Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 2: Ketibaan di Aiport dan Ao Nang
Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 3: Sunset di Ao Nang dan Private Beach
Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 4: Review mengenai Hotel Ao Nang Smile, Krabi, Thailand.
Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 5: Four Islands Tour
Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 6: Phi Phi Island Tour
Pada hari keempat, kami bergegas pulang ke Malaysia menaiki flight Air Asia. Flight bertolak daripada Krabi Airport pada jam 7.50 pagi. Booking teksi untuk jam 6.00 pagi tapi pagi tu 5.30 pagi baru bangun. Memang kelam-kabutlah mandi, siap-siap, dan kemas barang semua. Takot dah tak sempat nak balik Malaysia dah ni. Tapi kami berjaya juga menyiapkan diri tepat pada jam 6.00 pagi. Ngeh3~. Tapi belum sempat nak turun, pekerja hotel dah call bilik, beritahu teksi dah sampai. Kami cepat-cepat turun, check out, isi barang dalam teksi, dan terus bertolak. Fuh! Lega.
Masa tengok teksi di perkarangan hotel, tak sangka teksi yang disediakan ialah Toyota Camry. Ingatkan teksi cikai je. Kami book dengan hotel tempat kami menginap. Tempat lain tambang teksi sebuah 600 baht, tapi kami dapat harga 500 baht. Tambang dah siap bayar masa booking. So, kita hanya perlu simpan resit pengesahan tu dan serahkan pada pemandu teksi. Bas ke Airport pon ada juga 150baht/seorang tapi flight kami awal pagi. Lagi elok naik teksi. Dalam perjalanan tu, sibuk menghayati suasana kampung. Sedih pon ada juga. Dah nak balik. Huhu.
Kami tiba di Krabi Airport pada jam 6.40 pagi. Tak ramai orang pada pagi tu. Yang ada pon semua nak pergi KL sebab flight Air Asia ke KL je yang bertolak pada waktu tu. Sampai-sampai, ucap selamat tinggal pada pemandu teksi, dan terus beratur untuk check in luggage. Beratur check in luggage pon tak panjang. Penumpang-penumpang pon tak banyak masalah, so proses di check in counter tu lancar ja.
Keadaan Krabi Airport pada waktu pagi. Tak berapa sibuk. Tenang ja. |
Pada jam 9.30 pagi kami selamat sampai di LCCT. |
Selepas melepasi kastam dan ambil luggage, kami beli tiket bas ke KL Sentral RM9/seorang. Kaunter tiket ni memang akan jelas kelihatan sebelum anda memasuki balai ketibaan. Time ni tengah lapar. Walaupun di LCCT ada restoren dan food courts, kami memutuskan untuk makan di KL Sentral je lah. Takda mood. Sesudah sampai di KL Sentral, makan, dan ambil komuter ke TBS RM1/seorang, sebab kami parking kereta di parking berbumbung TBS. Mudah, murah, cepat dan selamat di sana, RM3/sehari. Pada waktu ni, tiada lagi perkhidmatan bas TBS-LCCT-TBS. Tapi sekarang ni dah ada. Lagipon parking di KL Sentral mahal, jam pertama RM4, jam seterusnya RM3 dan maksimum RM30/sehari. Berkali-kali ganda dengan parking di TBS yang cuma berharga RM3/sehari. Di LCCT pula RM40/sehari. So bagi sesiapa yang buntu taktau nak parking kereta kat mana, kami sarankan parking di sini. Parking tempat lain di KL ni sure mahal. Banyak punya popet, jom tengok bajet!
Bajet 4 hari 3 malam
Tiket flight Air Asia pergi balik + caj-caj perkhidmatan + checked luggage* RM243/seorang
Penginapan 4 hari 3 malam RM90/seorang
Bas ke Ao Nang RM15/seorang
Teksi ke Airport RM25/seorang
4 Islands Tour** RM45/seorang
Phi Phi Island Tour** RM95/seorang
Buah tangan keluarga RM105
Makan dan minum 4 hari 3 malam RM70/seorang
Bajet emergensi*** RM100/seorang
*Harga yang dipaparkan masa cek harga tiket flight tu tak termasuk dengan kos checked luggage dan processing fees. Kami jimatkan kos luggage dengan cara berkongsi dua orang satu luggage besar under 15kg. Mula-mula plan nak pergi 3 hari 2 malam ja, tapi tiket flightnya bila dikira semua kembali, nak sama dengan kos kalau stay 4 hari 3 malam, dan tiket flight 4 hari 3 malam tu pulak memang murah. Anyways, Apa-apa caj yang dikenakan Air Asia boleh diperiksa di sini. K L I K
**Harga tour yang murah ni kami dapat daripada hotel tempat kami menginap. Perkhidmatan tour tu pon memang sangat bagus dan dipercayai. Rata-rata review di Agoda.com turut mengulas mengenai kadar tour yang murah dan bagus yang ditawarkan di hotel ni.
***Bajet emergensi ni sekadar nak sediakan payung sebelum hujan ja. Tak guna sangat pon. Guna sikit je haritu buat beli ganti selipar tetiba putus di Ao Nang. Alahai~
Total RM 788
Kira mulah la ni kan. Ada bajet orang-orang lain aku tengok 4 hari 3 malam sampai seribu lebih. Hihi. Dan kalau tolak dengan bajet emergensi yang tak digunakan tu, belanja tak sampai RM700 pon sebenarnya.
Passport jangan lupa. Bagi yang belum ada, boleh dibuat di jabatan imegresen yang berdekatan dengan harga serendah RM100 dan tahan selama 2 tahun. Cara nak mohon boleh rujuk di sini K L I K . Visa pula tidak perlu dirisaukan kerana bagi pemegang passport Malaysia, visa akan diisukan ketika di kaunter imegresen sebaik sahaja anda tiba di airport, free of charge.
Habis sudah catatan percutian Krabi ni. Memang dah lama pasang impian nak bercuti ke suatu tempat yang airnya betul-betul jernih dan biru dan pasir pantainya putih. Sikit-sikit simpan duit, lama-lama jadi bukit, akirnya tercapai jugak impian ni. Alhamdulillah. Harap segala info dan tips dapat membantu bagi mereka yang ingin bercuti ke Krabi. Jikalau ada rezeki lagi, saya akan tuliskan lagi mengenai tempat-tempat menarik di Malaysia atau seluruh dunia. Sekian, terima kasih =)
pergi la mabul..air situ sgt jernih dn cntik sgt
BalasPadamya.. terus gugel td. cantik betul! terus pasang niat nk ke sana bila lepas gugel. kalau ada rezeki nnt bolela ke sana.
Padamvery good info. baca sampai habes. hehe. plan nak pegi krabi tahun depan. thanks for the info :)
BalasPadamsaya sarankan pergi waktu low season, bulan may hingga oktober, sebab harga hotel dan harga tour lebih murah. bilik hotel yg sy duduk tu berharga RM60/malam masa low season, tapi RM140/malam kalau high season. hotel2 lain sy tgk pon mcm tu. tp kalau nk pegi time low season, pegila dalam awal bulan 5 atau bulan awal bulan 6. low season ni musim hujan dan musim monsun. tapi pada waktu awal bulan 5 hingga awal bulan 6 ni, keadaan masih terkawal, pantai pon masih cantik dan masih selamat untuk aktiviti air. sy pergi krabi haritu awal bulan 6. keadaannya lebih kurang mcm yg saudari tgk dlm blog ni la
Padamalaaa. kalau pegi bulan 8 cano plak. ai is sedih
Padamkalau dah book semua xpela. aktiviti air tetap akan diteruskan juga, cuma akan dibatalkan je kalau cuaca tak mengizinkan. lgpon krabi ada macam2, bukan laut dan pantai ja. ada emerald pool, elephant trekking, dan lain-lain.
Padamsebab terpengaruh dengan review awk la sy cepat2 book hotel ni kat booking.com! tinggal 2 rooms je utk 30/3 - 3/4/14 so sy sapu 2-2 kot ada org lain nk teman g skali, hihihihi... time yg sy book tu kira peak season ke apa? survey flight airasia mcm mahal je klu beli skrang... 700++ return flight utk 2 org x masuk lunggage sume... so kiv dulu flight ticket...
BalasPadamhihi. bes ek review ni...hihihi. hmm ya, bulan tiga dengan bulan 4 masih lg dlm high season dan kalau satu bilik yg saudara/saudari tempah tu berharga RM383++ utk 3 malam, itu harga high season la tu. tapi di bulan may dan jun, iaitu di awal musim low season, harga utk 3 mlm sebuah bilik ialah RM212++ je
Padamharga tiket flight pula mmg mahal lah sy tgk. tapi sy tgk ada yg murah pada 28/3 - 30/3 RM508++ untuk 2 orang dan 9/3 - 12/3 RM390++ untuk 2 orang. harga tiket flight di bulan mei dan jun pula kebanyakannya yg murah pon serendah RM700++ untuk 2 orang. sy tgk pakai price chart, senang nk tgk tarikh mana yg murah.
selain flight, option darat pon ada. naik bas atau tren ke hat yai, then naik bas daripada hat yai ke krabi. selain tu, cruise pon ada, bertolak dpd penang. ada promo sekarang RM2200/2 orang. 56% off. 5D4N, penang-krabi-phuket-penang, berserta penginapan 2D1N di hard rock cafe penang. kalau nak purchase, di sebelah atas kanan blog sy ni banner. klik banner tu kemudian klik getaways utk tgk deal percutian. pernah tgk romantika fouziah gouse x kat astro ria?? dorg naik cruise ni la.
as salam..terbaik bro..ulasan mmg a smpi z complete...cadang nk g cna nant..tq.info sgt berguna
BalasPadamsama-sama. sy juga turut gembira dpt membantu..
PadamBestnya mmg teringin nk pegi. Agak agak g seorang selamat tak
BalasPadamkalau lelaki, selamat la pergi sorang. kalau perempuan, tak digalakkan. bahaya takut nanti kena aim bila jalan sorang2. elok kalau berteman sekurang-kurangnya berdua. pergi berdua lagi selamat, lagi menjimatkan, dan lagi x banyak kerenah. hihihi
PadamHehe awak jalan ngan saya lah ...
Padamjom..
Padamthnks for the review yg tiptop!
BalasPadamsama-sama dan terima kasih. sy pon gembira dapat membantu :D
Padambos,hotel macam mne ye booking?
BalasPadamHotel saya booking di website Agoda. Bookin.com pon boleh. Bayar dengan kredit kad atau paypal di Agoda dan kredit kad di Booking.com. Lepas booking bawa booking confirmation ke hotel. Booking di Agoda dan di Booking.com ni kita boleh cancel kita punya booking tanpa caj dan kredit kad juga xkan dicaj dalam tempoh seminggu sebelum tarikh menginap rasanya. Dia ada tulis syarat2 kat tmpt booking tu.
Padaminilah satu2nya blog yg saya baca sampai habis...sb nk pergi bulan 3 ni..thanks so much!!sy siap print benda2 yg penting utk reference nati....
BalasPadamsama-sama.. best tu pergi bulan 3, bukan musim monsun. selamat bercuti ;)
Padamnak tanya , boleh tak naik flight bawa buah buahan , contoh mcm saya nak beli mangga thai, nanas ker, utk bawa balik ke malaysua
BalasPadamhal-hal kastam dan peraturan ni saya x berani la nk beri confirmation sebab saya pon x updated dgn rules dorg. yang basic tu tau la. tapi saya kasi link ni la, saudari boleh tanya kat sini http://www.airasia.com/ask/template-group.do?id=13&locale=ms_MY :)
Padaminfomasi yg sgt terbaik..thx
BalasPadamInsyaallah bulan 8 ni sy plk nak ke sn (belated hnymoon + 1st anniversary) huahahahah
Thx..thx..thx.. lg sekali... :)
sama-sama.. selamat berhoneymoon.. keriangan menanti anda di sana !
Padaminformasi yang sangat berguna.. sampai habis saya baca. bln 10 ni nak pergi sana memang saya manfaatkan sebaik baiknya ilmu awak ni .. hehhee
BalasPadamterima kasih sebab baca sampai habis. enjoy2 di sana nanti yaa ;)
PadamSalam lan..apa lebihnya krabi banding langkawi?
BalasPadamlebihnya krabi banding langkawi ialah pantai dan pulau-pulaunya yang betul-betul cantik. Contohnya Maya Bay, pernah dinobatkan sebagai pantai terbaik dunia. Keindahdan pulau phi phi pula memang tak disangkal lagi lah. lagi satu, bolehla kita tengok budaya, cara hidup, dan suasan mereka di sana.
Padamdan lupa nak nyatakan, makanannya sekali! memang authentic thai!! :)
Padamassalam.. sy nak tanye, awk g krabi bulan jun kn? so 4 hari 3 malam bayaran hanya rm90? bukan utk semalam rm60?
BalasPadamya, harga bilik untuk satu malam pada masa tu ialah RM60. jumlah untuk tiga malam pula RM180. jadinya bila dibahagikan untuk dua orang, seorang bayar RM90 untuk 3 malam. saya buat bajet tu untuk bajet seorang. :)
Padamo maknanya harga bilik tu utk dua orang la ye.. ok2 faham..saya ingat kan seorang kene bayar rm180... hehe
PadamAssalamualaikum bro Fadzlan :)
BalasPadamThanks for the info & guidelines provided.
Saya & kawan2 saya akan ke Krabi pada hujung bulan Oktober ni. Waktu penerbangan memang sama macam bro. Pergi & Balik dalam pukul 7.00am++, 4 hari 3 malam.
Just nak double confirm, bro sampai sana je, bro just buat sight seeing la kan? Takda aktiviti sampingan macam elephant trekking, ATV & so on?
Then on 2nd day, bro pergi Phi Phi Island & on 3rd day, bro buat four islands hopping kan?
Itu sahaja kan?
This will be our first time there & we are quite excited + nervous. Moga lancar semuanya.
Amin. :)
ya betul. pd hari pertama hanya sightseeing dan jalan2 sekitar pantai ao nang. hari kedua kami ke phi phi island dan hari ketiga kami ke 4 islands tour. selamat bercuti!! series bes nanti. cantik wooo :)
PadamSalam Bro.
BalasPadamThanks for da info yang amat bguna. Saya dan member2 In Sya Allah akan pegi Krabi hujung bulan Ogos ini nanti. Semoga semuanya akan bjalan lancar,Ameen. Kami akan stay di J Hotel. Info2 yang bro bagi amatlah membantu. Terima kasih.
sama-sama. Ameen.. Terbaikla pilih J Hotel.. ;)
Padamseronok je baca pasal review ni , tak pernah lagi bertravel bagai , harap dapat buat mcm ni . thanks btw .
BalasPadamsy doakan awak akan dapat peluang bertravel nnt. x perlu bajet besar2. research dan rancang percutian. dengan bajet yang minimum pon dah mampu untuk pergi bercuti :)
PadamInfo yg sngt berguna,sy nk g ngn hubby hujung buln 9 ni..first time nk travel luar dri mlysia.cdng nk walk in je hotel aonang smile tu..harap2 cuaca baik nnti kt sane,bulan 9 tu musim monsun ke kt sane?
BalasPadamya.. bulan 9 musim monsun. tp kalau cuaca ok, aktiviti island tour tetap akan dijalankan. memandangkan pergi waktu low season, ada kemungkinan lah ao nang smile tu kosong.. sebab nk walk-in je kan. kalau penuh pun, ada lagi hotel2 bajet yang berdekatan dengan ao nang smile.
PadamAgak2 cuaca di krabi pda bln oktober ok x? X seronok la bercuti klo tgh hujan..
BalasPadamyg saya tahu, bulan oktober tu mmg musim monsun tp saudari boleh cuba cek taburan hujan pada bulan oktober pada tahun-tahun yang lepas di internet..
PadamSalam bro... Nak tanya nihh... Kat ao nang ada atm cimb tak
BalasPadamw'salam.. masa sy pergi dulu, sy x nampak atm cimb. tp atm bank2 thailand ada la.
PadamSalam. Kalau kita cancel hotel yg kita booking dalam agoda dalam hari yang sama kita booking tu, akan dapat balik ke refund? Tenkiu :)
BalasPadamBestnya! Lagi 2 hari insyaAllah saya p krabi and stay kat smile hotel jugak. Tertarik dgn private beach tu. Agak2 klu p sana utk tgok sunrise pak guard dia bagi tak masuk? Haha
BalasPadamBestnya....nak pergi bulan 12 ni jugak x sabarnya....
BalasPadamTips yg excellant...tq fadz
BalasPadamsaya n geng pegi bln 9/2012 dlu.. ambk pakej 7 island ni..mmg best giler..nak plak pegi ngn geng gedix,fuh mmg best.sapa2 yg bercdg nk pegi tu cari time yg sesuai klu x rugi xleh buat island hoping ni..
BalasPadamSalam...
BalasPadamInfo yg anda paparkan sangat berguna..
T.kasih
Salam...
BalasPadamInfo yg anda paparkan sangat berguna..
T.kasih
assalamualaikum,
BalasPadamtq 4 the info.
just nk tnye kalau book 1 bilik tp 3 org duduk dia bg x?coz kebanyakan hotel max 2person/room.
Salam. Tumpang beriklan. Sy buat trip 4h3m ke Krabi Hatyai pada cuti hari buruh 1-4.May. hanya Rm690 termasuk pengangkutan dr KL. Hanya 2 tempat kosong shj. Berminat hubungi Aini 0162178290. Terima kasih.
BalasPadamAskum lan mcm mana nk ke 4 island dn jungle tour
BalasPadamNak tanya kalau saya book 1 bilik tapi untuk 3 org boleh ke tak eh???
BalasPadamAssalamualaikum...bleh sy dptkan email en utk tnya lebih detail tentang krabi?tq
BalasPadamAssalamualaikum...bleh sy dptkan email en utk tnya lebih detail tentang krabi?tq
BalasPadamSalam saudara.Saudara lergi bulan jun berapa haribulan hari itu?sebab saya dengan family pergi dalam 10hb sampai 14hb jun tahun ini.Agak2 cuaca masih ok ke masa itu?
BalasPadam