Jemput Sertai Blog Saya ;)

Ahad, 12 April 2015

Bhgn 4 Percutian Tak Disangka, Hat Yai 2H 1M: Magic Eye 3D Museum


Bhgn 1 Percutian Tak Disangka, Hat Yai 2H 1M: Persiapan dan Ketibaan. 

Bhgn 2 Percutian Tak Disangka, Hat Yai 2H 1M: Review Hat Yai Merridian Hotel

Bhgn 3 Percutian Tak Disangka, Hatyai 2H 1M: Ice Dome.   

Bhgn 5 Percutian Tak Disangka, Hat Yai 2 H 1 M: Buffet Dinner di puncak Hat Yai.


Selepas berjimba di Ice Dome, kami meneruskan pengembaraan kami ke Magic Eye 3D Museum. Masa perjalanan yang diambil ialah selama 20 minit. Sepanjang perjalanan, agak kagum dengan orang-orang Thailand. Pandang depan, Honda City, Pandang kiri Toyota Vios, Padang kanan Chevvy... woww! Bersepah-sepah. Teruja kejap.


On the way ke Magic Eye 3D Museum. Tak duduk diam !

Magic Eye 3D Museum ni terletak bersebelahan Greenway Shopping Mall. Bagi yang datang dengan kenderaan sendiri pon di sini ada banyak parking sebab dekat dengan kawasan mall. Tiket masuk bagi dewasa ke Magic Eye 3D Museum ini ialah THB400 bagi dewasa. Harga ini termasuklah dengan pertunjukan magik selama 40 minit. Bagi hari Isnin dan Selasa, tempat ni dibuka dari jam 9 pagi hingga jam 7 malam. Hari-hari lain dibuka pada jam 9 pagi hinnga 9 malam.


Jom masuk! Sebelum masuk, anda dikehendaki untuk menanggalkan kasut, selipar, dan yang sama konsep dengannya. Hihi. Kasut dan selipar anda akan diletakkan di dalam bakul bernombor dan disusun di atas rak. Pekerja akan melekatkan pelekat nombor bakul ke baju anda.Yayy boleh kaki ayam kat dalam ni.

Kami sampai di sini ngam ngam sebelum magic show yang akan bermula pada jam 4 petang. Ada masa 10 minit lagi, kami berehat di atas sofa empuk cafe muzium ini. Sebelum masuk ke pertunjukkan, tiket akan diperiksa.

Macam-macam trick yang ditunjukkan oleh mereka. Ada juga dorang panggil penonton. HAHAHA. Performer tu pilih dia ni.. pastu celaka je kan orang-orang belakang tepuk tangan ramai-ramai nak suruh dia naik. Hahaha. Yang untungya dapatla ambil gambar macam ni. Yang tepuk-tepuk tu kau hado? HAHAHA.Dah selesai pertunjukkan, kami bergerak ke dewan pameran. Sebelum masuk ke dewan pameran, tiket akan diperiksa sekali lagi dan tangan anda akan dicop dengan dakwat.

Jom lihat aksi-aksi kami yang tak seberapa.. :p


Eh.. ehh. Jatuh kang.
Baru nak belajar meniti ke bang?
Nak sangat susu, nah amek! Hahaha. Splash !
Nakal !

Hei ! Kenapa koyakkan !

Welcome to my mansion !
Pari-pari dibawa angin...

Heiiii !!!!! Kuajaqqqq !!!

Fuyooo...

Shhhhhh.... apa tengok-tengok? Suka?

Kau dah kenapa?

No gravity !
Tolongg!! Tolong!!

Oh mak kau... terkezuttt !!

Whoaaaaa !!
APAKAHH??!!

Mana kau nak lari???? Siap kau...


Santai di awangan..

Di manakah beta berada??

Zam zam ala kazammmmm!!!

Dah sampai Mesir.. kau hado? Hahaha

Ini la antara aksi-aksi kami. Ruang pameran ni terdiri daripada dua tingkat. Memang banyak trick yang boleh dimainkan. Sejam pon belum tentu cukup. Tandas juga ada disediakan. Aku memang salute tandas dia. Bersih, kering, dan berkilat ! Aku puji cleaner tu. Tersipu-sipu malu dia. Hahaha. Rasa macam dah lama sangat, kami cepat-cepat la keluar daripada sini. Kesian pulak memikirkan pakcik driver tunggu lama. Kami blah dari tempat ni pada jam 5.30 petang dan kelihatan pakcik driver dah menunggu kami di luar. Di luar juga peniaga-peniaga dah mula sibuk set up meja dan barang-barang jualan. Meriah ! Macam ada pasar malam. Bagi yang berkesempatan boleh la tengok-tengok barang. Kami meneruskan agenda kami yang seterusnya. Ingat lagi di entri sebelum ini saya ada kata, orang lihat pemandangan Hat Yai naik cable car... tapi kami ada cara yang lain untuk itu... Haha.. nak tau apa dia,, nantikan entri seterusnya.. Tunggu dan lihat ya !

Entri seterusnya:-

Bhgn 5 Percutian Tak Disangka, Hat Yai 2 H 1 M: Buffet Dinner di puncak Hat Yai.

3 ulasan:

  1. Sewa Kereta Murah Di Bali
    Kami hadir menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta Murah Di Bali pada kadar sewa yang dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakn.
    Telefone/WhatsApp : +62 811 387 010
    Wechat ID : astawa-krishna
    450k Sehari sudah termasuk petrol, bayaran letak kereta, pemandu, dan cukai.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum...

    Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah

    1. Viva RM90
    2. Myvi RM120
    3 Saga RM120
    4. Alza RM140
    5. Exora RM150
    6. Avanza RM170
    7. Vios RM180
    8. Urvan RM230

    Homestay RM100.00 semalam

    Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
    0129600702 (Whatsapp)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...

    Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah

    1. Viva RM90
    2. Myvi RM120
    3 Saga RM120
    4. Alza RM140
    5. Exora RM150
    6. Avanza RM170
    7. Vios RM180
    8. Urvan RM230

    Homestay RM100.00 semalam

    Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
    0129600702 (Whatsapp)

    BalasPadam