Jemput Sertai Blog Saya ;)

Khamis, 29 Ogos 2013

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 3: Sunset di Ao Nang dan Private Beach.

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 1: Persiapan sebelum Krabi.

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 2: Ketibaan di Krabi Airport dan Ao Nang.

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 4: Review mengenai Hotel Ao Nang Smile, Krabi, Thailand.

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 5: Four Islands Tour

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 6: Phi Phi Island Tour

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 7: Restoren Thai Food Bersenang-Senang. Halal, Selesa, Bajet, dan Sedap!

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 8: Penutup dan Bajet 4 hari 3 malam.

Tak sah kalau pergi pantai tak pergi enjoy sunset. Pemandangan sunset di Ao Nang ni boleh kata marvellous jugak la. Pada belah petang kami dah bersiap-siap lebih awal untuk berjalan di sekitar pantai dan explore apa yang ada. Kalau dilihat, pada waktu nak dekat terbenam matahari ni la suasana Ao Nang sangat meriah. Kereta yang lalu-lalang pon banyak. Nak melintas pon payah. Suasana sekitar pantai pon meriah jugak dengan kehadiran orang ramai. 

Tengah-tengah berjalan sambil bermain ombak kecil, nampak ramai orang thai tengah bertenggek korek tanah. Kami nak tau apa mereka buat, kami pergi tengok. Rupa rupanya mereka tengah korek tah apa benda jenis crustaceans ni. Aku pon kurang pasti. Kawan aku tanya orang tu, orang tu kata ni untuk dimakan dan untuk dijual sebagai kraftangan. Hmmm..

Ni la menatang tu. Pernah makan ke?

Apa-apa pon berbalik kepada tujuan utama iaitu sunset. Kat Krabi ni matahari terbenam awal sket. Ada la dalam sejam daripada waktu matahari terbenam di Malaysia. Pada waktu ni orang ramai mula membanjiri pantai. Hiruk pikuk di pantai petang tu ditambahkan lagi dengan bunyi enjin long-tail boat. Masing-masing pulang ke pier selepas seharian berkhidmat untuk pelancong.

Keadaan Pantai Ao Nang yang mula dibanjiri pengunjung pada waktu petang sebelum matahari terbenam.

Sang suria mula melabuhkan tirainya dan mula hilang daripada pandangan.

Menghayati deruan ombak dan suasana pantai Ao Nang.

Weehoo!! Sememangnya dengan kawan yang ni memang rasa nak gila-gila.
Suasana Pantai Ao Nang yang berlatarbelakangkan long-tail boat dan bukit batu kapur tatkala matahari mula terbenam.

Semua merah-merah dah. Cantik.

Saat yang dinantikan! Indah. Kapel yang kat hujung tu pulak dah mula beromantik.

Pada sebelah malamnya pula, kami meneruskan percutian kami dengan menyusuri persisiran pantai. Malam tu bulan mengambang, jadi keadaanya tak la gelap sangat. Selamat untuk berjalan. Bila dah nak sampai dekat hujung pantai tu, kami nampak macam ada titi dan tangga dan nampak ada orang lalu-lalang jugak. 

Perasaan ingin tahu pon mula mengembara. Ngeh3~. Dua-dua satu kepala. Nak pergi tengok apa yang ada, kami pon daki la tangga tu. Rupa-rupanya jauh jugak perjalanannya dan banyak tangga yang curam-curam. Di sepanjang perjalanan ada jugak pelancong lain yang greet hi. Ada la dalam 20 minit naik turun bukit tu.

Dinasihatkan supaya berhati-hati walaupon ada lampu yang menerangi perjalanan dan ada tangga kayu, sebab ada di setengah perjalanan, ada kabel elektrik yang nampak macam sangat bahaya. Jadi hati-hati ya.

Macam ni la keadaan cerun di bukit tu. Panjang lagi tu jalan dia.
Lama jugak berjalan tapi tak sampai-sampai penghujungnya. Penat! Sampai berpeluh-peluh.

Jalan punya jalan, akhirnya nampak jugak macam ada cahaya bangunan. Rupa-rupanya jalan ni menuju ke hotel 5 bintang, Centara Beach Resort & Villas. Di penghujung tangga tu, sebelum memasuki kawasan hotel ada pondok pengawal keselamatan. Pak Gad tegur kami, "Nak kemana?" Kami jawab, "Nak ke pantai". Dia balas balik,"Ok, just enjoy the beach. Dont go into the villas". Kami pon jawab okay. Hihihii.

Rupa-rupanya hotel ni berhadapkan private beach. Nak ke hotel ni hanya ada dua cara iaitu melalui tangga berbukit-bukau yang kami lalui tadi atau dengan menaiki bot. Cara melalui udara taktau la ada orang penah buat ke tak. Hotel ni memang agak secluded dan jauh daripada gangguan orang ramai. Di pantai pada malam tu, hanya kami berdua ja. Takde orang lain ganggu. Kami pon apa lagi, berkarok la kat situ sambil lepak borak-borak.

Ni la private beach nya. Memang rileks habis.

Gambar penutup. Ngeh3~

Sekian sampai sini untuk entri kali ni. Nantikan entri akan datang pulak, review mengenai Hotel Ao Nang Smile yang bagi aku memang terbaik dan aku sangat berpuas hati. Entri untuk aktiviti-aktiviti pulau belum ada lagi ni. Jadi, stay tune!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan