Jemput Sertai Blog Saya ;)

Isnin, 11 November 2013

Part 1: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapang Padi: Pengangkutan Awam ke Kedah.

Salah satu tempat yang menarik untuk dilawati dalam negara ialah negeri Kedah. Berdasarkan pengalaman, aku nak kongsikan pengangkutan apa yang terbaik dipilih jika untuk ke negeri ini. Sememangnya kita amat bertuah hidup di Malaysia sebab ada banyak tempat menarik untuk dilawati dan jaraknya yang boleh ditujui dengan cara yang paling bajet iaitu bas. Selain tu, ada juga pelbagai jenis penerbangan, kalau nasib baik, boleh dapat tambah yang murah gila, dan sememangnya aku menulis ni atas pengalaman aku sendiri. Jom kita baca.

Bas

  • Pancaran Matahari First Class.
Foto: projekpompancaranmatahari.com.my. Antara kemasan luaran bas Pancaran Matahari.

Ada banyak bas yang boleh dipilih untuk ke Kedah. Perjalanan dengan bas mengambil masa selama 6 jam. Antaranya ialah bas Pancaran Matahari. Aku sendiri dah naik bas ni. Dalaman dia memang agak impressive, kemas, dan elegan. Bas ni ada dua tingkat. Antara keistimewaan bas ini ialah kerusi yang berkonfigurasi 2+1 sangatlah luas dan selesa berserta tempat rehat kaki. Plug elektrik juga disediakan. Lampu bacaan, seat-belt, dan  microwave di tingkat bawah juga ada disediakan. 

Apa yang boleh aku kata, seat di tingkat bawah ada lebih privasi daripada seat di atas. Tapi berdasarkan pengalaman aku, kalau perjalanan pada waktu malam aku akan pilih seat di bawah, manakala seat di atas untuk perjalanan pada siang hari, Sebab waktu siang aku lebih suka menikmati pemandangan. Seat di bawah tingkap dia agak tinggi sedikit daripada paras kepala, so susah nak nampak pemandangan luar. Seat bawah ni bagi aku sesuai jika perjalanan malam, sebab nak tido dan dapat elak daripada silau cahaya kenderaan, dan lebih privasi.

Selalunya bas ni akan berhenti untuk rehat di RnR Bukit Gantang atau di RTC Perak. Bagi kedaua-dua hentian ini ada disediakan surau, restoren dan tandas. Tapi RTC Perak lebih menawarkan pelbagai macam benda. No wonder, driver bas dah jarang stop kat RTC Perak, stop kat RnR Bukit Gantang je. Mesti sebab ramai penumpang yang lewat sebab kat RTC tu banyak benda bes. Sampai driver bas nak kena hon banyak kali panggil penumpang dia. Haha. Masa untuk berehat dalam 40 minit je.

Untuk pembelian tiket kalau di KL,boleh dibeli di Pudu Sentral dan Hentian Puduraya. Tiket berharga RM45 untuk ke Alor Setar. Untuk ke tempat lain di Kedah tak sure, tapi boleh hubungi kaunter di nombor-nombor ini.
NO TELEFON KAUNTER PMMSB
Sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi kaunter; Changlun 04-9242188, Jitra 04-9172188, Pejabat Alor Setar 04-7208388/89, Shahab Perdana 04-7208386, Hentian Duta 03-62052188, Terminal Shah Alam 03-55419188, Melaka Sentral 06-2883188
. 
Buat masa ini, masih tiada pilihan untuk membeli tiket secara online kot. Boleh dibeli di kaunter sahaja, Selain tu, boleh juga lawati website dan facebook Pancaran Matahari. Tapi website nya masih dalam pembinaan.
Website Pancaran Matahari
Facebook Pancaran Matahari

Foto: Facebook Pancaran Matahari. Antara kemasan dalaman dan luaran bas Pancaran Matahari. Bukan ni je, ada banyak warna lain lagi bagi setiap bas.

Foto: Facebook Pancaran Matahari. Ruang tempat duduk atas. Luas dan selesa.


  • Etika Executive Coach.
Website Etika, untuk pembelian tiket online dan lain-lain. 

Foto: etikaexpress.com.my. Jemput naik bas pak cik! hihi


Selain daripada Pancaran Matahari, boleh pilih bas Etika jugak untuk ke Kedah. Kalau di KL boleh dibeli di Pudu Sentral atau Hentian Duta. Kalau nak senang lagi, boleh beli di website etika sendiri. Tiket untuk ke Kedah kalau beli di kaunter berharga RM42.90, kalau beli online bila campur2 semua, ialah RM45. Bagi yang beli tiket online, kena bawak confirmation slip yang diperolehi selepas membuat bayaran online ke kaunter bagi mendapatkan tiket bas. Macam nak dapatkan boarding pass flight la. 

Driver bas ni selalunya akan berhenti di RnR Bukit Gantang. Tak lama, dalam 30 ke 40 minit. Ok la tu kan. Penah jadi jugak driver cakap nak berhenti kat stesen minyak je sambil isi minyak dan teruskan perjalanan non-stop ke destinasi. Tapi jarang sangat. Keistimewaan bas ni konfigurasi seat dia 2+1 menawarkan ruang yang luas. Tempat rehat kaki pon ada. Lampu bacaan juga ada disediakan tapi plug dan seat belt tak disediakan, tak macam bas Pancaran Matahari. Buat masa ni banyak bas yang satu tingkat tapi sekarang ni dah mula ada bas etika dua tingkat tapi aku lebih suka naik yang satu tingkat sebab seat dia lembut.

Foto: www.etikadelta.com.my. Hiasan dalam dan luaran bas Etika. Terbaik!

Tapi bagi aku, walaupun takde plug macam Pancaran Matahari, saku lagi suka naik bas Etika sebab kerusi dia luas dan lembut. Kalau aku incline kerusi dan tempat letak kaki tu, masih tetap rasa selesa, tak macam bas Pancaran Matahari. Kalau seat Pancaran Matahari, kerusi dia luas jugak tapi tak berapa nak selesa lah. Lain orang lain badannya, dan lain cita rasanya. Aku lebih sukakan Etika. Seat dia memang kena dengan tubuh aku. Selesa. Kalau bernasib baik, akan dapat bas yang berkerusi kulit. Yang tu seat dia lagi selesa. Terbaik! 

Selain daripada bas Pancaran Matahari dan Etika, bas lain yang pergi Kedah ialah Transnasional dan Mara Liner. Dua-dua bas ni aku tak rekemen lah. Transnasional kemasan dalam kusam. Seat dan ruang kaki sempit. Bagi yang berbadan tinggi macam aku ni, sangat-sangatlah tak selesa. Bas pon macam bas lama. Mara Liner pulak seat dia sempit sket. Ruang kaki dia so-so jelah. Tak sempit, tak luas.  Kemasan dalaman pon macam dah kusam. Aku tulis semua ni atas pengalaman aku sendiri. Kalau tauke2 bas ni bace ni, minta maap la ye, hihi. Tapi at least dapat tau la apa yang perlu di-improve kan? =D


Flight
  • Malaysia Airlines

Apa yang nak aku highlightkan di sini ialah MAS kalau ada promo, memang betul-betul murah dan berbaloi! Aku pernah dapat tiket kelas ekonomi berharga RM49.00 all inclusive, one-way ke Alor Setar. Tapi kena booking awal la. Harga murah, jimat masa, tenaga, dan perkhidmatan terbaik, siapa tak nak? Memangla kena keluarkan duit lagi untuk tambang ke KLIA tapi dengan harga macam ni, tak kan tak nak ambil peluang. Bila lagi kan?

Cakap pasal perkhidmatan, memang terbaik la.Kalau nak dibandingkan dengan pilihan lain yang pernah aku naik iaitu Air Asia, perbezaannya macam langit dan bumi. Itulah keistimewaan jika memilih untuk terbang bersama MAS. Layanan tu dapat dirasai sebaik sahaja sampai ke KLIA ataupun bagi yang menaiki ERL, mula-mula lagi sebelum sampai KLIA dah dapat rasa. Pekerja MAS di kaunter check-in KLIA ada tatacara dan budi bahasanya. Cumanya disarankan datang awal sedikit jika ada bagasi yang nak di-check in sebab ramai orang dan beratur panjang, lagi-lagi kalau musim cuti dan musim tiket murah. Selain tu, terminal di KLIA juga selesa. Sebelum memasuki penerbangan juga, para pekerja on-the-ground memberikan layanan terbaik kepada penumpang. Penumpang juga disambut dengan ucapan selamat datang dan senyuman ketika memasuki kabin pesawat. Bagi penerbangan domestik pula ada disediakan minuman dan makanan ringan. Cara kabin krew menghidangkan minuman dan makanan ringan tersebut bagi aku amatlah profesional dan memang telah dilatih khas. So tak hairan kenapa MAS diiktira sebagai 5 star airlines dan kabin krew terbaik dunia.


Foto: www.ft.lk. Pengiktirafan yang diberikan Skytrax kepada MAS sebagai 5 STAR Airlines.

Foto: www.airplane-pictures.net. Untuk penerbangan ke Alor Setar, MAS menggunakan pesawat Boeing 737. Perjalanan mengambil masa selama 50 minit.

Foto: mycabincrews.wordpress.com. Kabin krew MAS memang telah dilatih untuk memberikan layanan terbaik kepada penumpang yang aku sendiri tidak nafikan berdasarkan atas pengalaman akusendiri.

Foto: www.smh.com.au. Lebih kurang macam tu la kabin krew hidangkan minuman ketika penerbangan aku ke Alor Setar. Terbaik!

Ni lah antara sedikit sebanyak apa yang aku dapat kongsikan berdasarkan pengalaman saya sendiri. Harap dapat membantu anda semua ya, dan ambillah sedikat masa untuk mengikuti entri yang seterusnya mengenai tempat-tempat menarik di Kedah.


Entri seterusnya
Part 2: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapang Padi: Menara Alor Setar, Pekan Rabu, Taman Jubli Emas.

Part 3: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapand Padi: Muzium Padi, Bendang, Rumah Kelahiran Tun M.

1 ulasan: