Jemput Sertai Blog Saya ;)

Sabtu, 20 April 2013

Secret Gem of Selangor: Batang Kali.


Jawapan bagi persoalan post lepas. Aku drive menuju ke Batang Kali, salah satu secret gem di Selangor. Drive sekejap je, selebihnya soul mate yang drive. Perjalanan daripada Kuala Lumpur mengambil masa selama 30 minit. Mula-mula sampai terasa suasananya sangat berbeza. Kalau nak banding dengan Ampang (KL), di sini lagi damai dan tak sesak. Damai ja rasa. Kemudahan-kemudahan yang disediakan pun boleh dikatakan bagus la jugak. Semua ada.

Selepas menjamu selera, kami menuju ke destinasi pertama. TERATAK NALYS ECO RESORT & EQUESTRIAN.



Di sini dorang ada sediakan banyak aktiviti, tapi tujuan utama kami ke sini sebab nak main kuda. Bayaran dia RM15 untuk dua kali pusingan. Sebenarnya ada kadar yang lagi murah di Tasik Titiwangsa KL, tapi dah alang-alang sampai ke sini, apa salahnya. Siap boleh masuk kandang kuda lagi. Mesra pengunjung la jugak kuda-kuda ni. Yang tak berapa mesra tu dorang letak dalam kandang tertutup sket kot. Tak percaya kuda-kuda tu mesra? Tengok ni. Seronok main kuda!



Dah puas main kuda, kami menuju ke Kolam Air Panas Hulu Tamu pulak.



Tiada bayaran masuk dikenakan. Selain tu, ada kemudahan tandas dan tempat menukar pakaian. Pondok untuk berteduh pon ada. Memang sesuai untuk keluarga meluangkan masa bersama. Bawak bekal dan berkelah kat situ.



Tapi air dia ikot nasib la jugak. Hari yang kami pergi tu air dia macam terlebih panas la pulak. Panas tak panas, enjoy je. Menjerit-jerit dah kat situ ha.

Lepas tu, kami ingat nak pergi memancing. Tapi macam tak sempat la pulak sebab nak tengok konsert kat Istana Budaya. Disebabkan tu, kami singgah dan lihat je. Untuk pengetahuan semua, kat Batang Kali ada banyak kolam memancing. Boleh pilih mana nak. Bayaran dia dah lupa, tapi berpatutan la.

Imej dari google.


Dan aktiviti yang kami tak sempat jugak nak buat iaitu mandi sungai. Jadi pendek kata, kalau nak merasai semua benda ni datang awal-awal pagi. Kami sampai kat sungai tu dalam pukul 5 petang dan waktu papan tanda di situ tulis bukak sampai pukul 5.30 petang kalau tak silap. Disebabkan hari pon memang dah nak gelap dan tak nak ada peristiwa yang tak diingini berlaku, kami lihat daripada dalam kereta jela. Kat Batang Kali, ada banyak sungai dan tak lupa juga air terjun. Masuk free je. Antaranya yang boleh dikongsi:

Sungai Ulu Kalong. Imej dari google.




Air Terjun Sungai Sendat. Imej dari google.

Selain dripada tu, Bukit Fraser dan Genting Highlands hanya mengambil masa 30 minit daripada Batang Kali. Perkampungan orang asli pon ada. Kot2 korang nak tengok macam mana life orang asli kan. Pendek kata memang tak rugi la Batang Kali jadi tempat persinggahan.

Jadi, warga Kuala Lumpur tu kalau nak lepaskan tekanan dan ingin meluangkan masa bersama keluarga, boleh la datang ke Batang Kali. Semoga post ni bermanfaat untuk semua.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan