Jemput Sertai Blog Saya ;)

Selasa, 19 November 2013

Part 3. Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapang Padi: Muzium Padi, Bendang, Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir.


Part 1: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapang Padi: Pengangkutan Awam ke Kedah

Part 2: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapang Padi: Menara Alor Setar, Pekan Rabu, Taman Jubli Emas.

Part 4: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapang Padi: Gunung Jerai, Pulau Bunting, Tanjung Dawai, Titi Hayun.

Mari kita teruskan pengembaraan kita ke destinasi yang seterusnya di negeri Kedah!

Muzium Padi

Di Alor Setar juga terdapat Muzium Padi. Muzium ini dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Tutup sementara pada Jumaat jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang dan pada hari pertama Raya Aidilfitri dan Raya Aidiladha. Bayaran bagi dewasa ialah RM5.00 seorang manakala kanak-kanak dan rombongan sekolah (beruniform pula RM2.00 seorang. Murah! Bangunan ini kelihatan unik dengan reka bentuk gemai padi. Muzium yang terletak bersebelahan dengan Gunung Keriang ini juga dikelilingi sawah padi yang menghijau dan keemasan. Di perkarangan muzium ini juga terdapat pondok-pondok berkonsepkan tradisional yang disediakan untuk para pengunjung. Parking percuma juga banyak disediakan. Banyak punya bebel, jomlah kita tengok apa yang ada kat muzium ni.





Di perkarangan Muzium Padi. Selamat Datang!


Kedatangan anda akan disambut oleh helang batu ni. Kalau belajar dulu, helang ni merupakan agen kawalan perosak kat sawah padi. Kira kena la jugak konsep muzium ni kan.

Dalam muzium ni ada dipamerkan pelbagai jenis dan gred beras bukan sahaja dari Malaysia tapi juga dari keseluruh dunia. Selain tu, teknologi dan peralatan yang digunakan bermula daripada proses penyediaan tapak hinggalah ke proses penyimpanan ada dipamerkan di sini. Memang sesuai dijadikan tempat untuk mengumpul maklumat kalau buat penyelidikan, tesis, atau apa-apa assignment yang berkenaan. Jom tengok!

Pameran Proses Penanaman Padi.
  • Penyediaan Tapak
Nasib baik takda kerbau hidup dipamerkan kat sini. Semua pakai mesin dah! Hihi

  • Menanam Padi
Selepas menyediakan tapak, tanaman dimulakan.

  • Kawalan musuh
Say hi to orang-orang!
  • Menuai



  • Pengangkutan

  • Penyimpanan




Antara gred padi yang dikeluarkan di negara kita.

Beras yang sudah disiap proses seperti mana yang kita selalu lihat di pasaran. Ni buat pameran ja, dorang tak jual beras kat sini :p

Alatan menangkap ikan tradisional. Selalunya ikan keli la banyak kat sawah-sawah. Kalau musim hujan kat Alor Setar ni memang banyak nampak orang memancing kat sawah.


Selain pameran mengenai padi, ada lagi benda lain yang menarik kat muzium ni.  Di aras tiga, terdapat pameran berputar mengenai lukisan 360 darjah yang menggambarkan persekitaran di sawah padi dan Muzium Keriang.  Lukisan dia memang sangat teliti dan 'fine'. Lukisan yang mengkagumkan tu kalau dihayati betul-betul memang kita dapat rasa suasana tu. Nak tahu macam mana perasaan tu, kena la datang cuba. ;)


Tangga untuk ke aras tiga ke pameran 360 darjah ni dihias seperti di dalam gua, menggambarkan suasana Gunung Keriang.

Antara sebahagian lukisan di ruang pameran 360 darjah yang memperlihatkan suasana aktivti kemasyarakatan orang-orang kampung. Kerusi empuk juga ada disediakan. Saja suka nak berdiri. Di tempat yang aku berdiri ni sebenarnya dia berputar. So, kita hanya perlu duduk ja kat situ sambil menikmati pemandangan yang digambarkan dalam lukisan tu.

Both of us pon nak interframe pameran jugak. Ngeh3~

Berlatarbelakangkan lukisan Gunung Keriang. Macam Chicken Island kat Krabi pon ye jugak.


Di aras ni juga terdapat perkhidmatan jurugambar professional. Satu gambar dorang ambil kalau tak silap RM10 dan dorang proses siap terus kat situ berserta dengan frame. Kami tak ambil pon perkhidmatan tu tapi daripada contoh yang ada disitu, bole kira elok juga la. Di aras satu pula ada kedai menjual barangan cenderamata dan barangan-barangan yang diperbuat daripada beras seperti makanan, ubatan, sabun, semua ada. Harganya pun berpatutan, memang mampu untuk dibeli.  Seterusnya jom kita jengah ke bendang pulak.


Sawah Padi

Datang Kedah kalau tak tangkap gambar kat sawah padi memang tak sah la. Sawah padi yang kami kunjungi ni terletak di kawasan Anak Bukit. Masa ni memang padi tengah menghijau kat kawasan ni. Warna padi yang baru ditanam ni berbeza dengan warna padi yang dah lama tumbuh. Warna dia hijau muda. Cantik! Nampak macam karpet ja daripada jauh.

Kami masuk sawah padi dengan menaiki motorsikal. Senang nak masuk jalan-jalan yang sempit. Masuk free of charge. Tapi jangan buat rosakkan padi orang dahla.

Sebatilah bersama alam! Sayangi alam kita.

Menunggu mata air tak kunjung tiba ka? Ngeh3~

Cak!
Tangkap gambar tepi parit. Nak ke seberang ni kena lalu titi selebar tapak kaki. Aku cuak kot-kot jatuh, kayu pun macam reput. Budak bandar masuk kampung. Dah lama tak main tepi parit. Yang dia ni selamba badak lintas macam tu. Apa-apa pon aku berjaya jugak melintasinya. Oh yeah!

Ambil aura kat sawah padi, pose like a pro.

Model jam ka? Ngeh3~

Lepak kat sawah padi ni memang bes. Mungkin ada orang kata, alah ape je yg ade kat sawah padi, tapi bagi pencinta alam dan yang pandai  menghargai suasana, memang akan dirasai ketenangan dan kepuasan tu. Apa-apa pon jom kita jalan lagi ke destinasi yang seterusnya.


Rumah Kelahiran Tun Mahathir

Ini juga antara tempat yang wajib dilawati jika ke Alor Setar, rumah kelahiran pemimpin dan idola nombor satu negara, Tun M. Rumahnya simple je tapi dijaga dengan kemas oleh pihak yang terbabit. Di dalam kawasan rumah kelahiran ini juga terdapat pameran yang menempatkan alatan-alatan perubatan dan macam-macam lagi. Masuk percuma. Parking juga percuma di perkarangan rumah kelahiran Tun M ni. Kat sini tiada kedai menjual cenderamata. Selain tu, yang menarik bagi aku di sini juga ialah tandas awam dia. Unik, lain daripada yang lain. Berkonsepkan tradisional melayu.

Waktu lawatan, dibuka setiap hari pada jam 10 pagi hingga 5 petang, manakala Tutup sebentar pada hari Jumaat pada jam 12 tengah hari hingga 3.00 petang dan keseluruhan hari Isnin. Memang muzium-muzium kat Malaysia ni tutup pada hari Isnin. Dan perkara baik, rumah kelahiran ni dibuka pada cuti am dan cuti sekolah. Memang sesuai untuk bawa keluarga atau makan angin bersama rakan-rakan.


Di ruang tamu

Antara ruangan yang terdapat dalam rumah kelahiran Tun M ni.

Boleh lihat susur galur keturunan Tun M. Nampak ke? Kena bawak kanta pembesar. :p (gurau).

Slip keputusan peperiksaan Tun M. Alumni Kolej Sultan Abdul Hamid rupanya. Memang ramai orang-orang kenamaan yang sebaya Tun berasal daripada kolej ni. Ada juga yang sudah tiada.

Di bahagian dapur ada menempatkan rak pinggan mangkuk.

Ni cuma sebahagian daripada kawasan dapur. Nak tengok keseluruhannya kena la datang.. :)

Tun M masa muda-muda dulu...


Di halaman ruumah kelahiran Tun M. Beredar dengan harapan, Pulang dengan kejayaan. Oh yeah!

Apa yang digambarkan dalam entri ni cumalah sebahagian je daripada keseluruhan pameran. Ada banyak lagi yang dipamerkan seperti bilik pengantin dan kisah-kisah yang dipaparkan di rumah kelahiran ni. Cerita habis-habis tak syokla, kena datang dan alami semuanya baru puas! :)

Berakhir sudah part 2 dan part 3. Part 2 dan part 3 ni memperlihatkan tempat-tempat
menarik di sekitar Alor Setar. Bahagian seterusnya pula akan saya coretkan tempat-tempat menarik di bahagian selatan Kedah pula. Jadi, stay tune!

Entri Seterusnya

Part 4: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapang Padi: Gunung Jerai, Pulau Bunting, Tanjung Dawai, Titi Hayun.

Isnin, 11 November 2013

Part 2: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapang Padi: Menara Alor Setar, Pekan Rabu, Taman Jubli Emas.


Part 1: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapang Padi: Pengangkutan Awam ke Kedah

Part 3: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapand Padi: Muzium Padi, Bendang, Rumah Kelahiran Tun M.

Menara Alor Setar.

Antara tempat yang aku pergi ketika di Alor Setar ialah Menara Alor Setar yang merupakan salah satu mercu tanda dan kebanggaan bagi negeri Kedah. Kalau berkunjung ke Alor Setar, ambil lah sedikit masa untuk berkunjung ke sini. Sesuai untuk pelbagai peringkat umur dan seisi keluarga. Menara ni dibuka pada jam 9 pagi hingga 10 malam. Tiket ke Observation Deck berharga RM8 untuk warganegara dewasa dan, RM4 untuk warganegara kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun. Kalau nak lepak-lepak kat bawah tu free je. Tapi dah alang-alang datang, naik la. Dapat menikmati pemandangan Alor Setar dan kawasan sekitarnya. Tiket boleh dibeli di kaunter di lobi menara ini. Parking tak jadi masalah. Banyak parking di sekitar menara ni. Bagi aku, di Alor Setar ni tak ada masalah parking lah. Ada je setiap masa. Banyak parking dan kurang sibuk. Time perayaan jela sibuk sikit.

Pandangan Menara Alor Setar daripada bawah. Nak cuba angkat sat. Hihi

Dalam lif, menuju ke Observation Deck pada ketinggian 88 meter. Siap ada penyambut tetamu yang jemput naik lif ni.

Lebih kurang dalam 10 saat, sampaila kat observation deck tu. Selain daripada kemudahan tinjauan, di observation deck ni juga ada kedai yang menjual barangan cenderamata dan kemudahan tandas. Kedai cenderamata tu takdela besar sangat. Makanan ringan dan aiskrim pon ada dijual.


Disebalik tirai besi.. Nampak menggayatkan tapi jangan risau. Ruang besar empat segi ni ada cermin. Tapi yang bawak anak-anak kecik yang jenis terlebih hyper tu, kawal-kawal la ya. Ruang-ruang kecik tu tak ada penghalang. Macam-macam dorang boleh buat. Tak pasal-pasal kang ada yang tersepit kaki kat ruang-ruang kecik tu. -,-'

Teleskop untuk teropong pemandangan ataupon mengintai. Haha. Boleh nampak apa orang buat kat bawah-bawah tu dan boleh nampak jugakla kawasan Alor Setar dan kawasan sekitarnya.  Teleskop ni boleh digunakan terus tanpa memasukkan duit syiling macam teleskop-teleskop kat tempat lain.





Di Observation Deck ni anda berpeluang untuk menikmati pemandangan 360 darjah Alor Setar dan kawasan sekitar. Konsep dia open air, tak da ekon. Angin bayu jaa. Tinjauan juga dilakukan secara manual sahaja, tak macam di Menara KL yang ada audio guide dengan earphone. Tapi ok la tu kan.



Pemandangan Bandar Raya Alor Setar daripada ketinggian 88 meter. Turut kelihatan Masjid Zahir, Balai Seni, Balai Besar dan Muzium Diraja di sekitar dataran tu.


Sungai Kedah juga dapat dilihat daripada menara ni. Kat sungai tu pon ada menara tinjau setinggi 5 tingkat yang juga satu lagi spot yang best untuk snap pemandangan bandar Alor Setar.

Menara ibu pejabat polis. Hari tu pemandangan agak kurang clear sikit sebab jerebu. So pemandangan yang jauh-jauh tu kurang nampak la sikit.

Kelihatan dalam gambar ialah Star Parade Mall. Mall ni biasa je, tapi tetap ramai pengunjung. Biasalah Malaysia, shopping mall memang dah jadi favourite spot tak kira ada duit ke takda duit. Hihi. :p. Lepas ni lagi seronok la orang-orang Aloq Staq bila Aman Sentral siap. Besar mall ni. Tapak mall Aman Sentral betul-betul depan Menara Alor Setar. GSC pon ada nanti dalam mall ni. Buat masa ni, takda lagi GSC di Alor Setar. Pawagam-pawagam yang biasa-biasa je ada.


Kolam ikan di perkarangan Menara Alor Setar

Di sekitar Menara Alor Setar ni pon ada banyak tempat-tempat menarik yang boleh dituju dengan cara berjalan kaki sahaja. Antaranya ialah Balai Besar, Balai Seni, Muzium Diraja dan Masjid Zahir. Kalau nak drive pon tak jadi masalah sebab parking tak jadi masalah. Memang sesuai untuk membawa keluarga berjalan-jalan.


Pemandangan Menara Alor Setar daripada dataran. Balai Besar, Balai Seni, Muzium Diraja dan Masjid Zahir terletak berhampiran dengan dataran ini.


Muzium Diraja. Kalau tengok daripada depan ni macam tertutup dan berkunci tapi sebenarnya muzium ni dibuka kepada orang awam. Tempat masuk terletak di sebelah tepi muzium ni. Buat masa ni tak berkesempatan lagi untuk berkunjung ke muzium ni. In sha Allah satu hari nanti akan berkunjung.

Masjid Zahir. Ni bukan muzium ya, ni masjid awam. Dibuka kepada sesiapa yang nak berkunjung dan yang nak beribadah. Memang menarik seni bina masjid ni.

Balai Besar, yang juga terletak berdekatan dengan datarn ni. Dataran ni meriah pada waktu malam dengan orang ramai dan air pancut bercahaya.

Masjid Zahir pada waktu malam.

Cantik! Masa tengah snap ni tak perasan pulak ada pasangan tengah bercumbu di situ. Haha. Kantoi! Dala snap daripada dalam kereta je. Mesti dorang ingat aku nak mengintai.

Menara Alor Setar pada waktu malam.


Pekan Rabu

Pekan Rabu merupakan salah satu tempat menarik yang boleh dikunjungi ketika di Alor Setar. Kat sini dijual macam-macam barangan seperti kraftangan, makanan ringan, makanan tradisional, pakaian, cenderamata, dan lain-lain. Bagi yang ingin mencari barangan dan makanan tradisi kedah, boleh la dapatkan di sini.

Di perkarangan Pekan Rabu. Saje buat pose ala-ala terencat. Tengah panas-panas ni lambat snap. Tak mau marah-marah, buat muka macam ni jelah. :p

Tapau dodol sket. Sedap makan dodol yang masih dalam keadaan panas!

Strike a pose!
Antara barangan yang dijual. Kerepek, dodol, kuah rojak, sos, gula-gula, semua ada.

Gerai untuk menjamu selera pon ada tapi nampak macam tak selera nak makan kat sini. Harap dalam pelan baru pembangunan Pekan Rabu ni ada la penambahbaikan untuk gerai-gerai makan.







Taman Jubli Emas

Taman Jubli Emas dibina sempena 50 tahun pemerintahan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Taman seluas 20 hektar ini menyediakan pelbagai kemudahan riadah seperti skateboard park, gelanggang futsal, dan jogging track. Taman permainan kanak-kanak, kemudahan tandas dan pondok rehat juga turut disediakan. Kolam ikan pon ada jugak. Pendek kata, memang sesuai untuk bawak keluarga berehat dan beriadah di sini. Taman ni dibuka pada jam 5 petang sehingga lewat petang. Malam tutup. Parking juga banyak disediakan dan tiada bayaran masuk dikenakan.

Foto: http://drrozmey.wordpress.com/2011/06/15/simbolik-kesultanan-melayu-kedah. 
 Monumen lima keris yang sebagai simbolik 50 tahun pemerintahan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Kedah. Di monumen ni juga ada air pancut. Ada waktu-waltu tertentu akan ada pertunjukan air pancut berirama di monumen ni tapi tak selalu.

Bagi aku, keistimewaan Taman Jubli Emas ni terletak pada kolam ikan. Memang banyak gila ikan dalam kolam ni. Kadang-kadang ada pakcik jual makanan ikan berharga seringgit sepeket. Nampak tak tu bertimbul-timbul! Tapi tak boleh memancing ya.

Sampai terpercik !

Antara kemudahan yang disediakan di sini. Memang tempat yang sesuai untuk membawa seisi keluarga berehat setelah seharian melawat tempat-tempat menarik di Alor Setar.


Laksa Taman Jubli! Selain laksa, ada banyak lagi gerai-gerai bergerak yang menjual makanan, minuman, dan buah-buahan. Harganya juga murah dan berpatutan.


Amacam? Seronok tak Alor Setar? Ada banyak lagi tenpat-tempat menarik di Alor Setar dan negeri Kedah keseluruhannya. So, stay tune! Nantikan entri yang seterusnya. =)

Entri Seterusnya
Part 3: Tips Cuti Kedah, Negeri Jelapand Padi: Muzium Padi, Bendang, Rumah Kelahiran Tun M.