Jemput Sertai Blog Saya ;)

Sabtu, 31 Ogos 2013

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 4: Review mengenai Hotel Ao Nang Smile, Krabi, Thailand.


Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 1: Persiapan Sebelum Krabi

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 2: Ketibaan di Aiport dan Ao Nang

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 3: Sunset di Ao Nang dan Private Beach

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 5: Four Islands Tour

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 6: Phi Phi Island Tour

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 7: Restoren Thai Food Bersenang-Senang. Halal, Selesa, Bajet, dan Sedap!

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 8: Penutup dan Bajet 4 hari 3 malam.

Selama 4 hari 3 malam, kami menginap di Hotel Ao Nang Smile. Hotel ni bertaraf 2 bintang. Sesiapa yang ingin menginap di Krabi dan berbajet rendah tetapi menginginkan servis dan perkhidmatan seperti di hotel 5 bintang, aku sarankan menginaplah di hotel ni. Lokasinya hanya 5 minit berjalan kaki daripada pantai, restoren, kedai runcit, kedai buah tangan dan lain-lain. Restoren halal cuma bersebelahan dengan blok hotel dan harga makanannya semurah 65 baht sepinggan tapi sedap! Ikuti juga entri akan datang pasal restoren ni.

Harga bilik yang ditawarkan memang murah, seperti yang tercatat dalam gambar di bawah. Aku print screen di Agoda.com, website yang aku book hotel ni. Bila dah campur dengan cukai, ada la dalam RM60 semalam. Murah! Kat Malaysia kalau hotel harga macam ni memang sakai gila la. Tapi tidak di Ao Nang Smile, Krabi, Thailand. Bilik dia pon laris, macam pisang goreng panas. Siapa cepat, dia dapat. Masa aku print screen ni pon, bilik tinggal berapa ja walaupon pada musim low season. Book awal-awal di Agoda.com pon tiada masalah, sebab kita diberi masa untuk batalkan booking tanpa caj. Kalau tak silap, tiga hari sebelum tarikh kita book.

 Markah review untuk hotel ni pon dapat taraf Fantastic, 8.4/10. Tak banyak hotel bajet murah di Krabi yang dapat markah macam ni melainkan hotel-hotel yang bertaraf 5 bintang dan aku memang nak rate hotel ni kasi 10/10 tapi problem nak log in. Rata-rata review daripada pelancong lain juga mengatakan hotel ni memang terbaik.

Ini pengalaman kami:  Masa kami sampai di hotel ni, time tu awal pagi lagi, pukul 9.30 pg. Kami disambut dengan senyuman oleh dua orang receptionist di lobi. Dorang memang baik gila dan sedia membantu. Yang sorang tu memang sangat cun. Ngeh3~. Sebab masih awal, bilik pon masih belum siap, jadi kami tinggalkan bagasi dan berjalan di sekitar Ao Nang sambil mencari tour agent untuk book Island Tour. Rata-rata mengenakan harga yang sangat mahal. Kami kembali ke hotel pada jam 11.00 pagi dan dah decide nak book 4 Islands Tour dan Phi Phi Island Tour melalui hotel ni ja. Harganya memang paling murah! Terbaik! Dapat tawar harga lagi. Tak ambil masa yang lama untuk book tour, dan mereka book tour agent yang excellent! Kalau book sendiri, kita belum tentu tahu kredibilitinya sebab ada yang teruk. Bila dah sudah book, receptionist kata bilik dah siap dan boleh terus check in. Tak payah tunggu sampai pukul 2.00 petang, waktu standard untuk check in hotel. Lepas tu, masuk-masuk bilik ja, bilik dah siap disejukkan. Lega rasanya sebab cuaca memang panas. Hotel ni juga ada menyediakan tikar, topi, dan payung untuk dipinjam. Amacam, terbaik tak?

Review hotel Ao Nang Smile di Agoda.com. Rata-ratanya positif dan markah keseluruhan, Fantastic!

Image: Agoda.com. Luaran Hotel Ao Nang Smile. Kedudukan dia tinggi sikit daripada biasa. "So kira selamat la barang-barang kalau tetiba datang benda yang tak diingini".

Dah lepas book island tour, ada orang escort hantar kami ke bilik. Kami pilih bilik di tingkat atas. Jadi mendaki la tangga tu, lift tiada. Tapi tak jadi masalah pon. Sampai bilik, dia ajar cara macam mana nak guna peti keselamatan. Bilik dia luas, selesa, berhawa dingin, bersih, dan lengkap dengan kemudahan asas. Ikuti review bergambar di bawah ni pula.


Baru sampai bilik. Settle down. Baca info penting. Hihi

Kehadiran kami disambut juga dengan 2 ekor gajah ni. Ni sebenarnya tuala mandi dan tuala kecil.

Katil Queen Size yang luas dan selesa. Bantal dia ok, cuma tilam agak keras. Tilam standard hotel bajet di Thailand. Hotel bajet lain pon macam ni juga kualiti tilamnya. Lampu tidur pon ada berserta telefon.

Image: AsiaRooms.com Keadaan di dalam bilik air. Bilik air dia luas, dalam 8 kaki x 10 kaki. Kemasannya cantik. Syampu dan sabun mandi juga turut disediakan. Nak buang air besar pon tiada masalah sebab kat tepi toilet bowl tu ada paip air yang berhos. Air panas pon ada untuk shower. 

Kerusi untuk lepak sambil borak-borak pon ada. Siap dengan lampu meja dan lampu bacaan. Cermin clear. Tv pon ada, tapi banyak channel Siam la. Satu channel ja yang siarkan movie western, ok la tu kan? Semuanya berfungsi dengan baik dan dalam keadaan yang elok.

Balkoni pon ada. Boleh jadi tempat sidai kain yang basah selepas aktiviti air dan boleh hirup udara pantai sebentar.  Kerusi ada boleh duduk rehat.

Selain daripada yang dah disebut, peti ais pon ada. Setiap hari mereka akan bekalkan 2 botol air minuman dan mereka letak dalam peti ais. Kalau tak cukup, boleh mintak lagi. Selain tu, almari baju yang disediakan luas.

Ni la rupa botol dan air mineralnya. Cap Singha.

Haaaa.. kan dah angin. Sebenaqnya ada benda yang terjadi masa aktiviti di luar. Hat tu hangpa toksah tau. Kah kah kah. =D
Selain tu, hotel juga ada menyediakan room service setiap hari, free of charge. Sangkut kad "clean my room" kat luar. Tuala pon setiap hari ditukar, tinggalkan atas lantai, tu maknanya kita suruh mereka cuci dan tukar baru. Servis dobi pon ada disediakan dengan kadar bayaran yang berpatutan. Servis breakfast buffet pon ada tapi kami tak makan kat situ sebab mahal dan review kata tak sedap. Kami makan di restoren halal yang murah lagi sedap yang terletak bersebelahan dengan hotel ni. Teksi untuk ke Krabi Airport pon kami book melalui hotel ni dengan harga 500 baht. Harga di tempat lain 600 baht. Nantikan entri seterusnya kalau nak tahu lebih lanjut. =)


 Entri Seterusnya
Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 5: Four Islands Tour

38 ulasan:

  1. Assalam. Mse booking hotel dkt agoda.com tu, servis cas yang agoda kenekan mhl x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam. kat agoda, servis charges 10% + hotel tax 7%. dan berdasarkan pengalaman saya, ada hotel yg harga sebilik/night di agoda tak sama dengan rate yg ditawarkan kalau book direct dgn hotel. contohnya kalau di agoda rate yg ditawarkan untuk satu bilik hotel ni RM100/nite, tp kalau kita book direct dgn hotel tu, rate dia RM300/nite. kebanyakkannya lagi murah di agoda, dpd rate yg book direct dgn hotel. tp boleh try la tanya hotel tu rate dia. sekadar berkongsi. harap membantu. :)

      Padam
  2. maaf bertanya. macamna kita nak booked kat agoda tu ? dia kena guna mastercard ka ? tima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kena guna mastercard. Visa pon bole. Pendek kata, kena guna credit card. Selain tu, paypal pon bole.

      Padam
  3. Assalam sy baru nak g bln 5 nie..skrg tgh tgk2 review ttg penginapan..btw nice info..mcm nak stay kat Aonang smile ja :)

    BalasPadam
  4. nape x dpt harga murah ea, dah review, hrga plh murah rm112, xdpt la yg rm60 tu huhuhu

    BalasPadam
  5. bro nak tanya..kalau sy nk g sendiri dgn kwn2 tp pkai passport group, perlu ke amik tour guide thai?? sebab ade ckp klau g sana pkai passport group kena amik tour guide thai..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum. Nasihat saya jgn sewa d nong eed hotel. Baca ulasan tentang hotel ini di internet

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam. tq kasi info tu. terus sy baca review pasal hotel nong eed. memang review buruk2 dan teruk2. jahatnya org tu. menjahanamkan percutian orang. x sangke ade org mcm tu. dia ingt dia bukak rumah tumpangan utk mafia ke apa. sy baca review tu pon rasa mcm nk marah. huhu

      Padam
  7. Nasihat saya jgn sewa nong eed hotel sbb saya ada pengalaman buruk d situ. Baca ulasan penginap lain tntg hotel ini

    BalasPadam
  8. sy nak pergi unplan ke krabi . nak terus gerak je klu cuti lulus. boleh bg info yg lebih gempak dan tepat tak ? mungkin 1april nie gerak kot klu cuti lulus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak terus gerak boleh je dan kos untuk booking flight last minute ni mahal berkali ganda jugak. kalau tak nak naik flight, boleh ikut jalan darat. samada drive pakai kereta sendiri, ataupon cik puan/cik tuan boleh naik bas atau train KTMB ke Hat Yai dan ambil bas/mini van di Hat Yai untuk ke Krabi. Bila dah sampai Krabi, boleh amek teksi untuk ke tempat penginapan. Saya sarankan duduk di Ao Nang la sebab dekat dengan pantai dan lagi happening. pasal ikut jalan darat ni, boleh rujuk pengalaman mereka yang dah pernah buat macam tu kat blog yang saya sertakan ni..

      http://penceritamaya.blogspot.com/2013/11/kill-time-trip-hatyai-krabi-part-1.html

      untuk penginapan seeloknya sebelum pergi, dh siap book awal-awal la. boleh book melalui booking.com atau agoda, mereka hanya terima kad kredit dan boleh juga bayar pakai paypal di agoda.

      Selain tu, kalau cik tuan/cik puan berubah fikiran dan tak nak pikir banyak sangat, pergi Langkawi je. Langkawi pon apa kurangnya. Ni ada pakej di groupon:

      serendah RM548 untuk dua orang berserta flight pergi balik 3 hari 2 malam di Tubotel Langkawi. Hotel standard biasa. http://getaways.groupon.my/en/deals/718053600

      lagi RM1188 untuk dua orang berserta flight pergi balik. yang ni di hotel lima bintang di Pulau Rebak Besar, Langkawi. Pulau Rebak Besar ni depan Pantai Cenang je. Daily return unlimited boat transfer pon ada daripada Pulau Rebak Besar ke Pulau Langkawi, tapi ada jadual. Complimentary in-house activites pon ada. Boleh rujuk ke link ni: http://getaways.groupon.my/en/deals/718058099

      btw, harga pakej tu bergantung jugak dengan tarikh tiket flight yang dipilih sebab ada hari yang tiket mahal, so akan ada surcaj.

      harap-harap info-info ni dapat membantu ;)

      Padam
  9. Balasan
    1. w'salam. ada :)
      http://www.aonangsmile.com/index.html
      http://www.agoda.com/aonang-smile-hotel/hotel/krabi-th.html
      http://www.booking.com/hotel/th/aonang-smile.html

      Padam
  10. Salam fadzlan ,nice story ,ingat nak pegi krabi dgn kawan ,much obliged for helpful information fadzlan ...thanks so much ......... : )

    BalasPadam
  11. Assalam.. ao nang smile hotel ni sediakan mknn hala ker? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. ao nang smile hotel tak sediakan makanan halal tp ada restoren halal yang berdekatan dengan ao nang smile. rujuk review restoren yg kami makan di krabi. ada dlm entri-entri percutian krabi ni..:)

      Padam
  12. salam. 1 bilik boleh occupy 4 org x? pihak hotel bg ke? leh apply extra bed x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam. yang tu sy x boleh nk jawab lah sbb sy bukan owner hotel.. cuba cik email dorang.. http://www.aonangsmile.com/contact.html

      Padam
    2. di website ao nang smile tu juga ada policy untuk extra bed. harap info tu dpt membantu cik.. ;)

      Padam
  13. Alhamdulillah...berhasil.. kunjungan kali kedua ke krabi...kali ni cari hotel sendiri...xamik sekali kat airasiago.. mmg berbaloi! Hotel aonang smile krabi.. lokasi strategik..dkt dgn tempat mkn halal.. ada masjid berhampiran..err.. xpasti masjid ke surau..lom singgah. Br je sampai..dh excited nk share komen ni. Btw..thanks bro for all ur info psl aonang krabi. Sgt membantu!
    Pic yg kat atas tu... sama mcm keadaan hotel skrg.. kecuali toilet now ni lbh cantik.. xpakai plastic curtain tu lagi...apapun..sgt2 berpuas hati.. dgn harga bilik...dr agoda...2mlm.. 1mlm tambahan harga direct dr hotel.. mmg berbaloi! Bilik luas...next time bleh bwk anak2 lak...insyaallah. (cuma hotel ni xde lif.. kalo sakit lutut xleh la nak panjat tangga...)

    BalasPadam
  14. Ops.. pembetulan.. yg dpn aonang smile tu bkn surau bkn masjid.. tp mini market.. bangunan tu bentuk mcm surau.. heheh..sorry.. silap..

    BalasPadam
  15. lepas print out booking information dan duit pun dah tolak siap2 ada apa2 step lagi nak kena buat tak? risau jugak kot tergantung. first booking di agoda. nice review.

    BalasPadam
  16. Bakal ke Krabi dlm masa terdekat. Review tempat best kat blog bro. Thanks for the info :D

    BalasPadam
  17. sy nak tye,bgaiman nak booked airport transfer dr airport ke hotel ni ye?nak contact bagaimane ye? hotel kami da booked dah

    BalasPadam
  18. nak tnye.. sy dah tempah kat agoda. utk 1st time.. tapi pilih pay later... lepas tu nk byr mcm mne ek ? byr mse dah smpai sana ke ? die ade kate pay nothing until 8 oct. sy nk g krabi 15 otct nie.. huhu harap dpt mmbantu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dapat penyelesaian ke? saya pun hadapi benda yg sama. taktahu nak bayar mcm mana

      Padam
  19. Salam..
    Nk tnya bro..
    Kat hotel tu byk tk yg pndai melayu....

    BalasPadam
  20. salam,,,nk tnya,hotel apa yg best brdekatan ngn airport???

    BalasPadam
  21. very useful sharing. saya akan ke saya jan 2018. Thanks!

    BalasPadam