Jemput Sertai Blog Saya ;)

Ahad, 19 April 2015

Bhgn 5 Percutian Tak Disangka, Hat Yai 2 H 1 M: Buffet Dinner di puncak Hat Yai.

Bhgn 1 Percutian Tak Disangka, Hat Yai 2H 1M: Persiapan dan Ketibaan.

Bhgn 2 Percutian Tak Disangka, Hat Yai 2H 1M: Review Hat Yai Merridian Hotel  

Bhgn 3 Percutian Tak Disangka, Hatyai 2H 1M: Ice Dome.  

Bhgn 4 Percutian Tak Disangka, Hat Yai 2H 1M: Magic Eye 3D Museum 

Setelah berjimba di Magic Eye 3D Museum, kami meneruskan perjalanan kami dengan tuktuk yang telah disewa ke Lee Gardens Plaza. Seperti perjanjian, setelah ke Ice Dome dan Magic Eye 3D, kami dihantar semula ke hotel. Tapi lepas Magic Eye 3D aku pergi bisik kat driver tu hantar kami ke Lee Gardens Plaza sebagai destinasi terakhir kami. Dah macam apa aku kan pergi rapat-rapat bisik kat dia. Haha. Yelah sebab aku nak buat surprise. Mestila kena bisik. Surpriseeeeeeee!

Suasana di hadapan Lee Gardens Plaza. Kiranya ini destinasi terakhir kami dengan driver tuktuk tu dan tak perlu tunggu kami lagi dah.




Seperti dijanjikan, 300 Baht bayarannya. Bukan main seronok pakcik driver tu senang je dapat 300 Baht. Seronok tengok muka dia tu. Mana tak nya, rileks je kena tunggu kami sambil boleh rehat-rehat. Kalau tak dia kena pusing satu Hat Yai tu beberapa kali baru la dia dapat 300 Baht. 300 Baht tu walaupon tak seberapa bagi kita, tapi kat sana nilai tu banyak tau. Sebab sana makanan murah dan banyak benda yang murah.. so 300 Baht tu banyak sangat nilai dia. Boleh tanggung anak bini..

Ok, teruskan dengan cerita tentang surprise ni. Pada ketika ini dia tak tau apa. Sampai maki-maki tanya aku. Celaka kan. "Nak pergi mana dooo?" Aku jawab ikut jee akuuu.

Sebelum masuk ke Lee Gardens Plaza ni kena scan dulu.. kawalan keselamatan selepas insiden pengeboman dulu.
Daripada situ, kami menaiki lif ke tingkat 10. Di tingkat 10, kami menaiki lif lain pula untuk ke tingkat 33. Kiranya tingkat 10 tu macam transit floor la. Dalam lif pon masih tanya-tanya nak ke mana. HAHAHA. Sampai je tingkat 33, jeng jeng jeng..... 


Destinasi kami ialah 33 Buffet Restaurant. Surprise sebab nak sambut birthday. Haha. Surprisee! Happy Birthday!
Yang spesial mengenai restoran ini ialah restoran ini merupakan restoran yang tertinggi di Hat Yai dan merupakan bangunan tertinggi di sini. Di samping menikmati juadah yang lazat, kami berpeluang untuk menyaksikan pemandangan Hat Yai daripada sini.  Daripada sini, kita boleh nampak hingga ke Tasik Songkhla dan Pantai Samila. Bayaranya hanyalah 167 Baht untuk seorang dewasa. Sekitar RM17 ke RM18. Restoren ni berkonsepkan buffet, no alcohol, dan pork free. Ambil la banyak mana pon nak makan. Bayar 167 Baht je. Kalau kat KL dan Malaysia secara amnya, makan tempat macam ni paling kurang pon kena bayar RM70/dewasa. Untung rakyat Thailand. Dapat merasa kereta-kereta import yang berkualiti dengan harga berpatutan, makanan murah, etc. Masing-masing dapat merasa walaupon golongan pertengahan. Kat Malaysia, orang-orang kaya jela yang mampu nak bayar RM70 seorang. Jom tengok pemandangan...

Suasana senja di Hat Yai. Memang aku dah set masa nak dekat-dekat senja sebab boleh tengok sunset.. Hihi.
Di kawasan bukit tu terletaknya Hat Yai Municipal Park, Ice Dome, Cable Car, Observatory, dan Temple apa tah aku lupa nama tempat tu.

Kelihatan Hat Yai Railway Station daripada sini.
Sebahagian kawasan Hat Yai Central.

Sambil menikmati juadah, boleh melihat keindahan pemandangan Hat Yai. Sambil menyelam minum air.. fefeeling macam makan di KL Tower pulak kan.. hahaha. Restoren ni menyajikan pelbagai makanan. Ada beberapa station. Salad bar, dessert station, ice cream and beverages station, dan lain-lain. Jom lihat apa yang kami makan.


Sebagai starter: FISH MAW SOUP.

Sajian berat: NASI GORENG, aku campurkan dengan MUSHROOM IN GRAVY SAUCE, UDANG dan TELUR PUTIH.

SEAFOOD TOM YAM. NASI PUTIH pon ada.

KEROPOK IKAN WITH THAI CHILLI SAUCE, FISH BALL, dan PRAWN BALL.

SALAD FEAST and SALAD DRESSING. Yummy !

FRUIT and LOCAL DESSERTS.

ICE CREAM. Ada banyak perisa tapi aku ambil yang ni. Yang hijau tu ingatkan pandan, tapi rupanya mint.



 
Semua sibuk makan...
Selain daripada ni, ada juga makanan-makanan lain. Beverages pon banyak pilihan. Panas atau sejuk, macam-macam ada. Dari jus, sampai la ke air bergas seperti kopi, teh, jus roselle, jus oren, jus mangga, coca-cola, strawberry fanta, sprite, pepsi, etc. Ais pon ada, cebok je daripada peti dia tu. Kami stay kat sini sampai malam. Jom lihat pemandangan waktu malam pula. Dilimpahi cahaya dan sangat cantik!












Muka puas dapat makan ke? Datang berdua je, tapi gelas macam 10 orang.. teruk betul.

Gambar-gambar kenangan. Happy Birthday ! ;)

Dah kenyang, kami jalan-jalan di kawasan sekitar sambil-sambil on the way jalan kaki pulang ke hotel.

Jalan-jalan tengok kasut. Kasut kat sini ada yang murah, ada yang harga standard macam kat Malaysia. Tapi kat sini ada lagi banyak pilihan daripada kat Malaysia. Rambang mata nak pilih. Kualiti pon bagus.

Di depan Lee Gardens Plaza ini juga ada menjual pulut ayam, pulut mangga, dan pulut durian. Semestinya halal.
Bakar-bakar pon ada..

Suasana di Walking Street




Hari yang sangat memenatkan... tapi bes dan puas hati. Sampai je hotel terus berendam air panas dalam bath tub. Terus rasa lega. Hihihi..

Nantikan entri yang seterusnya mengenai Kim Yong Market dan info perjalanan pulang kami ke Malaysia.


11 ulasan:

  1. assalamualaikum.nak tanya yang 33 buffet restaurant tu kene buat reservation tak?

    BalasPadam
  2. assalamualaikum.nak tanya yang 33 buffet restaurant tu kene buat reservation tak?

    BalasPadam
  3. perghhh... menarik laa buffet dinner tu...

    BalasPadam
  4. Salam, 33 Buffet Restaurant ni halal ke tak yer? Selain term " No Alcohol and Pork Free " Thanks

    BalasPadam
  5. askm nk tnya....mkn kt restoran tu kena buat resevation dak?? kalau kena.....bleh bg link atau pun no.tel....TQ

    BalasPadam
  6. salam, restoran 33 tu kena booking x..?

    BalasPadam
  7. tu bf ke bro?? handsome dowh

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum...

    Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah

    1. Viva RM90
    2. Myvi RM120
    3 Saga RM120
    4. Alza RM140
    5. Exora RM150
    6. Avanza RM170
    7. Vios RM180
    8. Urvan RM230

    Homestay RM100.00 semalam

    Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
    0129600702 (Whatsapp)

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum...

    Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah

    1. Viva RM90
    2. Myvi RM120
    3 Saga RM120
    4. Alza RM140
    5. Exora RM150
    6. Avanza RM170
    7. Vios RM180
    8. Urvan RM230

    Homestay RM100.00 semalam

    Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
    0129600702 (Whatsapp)

    BalasPadam