Kali ini saya ingin berkongsi mengenai outing di Kuala Lumpur tempoh hari. Fokus entri ni lebih kepada perbelanjaan bajet. Sebenarnya banyak destinasi di sekitar Kuala Lumpur yang hanya memerlukan perbelanjaan yang sedikit tetapi masih memberikan kepuasan dan keseronokan yang maksimum. Berikut memerlukan lokasi-lokasi tersebut.
Semua orang tahu kot bayaran masuk ke sini percuma. Cuma yang bermain di fikiran ialah tempat parking. Ketika ni, pembinaan sedang giat dijalankan di tapal asal parking bersebelahan dengan Masjid KLCC tu. Jadi, ini tips parking daripada kami. Kami parking secara percuma betul-betul di depan Masjid KLCC. Tapi parking spot dia tak banyak. First come, first serve.
|
Kat sini memang spot untuk fotografi. Memang ada papan tanda kat situ. Jadi mereka yang berminat nanti boleh la cari. |
|
|
Lokasi ni memang sesuai untuk menenangkan fikiran di taman sambil menikmati pemandangan skyline Kuala Lumpur. |
|
|
|
Bersebelahan kolam air pancut tu ada pokok-pokok yang akar dia menjalar-jalar macam ni. Rasa macam menarik, Terus strike a pose kat situ, Hihi |
|
Sesuai juga untuk membawa anak-anak bermain di Taman Tema Air dan Taman Permainan. Sumber: yanmieonline.com |
|
- Taman Botani Tasik Perdana
Untuk pengetahuan semua Taman Tasik Perdana telah dinaik taraf sebagai Taman Botani Tasik Perdana. Haritu pergi memang betul-betul cantik taman ni. Terbaik ! Dalam Taman Taman Botani Tasik Perdana, ada banyak lagi taman-taman. Antaranya yang sempat kami lawati ialah Taman Rusa dan Kancil. Buat masa ni tiada bayaran masuk dikenakan. Waktu operasinya pula daripada 10 pagi sehingga 6.00 petang. Siap boleh kasi makan lagi kat rusa-rusa tu. Roti untuk diberi makan kepada rusa ada dijual dengan kadar berpatutan. Tips Parking: Parking percuma di Memorial Tun Abdul Razak, memang bersebelahan dengan Taman Rusa ni. Dah alang-alang tu, bolehla singgah masuk memorial tu. Dan jangan lupa, jenguk kat bahagian belakang memorial, ada Rumah Felda. Tiada bayaran masuk dikenakan.
|
Rehat-rehat tenangkan fikiran kat tepi tasik ni memang syok. |
|
Siap ada burung merpati datangg hinggap. Jinak jugak, kami bagi makan. |
|
Landing jap kat tepi tasik sambil menikmati awan biru. |
|
Pose dengan rusa, tapi rusa tak nak pandang. |
|
Fotogenik tol rusa ni |
|
|
Sang Kancil tengah menjamu selera. Kecik je saiz kancil ni rupanya. Ingatkan besar. |
|
Bahagian depan Memorial Tun AbduL Razak |
|
Rumah Felda. Terletak di belakang Memorial Tun Abdul Razak. Nak tau apa ada kat dalam? Kena la datang tengok. |
|
|
Sumber gambar: bitsbest.blogspot.com. Bagi mereka yang inginkan pengalaman yang lebih santai, pihak Taman Botani Tasik Perdana ada menyediakan perkhidmatan syatel. Sekali naik dewasa 50 sen, kanak-kanak 20 sen (kemungkinan tambang dia dah naik 30 sen daripada tambang ni). Taman Botani Tasik Perdana ni luas dan merangkumi pelbagai taman ada di dalamnya. Jadi boleh la explore dgn syatel ni. Nak naik syatel ni, sila ke Rumah Bot. |
Tips nak ke Rumah Bot: Daripada Memorial Tun Abdul Razak, jalan ke belakang, turun tangga, sehingga anda menjumpai Rumah Felda. Turun tangga lagi sampai ke bawah sehingga anda nampak tasik. Kemudian pusing ke kanan dan jalan terus kehadapan sehingga jumpa Rumah Bot. Tak jauh, dalam 8 minit perjalanan dan tak perlu risau kerana ada papan tanda dan pemandangan di sepanjang jalan tu memang cantik dan menenangkan. Tak rugi anda berjalan selama 8 minit !
Selain tu, ada banyak lagi tempat menarik dalam Taman Botani Tasik Perdana ni seperti Taman Bunga dan Taman Rama-Rama. Di sekitarnya juga terdapat lokasi-lokasi lawatan bajet seperti Tugu Negara, Muzium Warisan Kesenian Islam, dan sebagainya.
Sekian ini sahaja untuk post kali ni. Nantikan Outing Kuala Lumpur: Stail Bajet (Bahagian Dua).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan