Selepas melawat Genting Strawberry Leisure Farms dan Chin Swee Cave Temple, kami menuju ke Awana Hotel and Resort Genting Highlands. Waktu check in ialah pada jam 3 petang. Kami book pakej promo di iHoliday.com. Harga pakej tersebut ialah RM238 yang merangkumi penginapan satu malam di superior deluxe room, breakfast untuk dua orang, dan pas masuk ke Snow World untuk dua orang. Biasanya harga untuk sebuah bilik dan breakfast untuk 2 orang pada hujung minggu ialah RM261, tapi promo ni sekali dengan Snow World, RM238, terus grab!! Untuk pengetahuan semua, di iHoliday ada macam-macam jenis promo untuk Awana Hotel and Resort Genting Highlands dan lain-lain hotel di Genting. Harganya pun sentiasa berubah. Kalau ada promo tu memang betul-betul berbaloi la promo dia. Percayalah !
Pada jam 3.00 petang, kami tiba di Awana. Parking tak jadi masalah. Terdapat banyak petak parking disediakan di sini bertambah pula dengan parking 3 tingkat. Parking juga percuma. Juga ada laluan berbumbung daripada tempat letak kereta ke lobi. Jadi tiada masalah kalau hujan. Tengok kereta yang parking berdekatan dengan lobi semua nak besar-besar ja. Kereta-kereta orang kenamaan. Mereka pun pilih Awana untuk bercuti di hujung minggu sebab hotel Awana ni memang terbaik! Yang buatkan kami tak paham ialah bila baca review ada yang beri review teruk-teruk. Serius tak paham sebab bila kami menginap di sini, kami dapati hotel ni sangat-sangatla terbaik! Ikuti review bergambar kami untuk tahu lebih lanjut. Memang superb! Kami beri 10/10!
![]() |
Jom masuk ! |
![]() |
Perkarangan lobi Awana Hotel and Resort Genting Highlands. Hiasan dan dekonya kelihatan klasik tapi amat mewah dan eksklusif. |
![]() |
Sempat lagi berselfie. Laluan perjalanan ke bilik hotel ni memang cantik. baik dari segi dekorasinya dan pemandangannya. Wangi pulak tuh. Macam ni la 5 star ! |
![]() |
Dikelilingi kehijauan. Rasa tenang ja dalam perjalanan ke bilik hotel. Cantik, kemas, wangi, dan bersih. Memang berbaloi pilih hotel ni untuk berehat dan lari sejenak daripada tekanan dan tugasan. |
![]() |
Lif. Tak sampai 5 saat kami dah sampai tingkat 14. Lif ni laju wei! |
Jom kita tengok bilik pula !!! :)
Bilik yang kami dapat di tingkap 14 ni memang cantik. Masuk-masuk ja bau wangi dan terpesona dengan kecantikan bilik ni. Tak menyesal grab je bilik tingkat 14 kat check in counter tadi. Pemandangannya pun memang terbaik. Sangat-sangat puas hati ! Jom tengok jom!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
:) :) ;) :) :)
![]() |
Ni la bilik kami! Semua ada. Lengkap. Semua lampu dan alatan elektronik berfungsi dengan baik. Pendingin hawa pun bersih, tak berhabuk. |
![]() |
Biliknya luas juga. 33 meter persegi. Cerek pemanas air pon ada. |
![]() |
Lampu ni siap ada deko cahaya lagi.. |
![]() |
Ambil angin sebentar. Pemandangan daripada bilik kami di tingkat 14. |
Cantik!! |
Hair dryer turut disediakan. |
Dilengkapi juga dengan peti sejuk. |
Iron dan iron board pun ada. Haaaa jangan main-mainnn. Memang terbaik! ;) |
Sinki di bilik air. Lengkap dengan air panas dan air sejuk. Tekanan air juga amat bagus. Plug untuk razor pun ada. |
Toilet bowl and bath tub. Selesa. |
![]() |
Antara bathroom amenities yang disediakan.Tak pakai sangat pun sebab selalu bawak amenities sendiri. Yang ni ambil simpan buat koleksi ja. Hihi |
![]() |
Petang di Awana. Bila tengok luar rasa excited gila bila dipenuhi dan dikelilingi kabus tebal. Cepat-cepat panggil pergi duduk kat balkoni. Hahaha |
![]() |
Oh yeah! |
![]() |
Menyegarkan ! |
![]() |
Seperti di kayangan. |
Okey, setakat ni dahulu ya review untuk Awana Hotel & Resort Genting Highlands. Nantikan sambungan review bahagian kedua. Di bahagian kedua akan saya ceritakan lebih lanjut pengalaman breakfast di Rajawali Cafe, servis-servis dan perkhidmatan yang terdapat di Awana. Tidak dilupakan juga, cara kami membuat penjimatan untuk makan malam. Jadi jangan lepaskan tips tips yang berguna untuk kalian semua. Stay tune!!
Bhgn 4 Percutian Bajet tapi Mewah 2H 1M: Review Awana Hotel & Resort Genting Highlands Part 2
salam, iholiday u macamana nak beli pakejnya?? kena jd member dulu ke? tq
BalasPadamhttp://www.rwgenting.com/EN/accommodation/index.htm boleh book di sini. tak perlu jd member pon. bayar pakai debit card pon boleh.. :)
PadamEn. Fadzlan, Thanks for your detailed reviews, sgt2 berguna dan bermanfaat, terima kasih sgt, lps ni nak tips holiday visit blog Encik sahaja :)
BalasPadambest nya blog awak. detail & relevan
BalasPadamiholiday.com tu webpage ke? Macam xde je ...
BalasPadam