Bhgn 1 Percutian Tak Disangka, Hat Yai 2H 1M: Persiapan dan Ketibaan.
Bhgn 3 Percutian Tak Disangka, Hatyai 2H 1M: Ice Dome.
Bhgn 4 Percutian Tak Disangka, Hat Yai 2H 1M: Magic Eye 3D Museum
Bhgn 5 Percutian Tak Disangka, Hat Yai 2 H 1 M: Buffet Dinner di puncak Hat Yai.
Setelah bersiar-siar di kawasan central Hat Yai, kami tiba di Hat Yai Merridian Hotel. Kami ke sini dengan berjalan kaki selama 10 minit dengan bantuan GPS. Hihi. Mula-mula kena harap dengan GPS dulu. Lepas tu terus ingat jalan sendiri sebab tak rumit nak sampai ke sini daripada Lee Gardens Plaza. Kami tiba di hotel ni pada jam 1.15 petang waktu Thailand. Perbezaan waktu Malaysia dan Hat Yai ialah selama 1 jam. Thailand lewat satu jam daripada Malaysia.
Urusan check in di kaunter berjalan lancar. Kami dah book awal-awal hotel ni di booking.com. Harga satu malam di sini ialah THB800. Kalu duit Malaysia, lebih kurang RM85 ke RM90. Kenapa saya buat range RM85 ke RM90? Sebab bila saya buat pertukaran duit Baht ke RM, saya lebih gemar berpandukan spesifik kepada nilai We Sell di tempat kita tukar matawang, bukannya nilai We Sell secara general. Yela, sebab kita boleh dapat lebih kalau tukar di tempat yang tawarkan nilai We Sell yang lebih rendah dan bajet dalam RM kita pon akan tertakluk kepada nilai We Sell ini. So, kalau We Sell murah, bolela dapat bilik tu dengan harga RM85, kalau We Sell tu mahal, jadila bilik tu harga RM90 dan ke atas. Lagi satu kami bayar cash. Kalau tolak daripada kredit atau debit, belum tentu bank kita tu rate We Sell dia lagi murah daripada rate We Sell yang kita dah survey kan? Lagi, tak termasuk dengan kredit dan debit fees bagai... So, kita sendiri boleh kawal bajet kita. Di situ permainannya... di penghujung entri percutian ni saya akan ajarkan macam mana pengiraan pertukaran matawang ni. hihi...
Jumlah yang perlu dibayar selama satu malam ialah THB800. Saya beri THB1000 dan baki THB20 dikira sebagai refundable deposit oleh receptionist. Resit akan diberi dan deposit akan dipulangkan semula ketika check out. Resit kena la simpan untuk urusan tuntutan semula deposit tu. Passport juga akan diperiksa oleh receptionsit. Prosedur yang normal.
Jom kita lihat bilik yang kami dapat !
Di meja solek ada cermin, dua lampu yang terang, dua gelas, dua complimentary air mineral 500mL, dan soket elektrik. Soketnya berbeza dengan kita di Malaysia ya. So, perlu bawa travel adapter. |
Ruang legar yang luas. Television tak ada banyak channel. Kualiti paparan pon kurang jelas tapi masih boleh ditonton. |
Ruang penyimpanan dan peti sejuk. |
Kerusi, kalau dah bosan berguling atas katil. Hihi. Teringat pula, aku tak duduk pon atas kerusi ni. Haha. Memang aku jenis suka baring atas katil daripada duduk atas kerusi. Dasar pemalas kan. |
Room service pon ada. Dail je kat situ dan order. Tapi tak tahu la makanannya sesuai ke tak untuk orang Islam. Disertakan juga do's and dont's. |
Good Morning.. sinar pagi menjelma. Hotel ni juga ada balkoni tapi balkoni di bilik kami ni berkunci pula. Tak boleh buka. Dah pagi, jom cari breakfast. |
Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan Hat Yai Merridian Hotel. Bilik dan hotel yang bersih, pekerja yang ramah dan suka membantu, lokasi yang strategik dan harga yang berpatutan. Walaupon dua bintang, tapi kalau kat Malaysia, standard macam ni dah macam tiga bintang dah. Keseluruhannya saya beri markah 8.5/10 dan dalam hati memang ada niat next time kalau datang Hat Yai, akan menginap di hotel ini. Hihi.
Jangan lupa untuk mengikuti pengembaraan dan tips-tips kami yang seterusnya. Tak habis lagi ya entri percutian Hat Yai ni. Haha. Jangan lepaskan peluang.. stay tune !!
Next:-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan