Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 2: Ketibaan di Aiport dan Ao Nang
Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 3: Sunset di Ao Nang dan Private Beach
Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 4: Review mengenai Hotel Ao Nang Smile, Krabi, Thailand.
Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 5: Four Islands Tour
Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 6: Phi Phi Island Tour
Pada hari keempat, kami bergegas pulang ke Malaysia menaiki flight Air Asia. Flight bertolak daripada Krabi Airport pada jam 7.50 pagi. Booking teksi untuk jam 6.00 pagi tapi pagi tu 5.30 pagi baru bangun. Memang kelam-kabutlah mandi, siap-siap, dan kemas barang semua. Takot dah tak sempat nak balik Malaysia dah ni. Tapi kami berjaya juga menyiapkan diri tepat pada jam 6.00 pagi. Ngeh3~. Tapi belum sempat nak turun, pekerja hotel dah call bilik, beritahu teksi dah sampai. Kami cepat-cepat turun, check out, isi barang dalam teksi, dan terus bertolak. Fuh! Lega.
Masa tengok teksi di perkarangan hotel, tak sangka teksi yang disediakan ialah Toyota Camry. Ingatkan teksi cikai je. Kami book dengan hotel tempat kami menginap. Tempat lain tambang teksi sebuah 600 baht, tapi kami dapat harga 500 baht. Tambang dah siap bayar masa booking. So, kita hanya perlu simpan resit pengesahan tu dan serahkan pada pemandu teksi. Bas ke Airport pon ada juga 150baht/seorang tapi flight kami awal pagi. Lagi elok naik teksi. Dalam perjalanan tu, sibuk menghayati suasana kampung. Sedih pon ada juga. Dah nak balik. Huhu.
Kami tiba di Krabi Airport pada jam 6.40 pagi. Tak ramai orang pada pagi tu. Yang ada pon semua nak pergi KL sebab flight Air Asia ke KL je yang bertolak pada waktu tu. Sampai-sampai, ucap selamat tinggal pada pemandu teksi, dan terus beratur untuk check in luggage. Beratur check in luggage pon tak panjang. Penumpang-penumpang pon tak banyak masalah, so proses di check in counter tu lancar ja.
| Keadaan Krabi Airport pada waktu pagi. Tak berapa sibuk. Tenang ja. |
| Pada jam 9.30 pagi kami selamat sampai di LCCT. |
Selepas melepasi kastam dan ambil luggage, kami beli tiket bas ke KL Sentral RM9/seorang. Kaunter tiket ni memang akan jelas kelihatan sebelum anda memasuki balai ketibaan. Time ni tengah lapar. Walaupun di LCCT ada restoren dan food courts, kami memutuskan untuk makan di KL Sentral je lah. Takda mood. Sesudah sampai di KL Sentral, makan, dan ambil komuter ke TBS RM1/seorang, sebab kami parking kereta di parking berbumbung TBS. Mudah, murah, cepat dan selamat di sana, RM3/sehari. Pada waktu ni, tiada lagi perkhidmatan bas TBS-LCCT-TBS. Tapi sekarang ni dah ada. Lagipon parking di KL Sentral mahal, jam pertama RM4, jam seterusnya RM3 dan maksimum RM30/sehari. Berkali-kali ganda dengan parking di TBS yang cuma berharga RM3/sehari. Di LCCT pula RM40/sehari. So bagi sesiapa yang buntu taktau nak parking kereta kat mana, kami sarankan parking di sini. Parking tempat lain di KL ni sure mahal. Banyak punya popet, jom tengok bajet!
Bajet 4 hari 3 malam
Tiket flight Air Asia pergi balik + caj-caj perkhidmatan + checked luggage* RM243/seorang
Penginapan 4 hari 3 malam RM90/seorang
Bas ke Ao Nang RM15/seorang
Teksi ke Airport RM25/seorang
4 Islands Tour** RM45/seorang
Phi Phi Island Tour** RM95/seorang
Buah tangan keluarga RM105
Makan dan minum 4 hari 3 malam RM70/seorang
Bajet emergensi*** RM100/seorang
*Harga yang dipaparkan masa cek harga tiket flight tu tak termasuk dengan kos checked luggage dan processing fees. Kami jimatkan kos luggage dengan cara berkongsi dua orang satu luggage besar under 15kg. Mula-mula plan nak pergi 3 hari 2 malam ja, tapi tiket flightnya bila dikira semua kembali, nak sama dengan kos kalau stay 4 hari 3 malam, dan tiket flight 4 hari 3 malam tu pulak memang murah. Anyways, Apa-apa caj yang dikenakan Air Asia boleh diperiksa di sini. K L I K
**Harga tour yang murah ni kami dapat daripada hotel tempat kami menginap. Perkhidmatan tour tu pon memang sangat bagus dan dipercayai. Rata-rata review di Agoda.com turut mengulas mengenai kadar tour yang murah dan bagus yang ditawarkan di hotel ni.
***Bajet emergensi ni sekadar nak sediakan payung sebelum hujan ja. Tak guna sangat pon. Guna sikit je haritu buat beli ganti selipar tetiba putus di Ao Nang. Alahai~
Total RM 788
Kira mulah la ni kan. Ada bajet orang-orang lain aku tengok 4 hari 3 malam sampai seribu lebih. Hihi. Dan kalau tolak dengan bajet emergensi yang tak digunakan tu, belanja tak sampai RM700 pon sebenarnya.
Passport jangan lupa. Bagi yang belum ada, boleh dibuat di jabatan imegresen yang berdekatan dengan harga serendah RM100 dan tahan selama 2 tahun. Cara nak mohon boleh rujuk di sini K L I K . Visa pula tidak perlu dirisaukan kerana bagi pemegang passport Malaysia, visa akan diisukan ketika di kaunter imegresen sebaik sahaja anda tiba di airport, free of charge.
Habis sudah catatan percutian Krabi ni. Memang dah lama pasang impian nak bercuti ke suatu tempat yang airnya betul-betul jernih dan biru dan pasir pantainya putih. Sikit-sikit simpan duit, lama-lama jadi bukit, akirnya tercapai jugak impian ni. Alhamdulillah. Harap segala info dan tips dapat membantu bagi mereka yang ingin bercuti ke Krabi. Jikalau ada rezeki lagi, saya akan tuliskan lagi mengenai tempat-tempat menarik di Malaysia atau seluruh dunia. Sekian, terima kasih =)














