Jemput Sertai Blog Saya ;)

Isnin, 2 Jun 2014

Bhgn 5 Percutian Bajet tapi Mewah Genting Highlands 2H 1M: Penutup dan Senarai Bajet.







Akhirnya sampai juga ke akhiran entri Percutian Genting Highlands kami selama 2 hari 1 malam. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan peluang dan rezeki dan terima kasih juga kepada semua warga Awana Hotel & Resort Genting Highlands kerana memberikan layanan dan servis terbaik sepanjang kami berada di sini. Biliknya sangat selesa dan makanannya banyak pilihan dan sedap-sedap! Bagi saya, jikalau ingin datang ke Genting sekali lagi, saya akan memilih untuk menginap di sini lagi. Dengan harga yang berpatutan dan penuh privasi, keindahan, dan kedamaian, tidak seperti hotel-hotel di puncak Genting, sudah tentunya hotel ini menjadi pilihan saya. Tambahan pula, dengan pelbagai tarikan terbaru di Genting Highlands seperti Genting Strawberry Leisure Farms, Insect World, Bee Farms, dan Butterfly wall, sudah tentu Genting Highlands menjadi destinasi pilihan bagi warga kota Kuala Lumnpur dan sekitarnya untuk menikmati percutian singkat yang dapat memberikan kepuasan di hujung minggu. Di akhiran entri ini juga, saya akan sertakan senarai bajet percutian kami di Genting Highlands ini. Jangan ingat untuk merasa hotel yang bertaraf tinggi di tempat yang sangat indah ini memerlukan perbelanjaan yang banyak. Ingin tahu, jom kita lihat bajet percutian kami !! ;)


Pemandangan yang indah dari balkoni bilik kami di tingkat 14.

Berehat sebentar sementara saya menguruskan urusan check out. Kegembiraan jelas terpancar!

Selamat tinggal Awana. Ada rezeki kita berjumpa lagi..


Okey.. jom tengok jadual dan bajet kami !!



SABTU

10.00 pagi: Makan pagi. Bertolak dengan Saga FLX Auto. Minyak RM30*. Tol Gombak RM5.

11.00 pagi: Tiba di Genting Strawberry Leisure Farms, masuk percuma, parking percuma.

1.00 petang: Melawat Chin Swee Cave Temple, masuk percuma, parking percuma.

3.00 petang: Check in Awana Hotel & Resort Genting Highlands. RM238.  Parking hotel percuma. Rehat. Makan tengah hari bekal sendiri beli di Tesco sebelum ke Genting. 2x Chipster RM3.40, 2x Mamee Chef RM3.80, Jus Oren Tropikana 1.5L RM4, Air Mineral 1.5L RM1.90. Masak nasi sebelum keluar. Beras dan rice cooker bawa dari rumah.

6.30 petang: Jalan-jalan sekitar hotel. Beli kerepek ubi pedas peket besar di kedai runcit Awana, RM5. Naik bas ke Puncak Genting dengan shuttle percuma yang disediakan untuk penginap hotel Awana. Tiba di First World Plaza. Jalan-jalan. Rehat.

8.30 malam: Snow World. Tiket dah termasuk dalam pakej harga bilik hotel.

9.30 malam: Naik shuttle pulang ke hotel. Panaskan lauk dalam tin yang dah beli siap-siap sebelum ke Genting. AYAMAS Ayam Masak Kicap beserta Cendawan RM4.90, Yeo`s Ayam Rendang RM4.50. Telur rebus dari rumah. Mandi. Rehat. Layan cerita dan movie di TV. Tidur



AHAD

7.30 pagi: Buffet breakfast di Rajawali Restaurant, Awana Hotel & Resort. Breakfast sudah termasuk dalam harga pakej.

9.00 pagi: Disebabkan kami batalkan aktiviti jungle trekking**, jadi kami rehat dalam bilik. Bersiap untuk mandi kolam yang ada pemanas.

11.00 pagi: Balik bilik. Mandi. Siap-siap dan kemas barang. Check out. Pulang ke Kuala Lumpur.Tol Gombak RM5.

* Bajet minyak kami peruntukkan RM30, tapi dengan Saga FLX Auto, minyak kami hanya turun satu bar sahaja di sepanjang pergi dan balik! :)

**Kami batalkan aktiviti jungle trekking sebab kena ikut giliran dan berdaftar untuk dapatkan tour guide. Ingatkan boleh masuk macam tu ja..


Jumlah Bajet: RM 300.50/ 2 orang

Ya, dengan hanya RM300.50 iaitu RM150.25 seorang, anda mampu untuk menikmati percutian hujung minggu yang bajet tapi mewah di Genting Highlands! Cukup sesuai bagi warga kota yang menginginkan percutian singkat di hujung minggu dan sesuai juga bagi mereka yang ingin berhoneymoon di Awana Genting kerana suasananya yang tenang, indah, dan romantik! Kini sesiapa sahaja boleh pergi bercuti !! :)

16 ulasan:

  1. nampak menarik jer percutian singkat tu..
    Jom bertukar2 link di blog saya
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. blog cik puan pon apa kurangnya.. :)

      Padam
    2. As salam. Belli tiket online melalui phone boleh ke?

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. MENARIK INFO ❤❤ NI PUN TGH SERVE2 UTK GE BERCUTI.
    KALAU BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN PRODUK SEEN ON TV BOLEH TGK LINK SAYA.

    BalasPadam
  3. Saya suka info yang berguna dlm blog ini.

    BalasPadam
  4. Best, tp kalau boleh letak tarikh sekali eh masa tu. Boleh ejas la masa tu harga cuti sekolah ke, apa ke kan. Huhu. Apapun naisss sgt !

    Memang suka bercuti dgn kawan sorg tu eh ? Krikkkrikkkrikkk...haha

    BalasPadam
  5. pernah naik bas gi genting..kalau naik bas camne pulak ye...sampai x ke awana?

    BalasPadam
  6. Kalo genting dari kl naik bus.. macem mana nak ke awana

    BalasPadam
  7. good review... sgt membantu!

    BalasPadam
  8. Terima kasih atas info lengkap...

    BalasPadam
  9. Terima kasih atas info lengkap...

    BalasPadam