Jemput Sertai Blog Saya ;)

Ahad, 23 Mac 2014

Bhgn 3 Percutian Bajet Naturally Magical Langkawi: Seafood Hidup di Pantai Cenang dan Kedai Pakej Murah









Bhgn 9: Percutian Bajet Naturally Magical Langkawi: Penutup, Itinerary, dan Senarai Bajet Percutian Murah!


Salah satu kawasan yang menarik untuk dikunjungi dan diinapi di Langkawi ialah Pantai Cenang. Memang tak rugi duduk hotel atau motel di kawasan Pantai Cenang. Dengan kemeriahan aktiviti dan kehidupannya, cukup untuk membuat anda terpesona! Jangan ingat Pantai Cenang tu pantai saje saje je. Banyak gila keseronokan yang kami rasai disitu. Lagi best daripada Pantai Ao Nang di Krabi. Serious tak tipu! Jom tengok apa yang best di Pantai Cenang.

Pantai Cenang ni pada waktu senja memang meriah. Pantainya yang landai dan luas memang cukup luas untuk semua huha huha kat sini. Ada yang main bola, dan water sport. Ada parasailing, jet ski, banana boat, etc. Meriah !

Tengah dok jalan-jalan tu, tetiba ada orang hilang. Tah mana cari tak jumpa kat tempat luas-luas macam ni. Rupanya dah jauh nun di sana. MERAJOK WEH! HAHAHA


Habis zoom lensa kamera nak shoot dia. Main air sorang-sorang. Merajok :p

NOVEL: Ku Melara di Cenang. *mood sendu*

Selepas habis episod jejak kasih dan dah jumpa orang hilang, pengembaraan diteruskan di sepanjang pesisir Pantai Cenang. Keseronokan yang seterusnya ialah banyak gila hidupan-hidupan laut kat sini. Saya memang sarankan sesape datang Langkawi, datangla ke Pantai Cenang time tengah surut-surut ni sebab time ni memang akan dapat tengok banyak gila spesies-spesies di pantai. They are everywhere! First time dalam hidup dapat jumpa macam ni. Selalunya kalau pergi pantai hanya jumpa cengkerang tinggalan siput-siput yang dah mati tapi tidak di Pantai Cenang! Pantai Ao Nang kat Krabi pon tak macam ni.

PERHATIAN !
 SEGALA HIDUPAN LAUT YANG DIPAPARKAN DI SINI MASIH HIDUP DAN AMAT SERONOK MEMERHATIKAN MEREKA BERGERAK-GERAK DAN BERMAIN DI DALAM AIR :)


Antara hidupan yang kami jumpa ialah Sea Urchin, Conch, Sea Shell, Encik Crab, Obor-obor dan encik starfish aka Patrick of the Bikini Bottom. Hihi :p. Kami memang tak tipu semuanya masih hidup dan rasa seronok tengok dorang berkejar-kejaran dalam air. Bukan satu dua. Banyak ! Udang main kejar-kejar pon ada. Tak sangka pulak. Pantai Cenang memang best !!!!!!


Obor-obor pon banyak kat Pantai Cenang tertanam dalam pasir. Semuanya masih hidup. Kami try try kacau, sekali dia pancut daaaaaaaa. Terkejut jugak pada mulanya. Haha. Pastu dia pandai masuk menyorok dalam tanah. Salah satu ciri survival dia la kot dan masuk dalam tanah untuk mengekalkan kelembapan kot sementara menunggu air kembali pasang.

Spesies kerang ni pon kami jumpa. Masih hidup lagi. Percubaan untuk membukanya tidak berjaya ! Huhu.

Keseronokkan yang tak dapat disangkal ialah bila jumpe starfish. Starfish ni masih hidup lagi tau. Yang merajok pon terus jadi hepi. Haha. Merajok lah sangat~

Macam ni rupanya tapak belakang dia. Fresh daripada Cenang.

Masing-masing nak interframe dengan Patrick. Teruja.

Nampak tak banyak benda yang mencanak-canak tu? Tula siput. Banyak gila kot. Geram rasa macam nak pijak-pijak. :p

Duit syiling pon ada daaaaaaa

Keseronokkan yang seterusnya ialah melihat kapal terbang turun naik kat sini. Banyak jugak. Setiapa masa ada. Best!



SUNSET DI PANTAI CENANG

Biarlah foto yang berbicara..











cantik kan??


Pada sebelah malamnya lepas mandi, lepas setel apa yang patut, kami bersiar-siar pula kat 
Jalan Pantai Cenang. Pada waktu malam memang meriah. Orang asing pon banyak. Rasa macam lagi banyak je daripada pelancong tempatan. Even jiran-jiran kami kat motel pon banyak warga asing.
 


Memikirkan tentang aktiviti hari esok, PULAU PAYAR !

Duta Sundae Cone McD kita..... Perkena ais krim malam-malam hangat sambil lepak-lepak dengar lagu depan Cenang Mall ni seronok juga. Tiap-tiap malam ada band  buat show.


Booking aktivti di Langkawi dengan kadar harga yang MURAH!

Saya nak kongsikan satu kedai yang menawarkan harga murah untuk aktiviti-aktiviti di Langkawi. Rasa menyesalnya tak book Pulau Payar kat sini. Sebenarnya memang dah research daripada blogger lain pasal tempat murah untuk booking aktiviti. Nak jadi cerita pada haritu, aku tersilap kedai. Aku ingat kedai yang aku tersilap tanya tu la kedai yang dimaksudkan. Tapi tidak. Pengsan dia kata RM150. Dah jalan-jalan pada waktu malam baru la terjumpa kedai ni. Harga yang dorang tawarkan mengikut pemerhatian saya memang lagi murah daripada tempat-tempat lain. 

Setelah berlaku kesilapan mengecam kedai, kiterang book Pulau Payar melalui Amzar Motel dengan harga RM85 seorang. Masa pon semakin suntuk dan perlu konfemkan pada diorang sebelum jam 8 malam. Nak tak nak, RM85 kira ok lah, kami book je. Di Amzar Motel, display price RM110, kiterang mintak kurang, dapatla RM85. Tapi di kedai ni display price dah RM85, ada la cita-cita di situ nak mintak RM80. Haha. Kalau tak silap, di kedai ni juga pernah buat sale Pulau Payar RM79 seorang. Mana-mana berminat nak book aktiviti di Langkawi, bolela datang ke kedai ni. Terletak di Jalan Pantai Cenang. Betul-betul berdekatan dengan AB Motel. Bila nampak AB Motel, luas-luaskanlah pandangan mata anda cari kedai nama YOUR TRAVEL STATION.
YOUR TRAVEL STATION, berdekatan dengan AB Motel.


Di kawasan Pantai Cenang ni, bagi yang terlupa nak bawak sunscreen, saya sarankan cari di Watsons dalam Cenang Mall. Sunscreen yang dijual kat kedai-kedai runcit mahal gila. Baik cari kat Watsons. Lagi murah dan lagi banyak pilihan. Penting pakai sunscreen kalau buat banyak aktiviti air time panas-panas ni. Boleh terbakar kulit dan merekah pedih kalau tak pakai sunscreen.

Pelbagai aneka untuk dipilih. Kunjungilah Watsons Cenang Mall ! Hihi


Sekian dahulu cerita dan tips-tips untuk entri kali ni. Nantikan entri yang seterusnya pula berkenaan PULAU PAYAR. Woohooo!!!

Entri seterusnya: Bhgn 4 Percutian Bajet Naturally Magical Langkawi: Pulau Payar !

4 ulasan:

  1. good sharing..thanks for info..it helps a lot :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama. harap dpt membantu percutian saudari.. ;)

      Padam
    2. Thanks bro, skrg mesti dh naik sbb GST

      Padam
  2. Boleh ws saya 01117773403 saya berminat dgn pakej ini.

    BalasPadam