
PadamTempat menarik untuk dilawati..
BalasPadamJika nak mai SP..boleh inap di Nur Homestay di Bandar Seri Astana..0134734487( pn ira)..
Tq for sharing. Saya mmg nak mai aloq staq nwxt week. Baru nak study mana tempat menarik. Hihi
BalasPadamVisit me back www.momsmilkyway.com
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
BalasPadamJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)