Jemput Sertai Blog Saya ;)

Selasa, 27 Ogos 2013

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 1: Persiapan Sebelum Krabi.

Setelah 4 hari dan 3 malam di Krabi, aku simpulkan Krabi ni memang terbaik! Puas hati. Aku memang dah lama berhasrat nak pergi pulau dan pantai yang betul-betul jernih dan biru sambil nk melepaskan stress yang ada sebelum ni.Pastu aku try usha Air Asia ada tiket murah ke Krabi. Apa lagi, rembat ler! Mula-mula plan nak stay 3 hari 2 malam je, tapi harga tiketnya jadi mahal dan nak sama dengan kos kalau stay 4 hari 3 malam di Krabi. So, lagi baik stay 3 malam kan?

Image: AirAsia.com
Harga keseluruhan tiket untuk pergi dan balik ialah RM243. Harga ni dah termasuk dengan surcaj, bagasi, dan caj kad kredit. Ada juga kuantiti bagasi tanpa caj yang dibenarkan Air Asia tapi tak padanla dengan percutian ni. Banyak barang nak bawak. So, aku share bayaran pilihan bagasi 15kg untuk pergi dan 15kg untuk balik dengan kawan. Secara ringkasnya, aku bawa satu bagasi je dan  barang-barang kami berdua semuanya dalam tu. Barang-barang penting je letak dalam beg galas dan bawa masuk dalam kabin. Makanan aku tak order.

Sebelum berlepas ke Krabi, aku tukar duit kat area Masjid Jamek. Ada banyak pengurup wang kat sana dan harga yang ditawarkan pon berbeza. Kena survey dulu la ya mana yang lagi untung. Paling murah aku dapat RM10.40 bersamaan dengan 100Baht. Sebelum tukar duit ni pun, aku dah siap-siap anggarkan kos di Krabi hasil daripada survey di blog-blog. So ada la dalam 6000Baht untuk perbelanjaan kami berdua di Krabi, tak termasuk kos penginapan. Last-last, lebih daripada cukup, ada baki 800Baht. Ngeh3~

THB6000. Rasa kaya jap sebab nilai nisbah dia besar. Haha.
Selain tu, secara umumnya barang-barang yang perlu dibawa kalau untuk lelaki ialah seluar mandi kalis air dan sarung kalis air untuk kamera digital. Lagi elok kalau bawak beg kalis air jugak. Seluar mandi kalis air aku beli di Uptown Danau Kota. Dapat RM45 sehelai jenama Quicksilver gred AAA. Jenama lain pon ada dan banyak pilihan lagi. Kalis air untuk kamera pulak aku beli kat ebay.com sebab lagi murah dan kualitinya sama ja macam kat kedai-kedai sebab penjual-penjual ni pun dapat barang daripada China jugak. Alhamdulillah aku pakai, elok dan tak masuk air. Sebelum beli online di ebay, cek la rating penjual tu jugak ya. Selain tu, kalau taknak kulit terbakar, hitam, dan merekah sampai pedih, bawa la sunscreen. Aku beli jenis spray SPF60. Lagi tinggi faktor SPF dia, lagi bagus dia protect daripada sinar UV. 

Setelah semua persiapan dah ada, kami parking di TBS sehari sebelum bertolak ke Krabi dengan kadar RM3 sehari. Parking kat sini berbumbung, selamat, dan kira murah jugakla. Kalau parking di LCCT, mahal gila. Dah settle parking, kami bergerak ke penginapan kami di area KL Sentral dengan menaiki komuter hanya dengan bertambang RM1 seorang dan naik bas ke LCCT di KL Sentral keesokan paginya. Terpaksa la buat macam ni sebab flight kami bertolak jam 7.00 pagi di LCCT dan pada masa ni tiada lagi perkhidmatan bas  LCCT-TBS-LCCT. Parking di KL Sentral pula mahal. RM4 selama sejam dan RM40 maksimum untuk sehari. Tuan punya kereta pula tak berani nak tinggalkan kereta kat tempat lain.

Di dalam komuter menuju ke KL Sentral.


Bila semua dah setel, kami berehat di tempat penginapan kami. Passport jangan lupa ya. Bagi yang belum ada, boleh buat semurah RM100 untuk tempoh passport yang tamat selepas 2 tahun daripada tarikh permohonan. Keesokannya seawal jam 3.30 pagi dah check out dan berjalan kaki ke KLSentral. Tambang bas KL Sentral-LCCT ialah RM10, dah beli awal-awal. Nasib baik beli awal, sebab memang penuh semua seat. Mungkin flight awal pagi ni murah. Lagi-lagi flight awal pagi, so tak nak ambil risiko beli tiket bas lambat. Bas bertolak daripada KL Sentral jam 3.45 pagi. Kami sampai di KL Sentral pada jam 5.15 pagi. Tak tau la kenapa rasa lama dalam bas. Jalan tak jam, tapi tah kemana tah driver bas tu pusing. Ikut jalan jauh la kot. 

Sampai LCCT, kami terus pegi drop luggage di kaunter bersedia dengan dokumen. Dinasihatkan tiba awal sebab memang ramai orang. Beratur pun panjang. Timing kami elok, jadi semuanya setel dengan elok. Sebelum melintasi check point keselamatan, pastikan barang-barang yang dilarang tiada dalam hand luggage ya. Bila tiba waktu boarding dan berjalan menuju ke pesawat, kawan aku ni dah jadi excited sebab ni kali pertama dia naik flight. Haha =D. Tepat jam 7.00 pagi, pesawat pon berlepas!

Dalam pesawat AirAsia menuju ke Krabi. Camwhore ketika berada setinggi 30 000 kaki di udara.
Kami sampai di Krabi selepas satu jam berlepas. Disebabkan waktu di Krabi lewat satu jam, kami tiba di Krabi pada waktu yang sama kami berlepas di LCCT, jam 7.00 pagi. Wohoo! 

Ikuti sambungan pada entri yang akan datang ya. Akan ada banyak tips di mana nak menginap dan di mana restoren halal yang murah lagi sedap dan lain-lain lagi. Stay tune!

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum kepada semua Percutian ke Bukittinggi Padang Saya Mukhlis Tourist Guide Kat Bukittinggi Padang,
    Bukittinggi Merupakan Destinasi Percutian Yang menarik untuk dikunjungi selain View yg cantik, makan sedap dan tempat Shopping Embroidery banyak pilihan dan penduduknya Muslim senang untuk cari makan
    Saya Mukhlis Driver cum Guide kat Bukittinggi bagi Tuan, Puan, abg,Akk yg nak datang Bukittinggi tapi belum ade contact untuk uruskan kat Bukittinggi insyallah saya boleh bantu uruskan sebaik mungkin sesuai dgn apa yg di minta. Dan bagi yang nak sewa Transportasi Kereta Innova, Van Pregio,Bas ,Bukittinggi bandar kecil sejuk makan sedap, tempat Shopping kain sulam banyak dari yg murah, menengah, Quality dan bagus buat bisness jual balik maupun nak pakai sendiri. Sila datang Bukittinggi nanti saya akan bw kat home industry kain sulam baik yg nak beli sehelai atau pun borong. Saya utamakan Quality bukan Quantity sila call Whatsapp +628197513210 or +6281268422608 untuk buat tempahan
    Dan saya Mukhlis Budget Tours Bukittinggi Padang Tidak mengatas namakan Travel Agent Manapun untuk Promote saya punya khidmad, 
    Dan saya ucapkan banyak terima kasih pada Blog ini atas share Percutian dengan adanya blog ni boleh berbagi Informasi dan khidmat

    Wassalam 
    Mukhlis Budget Tours Bukittinggi Padang

    BalasPadam