Jemput Sertai Blog Saya ;)

Ahad, 1 Jun 2014

Bhgn 2 Percutian Bajet Tapi Mewah Genting Highlands 2H 1M: Chin Swee Cave Temple






Bhgn 5 Percutian Bajet tapi Mewah 2H 1M: Penutup dan Senarai Bajet


Destinasi kedua kami selepas Genting Strawberry Leisure Farms ialah Chin Swee Cave Temple. Apa yang menjadi daya tarikan kami ke sini ialah seni bina Cina yang unik dan penuh tradisi. Tiada bayaran masuk dikenakan. Parking juga percuma. Tapi tips parking pada hari puncak ialah, masuk parking di pintu gerbang pertama, iaitu pintu gerbang yang pertama sekali anda lihat dalam perjalanan ke puncak genting. Di sini terdapat lebih banyak parking daripada pintu masuk yang lain. Ingatkan tokong ni kecil ja tapi sebenarnya besar juga. Terkejut bila masuk lif, rupanya ada 13 tingkat. Jom kita lihat apa yang ada di sini.


Jom kita masuk!

Tertarik dengan ukiran tradisional masyarakat Cina di dinding ni. Kreatif . Hmm.. asyik matching jela baju dalam percutian kali ni. Hihi


Panglima ! Panglima Cheng Ho ka?

Terjumpa dengan belalang daun ni. Kali pertama jumpa wei ! (Nampak sangat jakun duk bandar lama sangat)


Seperti dikatakan, tokong ni ada 13 tingkat. Macam-macam ada rupanya. Tingkat yang kami kunjungi ialah tingkat G, 7, dan 12, 13


Selepas menaiki lif di tingkat G, tingkat pertama yang kami kunjungi ialah tingkat 13. Pemandangan di tingkat ini cukup indah sekali. Di tingkat ini juga menempatkan pelbagai ruang ibadat bagi mereka yang menganuti agama ini dan seni bina di sini amat mengkagumkan! Keluar ja daripada pintu itu terus mulut tak berhenti cakap wow wow wowww. Macam dah sampai di negara China. Memang best!


Goh Tong Hall, dalam tu ada lif, keluar je daripada lif dan masuk ke halaman ni, terus rasa terpesona!


Saya di negara China ya.. Hihi

Woohoo! Cantik wa cakap luu!!


Di hadapan rumah ibadat. Menarik sekali seni binanya

Terbaik lah !

Dulu selalu juga tonton drama Cina. Dewa Guan Yin ni kalau tak silap


Macam dalam drama cina tradisional kat TV3 time petang-petang tu la pulak. Dulu selalu layan cerita Cina tu. Selalu selang seli drama Cina Moden dengan drama Cina tradisional. Dulu selalu tengok, drama-drama Hong Kong semua tu. Sampaikan paham sedikit bahasa Kantonis. Jangan lepaskan peluang ambil gambar. Tak sampai negara China, ambil feel di sini pun jadi lah. Hihi

Strike a pose !

Main catur jap. Beta makan kamu!! Kali ni beta yang menang.Muahahaha


Nakalnya dia. Awak.. jangan nakal sangat. Hormati rumah ibadat ! :p

Menikmati pemandangan daripada tingkat 13. Dengan seni bina yang macam ni, tambah pula dengan udara yang sejuk dan nyaman, rasa macam berada di kayangan pula. Kalau ada kabus lagi la. Huhu.

Cubaan selfie setelah berkali-kali. Nak ambil gambar pagoda tu tak dapat dapat. Yang ni pun jadi lahhhh.

Selepas itu kami ke Menara Pagoda. Menara ini terletak di tingkat 12. Di tingkat ini juga terdapat restoren dan gerai-gerai cenderamata. Di tingkat ni juga terdengar muzik dan alunan mungkin iringan doa agama Buddha kot. Menarik. Selalu dengar dalam movie ja. Tapi kali ni dapat dengar live! Pengalaman baru wei!

Menara Pagoda. Menara ni ada 10 tingkat kalau tak silap. Di dalamnya ada tangga sampai ke tingkat atas. Selepas pukul 5 petang, pengunjung di larang untuk menaiki tangga tersebut. Kami naik sampai tingkat dua dan tiga ja sebab pintu dia kunci. Ingatkan nak ke balkoni tu.

Disebabkan pintu berkunci, kami intai daripada tingkap ni jelah untuk melihat pemandangan di luar. Hei! Intai apa tu?

 Dah puas jalan-jalan di tingkat 12 dan 13, kami membuat keputusan untuk kembali ke tingkat G, tempat di mana kami parking kereta. Tapi dalam perjalanan ke lif, ternampak satu dewan besar kat bawah tu. Dan seperti biasa semangat inkuiri aku mula membuak-buak, terus ajak pergi lihat apa yang ada di dalam tu. Masuk ja lif main agak ja tingkat berapa nak dituju berdasarkan floor guide dalam lif tu. Kami tekan tingkat 7. Jadi sampailah kami di dewan yang ingin dituju itu. 


Masuk-masuk je dewan ni terus rasa woww!! Rasa macam dalam drama.

Tiang ni memang legend lah. Terbaik ukiran naganya! Tiang je ke? Oppss...

Unik. Penuh dengan elemen dan unsur-unsur Cina..

Timang-timang tanglung.... Sep sep, tom tom...

Terkejut tengok kolam ni. Banyak gila labu-labi wei! Besar-besar pulak tuh.

Senarai tarika di tokong ni. Berkunjung lah ke sini jika ingin mengetahui denagn lebih lanjut lagi dan rasailah keseronokkannya!

Kami meluangkan masa hampir 1 jam setengah di sini. Ini merupakan kali pertama menjejakkan kaki di tokong. Banyak pengalaman baru yang diperolehi. Tempat ni seriously memang fantastic dan marvellous. Selalu dapat lihat dalam drama ja tapi hari itu, pengalaman di kaca tv telah menjadi satu realiti ! Woohoo! Setelah mengambil kereta dan keluar daripada tokong ini, nak tak nak anda perlu naik ke puncak Genting terlebih dahulu sebab jalan hanya one way. Selepas sampai ke puncak, baru lah anda boleh turun semula. Tak rugi kalau naik ke puncak. Kot kot nak isi minyak kan. Di puncak ada menempatkan stesen petrol dan ketika kunjungan kami, stesen minyak Petron sedang giat dibina. Senang la nanti. Tak risau dah kalau kekurangan petrol. :)

Nantikan entri seterusnya mengenai review tempat penginapan kami di Genting Highlands, AWANA HOTEL & RESORT ! 

 
 Entri seterusnya
 Bhgn 3 Percutian Bajet tapi Mewah 2H 1M: Review Awana Hotel & Resort Genting Highlands Part 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan