Jemput Sertai Blog Saya ;)

Rabu, 28 Ogos 2013

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 2: Ketibaan di Krabi Airport dan Ao Nang.

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 1: Persiapan Sebelum Krabi.

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 3: Sunset di Ao Nang dan Private Beach.

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 4: Review mengenai Hotel Ao Nang Smile, Krabi, Thailand.

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 5: Four Islands Tour

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 6: Phi Phi Island Tour.

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 7: Restoren Thai Food Bersenang-Senang. Halal, Selesa, Bajet, dan Sedap!

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 8: Penutup dan Bajet 4 hari 3 malam.

Bersambung kita daripada entri bahagian satu. Bagi yang belum mengikuti bahagian satu, boleh ikuti melalui link di atas. Untuk entri bahagian dua ni aku akan terangkan bagaimana cara hendak ke Ao Nang daripada Krabi Airport dan suasana Ao Nang. Perjalanan kami ke Krabi Airport memakan masa selama satu jam bersama Air Asia. Boleh dikatakan flight pagi tu 98% penuh. Bila tiba di Krabi, tiada penerbangan lain yang kelihatan kecuali pesawat penerbengan Air Asia yang kami naiki sahaja. Dah keluar daripada pesawat, masing-masing bergegas ke kaunter imegresen

Dah sampai. Wohoo!
Di kaunter imegresen gambar akan diambil tanpa dibenarkan memakai topi. Pegawai Kastam tu cepat uruskan kemasukan aku. Orang-orang lain yang beratur depan aku semua makan masa yang lama. Apa buat taktau. Berdating ke? Ngeh3~ Mungkin aku cepat sebab aku dah selalu ke luar negara dan ada Visa Amerika dan Kanada dalam passport aku. Anyways, selepas ambil bag, kami ke kaunter menjual tiket bas ke Ao Nang. Kaunternya terletak di balai ketibaan. Tiket seorang untuk ke Ao Nang ialah 150Baht. Nyatakan lokasi dan nama hotel kepada mereka. Teksi pon ada, berharga 600Baht sebuah untuk ke Ao Nang. Bagi yang ramai bolela naik teksi. Worth the money and time. Kalau pilih bas, bas hanya akan bergerak bila dah penuh. Tak lama jugak la tunggu, dalam 15 minit.

Bergambar depan Airport sementara tunggu bas gerak. =P

Macam ni la rupa bas tu. Ok la, takdela teruk sangat.




Perjalanan daripada Krabi Airport ke Ao Nang mengambil masa selama 30 minit dengan menaiki bas. Sebelum tiba di Ao Nang, bas yang kami naiki hanya berhenti sekali sahaja untuk menurunkan penumpang dan bas tidak berhenti di tour agent seperti yang blogger lain alami. Bila tiba di Ao Nang, bas akan menurunkan penumpang di lokasi hotel masing-masing. Ada la pemandu bas tu dia akan sebut nama hotel yang kita diami. Kami menetap di Ao Nang Smile Hotel. Ikuti juga entri yang akan datang di mana saya akan memberi ulasan mengenai hotel ni. Pendek kata, bagi mereka yang berbajet rendah tetapi menginginkan servis dan keselesaan seperti di hotel 5 bintang, pilihlah hotel ni.


Kami tiba di hotel pada jam 9 pagi. Polisi standard bagi kebanyakkan hotel, check in hanya dibenarkan selepas jam 2 petang. Tapi nak jugak try nasib kalau ada bilik kosong dan sememangnya tiada. Mungkin masih di awal pagi, receptionist kata bilik belum siap. Jadi kami tinggalkan bagasi kami dan berjalan kaki di sekitar Ao Nang. Suasana Ao Nang di awal pagi agak lengang. Tambah-tambah pula waktu tu musim low season. 

Keadaan lengang Ao Nang di awal pagi. Motor untuk disewa, sehari 250 baht.

Suasana berdekatan Ao Nang Smile Hotel.

Kat bus stop. Tapi tak selalu nampak pulak bas lalu-lalang. Ada waktu-waktunya kot. Mungkin tak banyak.

Telefon buah hati ke? Ngeh3~
 Pagi di Ao Nang sangat lengang. Kedai-kedai yang buka hanyalah yang menjual barangan buah tangan dan barangan keperluan rehlah di pantai. Kedai-kedai makan masih belum dibuka. Memang lapar la pagi tu campur penat yang belum hilang. Sampai jadi emo sebab kawan aku ni sibuk nak berjalan tengok barang-barang dulu. Aku tetap nak cari makanan dulu. Last-last dia belikan nescafe sejuk dalam tin. Hihi. Thanks!

Antara barangan yang dijual di Ao Nang.

Bila dah berjalan sampai penat, kami kembali ke hotel. Kami sampai di hotel pada jam 11 pagi. Sampai-sampai je receptionist kata bilik dah siap dan boleh terus check in. Tak payah tunggu sampai pukul 2 petang. Yahoo!!!! Bilik pon dh siap disejukkan sebelum kami masuk. Terubat sikit rasa penat. Setelah berehat, kami bersiap menuju ke pantai Ao Nang dengan berjalan kaki yang hanya memakan masa 5 minit daripada hotel.


Pantai Ao Nang. Cantik dan rasa tenang bila nampak.  Memang rasa betul-betul seronok tengok pantai cantik  macam ni ! =D

Dia punya happy sampai melompat!

Di bahagian hujung pantai Ao Nang, (belok kiri selepas balai polis) terdapat banyak perkhidmatan mengurut. Harga pon boleh tawar. Siapa yang sakit-sakit badan boleh la try Thai Massage ni. Nak tukang urut lelaki atau perempuan, semua ada. Servis urut dilakukan di tempat terbuka yang berbumbung. Jadi, tiada aktiviti-aktiviti sumbang. Jangan fikir bukan-bukan ya. Orang tu siap tunggu dan offer servis urut badan di pintu masuk. Sembang punya sembang, sampai tempat urut tu dia bawak. Kawan aku ni pulak tengah sakit-sakit badan dan perempuan tu asyik merayu. Pelanggan pon kurang sebab low season. Last2 dia offer harga murah, 200Baht untuk satu badan. 200Baht sebenarnya harga untu urut kaki ja, Harga asal urut satu badan lagi mahal. Jimat. Wohoo!

Pintu gerbang sebelum memasuki kawasan perkhidmatan urut. Tu perempuan kat belakang tu yang offer servis urut.

Sementara tunggu dia habis, aku rileks kat tepi pantai. Tertidur jap kat sini. Memang banyak kerusi disediakan untuk pelancong berehat. Free of charge.

Suasana Ao Nang pada waktu malam lebih meriah sedikit daripada waktu siang. Kedai-kedai pon banyak yang dibuka pada waktu malam. Oleh kerana pada waktu tu musim low season, keadaannya tidak terlalu sesak tetapi tetap meriah dengan pengunjung-pengunjung. Pada hari pertama, kami hanya survey barang dulu dan bandingkan mana murah. Tengah-tengah berjalan depan kedai, ada bangla ni offer datang tempah baju kat kedai dia. Dia siap cakap Awie tempah baju melayu kat kedai dia masa buat shootting Bikers Kental kat Ao Nang dulu. Siap cakap kami nampak macam businesman. Haha. Pandai ko eh bodek orang.

Anyways, memang banyak jugak kedai-kedai yang kami survey. Setiap penjual meletakkan harga yang berbeza pada barang yang sama. Ada penjual yang letak harga melampau sampai harga t-shirt biasa 600baht. Kalau situasi macam ni, memang aku langsung takkan tawar harga sebab apa-apa pun memang perangainya cekik darah. Dinasihatkan berhati-hati sebab memang ramai penjual yang macam ni. Jangan termakan dengan ugutan dan pujuk rayu mereka. Last-last pada malam terakhir, aku dapat beli t-shirt ysng berharga 150 baht sehelai daripada 600 baht yang tak masuk akal. Ngeh3~.

Macam-macam ada~

Deretan kedai. Agak lengang bila dah lewat malam.

Putera raja. Penat berjalan, berehat mencemar duli sebentar. Hihi.

Bergambar bersama billboard besar Raja Thailand. Long Live The King.

Antara art yang ada di sana."I WAS THERE. *WALKING STREET* AO NANG BEACH". Dalam walking street ada bayak kedai jugak.

Restoren seafood yang terletak di tepi pantai Ao Nang. Di sini ada seafood street yang menyediakan pelbagai makanan laut yang segar untuk dinikmati. Lokasinya terletak di hujung Pantai Ao Nang sebelum Pantai Noppharat Thara.

Selain itu, aku sarankan bagi mereka yang datang ke Krabi untuk percutian, lebih baik menginap di Ao Nang daripada di Bandar Krabi sebab di Ao Nang ada lagi banyak kedai yang menjual barangan buah tangan dan banyak pilihan. Bandar Krabi juga jauh daripada laut, tak macam Ao Nang. Selain tu, Ao Nang juga jadi tempat pusat untuk aktiviti-aktiviti islands tour dan sebagainya. Lebih dekat dan lebih senang jika menginap di Ao Nang. Pendek kata Ao Nang memang best dan sesuai untuk rilekskan minda.

Nantikan entri seterusnya, Sunset di Ao Nang dan review mengenai Hotel Ao Nang Smile yang sememangya terbaik! Stay tune!

Entri Seterusnya
Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 3: Sunset di Ao Nang dan Private Beach.


10 ulasan:

  1. Balasan
    1. sama-sama.. harap dapat membantu saudari dgn info-info tu.. :)

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. hai. boleh tak awak bg detail trip awak ni kat email saya?
    kos dan semua lah kalau boleh. planning nak pegi nanti.
    thank you :)
    thisislife.me@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai. dah delet la itineraries yg saya buat. tp dalam lapan entri pasal krabi ni, dah ada banyak detail dah. kalau ada apa-apa soalan lg bolela tanya. :)

      Padam
  4. insyaAllah akan ke Krabi tak lama lagi. Terima kasih kerana info yg lengkap. kalau nak tanya soalan via e-mail boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama.. nak bertanya via email, boleh. email saya ofadzlan@yahoo.com

      Padam
  5. sangat membantu, terima kasih

    BalasPadam
  6. Salam.awak pergi bulan ogos ke ? Hujan tak ?

    BalasPadam
  7. nak tanya, nak gi krabi ni perlukan visa berserta passport ke?setahu saya hanya passport tapi ada juga yg sy dengar perlukan kedua-duanya..hope dapat explanation from you..thanks!

    BalasPadam