Jemput Sertai Blog Saya ;)

Sabtu, 22 Mac 2014

Bhgn 1 Percutian Bajet Naturally Magikal Langkawi: Bertolak dan Ketibaan.









Bhgn 9: Percutian Bajet Naturally Magical Langkawi: Penutup, Itinerary, dan Senarai Bajet Percutian Murah!


Tatkala ingin memulakan entri ini, saya memohon maaf ya atas kelewatan mengemaskini review percutian Langkawi. Banyak hal yang perlu diselesaikan. Ok, alasan tidak terima ! Huhu. Apa-apa pon, seperti yang digebang-gebangkan, bersiap-sedialah anda untuk mengikuti pengalaman percutian bajet Langkawi 3 hari 2 malam dengan bajet sebanyak RM500 untuk 2 orang. Maknanya seorang RM250. Ya! Sebanyak itu sahaja anda mampu untuk melancong tempat best seperti Langkawi. Sesuai bagi yang tidak ingin berbelanja lebih. Bukan kedekut eh, kalau kedekut, langsung tak buat apa, save on everything and live on nothing. Tapi tidak di percutian ini!

Ada banyak cara untuk ke Langkawi. Antaranya jika anda menaiki bas, anda perlu turun di Terminal Shahab Perdana Alor Setar dan menaiki teksi ke jeti Kuala Kedah. Tambang satu teksi ialah RM30. Terminal teksi memang terletak bersebelahan dengan terminal bas. Jadi tak perlu risau nak cari teksi kat mana. Bagi yang datang dengan kereta sendiri, tempat parking berbayar juga ada disediakan di sekitar jeti. Perjalanan kami bermula dengan menuju ke Jeti Kuala Kedah untuk menaiki feri ke Langkawi. Perjalanan daripada Alor Setar untuk ke jeti Kuala Kedah mengambil masa sekitar 30 minit.


Di jeti, kaunter membeli tiket feri terletak berhampiran di pintu masuk utama. Tiket sehala bagi dewasa ialah RM23 manakala kanak-kanak RM17. Masing-masing akan diberi nombor tempat duduk. Jadi tak perlu risau nak berebut-rebut ke apa. Tempat meletak barang pon ada disediakan di dalam feri.

Di jeti Kuala Kedah juga ada beberapa travel agent yang boleh membantu anda untuk menguruskan tempat penginapan dan pengangkutan ketika bercuti di Langkawi. Selalunya di sini, mereka akan ambil lebih sikit la sebagai komisyen. Contohnya kalau kita nak sewa motor melalui mereka, kita akan bayar kepada mereka RM10, dan apabila tiba di jeti Kuah, kita akan berjumpa dengan pemilik kedai sewa motor tu dan bayar harga untuk sebuah motor pula. Disebabkan dah ada pengalaman, saya tak book pon dengan ejen ni, saya book secara direct dengan orang kedai sewa motor setibanya di Kuah. Saya akan kongsikan info kedai sewa motor tu nanti.

Sebahagian keadaan di ruangan menunggu. Kalau musim cuti sekolah, akan lebih padat dan ramai daripada ini. Dalam ni tak panas, ada ekon, ada kipas. Selesa jugakla untuk menunggu. TV flatscreen pon ada beberapa buah disediakan untuk hiburan pengunjung

Kemudahan seperti tandas, surau, tempat salin lampin, dan gerai juga ada disediakan. Di gerai ni hanya jual makanan ringan seperti kerepek, keropok, asam, roti, minuman, dan topap. Harganya macam harga standard kedai runcit lah. Tandasnya pula berbayar sebanyak 30 sen. nasib baik time aku masuk tandas tu kering, bersih, selesa, dan tidak berbau busuk. Puas hati jugak aku bayar 30 sen. Ngeh3~

Setelah pengumuman dibuat, kami beredar ke pelabuhan. Di pelabuhan ini anda akan dapat melihat bot-bot nelayan laut dalam. Bau laut juga dapat dihidu. Dengan adanya bau laut tu, memang dah terasa sangat dah mood percutian is on!! Woohoo!

Ni la bot-bot nelayan tu. Ada antara dorang yang berlabuh kat sini.

Kat jeti ni dapat jugak tengok life para nelayan. Secara tak langsung rasa lively dan meriah time tengah beratur nak naik feri. Macam tu pon boleh jugak?? Hihi

Ni la feri yang membawa kami ke Jeti Kuah. Feri-feri lain pon lenih kurang macam ni juga. Feri ni berukuran dalam 20 kaki x 70 kaki. Besar jugakla. So, tak terasa sangatla kesan ombak tu. Kelajuan feri ni pon takdela laju sangat, sederhana ja.

Keadaan semasa dalam feri. Memang sempit ! Boleh gerak sikit-sikit je. Tapi feri ni berhawa dingin dan ada TV. Selalunya dorang akan memainkan filem-filem. Cuma ikut nasib la dapat yang feri TV nya clear atau tidak.


Di dalam feri ni juga ada disediakan plastik-plastik, digantung kat atas siling bot seperti dalam gambar ni. Dari segi pemahaman aku, plastik itu mungkin disedikan kot kot ada yang nak  termuntah disebabkan oleh mabuk laut. Tapi sepanjang naik feri ke Langkawi ni, tak pernah aku tengok atau dengar orang muntah.

Pemandangan di luar bot ketika menuju ke Jeti Kuah, Langkawi. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 30 minit atau 2 jam.


Akhirnyaaaa, seperti yang dinanti-nantikan, SELAMAT DATANG KE LANGKAWI. Woohooooo!!!

 Ketika di jeti, akan ada banyak ejen-ejen yang menawarkan motor dan kereta untuk disewa. Macam-macam harga yang dorang tawarkan dan kita pon kena la pandai menawar harga jugak. Kami sebelum pergi memang dah ada contact orang yang sewa motor, tapi kami saja-saja la jugak tanya dan tawar harga dengan mereka ni, mana tau boleh dapat murah. 


Rata-ratanya harga motor berhagra RM40 ke atas dan kereta RM60 ke atas. Tapi dalam masa tawar menawar tu, kami dah macam tak nak sebab kami nak sewa motor, dorang kasi RM35, tapi dengan orang yang kami nak book tu boleh kasi RM30. Tengah-tengah nak blah tu, ejen ni boleh tawar harga Viva auto RM40. Haha. Pada mulanya memang hilang pedoman jugak dengan harga tu, tapi nasib baik kawan aku ni sempat mengembalikan aku ke jalan yang benar. Sebab kiterang plan nak naik motor je sebab boleh save bajet. Hilang pedoman bukan sebab apa, satu sebab murah. Lagi satu aku ni jenis tak suka naik motor. Serabai rambut aku macam orang tak mandi nanti. Tapi untuk meneruskan misi percutian RM500 2 orang ni, aku berkorban la jugak naik motor. Bila pikir2 balik kalau amik Viva tu pon, nak bayar minyak lagi, sah-sah over bajet. Huhu.


Pemandangan sekitar di jeti. Cantik sungguh! Aku memang akan excited kalau tengok laut yang cantik macam tu. Duduk termenung lama-lama tengok laut pon boleh, rasa masyuk. Aku pecinta laut !!




Setelah berkahir episod tawar menawar yang hampir membuatkan aku hilang pedoman tadi, kami hubungi orang kedai sewa motor tersebut. Dengan jayanya kami memperoleh sebuah motor dengan kadar sewa RM30 untuk 24 jam. Kami sewa selama 48 jam dalam tempoh masa 3 hari 2 malam. Mereka akan ambil kita di jeti Kuah dan dibawa ke kedai tempat mengambil motor tersebut.



Ni la kedainya. Terletak di Kompleks Jeti Perlancongan, Pekan Rabu, Kuah. Kedainya yang ada jual seluar jeans. Sesudah sampai, orang kat kaunter tu, tanya resit. Kami memang takde resit sebab kami datang direct terus kepada dorang. Yang ada resit ni bagi yang book melalui ejen-ejen. Pastu ada sorang pekerja tu berbisik kat kawan dia, "hangpa ingat dak yang dua orang ni dulu datang mai sewa motor kat sini?" Haha, yela, kami la tu. Selain tu, lesen motor juga diperiksa untuk pengesahan dan deposit juga diambil sebanyak RM50. Deposit akan dikembalikan ketika pemulangan motor nanti. Nak dapat balik full deposit tu, jagalah motor tu baik-baik ya.



Sebagai panduan, kedai sewa motor ni terletak di Kompleks Jeti Perlancongan Pekan Rabu, Kuah. Tak jauh daripada jeti. Dan disebelahnya terletak kedai runcit dan berhadapan dengan sebuah masjid.



Taraaa. Ni la motor yang disewakan kepada kami sebanyak RM30 kadar 24 jam. Kami dapat motor Demak. Seriously motor ni smooth je dan jimat minyak. Terbaik! Helmet juga ada disediakan. So kiranya sorang bayar RM30 la untuk 3 hari 2 malam. Kalau yang datang berempat berbaloi sewa satu kereta harga RM60, sama juga seorang bayar RM30. Anyways, sebenarnya meter minyak memang nak sampai E dah masa kami ambil, tapi boleh pulak bila sampai Pantai Cenang baru perasan. Nasib baik tak terkandas di tengah jalan. Huhu. Selain itu, diingatkan juga sebelum  mengambil mana-mana kenderaan di mana-mana kedai sekalipon, periksa la keadaan lampu, brek, dan sebagainya yang berkenaan. Untuk keselamatan dan keselasaan kita sendiri juga. Tambah-tambah pulak, kat Jalan Pantai Cenang tu polis rajin betul buat road block.

Ni bisnes kad mereka. Kalau berkenan, bolehla call nombor seperti yang tertera.

Macam tu la sedikit sebanyak penceritaan dan tips bagi bahagian pertama. Nantikan entri-entri seterusnya yang lagi menarik dan semestinya berinformasi! Stay tune !

Entri seterusnya





































12 ulasan:

  1. i try call yg ejen kereta sewa tu...i tanye kete viva ingt kn betul la rm40 last2 die ckp rm90..

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo.. ejen yg bagi sewa kereta viva RM40 tu sebenarnya bukan ejen yang dlm kad bisnes tu... ejen lain kat jeti yang tawarkan.. tp xdela pulak kad bisnes dorang. maaf ya

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. salam bro, nak no contact org yg bro sewa motor dpt rm30 sehari tu boleh?

    BalasPadam
  4. Wah 1 pengalaman menarik di langkawi.nanti nak sewa kereta boleh hubungi saya.

    http://musecar.com/

    BalasPadam
  5. Mcm mna nk contact utk sewa motor rm30 24 jam tu

    BalasPadam
  6. kalo ade transport senang nk redah mana2.. :)

    BalasPadam
  7. Ada sewa superbike tak...brapa yer..

    BalasPadam
  8. salam bro, nak no contact org yg bro sewa motor dpt rm30 sehari tu boleh?

    BalasPadam
  9. sewa tanpa lsen memandu boleh ke

    BalasPadam
  10. sewa tanpa lsen memandu boleh ke

    BalasPadam
  11. Wow bestnya dgr cerita bercuti kat langkawi ni...teringin nak berjalan jugak lepas covid ni...hehe

    BalasPadam