Jemput Sertai Blog Saya ;)

Ahad, 12 April 2015

Bhgn 1 Percutian Tak Disangka, Hat Yai 2H 1M: Persiapan dan Ketibaan.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. lama betul tak buka blog ni.. laptop ni pon rasanya dah berbulan-bulan baru buka semula, laptop rosak. Komen pon tak berbalas. Maaf ya. Untuk menebus kesalahan saya, akan saya coretkan tips percutian bajet ke Hat Yai selama 2 hari 1 malam! Hihi. Kenapa tajuknya "Percutian Tak Disangka"? Pada mulanya nak pergi Koh Lanta, lepas tu terpaksa relakan diri pergi Hat Yai je sebab nak pergi tempat dekat dan murah, save bajet. Mula-mula memang tak ingin pon, tapi hmmm.. bila dah pergi, nak repeat balik !

Sebagai permulaan entri pertama percutian Hat Yai ni, saya mulakan dengan persiapan kami. Mula-mula mestilah kena tukar duit. Selepas saya survey, Di KL ni, money changer yang tawarkan rate We Sell paling rendah ialah di kawasan Masjid India, depan Mydin, iaitu sebanyak RM11.45 bagi THB100. Thai Baht dah makin tinggi daripada RM. Sedih.... Ok, dah. tutup wayang.

Untuk pengetahuan semua, kami ke Hat Yai dengan menaiki pengangkutan awam. Kami hanya menggunakan kereta untuk bertolak ke Bukit Kayu Hitam. Sebelum sampai di Bukit Kayu Hitam, kami membeli Departure and Arrival Card. Kad ni sekeping RM1, tapi seller minta RM2. Ok la tu, sebab kira upah dia isikan. So tak kesah sangat dia nak caj lebih seringgit. Sebelum sampai ke Bukit Kayu Hitam ni memang ada banyak kedai yang jual kad ni. Di tempat kami membeli kad ni ada juga perkhidmatan parking kereta di situ dan naik teksi mereka terus ke Hat Yai. Satu teksi, RM75. Bagi yang datang dengan keluarga, warga emas, bawa barang banyak, boleh la naik teksi. Tapi bagi kami yang lenggang kangkong bawa backpack je, baik naik mini van yang jauh lebih murah!

Sebelum tiba di Kompleks Duty Free Bukit Kayu Hitam, anda perlu melalui stesen UPP Malaysia, Unit Pencegah Penyeludupan. Lalu je, tak buat salah tak perlu takut. Serahkan passport atau border pass kepada mereka untuk diperiksa. Drive-thru je. Selepas itu, kami memasuki Stesen Imigresen Malaysia untuk pemeriksaan passport dan border pass, pon drive-thru jugak. 



Setelah selesai, kami parking di dalam kawasan Kompleks Bebas Cukai The Zone, Bukit Kayu Hitam. Kadar parking satu malam di sini ialah RM16. Di sini ada disediakan kawasan parking berbumbung khas untuk parking bermalam. Foto kredit: www.blackforest.com.my

Daripada Kompleks Bebas Cukai ini, kami berjalan ke Imigresen Thailand. Jaraknya hanyalah 50 meter. Mula-mula ada orang tu cakap, "Wei ko biar betik nak jalan masuk dalam sane. Jauh tu!" Dan aku haruslah keras kepala pertahankan plan dan hasil research aku. Tengok-tengok, hmm.. tak sampai 10 minit pon dah sampai. Masa orang tu cakap jauh, aku bayangkan jauhnya sampai 1 kilometer. Ada la orang tu.... huh! :p


Di Imigresen Thailand, passport dan border pass masing-masing ada kaunter yang dikhaskan. Lihat label ya. Masa kami di sini, tak la rumit proses untuk melepasi sempadan Thailand ni.  Lancar je. Tapi memang kena letak RM1 ya dalam passport kita masa serahkan ke pegawai imigresen Thailand tu. Tak letak pon nanti dia akan minta. Haha, dah cakap awal-awal, ada orang tu tak percaya. Ada la orang tu......



Dah selesai, kami berjalan kaki ke kaunter membeli tiket van mini ke Hat Yai. Kaunternya bukan macam kaunter yang anda bayang-bayangkan macam ada tempat yang proper semua, tidak ya. Kaunter nya tepi jalan bukak booth macam tu je. Tempatnya terletak di dalam Pekan Danok. Kiranya, selepas daripada Imigresen Thailand, anda perlu berjalan sejauh 40 meter untuk ke booth tiket ini, betul-betul terletak di hadapan 7E dan di sebelah kiri anda. Tiket dewasa satu hala ke Hat Yai ialah THB57. Dalam RM6. Murah kan? Lagi murah daripada satu teksi RM75 yang muat 4 orang, tak relevan bagi kami.

 Tapi sebelum tiba di booth depan 7E ni, ada lagi satu booth yang juga menjual tiket van mini ke Hat Yai. Harganya tinggi sedikit, THB80. Dalam RM8.50.  Kami end-up beli tiket THB80 ni sebab penjual tiket harga THB57 tak nak terima kami sebab lambat. Kuajaqqq!! Tapi kan ada hikmahnya. Penumpang van mini yang harga THB57 tu ramai la. Kalau boleh, dorang nak sumbatkan kasi penuh juga. Berbeza dengan yang harga THB80 ni, tak ramai. Cukup masa, terus jalan, tak tunggu ramai atau tidak. Dalam van pon hanya ada 5 penumpang, jika dibandingkan dengan harga THB57 tu kasi penuh 12 penumpang. Bila tak ramai, boleh la kami memilih seat yang selesa. Oh la laaa. Lagi satu, kami lebih cepat sampai ke destinasi sebab tak ramai orang. Lagi ramai orang, lagi banyak la pit stop nya, bergantung pada keadaan. Apa-apa pun terpulang pada diri masing-masing nak pilih yang mana. Selapas dah bayar dan tiba waktu, pemandu van akan escort semua penumpang ke tempat parking van mini tu.



Sori la. Gambar-gambar untuk bahagian pertama ni semua kualiti macam celaka. Time ni tak keluarkan DSLR lagi. Anyways, tips tempat duduk paling selesa dalam van mini ini ialah di barisan pertama. Seat nya lebih luas dan selesa jika dibandingkan dengan seats di barisan belakang. Untuk pengetahuan, tiada sistem booking pilih-pilih seat ya. So, kami cepat-cepat jadi orang yang pertama naik van supaya dapat duduk di barisan hadapan. Haha. Sakai~. Lagi, van ini pon selesa. Bukan standard van kapcai macam kat Malaysia ya. Perjalan ke Hat Yai daripada Pekan Danok ialah selama 1 jam 30 minit.


Setibanya di Hat Yai, kami semua diturunkan di sebelah Odean, berdekatan dengan Lee Garden Plaza. Terus rasa macam wauuuu dah sampai Hat Yai... tak percaya. Terus rasa macam dah jauh pergi oversea padahal seberang sempadan je pon. Kui kui kui.

 Kami mengambil masa seketika untuk bersiar-siar di kawasan ini. Kami masuk 7E. Harga makanan dan minuman di Thailand jauh lebih murah ya. Bukan murah seposen dua, beringgit-ringgit la jugak murahnya. Heavenly! So kami tapau air dan keropok-keropok. Daripada Lee Grand Plaza, kami berjalan kaki kurang daripada 10 minit ke tempat penginapan kami dengan berpandukan Google Maps. Di Hat Yai, ada menjual simkad beserta pakej internet. Kalau internet 1 hari, harga simkadnya ialah THB198. Kalau internet seminggu, harganya THB298. Kelajuan internetnya laju jugak laa. Puas hati. Ada banyak kedai yang jual simkad ni. Kat Pekan Danok pon ada. 

7 ulasan:

  1. TQVM, lepas baca entri ini baru nampak gambirun, tak adalah susah bebenor kalau nak travel guna public transport ke Hatyai :D. Thanks again, bolehlah hujung tahun ni lenggang kangkung je ke hatyai, malas nak drive :)

    BalasPadam
  2. depature n arrival card tu free aje sbenarnya. xtau knp awk kena byr..hihi..btw kt sna bribe mmg open n pkara biasa. sy mohon gunakan beberapa gambar awak untuk entri Discover Kedah 2016 dan credit pic diberikan serta link blog awk juga sy masukkan sekali.terima kasih

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com


    Wassalam

    BalasPadam
  4. Insurans kereta motosikal van ke Thailand

    http://nurmas-homestay.blogspot.my/2015/12/perkhidmatan-insurans-ke-thailand.html?m=1

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada 2 plan
      PASIF income dan AKTIF income

      Pasif income
      - Profit stiap hari 1% - 2%
      - stiap pakej tidak tetap profit
      - TIADA maintenance
      - AHAD dan ISNIN cuti

      Aktif income
      - direct sponsor 13%
      - level 2 dpt 2%
      - pairing bonus 10%
      -TIADA flushing
      -Lebihan C/FWD smpai lebam
      - max sehari 2k usd
      - syarat sponsor kiri/kanan tk kira pakej apa

      Withdrawal / pencairan bonus
      - register new member
      - trfr to member ( jual beli )
      - payza or payeer
      - min 2 usd

      DAFTAR PAYEER DISINI:-
      https://payeer.com/02052596

      Maklumat Lanjut :-
      FREE REGISTER
      https://www.beonpush.com/s/wangbesar

      Padam
  5. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Elang Lombok Tour.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke LOMBOK ISLAND, jangan risau hati sila hubungi :

    ELANG LOMBOK TOUR
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    AFFANDI
    BBM 51fd8768 / IG : @pariwisatalombok
    Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )

    BalasPadam