Jemput Sertai Blog Saya ;)

Isnin, 3 Jun 2013

Sepetang di Bukit Fraser

Bukit Fraser merupakan destinasi yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Kami telah menghabiskan masa sepetang di sini. Kami memulakan perjalan kami daripada Batang Kali. Di sepanjang perjalanan, kami dapat melihat pemandangan dan landskap yang memang cantik. Antaranya seperti berikut.

Empangan Sungai Selangor. Berhenti rehat jap kat sini sambil menikmati pemandangan. Rasa tenang ja.

Dalam perjalanan, berhenti jap kat jambatan ni sebab pemandangan dia cantik gila. Segar mata memandang.

Kat bawah jambatan tu ada sungai, dikelilingi rimbunan pokok yang hijau.

Kami tiba di Bukit Fraser setelah mengambil masa selama 1 jam 15 minit. Jalan untuk naik ke Bukit Fraser agak berliku-liku dan sempit. Purata kelajuan kami ialah dalam 40km/h ke 50km/h sahaja. Biar lambat, asal selamat. 

Benda ni yang menyambut kedatangan kami di Bukit Fraser. Hihi

Udara kat atas tu memang nyaman. Cuaca dia pula tak sejuk sangat, tak panas sangat. Memang sempurna untuk rehat dan tenangkan fikiran.

Pemandangan di Bukit Fraser

Cik abang ni makan asam sambil menikmati pemandangan, buat penawar pening kepala drive jalan bengkang-bengkok. Gelap sket sebab baru balik daripada Krabi.
 
Di Bukit Fraser ni juga ada banyak trail dan di setiap trail ada fauna yang tertentu.

Salah satu trail nya ialah Rompin Trail. Memang sesuai bagi mereka yang sukakan alam dan adventure !

Berikut merupakan bunga-bunga yang terdapat di Bukit Fraser. Lokasinya terletak di Taman Awam Bukit Fraser Jalan Pokok Pine




Selain itu bagi mereka yang ingin berkunjung ke sini tidak perlu risau kerana di sini ada banyak kemudahan penginapan, gerai makan, dan kedai runcit. Cumanya stesen minyak takde !! Haritu memang agak menggelabah la sebab tangki minyak memang kurang daripada separuh tapi sempat la jugak naik dan turun Bukit Fraser. Nasib baik dalam perjalanan turun tak perlu tekan minyak sangat. Sebelum nak tutup entri ni, mari kita lihat lagi pemandangan di Bukit Fraser.



 

Blogger pon nk posing jugak...

 Suasana di Bukit Fraser ni agak berbeza kalau nak dibandingkan dengan Cameron Highlands sebab di sini kawasannya tidak terlalu ramai penduduk, tidak sesak, dan kurang pembangunan. Pendek kata, memang sesuai bagi tempat untuk berehat dan tenangkan fikiran. Sesuai juga bagi yang ingin berbulan madu. Sebelum hari gelap, kami bertolak meninggalkan Bukit Fraser. Memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Bagi mereka yang belum merasa, ada-adakanlah masa melawat ke sini yaa.



5 ulasan:

  1. fazlan..boleh saya tahu brapa pricenye?
    email saya boleh?saya akan kesana 3hari 2mlm

    BalasPadam
    Balasan
    1. price nya saya tak tahu la. saya pergi balik hari, x stay kat sana. x sempat nk buat review pwnuh. maaf ya..

      Padam
  2. fazlan..boleh saya tahu brapa pricenye?
    email saya boleh?saya akan kesana 3hari 2mlm

    BalasPadam