Part 1: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapang Padi: Pengangkutan Awam ke Kedah
Part 2: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapang Padi: Menara Alor Setar, Pekan Rabu, Taman Jubli Emas.
Part 4: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapang Padi: Gunung Jerai, Pulau Bunting, Tanjung Dawai, Titi Hayun.
Mari kita teruskan pengembaraan kita ke destinasi yang seterusnya di negeri Kedah!
Muzium Padi
Di Alor Setar juga terdapat Muzium Padi. Muzium ini dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Tutup sementara pada Jumaat jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang dan pada hari pertama Raya Aidilfitri dan Raya Aidiladha. Bayaran bagi dewasa ialah RM5.00 seorang manakala kanak-kanak dan rombongan sekolah (beruniform pula RM2.00 seorang. Murah! Bangunan ini kelihatan unik dengan reka bentuk gemai padi. Muzium yang terletak bersebelahan dengan Gunung Keriang ini juga dikelilingi sawah padi yang menghijau dan keemasan. Di perkarangan muzium ini juga terdapat pondok-pondok berkonsepkan tradisional yang disediakan untuk para pengunjung. Parking percuma juga banyak disediakan. Banyak punya bebel, jomlah kita tengok apa yang ada kat muzium ni.
|
Di perkarangan Muzium Padi. Selamat Datang! |
|
Kedatangan anda akan disambut oleh helang batu ni. Kalau belajar dulu, helang ni merupakan agen kawalan perosak kat sawah padi. Kira kena la jugak konsep muzium ni kan. |
Dalam muzium ni ada dipamerkan pelbagai jenis dan gred beras bukan sahaja dari Malaysia tapi juga dari keseluruh dunia. Selain tu, teknologi dan peralatan yang digunakan bermula daripada proses penyediaan tapak hinggalah ke proses penyimpanan ada dipamerkan di sini. Memang sesuai dijadikan tempat untuk mengumpul maklumat kalau buat penyelidikan, tesis, atau apa-apa assignment yang berkenaan. Jom tengok!
Pameran Proses Penanaman Padi.
|
Nasib baik takda kerbau hidup dipamerkan kat sini. Semua pakai mesin dah! Hihi |
|
Selepas menyediakan tapak, tanaman dimulakan. |
|
Say hi to orang-orang! |
|
Antara gred padi yang dikeluarkan di negara kita. |
|
Beras yang sudah disiap proses seperti mana yang kita selalu lihat di pasaran. Ni buat pameran ja, dorang tak jual beras kat sini :p |
|
Alatan menangkap ikan tradisional. Selalunya ikan keli la banyak kat sawah-sawah. Kalau musim hujan kat Alor Setar ni memang banyak nampak orang memancing kat sawah. |
Selain pameran mengenai padi, ada lagi benda lain yang menarik kat muzium ni. Di aras tiga, terdapat pameran berputar mengenai lukisan 360 darjah yang menggambarkan persekitaran di sawah padi dan Muzium Keriang. Lukisan dia memang sangat teliti dan 'fine'. Lukisan yang mengkagumkan tu kalau dihayati betul-betul memang kita dapat rasa suasana tu. Nak tahu macam mana perasaan tu, kena la datang cuba. ;)
|
Tangga untuk ke aras tiga ke pameran 360 darjah ni dihias seperti di dalam gua, menggambarkan suasana Gunung Keriang. |
|
Antara sebahagian lukisan di ruang pameran 360 darjah yang memperlihatkan suasana aktivti kemasyarakatan orang-orang kampung. Kerusi empuk juga ada disediakan. Saja suka nak berdiri. Di tempat yang aku berdiri ni sebenarnya dia berputar. So, kita hanya perlu duduk ja kat situ sambil menikmati pemandangan yang digambarkan dalam lukisan tu. |
|
Both of us pon nak interframe pameran jugak. Ngeh3~ |
|
Berlatarbelakangkan lukisan Gunung Keriang. Macam Chicken Island kat Krabi pon ye jugak. |
Di aras ni juga terdapat
perkhidmatan jurugambar professional. Satu gambar dorang ambil kalau tak silap
RM10 dan dorang proses
siap terus kat situ
berserta dengan frame. Kami tak ambil pon perkhidmatan tu tapi daripada contoh yang ada disitu, bole kira elok juga la. Di
aras satu pula ada
kedai menjual barangan cenderamata dan barangan-barangan yang diperbuat daripada beras seperti makanan, ubatan, sabun, semua ada. Harganya pun berpatutan, memang
mampu untuk dibeli. Seterusnya jom kita jengah ke bendang pulak.
Sawah Padi
Datang Kedah kalau tak tangkap gambar kat sawah padi memang tak sah la. Sawah padi yang kami kunjungi ni terletak di kawasan Anak Bukit. Masa ni memang padi tengah menghijau kat kawasan ni. Warna padi yang baru ditanam ni berbeza dengan warna padi yang dah lama tumbuh. Warna dia hijau muda. Cantik! Nampak macam karpet ja daripada jauh.
|
Kami masuk sawah padi dengan menaiki motorsikal. Senang nak masuk jalan-jalan yang sempit. Masuk free of charge. Tapi jangan buat rosakkan padi orang dahla. |
|
Sebatilah bersama alam! Sayangi alam kita. |
|
Menunggu mata air tak kunjung tiba ka? Ngeh3~ |
|
Cak! |
|
Tangkap gambar tepi parit. Nak ke seberang ni kena lalu titi selebar tapak kaki. Aku cuak kot-kot jatuh, kayu pun macam reput. Budak bandar masuk kampung. Dah lama tak main tepi parit. Yang dia ni selamba badak lintas macam tu. Apa-apa pon aku berjaya jugak melintasinya. Oh yeah! |
|
Ambil aura kat sawah padi, pose like a pro. |
|
Model jam ka? Ngeh3~ |
Lepak kat sawah padi ni memang bes. Mungkin ada orang kata, alah ape je yg ade kat sawah padi, tapi bagi pencinta alam dan yang pandai menghargai suasana, memang akan dirasai ketenangan dan kepuasan tu. Apa-apa pon jom kita jalan lagi ke destinasi yang seterusnya.
Rumah Kelahiran Tun Mahathir
Ini juga antara tempat yang wajib dilawati jika ke Alor Setar, rumah kelahiran pemimpin dan idola nombor satu negara, Tun M. Rumahnya simple je tapi dijaga dengan kemas oleh pihak yang terbabit. Di dalam kawasan rumah kelahiran ini juga terdapat pameran yang menempatkan alatan-alatan perubatan dan macam-macam lagi. Masuk percuma. Parking juga percuma di perkarangan rumah kelahiran Tun M ni. Kat sini tiada kedai menjual cenderamata. Selain tu, yang menarik bagi aku di sini juga ialah tandas awam dia. Unik, lain daripada yang lain. Berkonsepkan tradisional melayu.
|
Waktu lawatan, dibuka setiap hari pada jam 10 pagi hingga 5 petang, manakala Tutup sebentar pada hari Jumaat pada jam 12 tengah hari hingga 3.00 petang dan keseluruhan hari Isnin. Memang muzium-muzium kat Malaysia ni tutup pada hari Isnin. Dan perkara baik, rumah kelahiran ni dibuka pada cuti am dan cuti sekolah. Memang sesuai untuk bawa keluarga atau makan angin bersama rakan-rakan. |
|
Di ruang tamu |
|
Antara ruangan yang terdapat dalam rumah kelahiran Tun M ni. |
|
Boleh lihat susur galur keturunan Tun M. Nampak ke? Kena bawak kanta pembesar. :p (gurau). |
|
Slip keputusan peperiksaan Tun M. Alumni Kolej Sultan Abdul Hamid rupanya. Memang ramai orang-orang kenamaan yang sebaya Tun berasal daripada kolej ni. Ada juga yang sudah tiada. |
|
Di bahagian dapur ada menempatkan rak pinggan mangkuk. |
|
Ni cuma sebahagian daripada kawasan dapur. Nak tengok keseluruhannya kena la datang.. :) |
|
Tun M masa muda-muda dulu... |
|
Di halaman ruumah kelahiran Tun M. Beredar dengan harapan, Pulang dengan kejayaan. Oh yeah! |
Apa yang digambarkan dalam entri ni cumalah sebahagian je daripada keseluruhan pameran. Ada banyak lagi yang dipamerkan seperti bilik pengantin dan kisah-kisah yang dipaparkan di rumah kelahiran ni. Cerita habis-habis tak syokla, kena datang dan alami semuanya baru puas! :)
Berakhir sudah part 2 dan part 3. Part 2 dan part 3 ni memperlihatkan tempat-tempat
menarik di sekitar Alor Setar. Bahagian seterusnya pula akan saya coretkan tempat-tempat menarik di bahagian selatan Kedah pula. Jadi, stay tune!
Entri Seterusnya
Part 4: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapang Padi: Gunung Jerai, Pulau Bunting, Tanjung Dawai, Titi Hayun.
amboi.. bestnya..
BalasPadamx sabar nak pi sana
gud!!!
BalasPadamJom melawat Muzium Warisan Melayu di UPM Serdang Selangor
BalasPadam-Muzium ini ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2013 dengan tujuan khas bagi mengumpul, memulihara dan memelihara artifak melayu silam untuk didokumentasikan dan dipamerkan kepada umum dan dikaji secara mendalam oleh para penyelidik dan juga pengkaji warisan
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_warisan_melayu-4392
Kunjungi pelbagai lokasi menarik berkaitan edu-pelancongan di UPM
Muzium Anatomi Haiwan
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_anatomi_haiwan-4388
Ladang Putra Dairy Farm
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/ladang_putra_dairy_farm-4385
Galeri Serdang
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/galeri_serdang-4389
Muzium Anatomi Manusia
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_anatomi_manusia-4387
Taman Konservatori UPM
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/taman_konservatori_upm-4381
Pusat Ekuin UPM
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/pusat_ekuin_upm-4386