Jemput Sertai Blog Saya ;)

Memaparkan catatan dengan label Travel_Malaysia_Langkawi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Travel_Malaysia_Langkawi. Papar semua catatan

Selasa, 1 April 2014

Bhgn 8 Percutian Bajet Naturally Magical Langkawi: Tempat Shopping Murah di Langkawi.









Bhgn 9: Percutian Bajet Naturally Magical Langkawi: Penutup, Itinerary, dan Senarai Bajet Percutian Murah!


Selamat sudah entri-entri sampaila sekarang dah masuk ke bahagian 8 bagi percutian Langkawi ni dan ada satu pos lagi untuk menamatkan penulisan mengenai percutian Langkawi kali ni. Bagi yang follow daripada awal sampai akhir, aku ucapkan terima kasih. Semoga info dan tips yang diberikan dapat membantu kalian :). Untuk entri kali ni pula, aku nak kongsikan pengalaman membeli-belah kat Langkawi dan kat mana nak dapatkan barang-barang dengan harga yang murah. Boleh aku katakan, di setiap satu kedai, mereka ada barang-barang tertentu yang dijual dengan harga murah dan juga lagi murah daripada kedai-kedai yang lain.


 1. Beras Terbakar

Macam-macam barang yang dijual kat sini seperti cenderahati, kain batik, coklat, dan lain-lain. Tapi di sini apa yang murah daripada tempat lain ialah t shirt Langkawi, minyak gamat, dan makanan ringan seafood kering. Selain tu, daripada pengamatan aku. kawasan ni boleh ada masalah tak cukup parking dan kawasannya agak ke dalam sedikit daripada jalan besar. Bagi yang tak biasa, memang akan terlajak, macam kami. Signboard selekoh ke Beras Terbakar ni betul-betul nak dekat dengan lokasinya, lebih kurang macam 10 ke 20 meter macam tu. 

Bagi yang tak biasa, dalam dok sibuk tengok signboard, dengan jarak yang tinggal tu dalam 10 ke 20 meter daipada lokasi untuk kita belok, alamatnya memang akan terlajak tanpa disedari la. Tapi nasib baik sebelum terlajak tu aku ada ternampak sekilas lalu satu tempat tu dan bila rasa macam dah terlajak dan bila ingat balik gambar-gambar yang aku tengok kat blog-blog, naluri aku kuat mengatakan tempat yang aku nampak sekilas lalu tadi la tu Beras Terbakar. Jadi kami pon patah balik dan naluri aku ternyata betul. Nasib baik betul. Kalau tak, dah kena ceramah, dah kena torture dengan tukang drive ni. Huhu

Sedikit gambaran suasana dalam Beras Terbakar ni. Ada banyak kedai-kedai. Nak tengok tempat beras terbakar tu, sila masuk ikut pintu gerbang seperti dalam gambart ni dan akan jumpa banyak kedai dulu, pastu baru la jumpa tempat beras terbakar tu.

Beras terbakar tu terletak dalam kawasan rumah kayu ni. Untungya. Siapa la ya tuan tanah rumah tu. Agaknya mesti selalu dapat peruntukkan daripada kerajaan untuk baik pulih kediaman dan halaman rumah dia. Kawasan tumpuan pelancong tu. Anyways,  tiada bayaran masuk dikenakan kalau nak tengok beras terbakar. Tapi boleh masuk kat kawasan laman jela. Rumah tu tak boleh masuk. Rumah orang kot.



T shirt Langkawi kat sini memang murah-murah!!! Boleh kata semua kedai jual serendah RM5 bagi tshirt putih. Corak-coraknya not bad. Hmmm sayunya bila tengah tulis sambil tatap gambar tshirt ni. Nak tau kenapa, baca di entri penutup nanti. Huk huk huk !!



Lagi satu benda murah daripada tempat lain ialah makanan seafood kering dia. Boleh dapat 3 peket RM10. Kat kedai-kedai biasa, sepeket RM4.50 dan tak jual 3 peket RM10.


Minyak gamat pon boleh didapatkan dengan harga yang murah di sini. Selain minyak gamat, minyak lintah dan gambir sarawak pon ada dijual. Nak tergelak pon ada. Tapi datang sini beli minyak gamat je. Tengok kat blog orang lain, dia kata paling murah dia dapat RM 10 untuk 12 botol di lokasi lain, tapi di kedai ni kat Beras Terbakar ni, boleh dapat RM10 untuk 15 botol. So, lagi murah kat sini.

2. Cenang Mall

Tempat yang seterusnya yang harus dijadikan tempat hentian anda untuk mendapatkan barangan murah ialah Cenang Mall. Cenang Mall ni terletak di Jalan Pantai Cenang. Dalam mall ada macam-macam seperti kedai menjual barangan dan restoren. Tapi apa yang boleh dapat dengan harga murah kat sini ialah coklat dan barangan cendera hati. Dia punya murah tu memang tak sama dengan tempat lain ! Kedai ni terletak di aras atas. Lepas naik eskelator, pusing ke kanan dan perhatikan kedai yang jual cokelat. Aku lupa pulak nama kedainya. Apa-apa pon wajib singgah !

Masa ni kami dapat kit kat sebatang RM1 je dan ada banyak lagi cokelat-cokelat yang harga seringgit kat kedai ni. Coklat-coklat yang dijual dengan harga-harga murah, harga ala-ala sampai boleh pengsan dek terlampau teruja ni, ialah coklat-coklat yang dah nak tarikh luput. Tapi due dia bukannya seminggu dua, ada la dalam dua tiga bulan. Lagipon coklat coklat ni kalau makan pon sehari pon dah selamat masuk perut :)

Coklat Maestro tu sepapan RM1. Rasa dia sedap jugak. Coklat Swiss tu pulak sepapan harga RM5. Harga asalnya kalau tak silap RM15 sepapan. Murah wa cakap lu! Coklat FOX's tu pulak dapat kat HIG Complex. 3 tin RM5.

Lagi satu, kalau nak dapatkan fridge magnet murah dan barangan-barangan cenderahati murah, sila kunjungi satu kedai ni di aras dua. Bila lepas eskelator, belok kanan, dan tuju ke belakang. Kedainya terletak di bahagian paling kanan. Fridge magnet ni aku dapat 3 RM10. Dan banyak lagi cenderahati yang murah-murah kat situ. Tak rugi kalau datang sini !


Pasal coklat kat kedai tu, coklat-coklat murah tu tak selalu ada. Tapi akan ada la bila dorang nak habiskan stok-stok yang dah nak expired tu. Ada banyak coklat-coklat yang dijual sekotak RM5 yang mana brand coklat-coklat tu tak dijual kat kedai-kedai lain. Soal haram halal pon tak perlu risau sebab mereka dah siap label dan letak notis dah bagi coklat yang haram.



3. Wira Gaya

Dalam tengah mencari set cawan permintaan emak, ternampak kedai ni. Mak nak set cawan corak yang sama dengan yang kat rumah, yang dah berbelas tahun tu, nak ganti yang dah pecah. Cari punya cari, ada dua kedai je yang ada jual iaitu Langkawi Saga dan Wira Gaya. Tak rugi berjalan kaki keliling ke belakang untuk ke Wira Gaya daripada Langkawi Saga sebab nak cari set cawan tu sebab kat sini jual lagi murah daripada Langkawi Saga! Dalam tengah mencari tu, apa yang aku dapat perhatikan pan kat sini murah daripada kedai-kedai lain. Kedai ni terletak tidak jauh daripada HIG Complex. Daripada jalan besar berhadapan dengan entrance utama HIG Complex, teruskan perjalanan ikut jalan besar tu sehingga anda akan nampak Wira Gaya di sebelah kanan anda.

Entrance ke Wira Gaya.

Antara barangan yang dijual di Wira Gaya.

Ni la set cawan yang mak aku suruh beli tu. Cari punya cari, kat Langkawi Saga dengan Wira Gaya je ada jual. Set cawan Luminarc, Made in France. Langkawi Saga jual RM75, tapi kat Wira Gaya jual RM69. Terus rembat !


4. Lain-lain

Selain tempat-tempat yang dinyatakan di atas, tempat lain yang berbaloi untuk dikunjungi ialah HIG Complex dan Idaman Suri. Bagi aku di HIG Complex benda yang murah untuk dibeli ialah coklat dan set pisau yang siap sekali dengan tempat letak pisau. Dinnerware, cookware, dan tea set kat HIG mahal-mahal. Kalau nak dapatkan cookware, dinnerware dan tea set yang murah ialah di Idaman Suri. Serious! Tea set kat Idaman Suri banyak yang murah. Bawah RM50 pon ada, jenama Idaman Suri.  Banyak pilihan dan corak dia cantik-cantik. Jenama lain pon ada dan harganya murah. Pendek kata memang banyak benda murah kat Idaman Suri. Kesimpulan aku, barang-barang kat Idaman Suri lagi murah daripada HIG Complex tapi ada satu benda yang Idaman Suri tak boleh lawan HIG Complex, iaitu coklat dan set pisaunya. Di HIG Complex ada banyak pilihan coklat dan harganya murah. Selain Wira Gaya, pan murah juga boleh banyak didapati di Idaman Suri.


Kesimpulannya daripada survey-survey yang aku dah buat semasa di Langkawi, setiap kedai ada barang murah mereka yang tersendiri. Cuma kita jela yang perlu rajin berjalan ke sana ke sini. Nak dapat semua benda murah dalam satu tempat tu aku rasa macam kurang mustahil je buat masa ni. Tapi apa yang penting, dapat jugak aku cari set cawan yang mak aku nak tu walaupon design tu dah lama, dah berbelas tahun. Nasib baik jumpa jugak. Dan diharap juga info-info yang diberikan dapat membantu kalian untuk membeli-belah di Langkawi nanti. Jangan lupa nantikan entri terakhir di mana aku akan ceritakan cerita sayu tu, dan sediakan itinerary dan bajet percutian kami ni yang ternyata memang murah kot! Haha. Stay tune! :)

Isnin, 31 Mac 2014

Bhgn 9 Percutian Bajet Naturally Magical Langkawi: Penutup, Itinerary, dan Senarai Bajet Percutian Murah!












Akirnya sampai jugak ke pengakhiran cerita percutian Langkawi untuk kali ni. Di entri terakhir ni aku akan ceritakan sedikit sebanyak jadual perjalanan beserta perbelanjaan kami. Sememangnya dalam negara pon kita boleh bercuti di tempat percutian bertaraf dunia. Memang jimat dan berbaloi kalau bercuti di Langkawi daripada bercuti di luar negara. Cuti-Cuti Malaysia! Oh yeah !


Rewind, ni teaser percutian ni. Semua gambar diambil di Pulau Langkawi oleh kami sendiri. Gambar laut tu diambil di Jalan Bukit Malut. Sebenarnya dah lama gila tak datang Langkawi. Kali terkahir masa sekolah rendah. Pastu kami pergi 2 hari 1 malam, musim hujan, pemandangan agak cloudy. Walaupon time tu musim hujan, kami agak impress dengan Langkawi. Cantik gila! Tak sangka!! Tak puas pulak pergi 2 hari 1 malam. Dan demikian kami repeat lagi pergi Langkawi. Kali ni 3 hari 2 malam pula dengan misi bajet RM500/2person. Semua reviewnya disertakan daripada bahagian 1 hingga ke bahagian 9.

Bajet Termasuk: 

(48 jam) pengangkutan self-drive + petrol
 2 malam penginapan berhawa dingin
Tiket feri pergi balik
 Makan & Minum
Islands Hopping
Tiket lawatan 

Seperti burung pulang ke sarang, begitulah kami, meninggalkan Langkawi, pulang ke halaman asal. Huhu.


Pada hari terakhir kami di Langkawi, pukul 10 pagi dah checkout dan menuju ke kereta kabel. Lepas tu pergi shopping kat Kuah sebelum hantar motor dan naik feri pulang ke Kuala Kedah. Motor yang kami sewa dipulangkan ke kedai tu semula. Dah pulangkan, dah dapat balik deposit, orang kedai tu akan hantar pulang ke Jeti Kuah. Dah sampai Jeti Kuah, tiket samada pulang ke Jeti Kuala Perlis atau Jeti Kuala Kedah hendaklah dibeli di kaunter tiket berhadapan parking kereta, belakang KFC. Bukannya di dalam terminal ya.



Feri yang kami naik kali ni selesa sikit. Perjalanan dimulakan dengan penerangan keselamatan. Paparan TV dia pon jelas. Dorang mainkan movie di sepanjang perjalanan tah movie ape tah. Aku tidur je. Tapi movie dia macam bes je sebab bila dah sampai kat Kuala Kedah pon ramai lagi yang tak berganjak daripada tempat duduk nak tengok sampai habis.


HAHAHAHA! WHAT A FACE ! So there we go, the zirafah dan the burung hantu :p

Huhu. Cerita sayu yang dimaksudkan tu ialah barang hilang!Beg biru kecik tu la yang hilang. Rasa sedih dan geram. Memandangkan barang banyak dan tempat duduk pon sempit, letak la beg kecik tu kat tempat letak barang. Barang-barang shopping yang lain pegang kat tangan berhimpit-himpit kat seat. So pengajarannya, sila bangun awal-awal daripada tempat duduk dan standby siap-siap sebelum orang lain datang ambil barang masing-masing kat tempat simpan barang! Sedih rasa tak dapat merasa t shirt Langkawi yang aku beli kat Beras Terbakar. Lagi dalam tu ada minyak gamat dan lain-lain yang dibeli di Beras Terbakar. Pendek kata semua barang yang dibeli di Beras Terbakar semua hilang. Selipar aku beli time kat Krabi itu hari pon dalam tu jugak. Yang lain macam botol air dan buah oren tu aku x kesahla sangat. Geramnya. Dala tshirt tu kat kedai tu je ade design mcm tu. Geram geram geram. Kalau orang tu tak sengaja terambil dan kalau dia nak pakai, aku halalkan je. Tapi kalau dia sengaja dan memang niat nak curi, aku sumpah dia kembong perot 40 hari 40 malam. Haaaaaaa.




Itinerary
Ok, enough with the rant. Sekarang nak tulis pasal jadual perjalanan kami pula. Sebenarnya tak ikut sangat pon dengan itinerary asal sebab ada urusan lain pula yang perlu diselesaikan dan kami bertolak ke Langkawi lewat sakit daripada jam asal yang dirancang. Tap itu tak menjadi masalah. We are flexible. Hihi. Jadi ini jadual perjalanan kami beserta bajet kami untuk dua orang. Take note bajet kami diambil kira bermula daripada di Jeti Kuala Kedah, dan tidak termasuk bajet shopping.


Day 1

1.00 petang: Bertolak daripada Jeti Kuala Kedah. Tiket 2x RM23 = (RM46)

3.30 petang: Tiba di Jeti Kuah. Ambil motor (RM60). Bayar deposit RM50. Bertolak ke Pantai Cenang melalui Jalan Bukit Malut.

4.30 petang: Check in Amzar Motel (RM90). Deposit RM50 Rehat. Bersiap.

5.30 petang: Bertolak ke Laksa Pulau. Makan 2x Pasembor (RM8) + 2x ABC (RM5) = (RM13). Kemudian rehlah di Pantai Kok. Isi minyak motor (RM5)

7.30 petang: Tiba di Cenang semula dan book Pakej Pulau Payar di Amzar Motel 2 x RM85 = (RM170). Mandi. Rehat. Bersiap.

9.00 malam: Keluar jalan-jalan di Pantai Cenang. Ice Cream Sundae Cone McD  3x RM1 =(RM3). Dinner KFC  Cenang Mall 1x rice plate RM7.45 + Value meal RM4 = (RM11.45)

12.00 malam: Balik. Cuci badan. Tidur.

Total belanja hari pertama: RM 398.45




Day 2


6.00 pagi: Bangun. Mandi. Bersiap. Keluar cari breakfast di Jalan Pantai Cenang. Roti Canai dua keping di Restoren 24 jam Nasi Kandar Tomato 2x RM0.80 = (RM1.60).

8.00 pagi: Bas datang pick up depan Amzar Motel. Berhibur di Pulau Payar

4.00 petang: Kembali ke Jeti Kuah selepas Pulau Payar. Bas hantar semula ke tempat penginapan.

5.00 petang: Tiba di Amzar Motel. Mandi. Rehat. Bersiap. Minum petang di Amzar Motel bekal sendiri + sebuku roti sandwich  beli di kedai runcit (RM1.90) =  (RM1.90)

6.30 petang: Jalan-jalan di Pantai Cenang.

8.30 malam: Bertolak untuk jalan-jalan di pekan Kuah, ambil angin.

10.00 malam: Dinner di Warung Meet Uncle Bob 4.5 Chicken Chop 2x RM5 + Segelas sirap (RM1) = (RM11). 

11.30 malam: Jalan-jalan di Jalan Pantai Cenang. Sundae Cone McD 2x RM1 = (RM2). Balik, cuci badan, tidur.

Total belanja hari kedua: RM16.50





Day 3

10.00 pagi: Checkout. Dapat balik deposit RM50. Bertolak ke Kereta Kabel . Tiket 2 x RM15 = (RM30)

12.30 tengah hari: Bertolak untuk shopping. Isi minyak motor (RM3)

1.00 petang: Shopping di Beras Terbakar. Rehat

2.00 petang: Rehat Lunch di KFC Arked Pokok Assam, Kuah. Rice plate 2x RM7.40 = (RM14.90)

3.00 petang: Shopping di Idaman Suri. Langkawi Saga, Haji Ismail Group, dan Wira Gaya.

4.00 petang: Hantar motor. Dapat balik deposit RM50. Tiket feri balik ke Kuala Kedah 2x RM23 = (RM46)

Total belanja hari ketiga: RM93.90


Bajet keseluruhan: RM508.85.

 Dengan ini terbukti dengan hanya berbajetkan RM508.85, anda mampu untuk melancong ke Langkawi, bukan untuk seorang, tapi dua orang ! 



Benda yang kami nak sangat buat kat Langkawi ni ialah kereta kabel dan Pulau Payar.  Tapi ada banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat di Langkawi tapi tetap boleh dilakukan dengan bajet RM500/2 orang. Contohnya, banyak lagi aktiviti yang boleh digantikan dengan aktiviti Pulau Payar yang berharga RM85 seorang. Contohnya boleh digantikan dengan Island Tour & Eagle Feeding (Pulau Beras Basah, Tasik Dayang Bunting, dan Pulau Singa Besar) berharga RM25,  Langkawi Wildlife and Bird Paradise (RM15), Makam Mahsuri (RM7), dan Underwater World (RM30) tapi masih dalam bajet RM500/2 orang dan lebih banyak aktiviti untuk dilakukan! Murah! Untuk keterangan dan gambaran lebih lanjut, sila rujuk bahagian 1 hingga bahagian 8.

Dengan ini berakhirlah coretan mengenai percutian Langkawi kami selama 3 hari 2 malam. Di harap segala info dan tips yang diberikan dapat membantu kalian ketika bercuti di Langkawi. Terima kasih kerana sudi membaca dan ikuti entri-entri di blog ni. Kalau ada rezeki lagi, kami akan ke destinasi lain dan yang pastinya akan diikuti dengan coretan info dan tips percutian. Segalanya di sini !



Bhgn 7 Percutian Bajet Naturally Magical Langkawi: Review Penginapan Bajet dan Chalet Murah, Amzar Motel.










Bhgn 9: Percutian Bajet Naturally Magical Langkawi: Penutup, Itinerary, dan Senarai Bajet Percutian Murah!


Untuk entri kali ni aku nak buat review mengenai tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam di Langkawi. Setelah aku buat research pasal tempat-tempat penginapan di kawasan Pantai Cenang ni, aku putuskan untuk menginap di tempat penginapan bajet, Amzar Motel. Ada banyak jenis bilik yang ditawarkan dan kami memilih untuk menginap di chalet mereka yang berhawa dingin berharga RM45 semalam. Depositnya ialah RM50. Kalau semua ok, full deposit akan dikembalikan selepas checkout. Lokasinya di Jalan Pantai Cenang. Jika dari Pantai Tengah, Amzar Motel ni terletak di sebelah kanan anda, beberapa meter selepas AB Motel. Sebenarnya memang dah plan lama nak duduk chalet harga RM45 ni, tapi susahnya lah nak reach dorang untuk book chalet ni. Call tak berjawab, mesej apatah lagi. So, pada hari kami pergi Langkawi tu tawakal jela pergi tanya terus kat sana dan siap sedia untuk redha sekali untuk lari daripada bajet kalau penuh. Bila dah sampai nasib baik chalet yang kami nak tu ada kosong. Nampak macam penuh je chalet-chalet nya dan aku rasa chalet yang kami dapat tu the last one left kot. Huhu. Jiran-jiran kami pula semuanya warga asing.


Suasana di perkarangan chalet Amzar Motel. Posing oleh Encik Demak, motor sewa kami yang setia bersama kami menjelajahi Langkawi selama 3 hari 2 malam .

Kat sini ada banyak jenis yang berlainan harga. Di hadapan chalet kami ni ada satu bangunan yang menawarkan jenis bilik yang berbeza dengan chalet yang kami inapi.







Chalet di Amzar Motel yang kami duduki ni ialah jenis penginapan bajet. Kami tak letak high expectation sangat pon lebih-lebih lagi dengan penginapan bajet kat Malaysia ni. Dengan itu kami decide untuk duduk di Amzar Motel ni sebab dah alang-alang standard bajet tu, baik duduk yang harga RM45 ni dan tak letak high expectation. Penginapan bajet kat Langkawi ni yang berhawa dingin rata-rata dalam lingkungan RM60 ke RM80. Pernah kami duduk motel bajet kat Pantai Cenang, waktu low season, harga RM80 tapi standard macam tut tuttt. Teruk. Tempat-tempat penginapan bajet berhawa dingin kat Pantai Cenang ni pon sama ja. Selekeh-selekeh macam tu la. So, baik kami ambil yang paling rendah je RM45 kat Amzar Motel ni.

Jauh beza dengan negara jiran kita seperti Thailand dan Indonesia, mahupun China sekali pon. Tempat-tempat penginapan bajet mereka boleh didapati dengan harga serendah RM60 tapi kualitinya sangat bagus, selesa, kemas, dan bukan style selekeh main tangkap muat je macam kat Malaysia ni. Kat Malaysia ni kalau nak sedap, bajetnya yang dalam RM150 la satu malam. Setakat RM60 ke RM80 ni, jangan harapla. Bukan nak memburukkan, bukan tak patriotisme, bukan nak salahkan kerajaan, tapi itulah realitiya. Harap kerajaan dapat tangani la masalah ni dan pantau standard tempat penginapan bajet. Lagi-lagi di Langkawi ni. Malu rasanya. No wonder ada review teruk-teruk daripada warga asing pasal tempat penginapan bajet di Malaysia ni. Mungkin dorang dah selalu dapat tempat penginapan bajet kat luar Malaysia yang lagi bagus servis dan perkhidmatannya dengan harga yang sama di Malaysia. Anyways, dari segi pengamatan aku, motel berhawa dingin terbaik di Pantai Cenang dengan harga serendah RM80 ialah AB Motel. Tapi demi menjayakan misi percutian RM500/ 2 orang beserta aktiviti Pulau Payar, kami pilih untuk menginap di Amzar Motel.

Anyways bagi yang backpackers atau tak kekwat sangat dan sama taraf dengannya, bolehla duduk kat sini. Walaupon chalet yang kami duduki ni taraf bajet style Malaysia, tapi ada kebaikkannya juga. Walaupon receptionist kami pada haritu agak kurang mesra, tapi dia buat kerja cepat. Lepas selesai, ada pekerja lain yang iringi kami ke chalet. Siap bukakan pintu lagi. Hihi. Dalamnya teratur kemas, tapi lantainya agak berpasir. Jom baca review bergambar pula.


Setiap bilik dibekalkan dengan dua helai tuala, sehelai selimut besar, satu gulung tisu tandas dan dua buku kecil sabun mandi. Kalau rasa tak cukup selimut, sila bawa sendiri sebab ekonnya sejukkkkkk.

Polisi check out. Sila take note. Lambat kena denda.

Dalaman chalet berhawa dingin di Amzar Motel. Ada almari, televisyen, dua plug eletrik, satu queen size bed dan dua bantal. Yang bagusnya, bantal dan tilamnya selesa betul. TV nya walaupon ada channel TV1, TV2, dan TV3 ja, tapi paparannya clear. Terbaik ! Bagi aku kualiti tilam dan bantal tu la yang paling penting kalau pergi bercuti. Lagipon tempat penginapan ni jadi macam tempat persinggahan je. Kebanyakkan masa diluangkan di luar. Pagi-pagi dah blah, lewat petang atau malam baru la balik. So bagi kami tak perlulah penginapan yang terlalu fancy, orang bujang je pon, yang penting tilam dan bantalnya selesa dalam pada masa yang sama redha jelah dengan standard penginapan bajet kat Malaysia ni.

Sinki dihadapan bilik air. Dalam bilik air ada shower tapi tiada air panas. Tekanan air agak lemah tapi bolehla, tak teruk sangat. Puas jugak mandi.


Arah kiblat juga turut dipaparkan. Walaupun bajet, tapi masih ada ruang lagi untuk solat dengan selesa. Saiz chalet ni beserta attached bathroom ialah 10 kaki x 14 kaki. Sejadah tidak dibekalkan, jadi tanggungkjawab sendiri lah ya bawa.

Iron dan iron board turut disediakan di perkarangan chalet.

Air sejuk dan air panas pon ada. Mesin ni berfungsi dengan baik. Kami refill air kat sini je. Jimat duit beli air. Hihi. Langkawi panas. Memang kena selalu bawa air minuman time berjalan.

Sepanjang kami tidur kat sini, memang tiada masalah la dengan kualiti tidur kami. Nyamuk pon tiada tapi dinasihatkan pada awal pagi dan senja, tutup pintu rapat-rapat. Nanti nyamuk masuk. Lagi, pintu chalet kami kalau nak kunci daripada dalam, kena pakai kunci. Tak boleh main tekan punat je. Pintu-pintu chalet lain mungkin berbeza dan lagi senang kot. Dinding chalet pula bahannya ialah kayu, bukan batu. Jadi dindingnya tak berapa kalis bunyi. Memang boleh dengar suara jiran-jiran kami bercakap. Tapi sepanjang penginapan kami, takdela terganggu sangat. Semua sedar kot keadaan tu dan tak buat bising. Lagi, di sini tiada perkhidmatan housekeeping. Tuala pon tidak ditukar. Memang style penginapan bajet kat Malaysia ni macam tu. Kalau ada yang sediakan memang terbaik. But that was not a problem. Masing-masing boleh jaga sendiri. 

Keadaan di perkarangan dan halaman Amzar Motel ni walaupon ada struktur-struktur selekeh yang kurang enak dipandang, tapi kebersihan dijaga dengan rapi. Halaman dan perkarangannya cukup luas untuk parking motor dan kereta. Lokasinya juga strategik. Dekat dengan Pantai Cenang, seberang jalan je. Kedai runcit, kedai makan, Cenang Mall, McD, KFC, The Zon Duty Free Shopping Centre, dan Underwaterworld juga boleh sampai dengan hanya berjalan kaki je. Rumah-rumah urut dan kedai menjual pakaian mandi dan pakaian kenang-kenangan pon ada di sekitar Amzar Motel ni dengan harga yang berpatutan. Urusan checkout juga dijalankan dengan segera dan kami dapat balik full deposit kami ;)

Kesimpulannya, walaupon ada beberapa kekurangan, tidur kami tetap lena dan berkualiti sepanjang kami menginap di sini. Mandi pon bersih. Padanla dengan harga RM45. Siap ada ekon. Mana nak dapat harga macam ni kat Pantai Cenang? Kat Amzar Motel je ! Bagi yang berbajet rendah, tak nak spend duit banyak sangat untuk penginapan, dan tak kesah untuk menginap ala-ala backpackers, silalah pilih Amzar Motel !

Jangan lupa ikuti entri yang akan datang mengenai pengalaman kami membeli-belah di Langkawi dan bajet percutian Langkawi kami. Stay tune ! ;)


Entri seterusnya:

Bhgn 8 Percutian Bajet Naturally Magical Langkawi: Tempat Shopping Murah di Langkawi.

Jumaat, 28 Mac 2014

Bhgn 6 Percutian Bajet Naturally Magical Langkawi: Review Laksa Pulau dan Warung Meet Uncle Bob. Terbaik !

 








Untuk entri kali ni, akan dicoretkan tempat-tempat kami menjamu selera ketika percutian kami di Langkawi selama 3 hari 2 malam. Kami tak berbelanja dengan harga yang tinggi untuk bajet makan sampaikan sekali makan dah RM50++. Kami bajetkan untuk makan di Langkawi ialah RM15 untuk dua orang sekali makan tapi yang pastinya tempat-tempat yang kami kunjungi ni makanannya sedap dan harganya murah dan berpatutan. Gerenti puas ! Haha. Percaya tak? Ni benarrr. Bukan dusta. Dan sememangnya ada banyak cara untuk kita berjimat tapi dalam pada masa yang sama keseronokkan dan kepuasan itu dapat dirasai. Nak tau lebih lanjut mengapa, bagaimana, dan di mana, sama-sama kita layan entri ni.


1. Laksa Pulau

Pada hari pertama sejurus selepas check in di Amzar Motel, kami menuju ke Jalan Lapangan Terbang, betul-betul di persisiran pantai untuk makan petang. Di sini terdapat banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai aneka makanan dan minuman seperti laksa, cendol, rojak, pasembor dan lain-lain. Dalam banyak gerai tu, kami pilih untuk makan di Laksa Pulau sebab suasana dia macam lebih selesa, tenang, dan sedap mata memandang.


Vroommmmmmmm.. Nak pergi makan !

Gerai-gerai makanan tu memang dekat dengan airport. Sebelah je dengan landasan. Sambil-sambil makan tu memang selalu je kapal terbang turun naik. Best ! Gambar ni diambil masa dalam perjalanan ke gerai-gerai tu.

Nak cam Laksa Pulau ni senang je. Cari je signboard ni kat kawasan gerai-gerai tu. Kat situ ada banyak gerai. Laksa Power, Laksa Ikan Sekoq dan lain-lain. Mulanya nak ajak pergi try Laksa Power tapi kawan ni lebih suka suasana di Laksa Pulau ni. Nama je Laksa Pulau, tapi bukan Laksa je yang dorang jual. Macam-macam ada.

Pemandangan laut di gerai Laksa Pulau

Suasana di Laksa Pulau. Teduh dan tenang. Dah duduk depan laut, kompem termenung. Rasa khayal tengok laut. Aku memang suka tengok laut ! :)

Menunggu hidangan yang belum sampai. Kami order ABC dan Pasembor.

Ni la Pasembor di Laksa Pulau. Mula-mula tak letak high expectation sangat sebab orang selalu dok gebang-gebang Laksa Power, gerai yang sebelah sane tu, tapi bila makan pasembor kat Laksa Pulau ni, wowww sedapnyaaa!!! Kuantitinya pon boleh kata banyak jugak. Ada cucur, timun, taufu, sengkuang, dan telur. Kuah dia pulak memang marvellous!  Licin tau. Harganya cuma RM4

Ni pula ABC. Harganya RM2.50. Kami tak order air tapi kami order ABC terus. Dapat air dan dapat ABC terus kalau order ABC. ABC tu kira macam air la jugak. A good decision isnt it?

Jemput makan !

Memang tak menyesal bila kami pilih untuk makan di Laksa Pulau ni. Pemandangan yang menarik, harga yang berpatutan, makanan yang lazat dan kuantitinya yang banyak, memang sangat-sangat berbaloi. Siapa-siapa datang Langkawi bolehla datang try. Di sini kami order 2 pasembor (2xRM4.00) dengan 2 ABC (2xRM2.50). Total makan kami di sini cuma RM13. Kenyang dan puas hati !


2. KFC

Pada sebelah malam hari pertama pula, kami dinner dekat KFC Cenang Mall. Kalau fikir betul-betul, kalau makan dekat warung biasa kat Cenang ni, sepinggan nasi goreng beserta segelas minuman dah berharga RM7 ke RM10. Rasanya pulak ikut nasib la kalau kedai bes, sedapla. Harga set rice plate di Langkawi berharga RM7.45, nak sama dengan harga makanan kat kedai biasa. Harga ni memang dah final, KFC Langkawi tiada taxes. Set ni ada nasi, ayam seketul, coleslaw, dan minuman. Nasi KFC ni bukan nasi biasa, rasa dia memang ada rempah dan perisa. Sedap. Ayam dan coleslaw tu memang tak yah cakapla. Masing-masing dah tau macam mana rasanya kalau pernah makan KFC. Bila digabungkan semua elemen-elemen tu hmmmm sedapnya la rasanya. 

Sejujurnya aku lagi suka makan set rice plate KFC daripada makan kat kedai-kedai makan biasa. Harganya yang berpatutan, nak sama dengan makan kat gerai makan biasa tapi di KFC ni set rice plate dia lagi sedap. Suasana restoren dia pon kemas, bersih, ada ekon, selesa. Memang lagi selesa daripada makan kat kedai-kedai biasa. Makan pon puas hati. Daripada bayar RM7 ke RM10 di gerai biasa tapi makan tak puas dan rasa tak kenyang, baik makan set rice plate KFC yang berharga RM7.45, gerenti kenyang dan puas hati ! Ini salah satu lagi tips penjimatan bila pergi bercuti. Berjimat tapi masih lagi dapat merasai kepuasan dan kegembiraan yang marvelous!


Hidangan rice plate kami. Selalunya rice plate KFC tak letak timun. Tapi haritu kami pergi ada la pulak. Macam tau tau je yang kami nak buat review. Hihi. *Perasan je aku ni* Anyways, gambar ni diambil masa kami lunch di KFC Arked Pokok Assam, Kuah.

Total makan KFC set rice plate untuk dua orang ialah RM14.90. Murah !



3. Restoran Nasi Kandar Tomato

Untuk hari kedua pulak, sebelum pergi Island Hopping kat Pulau Payar, bersemangat pukul 7 pagi dah siap dan jalan kaki kat Jalan Pantai Cenang cari tempat breakfast. Lagipon zaman bujang ni, tugas emak-emak sediakan breakfast aku jela yang beria nak handle. Boleh kata semua kedai tutup la. Takde pon makcik-makcik yang jual kat tepi jalan dalam waktu macam ni, Mungkin lewat sket kot baru dorang jual. Typical lifestyle kat pulau perlancongan. Cari punya cari, Nasi Kandar Tomato ni jela yang bukak. Selain tu, KFC dan McD pon ada. Tapi tak prefer nak breakfast kat situ. 

Kat restoren ni ada jual nasi lemak jugak, tapi harganya RM3 sebungkus. Haaaa mahal tak mahal. Kedai-kedai tepi jalan aku tengok ada jugak yang jual nasi lemak murah sket RM2.50, tapi kedainya tak bukak lagi. Ingat nak beli nasi lemak je tapi harganya macam mahalnya tapi dapat ciput tu je. Macam tak berbaloi je. Macam tak boleh diterima pulak. Harga standard nasi lemak yang ada telur goreng pon baru 2 ringgit kalau kat tempat-tempat bukan pelancongan. Lagipon nak berjimat, yela, kedekut kan. Tambah-tambah lagi terpikir pulak kang perut buat perangai nanti kang. Dala nak naik feri nanti. So aku end up beli roti canai je. Sekeping RM0.80.


Restoren Nasi Kandar Tomato di Jalan Pantai Cenang. Diambil pada jam 7.30 pagi. Semangat nak pergi Pulau Payar punya pasal.

Macam tu la roti canainya. Roti canai kosong beserta kuah dal. Aku dah suruh siap-siap dorang bungkus dalam bekas polistrin sebab kat motel tiada pinggan. Ada bekas ni senang, kepakkan jadi dua bahagian dan boleh letak kuah dan makan dalam tu. Satu lagi tips survival dan penjimatan daripada aku. Hihi.

Jemput makan. Muka sedih je kan aku bawak balik roti canai je. Bungkus bawak balik dan makan kat perkarangan tempat penginapan kami, Amzar Motel. Boleh tahan jugakla roti canai kosong dia. Puas hati la jugak untuk alas perut sebelum pergi Pulau Payar. Amazingly walau makan roti canai sekeping je, aku yang nafsu gajah ni pon boleh rasa tak lapar masa kat Pulau Payar tu.

Roti canai kosong dua keping di Restoren Nasi Kandar Tomato untuk brekfast, RM1.60.


4. Hi-Tea

Ketika di Pulau Payar, kami dihidangkan dengan lunch box. Memang dah termasuk dalam pakej. Jadi itu lah makan tengah hari kami pada hari kedua di Langkawi. Pada sebelah petang pula, selepas pulang daripada aktiviti Pulau Payar, aku adakan minum petang pula. Simple je minum petang kami. Seperti biasa, tugas emak-emak ni aku je la yang buat. Hihi.


Hi Tea kami, a.k.a minum petang. Soy Talk, sardin sandwich, dan kacang panggang memang dah siap-siap bawak sebelum datang Langkawi. Roti je pergi beli kat Kedai Runcit Amzar, RM1.90. Soy Talk tu beli kat Giant harga RM1 sebotol. Buah oren tu pulak dapat dalam pakej lunch box Pulau Payar. Tak makan pon lagi. Jadi itulah minum petang kami. Makan sambil tonton berita.


5. Warung Meet Uncle Bob 4.5


Pada sebelah malam hari kedua pula, selepas ronda-ronda satu pulau ni, kami berhenti makan di Warung Meet Uncle Bob 4.5. Kami tiba di sini pada jam 10 malam. So, dalam waktu macam tu, Chicken  Chop je yang tinggal. Tempat ni memang aku saran bagi esiapa yang datang Langkawi dan ingin makan kat tempat murah tapi berbaloi dan sedap, sila kunjungi warung ni ! Kawan aku ni pon ala-ala teruja dan macam tak percaya pulak.

Menu yang ditawarkan di warung ni beserta harganya. Kami order chicken chop RM5.00 sepinggan.

Hidangan yang dipesan dah sampai. Dua set chicken chop beserta segelas sirap ais. Memandangkan air Soy Talk yang dibawa pon ada lagi, aku minum Soy Talk jela. Chicken Chop warung ni memang terbaik ! Isi ayam tu lembut dan kerak luaran dia tu rangup. Rasanya pon memang sedap. Selain ayam, apa yang ada untuk hidangan tu ialah sosej sebatang, kacang panggang bersos tomato, french fries a.k.a kentang goreng, salad, tomato, kuah black pepper, sos cili, dan mayonis. Kuantitinya memang banyak. Sedap pulak tu. Macam tak percaya pulak harganya RM5.00 je sepinggan.

Kawan aku ni bukan main takde mood dan bukan main kata kenyang tak rasa nak makan. Tapi tetap ni la hasilnya! Licin dia makan! Siap tanya aku lagi, "Mana kau tau pasal kedai ni?" Haha. Sebelum datang Langkawi ni aku dah siap research tempat-tempat makan. Bisa diatur ! :)



Lokasi Warung Meet Uncle Bob 4.5. Kedai ni terletak di Jalan Padang Matsirat. Jika anda menuju ke Kuah melalui Jalan Padang Matsirat, lokasi warung ini ialah terletak di sebelah kiri anda, di kawasan yang dibulatkan merah tersebut. Alamatnya 10a, Jalan Padang Matsirat, 07000, Langkawi. Kedai ni mula dibuka pada jam 5.30 petang dan tutup pada jam 11 malam tapi dinasihatkan jangan lewat sebab kalau lewat tinggal sikit jela pilihan yang boleh order. 


Nak tau lebih lanjut mengenai warung ni, silalah tonton video review mengenai Warung Meet Uncle Bob 4.5 ni.




Total makan malam kami pada hari kedua di Langkawi, 2 x chicken chop (RM5 x 2) + Segelas sirap ais (RM1) = RM11.00.



Dah lepas makan, kami kembali ke Cenang dan jalan-jalan di kawasan Pantai Cenang. Walaupon dah lewat tapi tetap meriah Jalan Pantai Cenang ni. Pantai pon malam-malam ada je aktiviti yang dorang buat. Malam-malam baring kat pantai sambil melihat bintang-bintang berkerlipan dan sambil mendengar hembusan ombak ni bagaikan terapi yang boleh menenangkan jiwa. Best !

Sambil lepak sambil pekena Sundae Cone McD. Puas hati.


Untuk hari ketiga pula, paginya kami tak breakfast pon. Lepas jalan-jalan kat kereta kabel, sebelum shopping  dan sebelum pulang menaiki feri di jeti Kuah, kami makan KFC set rice plate di KFC Arked Pokok Assam, Kuah. Moga entri ni dapat membantu kalian sedia maklum mengenai sedikit sebanyak tempat makan best dan jimat di Langkawi. Memang tak dinafikan ada banyak cara untuk kita berjimat ketika berkunjung ke Langkawi tapi pada masa yang sama sangat-sangatla memberi kepuasan. Akhir kata, jangan lupa ikuti entri yang seterusnya mengenai tempat penginapan kami chalet aircond RM45 satu malam di Amzar Motel, Pantai Cenang dan lain-lain lagi. Stay tune ! ;)


Entri seterusnya: