Jemput Sertai Blog Saya ;)

Ahad, 12 April 2015

Bhgn 3 Percutian Tak Disangka, Hatyai 2H 1M: Ice Dome.


Bhgn 1 Percutian Tak Disangka, Hat Yai 2H 1M: Persiapan dan Ketibaan.

Bhgn 2 Percutian Tak Disangka, Hat Yai 2H 1M: Review Hat Yai Merridian Hotel  

Bhgn 4 Percutian Tak Disangka, Hat Yai 2H 1M: Magic Eye 3D Museum  

Bhgn 5 Percutian Tak Disangka, Hat Yai 2 H 1 M: Buffet Dinner di puncak Hat Yai.

Selepas berehat, dah mandi, dah wangi-wangi, kami meneruskan adventure kami ke Hat Yai Ice Dome. Pekerja hotel tu tahu tahu ja kami nak pergi berjalan. Dia siapkan tahan tuktuk untuk kami. Untuk pengetahuan semua, tambang sehala tuk tuk untuk ke destinasi dalam bandar Hat Yai ni ialah THB20 seorang. Pada mulanya memang rancang nak buat macam ni. Tapi kita juga boleh deal degan pemandu tu untuk kita sewa tuktuk beserta driver. Pemandu yang pekerja hotel tahankan tu mula-mula dia tawar THB400 untuk ke Ice Dome dan Magic Eye 3D Museum dan pulang semula ke hotel. Kiranya pemandu tu akan tunggu kita la dan hantar pulang semula ke hotel nanti. Kami jual mahal dengan harga tu. Last-last dia tawar THB200. Tah kenapa aku sengal-sengal ubi time tu pergi tolak tawaran dia. Lepas jalan selangkah dua, lepas kena bebel dgn kawan ni, baru aku tersedar, It was a great deal ! So, bila ada tuktuk lain yang berhenti, kami tawarkan je harga. Mula-mula dia minta THB350, tawar-tawar, dapatla THB300 untuk satu tuktuk. Ambil je laa.

Di hadapan pintu masuk ke Hat Yai Municipal Park. Kalau kat Malaysia, Hat Yai Municipal Park ni lebih kurang macam Taman Botani Perdana la. Ada taman riadah dan tempat-tempat pelancongan. Cuaca di Hat Yai pada ketika itu sangat panas. Sampaikan pemandu tu asyik selalu sebut Hot! Hot! Hahaha. Perjalanan ke Ice Dome mengambil masa selama 25 minit daripada hotel kami. Ice Dome ini terletak di dalam kawasan Hat Yai Municipal Park. Di sini juga terdapat tarikan lain seperti Cable Car, Observatory, Temple, dan lain-lain. Tapi kami hanya memilih untuk melawat Ice Dome sahaja sebab benda-benda lain tu macam dah selalu sangat rasa kat Malaysia.  Anyways, orang naik cable car untuk menikmati pemandangan Hat Yai, tapi kami ada cara lain untuk itu. Tunggu dan lihat... hihi.


Bergambar di hadapan Ice Dome bersama penguin besar !

Tiket masuk bagi dewasa ialah THB300. Anda juga akan dibekalkan dengan gloves dan winter jacket. Sebelum memasuki dewan pameran, anda akan diberi sedikit taklimat. Yang pastinya kami langsung tak paham sebab dia cakap Siam!! Ingat kami orang Siam ka??

Selepas diberi taklimat, anda akan dijemput untuk memasuki ruang menunggu. Ruang menunggu ni fungsinya untuk badan kita adjust body temperature. So, bila masuk dewan pameran nanti tak de la badan kita terkejut. Kalau tak, silap hari bulan, demam.

Are you ready?? Let's go babeh !!

Dalam dewan ni memang sejuk ya. Sila jangkakan sejuk yang teramat sangat. Seperti biasa, akan ada orang ambil gambar kenang-kenangan untuk dijual. Harganya THB170 beserta frame. Rasa menyesalnya tak beli sebab gambar tu cantik betul dan frame dia authentic, memang dibuat khas untuk Ice Dome. Tak nak beli sebab risau nanti tak cukup duit but at the end of the trip, ada banyak lagi duit lebih. Arghhh!!! Nyesalnya! So, korang, tengok gambar korang cantik je, terus rembat ya. 

 
 
Aerial view sebahagian daripada dewan pameran

 
Di dalam dewan pameran ini juga ada gelungsur ais. Pekerja akan bantu sediakan kita untuk meluncur. Dia letakkan alas so tak la kebasahan dan dapat  mengekalkan keselesaan. Di bawah tu pon ada diletakkan bola-bola lembut. So, moment of impact tu tak la rasa sakit. Memang bes ! Rasa nak ulang dua tiga kali je. Tapi segan pulak dah tua-tua ni... 


Gajah... yaa.. ini semua ialah ais !

Ngap dia !

Lihat! Encik Beruang bersama Coca Cola. Kalau ada yang tau, Coca Cola ada buat kempen selamatkan habitat dan kehidupan beruang kutub dan kesedaran mengenai climate change.


Ice Clown.. time ni nak sentuh ice tu pon dah rasa bukan main sejuk.


Cantik formation ni. Rasa macam nak raya pulak. Hihi


Cak !


Ice World terbaikkk!!

Di penghujung pameran, berjalan keluar. Sejukkkk... sejukkk


 
Di pengakhiran pameran, ada satu benda istimewa menanti anda...







Jeng jeng jeng. Real punya salji !!!. Siap ada gelungsur lagi. Boleh main tobogan. Kat dalam ni lagi berkali-kali ganda sejuk daripada dewan pameran yang tadi. Sebelum ni penah masuk Rumah Salji kat Genting Highlands dan Rumah Salji di Rumah 4 Musim Taman Botani Shah Alam, saljinya agak keras dan berbatu-batu macam ais. Tapi salji di Ice Dome ni lain ! Lembut dan seakan-akan salji sebenar. Tak rugi bayar THB300. Berbaloi-baloi !

Excited ! Hahaha.


Memang nampak dan rasa macam salji sebenar.


Selepas berakhir pameran ini, pameran bunga-bungaan menanti anda. Macam-macam bunga ada. Rata-ratanya bunga orkid. Cantik !

Dah puas berjimba kat dalam ni, kami pon pergi mendapatkan semula tuktuk kami untuk ke destinasi seterusnya. Dan seharusnya, pemandu kami pon sudah tersedia menunggu kami di luar. Panas betul, lupa nak bawa air. Nasib baik ada kedai kat luar Ice Dome ni, beli air mineral 500ml, THB70. Murah~~

Nantikan entri seterusnya mengenai adventure kami di Magic Eye 3D Museum.. See ya !

Next:
Bhgn 4 Percutian Tak Disangka, Hat Yai 2H 1M: Magic Eye 3D Museum  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan