Disebabkan banyak sangat benda best di Awana Genting ni, terpaksalah bersambung di bahagian ini pula. Untuk entri kali ini, saya ingin fokuskan lebih kepada servis-servis dan perkhidmatan yang terdapat di sini termasuklah dari makan paginya hingga aktiviti-aktiviti yang ada disediakan. Tidak dilupakan saya ingin dedahkan kedai runcit yang harganya sangat-sangat murah jika hendak dibandingkan dengan kedai-kedai lain di Genting ni dan cara kami berjimat untuk makan malam tapi perut tetap kenyang dan senang hati. Jom kita layan!! ;)
![]() |
Perkarangan lobi di pagi hari.. |
![]() |
Pemandangan menara Hotel Awana daripada kolam renang. Dapat rasa tak 5 star vibe dia tu? Hihi |
![]() |
Pemandangan daripada balkoni bilik kami di tingkat 14. Dilitupi kabus dan sejuk!!! |
Kedai runcit harga murah
Kemudahan Rekreasi
Perkhidmatan Bas Ulang Alik Awana - First World Plaza dan Awana - Skyway Cable Car
Perkhidmatan bas ulang alik ini disediakan percuma bagi penginap hotel. Jangan lupa bawa passbook anda. Passbook ni sebenarnya Card Holder bagi kad pintu bilik yang diberikan masa check in. Sila bawa passbook ini untuk semakan. Tapi masa kami naik, tak diperiksa pun passbook kami. Mungkin pada hari itu tak ramai pengunjung sangat dan mereka pun tidak kisah kot. Tapi bawa jelah ya kot-kot mereka ingin periksa. Untuk perkhidmatan bas ulang-alik ini, ada jadual yang telah ditetapkan. Bas ulang alik untuk First World Plaza 24 jam ada. Itu yang buatkan Awana ni terbaik!!
![]() |
Jadual bas ulang alik Awana - First World. |
Snow World
Perjalanan ke puncak mengambil masa selama 20 minit. Kemudian, bas akan menurunkan para penumpang di perkarangan First World Hotel. Sampai-sampai ja di situ, ramainya orang. Crowded. Berbeza dengan Awana Genting yang tenang dan penuh privasi. Di First World Hotel, naik eskalator untuk ke First World Plaza, tempat di mana terletaknya Snow World. Tiket ni dah termasuk dalam pakej penginapan kami yang dibook di iHoliday.com.
Setiap satu sesi di dalam Snow World ialah selama 40 minit. Antara aktiviti yang ada di dalam Snow World ialah Toboganning. Toboganning ni macam main gelungsur la, tapi anda duduk dalam tube. Toboganning ni memang popular di negara-negara yang bersalji. Boleh main tobogan ni banyak kali ikut suka. Saya main dua kali ja. Takut la, takut tersangkut kaki dan terseliuh. Kaki ni dah la panjang, Asyik tersangkut ja. Macam nak terpelanting ja rasanya. Ada kalanya juga mereka akan turunkan buih-buih untuk menggambarkan suasana salji turun. Walaupun bukan seperti salji sebenar, keriangan tu tetap dapat dirasai! Bahagia bangett!! Hihihi.
Selain itu, turut ada perkhidmatan menangkap gambar oleh jurufoto di dalam Snow World ini. Untuk perkihdmatan ini, tiada bayaran untuk mereka tangkap, tankap lah banyak mana pun. Tapi kalau nakkan gambar-gambar yang telah ditangkap oleh jurufoto tersebut, kena la beli. Satu foto harganya RM50. Kalau nak semua foto yang telah ditangkap beserta CD, RM120. Mahal gila. Foto kami serius cantik, tapi sayang, mahalnya. Kalau harga RM10 ke RM15 ke, serius saya memang akan beli! Huhu. Selepas beriang ria di Snow World, kami jalan-jalan sebentar di dalam First World Plaza.
First World Plaza
Pelbagai keriangan yang terdapat di First World Plaza seperti GSC Cinema, Ripley's Believe It or Not, Haunted Scream, dan lain-lain. Indoor theme park rides, pelbagai jenis restoran dan branded stores, semuanya terdapat di sini.
![]() |
Ambil masa tangkap gambar.. hihi. Sempoi!! |
Setelah puas berjalan di First World Hotel, kami menunggu bas untuk pulang ke hotel. Pemandunya sungguh cermat sekali. |
Makan Malam Kami.... :)
Menyedari akan mahalnya kos makan di Genting, kami mengambil langkah yang mungkin bijak juga, iaitu dengan membawa sendiri bekalan makanan kami. Nak tapau mesti tak tahan sampai malam, jadi kami membeli lauk segera di dalam tin. Kami hanya perlu panaskan sahaja. Dengan itu, kami juga membawa pemasak nasi. Pemasak nasi ini bukan sahaja digunakan untuk memasak nasi, malah untuk memanaskan lauk segera itu juga. Beras kami bawa siap-siap daripada rumah dan juga telur yang sudah siap direbus.
Dah kenyang, dah puas hati, dah kemas dah cuci-cuci semua perkakas, dan mencuci diri, kami rileks-rileks layan cerita di TV pula. Maklumla, banyak channel dan terang-terang pula dia punya paparan. Lepas habis tengok ABPBH, tengok movie pula. Tah cerita apa tah member aku ni tengok, aku dah terlelap dah. Penat dan ngantuk. Lagi-lagi tilamnya dan bantal betul-betul selesa. Katil saiz queen sorang satu pulak tu. Memang lena habis la. Bangun-bangun je dah nak dekat subuh. Lena betul tidur. Terjaga sebelum bunyi alarm sebab sejuk gila.. terlupa nak tutup tingkap. Jadi tutup tingkap sebelum tidur ya!! ;) Selepas bersiap, kami turun ke bawah untuk menikmati buffet breakfast yang juga terdapat dalam pakej yang kami book.
Buffet Breakfast di Rajawali Restaurant, Awana Hotel & Resort Genting Highlands
![]() |
Orang ramai mula berpusu-pusu masuk. Ni gambar bila kami dah sudah makan. Dinasihatkan datang awal la. Kami turun pada jam 7.30 pagi, bermacam-macam makanan telah dihidang. |
Voucher breakfast kami..:) |
![]() |
Macam-macam ada ! Sedap betul ! Dua kali tambah makanan ni. |
![]() |
Makan sambil menghirup udara pagi beserta dikelilingi kabus tebal.. Rasa tenang ja... |
![]() |
Suasana di dalam restoran. |
![]() |
Bun + Strawberry Jam + Butter = My all time favorite!!!! Terbaik !!! |
![]() |
Last sekali ambil cereal dengan susu segar. Puas hati betul. |
Terdapat pelbagai makanan yang dihidangkan termasuklah makanan Melayu, Cina, India, dan Barat. Sedap-sedap belaka! Dah puas makan, kami naik ke bilik dan berehat sebentar sebelum bersiap untuk mandi-manda di kolam renang. Kolam renang terletak di aras 7 ya. Disebabkan hotel ini terletak di bukit bukau, kolam renang ini sebenarnya berada di aras 7. Malah lobi dan perkarangan laman masuk ke hotel ini nampak je macam di tingkat paling bawah tapi sebenarnya ialah tingkat 8, bukan tingkat G. Jangan keliru ya.. Hihi. Untuk mandi di kolam ini, anda dikehendaki memakai pakaian renang yang sesuai. Pakaian yang berasakan sintetik sahaja dibenarkan untuk dipakai. Cotton tidak dibenarkan. Mereka juga ada menyediakan pinjaman tuala di sini. Bilik salinan pakaian dan tandas juga ada berdekatan dengan kolam renang.
![]() |
Marilah bermandi-manda!!! |
![]() |
Cabaran kuak lentang ka? |
Setelah bermandi-mandi, kami mengambil masa sejenak meninjau taman mini yang terdapat di sini. Ada kolam ikan, besar-besar ikan koi dia.
![]() |
Gaya macam nak terjun je.. |
![]() |
Dah macam orang asli dah aku tengok.. Kena betul la tu dengan temanya hutan-hutan macam tu. |
Selepas itu kami pulang ke bilik, mandi, dan bersiap-siap untuk check out pada jam 12 tengah hari. Terus-terang saya nyatakan pengalaman di Awana amatlah menerujakan! Suasana yang dikelilingi kehijauan dan kabus ternyata memberi ketenangan bagi mereka yang ingin mencari tempat berehat yang menjanjikan kedamaian dan yang paling penting ialah kepuasan hati!! Malah, suasana di sini lebih tenang dan privasi jika dibandingkan dengan hotel-hotel di puncak Genting kerana kedudukannya yang tersendiri dan jauh dari kesibukan orang ramai. Kalau mahu ke puncak pun, tak jadi masalah, ada bas percuma yang disediakan untuk penginap hotel. Memang terbaiklah. Bila lepas check out pon, dalam perjalanan pulang ke rumah masih terbayang-bayang kesedapan dan kepelbagaian makanan masa breakfast tu. Kalau ada rezeki nanti, memang nak datang sini lagi. Pasti! Bagi warga kota yang menginginkan percutian yang singkat di hujung minggu tapi memberi ketenangan dan kepuasan, cubalah menginap di sini. Semuanya boleh didapati di Awana Hotel & Resort Genting Highlands!!! :)
Nantikan entri seterusnya mengenai bajet percutian kami selama 2 hari 1 malam di Genting Highlands !
Salam sy nak tanya..jauh x awana hotel ni dpd centre att. genting..sbb sy tgk kne naik bas tu kn..dlm brapa minit klo gne ketr..hrp dpt mnolong..nk pg bln 5 ni.. tq yer
BalasPadamsalam. x jauh pon awana daripada attraction centre. Macam strawberry park dan rumah2 kedai, dalam 5 minit dengan berkereta. Kalau ke puncak genting pula dalam 10 ke 15 minit dengan berkereta. Jalan daripada awana ke strawberry park biasa-biasa saja. Tapi jalan daripada awana nk ke puncak genting agak berliku dan curam. Pandu cermat, jiwa selamat. :)
BalasPadamsalam saya nak tanya kalau saya menginap di hotel sri malaysia jauh nak ke genting theme park dan ladang strawberi lavander dan lain2 ....
BalasPadamPenapis Air alkali BioUltra / BioUltra water Filter Alkaline
BalasPadamPelbagai Produk Dispenser Water Filter & Master Filter (OutDoor) – Jimat Tenaga
• Alkaline WaterFilter – 6 Filters – RM599
• 2 Suhu - Panas & Sejuk (TableTop & Stand - RM899 – 1498)
• 3 Suhu - Panas, Normal & Sejuk (TableTop & Stand - RM1299-RM1499)
• Gold Master Filter– 7 Layer (Fiber - Outdoor) RM799
• Titanium Master Filter – 9 Layer (Fiber - Outdoor) RM999
Producing High Qualiti alkaline water ph 7-9
‘Siap Pasang Baru Bayar’
Harga Termurah di pasaran drpd segi kualiti, brand, rekabentuk dan harga
Warranty 12 – 18 Bulan
Filter import dari Korea (ada sijil halal)
Pemasangan terus ke kediaman @ Pejabat anda
Hubungi – Whatapps/ Call / SMS: 017 8895 990 - Farid
http://penapis-air-bioultra.blogspot.my/