Jemput Sertai Blog Saya ;)

Isnin, 11 November 2013

Part 2: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapang Padi: Menara Alor Setar, Pekan Rabu, Taman Jubli Emas.


Part 1: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapang Padi: Pengangkutan Awam ke Kedah

Part 3: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapand Padi: Muzium Padi, Bendang, Rumah Kelahiran Tun M.

Menara Alor Setar.

Antara tempat yang aku pergi ketika di Alor Setar ialah Menara Alor Setar yang merupakan salah satu mercu tanda dan kebanggaan bagi negeri Kedah. Kalau berkunjung ke Alor Setar, ambil lah sedikit masa untuk berkunjung ke sini. Sesuai untuk pelbagai peringkat umur dan seisi keluarga. Menara ni dibuka pada jam 9 pagi hingga 10 malam. Tiket ke Observation Deck berharga RM8 untuk warganegara dewasa dan, RM4 untuk warganegara kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun. Kalau nak lepak-lepak kat bawah tu free je. Tapi dah alang-alang datang, naik la. Dapat menikmati pemandangan Alor Setar dan kawasan sekitarnya. Tiket boleh dibeli di kaunter di lobi menara ini. Parking tak jadi masalah. Banyak parking di sekitar menara ni. Bagi aku, di Alor Setar ni tak ada masalah parking lah. Ada je setiap masa. Banyak parking dan kurang sibuk. Time perayaan jela sibuk sikit.

Pandangan Menara Alor Setar daripada bawah. Nak cuba angkat sat. Hihi

Dalam lif, menuju ke Observation Deck pada ketinggian 88 meter. Siap ada penyambut tetamu yang jemput naik lif ni.

Lebih kurang dalam 10 saat, sampaila kat observation deck tu. Selain daripada kemudahan tinjauan, di observation deck ni juga ada kedai yang menjual barangan cenderamata dan kemudahan tandas. Kedai cenderamata tu takdela besar sangat. Makanan ringan dan aiskrim pon ada dijual.


Disebalik tirai besi.. Nampak menggayatkan tapi jangan risau. Ruang besar empat segi ni ada cermin. Tapi yang bawak anak-anak kecik yang jenis terlebih hyper tu, kawal-kawal la ya. Ruang-ruang kecik tu tak ada penghalang. Macam-macam dorang boleh buat. Tak pasal-pasal kang ada yang tersepit kaki kat ruang-ruang kecik tu. -,-'

Teleskop untuk teropong pemandangan ataupon mengintai. Haha. Boleh nampak apa orang buat kat bawah-bawah tu dan boleh nampak jugakla kawasan Alor Setar dan kawasan sekitarnya.  Teleskop ni boleh digunakan terus tanpa memasukkan duit syiling macam teleskop-teleskop kat tempat lain.





Di Observation Deck ni anda berpeluang untuk menikmati pemandangan 360 darjah Alor Setar dan kawasan sekitar. Konsep dia open air, tak da ekon. Angin bayu jaa. Tinjauan juga dilakukan secara manual sahaja, tak macam di Menara KL yang ada audio guide dengan earphone. Tapi ok la tu kan.



Pemandangan Bandar Raya Alor Setar daripada ketinggian 88 meter. Turut kelihatan Masjid Zahir, Balai Seni, Balai Besar dan Muzium Diraja di sekitar dataran tu.


Sungai Kedah juga dapat dilihat daripada menara ni. Kat sungai tu pon ada menara tinjau setinggi 5 tingkat yang juga satu lagi spot yang best untuk snap pemandangan bandar Alor Setar.

Menara ibu pejabat polis. Hari tu pemandangan agak kurang clear sikit sebab jerebu. So pemandangan yang jauh-jauh tu kurang nampak la sikit.

Kelihatan dalam gambar ialah Star Parade Mall. Mall ni biasa je, tapi tetap ramai pengunjung. Biasalah Malaysia, shopping mall memang dah jadi favourite spot tak kira ada duit ke takda duit. Hihi. :p. Lepas ni lagi seronok la orang-orang Aloq Staq bila Aman Sentral siap. Besar mall ni. Tapak mall Aman Sentral betul-betul depan Menara Alor Setar. GSC pon ada nanti dalam mall ni. Buat masa ni, takda lagi GSC di Alor Setar. Pawagam-pawagam yang biasa-biasa je ada.


Kolam ikan di perkarangan Menara Alor Setar

Di sekitar Menara Alor Setar ni pon ada banyak tempat-tempat menarik yang boleh dituju dengan cara berjalan kaki sahaja. Antaranya ialah Balai Besar, Balai Seni, Muzium Diraja dan Masjid Zahir. Kalau nak drive pon tak jadi masalah sebab parking tak jadi masalah. Memang sesuai untuk membawa keluarga berjalan-jalan.


Pemandangan Menara Alor Setar daripada dataran. Balai Besar, Balai Seni, Muzium Diraja dan Masjid Zahir terletak berhampiran dengan dataran ini.


Muzium Diraja. Kalau tengok daripada depan ni macam tertutup dan berkunci tapi sebenarnya muzium ni dibuka kepada orang awam. Tempat masuk terletak di sebelah tepi muzium ni. Buat masa ni tak berkesempatan lagi untuk berkunjung ke muzium ni. In sha Allah satu hari nanti akan berkunjung.

Masjid Zahir. Ni bukan muzium ya, ni masjid awam. Dibuka kepada sesiapa yang nak berkunjung dan yang nak beribadah. Memang menarik seni bina masjid ni.

Balai Besar, yang juga terletak berdekatan dengan datarn ni. Dataran ni meriah pada waktu malam dengan orang ramai dan air pancut bercahaya.

Masjid Zahir pada waktu malam.

Cantik! Masa tengah snap ni tak perasan pulak ada pasangan tengah bercumbu di situ. Haha. Kantoi! Dala snap daripada dalam kereta je. Mesti dorang ingat aku nak mengintai.

Menara Alor Setar pada waktu malam.


Pekan Rabu

Pekan Rabu merupakan salah satu tempat menarik yang boleh dikunjungi ketika di Alor Setar. Kat sini dijual macam-macam barangan seperti kraftangan, makanan ringan, makanan tradisional, pakaian, cenderamata, dan lain-lain. Bagi yang ingin mencari barangan dan makanan tradisi kedah, boleh la dapatkan di sini.

Di perkarangan Pekan Rabu. Saje buat pose ala-ala terencat. Tengah panas-panas ni lambat snap. Tak mau marah-marah, buat muka macam ni jelah. :p

Tapau dodol sket. Sedap makan dodol yang masih dalam keadaan panas!

Strike a pose!
Antara barangan yang dijual. Kerepek, dodol, kuah rojak, sos, gula-gula, semua ada.

Gerai untuk menjamu selera pon ada tapi nampak macam tak selera nak makan kat sini. Harap dalam pelan baru pembangunan Pekan Rabu ni ada la penambahbaikan untuk gerai-gerai makan.







Taman Jubli Emas

Taman Jubli Emas dibina sempena 50 tahun pemerintahan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Taman seluas 20 hektar ini menyediakan pelbagai kemudahan riadah seperti skateboard park, gelanggang futsal, dan jogging track. Taman permainan kanak-kanak, kemudahan tandas dan pondok rehat juga turut disediakan. Kolam ikan pon ada jugak. Pendek kata, memang sesuai untuk bawak keluarga berehat dan beriadah di sini. Taman ni dibuka pada jam 5 petang sehingga lewat petang. Malam tutup. Parking juga banyak disediakan dan tiada bayaran masuk dikenakan.

Foto: http://drrozmey.wordpress.com/2011/06/15/simbolik-kesultanan-melayu-kedah. 
 Monumen lima keris yang sebagai simbolik 50 tahun pemerintahan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Kedah. Di monumen ni juga ada air pancut. Ada waktu-waltu tertentu akan ada pertunjukan air pancut berirama di monumen ni tapi tak selalu.

Bagi aku, keistimewaan Taman Jubli Emas ni terletak pada kolam ikan. Memang banyak gila ikan dalam kolam ni. Kadang-kadang ada pakcik jual makanan ikan berharga seringgit sepeket. Nampak tak tu bertimbul-timbul! Tapi tak boleh memancing ya.

Sampai terpercik !

Antara kemudahan yang disediakan di sini. Memang tempat yang sesuai untuk membawa seisi keluarga berehat setelah seharian melawat tempat-tempat menarik di Alor Setar.


Laksa Taman Jubli! Selain laksa, ada banyak lagi gerai-gerai bergerak yang menjual makanan, minuman, dan buah-buahan. Harganya juga murah dan berpatutan.


Amacam? Seronok tak Alor Setar? Ada banyak lagi tenpat-tempat menarik di Alor Setar dan negeri Kedah keseluruhannya. So, stay tune! Nantikan entri yang seterusnya. =)

Entri Seterusnya
Part 3: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapand Padi: Muzium Padi, Bendang, Rumah Kelahiran Tun M.

2 ulasan:

  1. dari menara alor setar ke tempat2 sekeliling dia boleh sampai melalui jalan kaki sahaja kah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak boleh. Semua kna naik transport. Agak jauh jgk jaraknya

      Padam