Jemput Sertai Blog Saya ;)

Jumaat, 28 Mac 2014

Bhgn 5 Percutian Bajet Naturally Magical Langkawi: Kereta Kabel & Oriental Village.

Pada hari ketiga iaitu hari terakhir kami di Langkawi, kami beriang-ria di Kereta Kabel Langkawi, iaitu produk pelancongan paling laku kat Langkawi. It is a fact. Memandangkan itu hari terakhir kami dan ada banyak agenda untuk hari itu, pukul 10 pagi dah siap-siap kemas dan checkout daripada Amzar Motel. Maka berangkatlah kami daripada Jalan Pantai Cenang sampai la ke Kereta Kabel. Kami sampai dalam jam 10.40 pagi. Sampai-sampai je ramai jugak la orang beratur nak beli tiket tapi cepat je pekerja kaunter tiket uruskan setiap sorang. Bagi warganegara, harga dewasa ialah RM15 seorang. Pekerja kaunter tu akan mintak MyKad, dan kalau warganegara, dia caj sebagai warganegara. Memang pekerja tu akan mintak Mykad sebab tengok rupa macam orang Malaysia, nak pastikan. So tak yah nak fefeeling rasa diri tu warga asing pula. Kalau dia ingat warga asing, tak mintak pon MyKad. Terus letak harga RM30, senang kerja dia. Oppsssssss...... Harga tiket bagi warga asing mahal sikit. Tengah-tengah beli tiket, tetiba Remi Ishak datang beli tiket jugak. Hihi. Tiket yang anda dapat tu pula, jangan sesekali buang, jaga elok-elok selagi korang tak blah daripada kereta kabel  ni. Ada sebabnya tau ;)

Sampai-sampai je kat tempat beratur, kena tahan pulak. Bukan sebab apa, dorang nak ambil gambar kenang-kenangan je. Kalau berkenan,  boleh beli.Lagi satu, kalau rasa malas sangat nak beratur dan tunggu lama, beli je tiket 'express lane', boleh tunggu depan kereta kabel terus, tak perlu masuk line beratur. Tapi tiketnya mahal lah.

Masing-masing sabar menunggu giliran. Syabas ! :)

Dalam sedang menunggu, ada info-info ni kat laluan beratur. Ni lah antara benda-benda yang bakal kita rasai nanti ! Spot muka Machinchang dan rasai ride kereta kabel yang paling curam sekali di dunia. Woohoo!

Yay! Dah semakin hampir. Gambar yang diambil masa mula-mula ambil tadi pon dah siap untuk dijual bila anda sampai di lorong ni.

Sebelum menaiki kereta kabel, anda perlu beratur secara berkumpulan pulak. Setiap line ada 6 petak. Sorang berdiri dalam satu petak. Satu kereta kabel boleh muat enam orang. So takdelah nak berebut di situ. Idea yang sistematik dan bagus  !

Dah masuk kereta kabel. Woohoo! Dinasihati siapa-siapa yang duduk paling tepi dekat pintu tu, jaga-jaga la kaki tu takut tersepit pulak bila pintu kereta kabel tu tutup. Sebab ruangannya sempit je. Macam ada posibiliti yang duduk paling tepi boleh tersepit kaki kalau tak berjaga-jaga. Lagi satu, kereta kabel ni takde ekon. Ada tingkap yang terbuka je. Tapi jangan risau, semakin tinggi kereta kabel ni daki, makin sejuk udara :)

Let us start the journey to the top!

Seperti di dalam info 'did you know'  board, kami berjaya jumpa The Face of Machinchang !

Air Terjun Telaga Tujuh juga dapat dilihat dalam perjalanan menuju ke puncak.


Di Kereta Kabel Langkawi ni, ada dua station. Pertama, Middle Station. Kedua, Top Station. Oriental Village pula bertempat di tempat mula-mula beratur beli tiket, kat bawah sekali. Kedua-dua station ni mempunyai daya tarikan yang istimewa. Tak wajib pon penumpang turun di Middle Station. Boleh je kalau nak terus ke Top Station. Tapi rugi la tak explore dua dua station. Nak turun kat Middle Station masa perjalanan turun nanti takde maknanya. Tak boleh turun. Akan terus turun sampai bawah sana. Anyways, perjalanan ke Middle Station mengambil masa dalam 10 minit. Kemudian, anda perlu mengambil kereta kabel untuk ke Top Station dahulu, baru la selepas itu boleh turun ke bawah sana. Perjalanan ke Top Station daripada Middle Station mengambil masa dalam satu minit.


Sampai middle station dah.

Pemandangan indah daripada Middle Station. Kurang bernasib baik pada hari tu, agak berjerebu la. So, pemandangannya kurang memuaskan. Tapi takpela, tetap bersyukur sebab dapat sampai sini :)

Kat Middle Station  ni ada kemudahan surau. Kat Top Station takde. Tandas pon ada disediakan di Middle Station.
Lagi pemandangan daripada Middle Station: Top Station dan Skybridge.


Selain daripada pemandangan yang indah dan udara yang nyaman, salah satu tarikan di Middle Station ialah di sini terletaknya Skytrail. Bahasa mudahnya, laluan jungle trekking la. Anda akan menyusuri alam yang berusia 500 juta tahun. Pelbagai flora dan fauna yang bakal anda jumpai. Nak ke Skytrail ni, di sebelah surau ada tannga menuju ke bawah. Ikut tangga tu.


Menuju ke Top Station. Oh Yeah !



Udara di Top Station lebih nyaman dan suhunya lebih sejuk. Kat Top Station ni ada jugak Cafe, tempat pekerja ambil gambar untuk dijual, dan gerai aiskrim. Kat Top Station ni tak nampakla pulak Surau.



Dah sampai Top Station! Lama jugak kat atas ni dok rehat-rehat.




Macam-macam warganegara yang datang ke sini. Memang time kami pergi Langkawi tu pelancong asing nampak macam lagi banyak je daripada pelancong tempatan.



Pemandangan Skybridge daripada Top Station. Tapi malangya time tu Skybridge tutup untuk maintenance. Huhu.


Patung lilin :p



The Hosts! Pengacara terhormat blog ni. Kegelapan lepas beriang-ria di Pulau Payar. Menyesal pulak tak beli sunscreen yang SPF130 tu. Beli SPF50 je sebab murah. Huhu. Tapi ok lah kan, kalau tak pakai langsung tantah dah hangus dah.

Tak percaya aku jumpa Remy Ishak??? Haaaa ni buktinya. Kawan aku ni pernah jadi salah satu production crew filem dan dia ada sorang kawan rapat yang juga kawan rapat kepada Remy. Tapi kawan aku ni malu-malu kambing pula nak tegur takut Remy tak cam sebab dah lama sangat dah dan kawan aku ni pulak dah berisi, lain sangat daripada yang dulu. Tapi aku respek tol kat Remy. Masa dalam perjalanan turun, Remy pandang kat kawan aku ni dan dia bagi senyuman. Dia ingat kot! Aku respek tol. Remy ni jenis yang hargai orang-orang yang pernah rapat dengan dia ni....

Di Top Station ni anda akan berpeluang lihat sunset :) Kalau tak berkesempatan tengok sunset kat sini, lagi satu tempat sunset yang marvelous di Langkawi ni ialah di Pantai Tanjung Rhu.

Lama jugakla kami melepak kat atas tu sebab kat atas tu sejuk. Rasa macam malas nak turun bawah, panas ! Lagi sebab nak lepaskan penat. Berehat kat atas tu sambil lihat pemandangan menarik, rasa sejuk, sambil borak-borak, sambil menghirup udara yang nyaman, memang terbaik ! Yang bagusnya lagi kat atas ni ialah kawasan larangan merokok. Oh la laa.


On the way turun ke bawah. Lihat la betapa curamnya tu ha. Memang rasa cuak dan rase goosebump  masa sedang menuju ke kecerunan tu kalau jenguk ke bawah campur lagi dengan goyang-goyangnya. O.o

Bila dh sampai kat bawah, anda perlu melalui satu gate. Di sini la gunanya tiket yang aku suruh simpan tadi. Korang kena scan tiket tu baru boleh lepas gate tu, sama la macam korang mula-mula masuk, pon korang kena scan. Dalam tengah lewat-lewat tu, sempat jugakla kami ronda-ronda Oriental Village. Macam-macam ada. Shopping stores, etc. Restoren high class ada, Food Court pon ada.  Tapi part jambatan gantung tu paling kelakar. Mat saleh tu pergi goyang-goyang jambatan gantung tu time makcik-makcik tengah lintas. Haha. Nakal ! :p

Untuk kesenangan para pembaca yang dihormati semua, saya sertakan peta Oriental Village kat sini.  Boleh la korang tengok apa yang ada kat situ dan plan aktiviti korang.


Begitulah sedikit sebanyak mengenai Kereta Kabel Langkawi ni. Nak tau info lebih lanjut boleh rujuk di website mereka sendiri http://www.panoramalangkawi.com . Terima kasih kerana sudi membaca. Nantikan pula entri akan datang mengenai review-review tempat yang kami kunjungi ketika di Langkawi! :)

6 ulasan:

  1. antara blog yg aku suke baca sblm pegi langkawi nxt week 22/4/2014. thnx for the whole info there bro!!

    BalasPadam
  2. Thank you for this toooo! Suka baca your blog sbb detail habis!

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. tq bro...sgt2 membantu....langkawi tunggu aku datang...heheheh 04/12/2014...

    BalasPadam
  5. aku suka blog ni..sb aku suka percutian buged.

    BalasPadam