Pada cuti semester yang lalu, saya dan rakan telah berkesempatan untuk beriang-ria di Genting Highlands. Saya mengambil tawaran pakej di www.gogenting.com.my. Harganya cuma RM50 seorang. Pakej ini termasuk pengangkutan bas pergi balik, pengangkutan kereta kabel pegi balik, dan pas masuk ke Taman Tema Outdoor. Pakej ni saya beli di kaunter GoGenting KL Sentral. Pada waktu pembelian, hendaklah dinyatakan waktu pilihan untuk bas bertolak pergi dan pulang berdasarkan pilihan jadual yang telah ditetapkan. Lagi satu, kena rajin-rajin cek website tersebut sebab pakej ni tak sentiasa ada. Kami memilih untuk bertolak di awal pagi dan pulang pada lewat petang.
|
Fayuti bersama Bas Go Genting | |
|
|
Antara pemandangan ketika dalam perjalanan ke Genting Highlands |
Perjalanan mengambil masa selama 40 minit. Hentian pertama ialah Gohtong Jaya. Di sini anda akan menaiki kereta kabel Genting Skyway untuk sampai ke puncak genting. Masa tu kami beratur agak lama sebab ramai sangat orang. Kereta kabel ini telah diiktiraf sebagai kereta kabel mono terlaju di dunia dengan kelajuan maksimum pada 21.6
kilometres per jam (13.4 mph) dan juga merupakan kereta kabel terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.
|
Menunggu giliran untuk menaiki kereta kabel |
|
Pemandangan hutan belantara dan bukit-bukau yang menghijau dapat dilihat di sepanjang perjalanan ke puncak Genting. |
Perjalanan ke puncak Genting dengan kereta kabel mengambil masa selama 15 minit. Sebaik sampai kami terus menuju ke Taman Tema Outdoor.
|
We were there! Taman Tema Genting. |
Antara sedikit sebanyak pemandangan di Taman Tema Genting Outdoor
|
Ada 3 jenis coaster di Taman Tema Outdoor. Yang di depan ni tak berapa ekstrem. Di belakang sana ada yang lagi best iaitu Cockscrew dan Flying Coaster. Sebenarnya saya pun dah lupa dari sudut mana saya tangkap gambar ni. Takkan saya terbang di udara pulak. Mesti time kat atas Spinning Wheel ni. |
|
Di pintu masuk ke Taman Tema Outdoor. |
|
Pirate Ship. Tengok daripada luar macam biasa ja. Tapi bila dah rasa sendiri gosh! Seriau perot. |
|
Tower ni tak sempat nak naik. Tapi yang naik memang menjerit-jerit sampai satu taman tu boleh dengar. |
|
Ni la Cockscrew. Sepanjang naik benda tu, mata tutup je. Takottt. Dah nak sampai ke pengakhirannya baru buka mata. Tapi disepanjang mata tertutup tu pon, dapat rasa badan melayang-layang berpusing ke atasdan ke bawah. Cuak. |
|
Situla antara satu tempat berpusing daripada atas ke bawah. |
|
Replika Bas Double Decker London, kereta api ulat dan Flying Coaster. Pada masa tersebut, Flying Coaster mengenakan bayaran berasingan. |
|
Seronok naik Spinning Wheel. Mula-mula perlahan dan kemudiam makin laju. Semakin laju benda ni berputar, semakin syokk!! Rasa macam berterbangan di udara. Sebelum naik tanggalkan selipar ye, tak pasal-pasal nanti ada yang bernasib malang termakan selipar. |
|
Satu-satunya memori yang ada dalam ingatan masa berkunjung ke Genting 15 tahun yang lepas bersama keluarga. |
Di Taman Tema Outdoor ni juga ada menyediakan kereta api yang mengelilingi kawasan Taman Tema ini. Saya panggil kereta api ulat sebab bentuk dia bentuk ulat. Pakej kami ni hanya Taman Tema untuk outdoor sahaja. Tapi dengan menaiki kereta api ni, anda akan dapat melihat keadaan di dalam Taman Tema Indoor kerana kereta api ini akan melalui masuk ke dalam Taman Tema Indoor.
|
Posing dalam kereta api ulat. |
Di dalam Taman Tema Indoor terdapat banyak kedai-kedai untuk membeli belah, restoran, panggung wayang, rumah salji, muzium Ripley's Believe It or Not dan macam-macam lagi. Berikut merupakan suasana di dalam Taman Tema Indoor yang sempat saya gambarkan.
|
Ramai jugak orang kat dalam Taman Tema Indoor ni di sepanjang pemerhatian saya. Memamng meriah. |
|
Ada banyak kedai dalam ni. |
Selain daripada Taman Tema Outdoor dan Taman Tema Indoor, Genting Highlands juga menawarkan Taman Tema Air.
|
Ada pedal boat dan bermacam-macam lagi. |
Semasa kami di sana, turut dipaparkan proses membuat coklat. Dorang nak promosikan coklat Beryl's la tu.
|
Ramuan untuk membuat coklat dicampurkan di dalam mesin pengadun. |
|
Ramuan yang telah sebati tadi diayak menggunakan mesin. |
|
Setelah mencapai kualiti yang ditetapkan, sebatian tersebut dibentukkan. |
|
Suhu juga hendaklah sentiasa dikawal di sepanjang proses membuat coklat bagi memastikan kualitinya. |
|
Kemudian coklat-coklat tersebut dibungkus. |
|
Coklat yang sudah siap dibungkus dibawa ke penjual dan pengedar. |
|
Model Coklat Beryl's. Hihi |
Pada lewat petang kami menuju kembali ke port kereta kabel untuk turun ke Gohtong Jaya dan menaiki bas pulang. Diingatkan bahawa bergegas ke port lebih awal sebab ramai gila orang beratur nak turun. Selain tu, disepanjang perjalanan nak ke port tu ada banyak restoran, kedai-kedai, dan pusat hiburan. Kasino pon boleh nampak. Yang kaki-kaki shopping tu surela korang nak melekat lagi lama kat situ kan. Jadi bajetla masa anda sebaik-baiknya. Kalau tak, bye bye, bas tinggal. huhu.
Sepanjang perjalan pulang ke KL tu, pakcik bas bawak laju gila. Cuak tol. Saya duduk di depan, dapat tengok la skill pak cik tu bawak di selekoh-selekoh yang banyak kat genting tu. Kiranya dia macam dah mahir dan macam dah ingat setiap-setiap selekoh. Rileks je dia bawak laju kat selekoh tu. Apa-apa pon, kami selamat sampai di KL Sentral. Hapy, Safe and Sound.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan