Jemput Sertai Blog Saya ;)

Khamis, 5 September 2013

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 5: Four Islands Tour.




Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 1: Persiapan Sebelum Krabi

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 2: Ketibaan di Aiport dan Ao Nang

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 3: Sunset di Ao Nang dan Private Beach

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 4: Review mengenai Hotel Ao Nang Smile, Krabi, Thailand.

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 6: Phi Phi Island Tour



Selain Phi Phi Island Tour, kami book aktiviti 4 Islands Tour jugak. Aku nak bercerita tentang 4 Islands Tour dulu walaupun kami ke Phi Phi Island Tour sebelumnya, sebab bagi aku 4 Islands Tour lagi bes, lagi tenang, dan lagi santai daripada Phi Phi Island Tour. Lepas balik daripada Phi Phi Island, ingat nak cancel je 4 Islands Tour tapi ada macam-macam halangan. Ternyata halangan ni sebenarnya nak kami enjoy dulu 4 Islands Tour dan sememangnya 4 Island Tour lagi terbaik! Fuh! Puas hati wa cakap lu.

Tour ni kami book daripada hotel yang kami menginap, Ao Nang Smile Hotel. Harganya tak ingat, tapi aku yakin kurang daripada 500 Baht. Kami bayar harga ni kalau naik long tail boat. Tapi bila sampai di jeti, kami dibawa menaiki speed boat. Seronok gila! Bayar kadar untuk long tail boat, tapi dapat speed boat. Wohoo! Harga untuk speed boat lagi mahal, 900 Baht kalau tak silap. Ni la kelebihan kalau menginap dan book tour di Ao Nang Smile Hotel. Hihi.

Anyways, kami dijemput oleh wakil tour agent seawal jam 7.30 pagi di hotel dan kami dibawa kurang dua minit berjalan kaki menuju ke ofis mereka untuk berkumpul sebelum menaiki trak pikap ke jeti. Tak macam Phi Phi Island Tour di mana kami dijemput daripada pintu hotel dan dibawa dengan menaiki van mewah, tapi itu tak menjadi masalah, kami ok ja. Bila sampai di jeti, anda akan jumpa lagi ramai orang sebab di jeti ini lah tempat berlepas bagi semua aktiviti Island Tours. Group aktiviti kami tak ramai, kurang daripada 20 orang, cukup selesa untuk sebuah speed boat yang ada 2 enjin tu.


Dalam boat. Menuju ke destinasi pertama.

Kami pilih untuk berada di bahagiam hadapan boat. Sebenarnya belum sampai lagi di destinasi pertama, baju dah basah-basah dah. Sebab boat melantun-lantun dan air terpercik ke muka dan badan. Nasib baik bawak sun glasses. So rileks je bila air laut tu terpercik kat muka. Memang bes gila!!! Kena pegang kuat-kuat dan duduk sestabil yang mungkin sebab memang macam boat tu nak terbang. Mungkin sebab laut pada haritu agak bergelora.


Tup Island.
Selepas kurang daripada 15 minit, kami sampai di destinasi pertama kami iaitu Tup Island. Selain daripada pasirnya yang putih dan airnya yang jernih, keistimewaan Tup Island ialah anda boleh berjalan kaki daripada satu pulau ke satu pulau yang terdapat di sini ketika dalam keadaan air surut.

Ketika air surut, anda boleh berjalan kaki dari satu pulau ke satu pulau. Biru dan jernih ja, memang puas hati.

Gambar candid ni. Haha. Tak perasan kawan snap.


Lagi satu benda bes di sini, anda tak perlu berenang dan menyelam kalau nak main dengan ikan. Kat kawasan cetek ni pon akan ada banyak ikan yang akan datang. Jinak-jinak. Sori gambar kurang clear sebab ada air kat lens. Tapi nampak la ikan tu kan? Hihi.


Chicken Island.
Selepas satu jam di Tup Island, kami dibawa ke Chicken Island. Pulau dinamakan sebegitu sebab nampak tak bentuk kepala ayam tu? Di sini kami tak dibenarkan turun, cuma ambil gambar daripada dalam boat sahaja. Siap panjat atas kepala boat tu, tapi sebenarnya dalam hati cuak kot-kot jatuh dalam laut tapi sebab nak ambil gambar, kontrol senyum jela. Steady!!!

 
Kepala ayam !


Snorkeling
Kemudian kami dibawa ke satu lokasi untuk aktiviti snorkeling. Untuk aktiviti ni kami dibekalkan dengan jaket keselamatan dan snorkeling gear. Semuanya dah termasuk dalam pakej. Tapi untuk dipinjam sahaja, bukan untuk bawak balik.


Sebelum tu, kita pasang life jacket elok2 dulu. Mengikot pengalaman aku, kalau nak betul-betul stabil semasa kita menyelam dan berenang, kena pakai jaket ni jangan terlalu longgar. Ketatkan sedikit mengikut keselesaan.

Lunch
Selepas tu kami dibawa ke satu pulau untuk buffet makan tengah hari. Buffet ni dah termasuk dalam pakej dan makanannya halal sebab masa kami book, kami minta tour agent yang menyediakan makanan halal. Sebab lapar, sekali tambah jugakla. Aku tak sure apa nama masakan lauk yang aku makan, tapi itu makanan Thai la. Sedap jugak. Hilang rasa lapar. 

Bila dah kenyang dan dah puas bermain-main di sekitar pantai, siap-siap naik boat untuk menuju ke destinasi seterusnya. Sebelum boat gerak, ambil gambar jap. Hihi.



Poda Island
Destinasi seterusnya ialah Poda Island. Masa dalam perjalanan ke pulau ni, hujan turun. Tapi tetap aku fikir itu suatu benda yang positif dan menyeronokkan sebab dapat naik boat, duduk bahagian depan, sambil-sambil menghayati alunan ombak, hujan pulak tu, memang feel gila. Masa dah nak sampai di pulau ni, hujan sedikit reda. Tapi dah lama-lama lepas tu, hujan daaa. Tapi sempat jugak snap beberapa gambar sebelum hujan.


Tunggul batu besar ni memang trademark untuk Poda Island. Nampak je macam ni, orang tau ni Poda Island. Tapi jangan terkeliru dengan James Bond Island ya.

Suasana di Poda Island sebelum hujan turun.




Sampai sini rasa penat. Baring jap.Tak lama lepas tu, hujan turun. Adoiii.

Nasib baik ada restoren kat sini. Boleh buat berteduh. Sambil tu kami order air kelapa satu, kongsi berdua. Bila dah rasa lama sangat kat sini , kami terpaksa la berlari dalam hujan lebat menuju ke boat. Orang lain yang satu boat dengan kami pon tidak kelihatan.

Phra Nang Cave Beach
Kemudian kami di bawa ke Phra Nang Cave beach. Masa dalam perjalanan ke destinasi hujan semakin reda. Fuh! Tempat ni ada satu gua yang terkenal dengan lagendanya. Dikatakan para nelayan meletakkan arca berbentuk tut tut tu di sini sebelum keluar mencari ikan sebab percaya akan mendatangkan nasib yang baik.

Teguk air coke sat. Air coke dibekalkan oleh tour agent kami. Memang dah termasuk dalam pakej. Ambil banyak pon tak pa. Tapi berpada-padalah ya. Ingat orang belakang jugak.
Kami berdua. Sahabat Selamanya.











Keadaan di Phra Nang Cave Beach yang sedikit bergelora, sebab baru lepas hujan.









Di sini terdapat juga aktiviti hiking.

Awan hujan ditiup angin. Ombak pon makin bergelora. Kelihatan daripada sini, Chicken Island.

Railay East Beach
Railay beach terbahagi kepada dua iaitu Railay West dan Railay East. Kedudukannya juga bersambung dengan Phra Nang Cave Beach. Sebenarnya di sini ada view point dan secret lagoon. Tidak ada tour yang menawarkan pakej ini. Tapi daripada Ao Nang, anda boleh menaiki long tail boat ke Railay West beach dan berjalan kaki menuju ke Railay East Beach dan menuju ke tapak dakian untuk ke view point. Ambil lagi masa perjalanan untuk ke secret lagoon. Kami tak sempat nak buat aktiviti ni sebab masa yang diperuntukkan tidak la terlalu lama di sini untuk kami lakukan semua itu.


Railay East Beach, tempat bot kami berlabuh ketika aktiviti di Phra Nang Cave Beach. Begitu cantik sekali. Terbaik!
Kami berada di sini selama satu jam setengah. Sebelum bertolak pulang ke jeti untuk balik ke hotel, kami dihidangkan dengan beberapa potong kek. Sedap. Krew-krew ajen perlancongan tu pon melayan kami dengan cara yang paling terbaik. Sememangnya aktiviti ni berbaloi dan sangat memuaskan hati. Sesampai di jeti, ada pengangkutan yang menghantar kami pulang ke hotel. Balik-balik hotel, mandi dan rehat, sebelum menghayati suasana malam di Ao Nang. Nantikan entri seterusnya mengenai ulasan Phi Phi Island Tour.

Entri seterusnya

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 6: Phi Phi Island Tour

20 ulasan:

  1. good info..saya juga akan ke krabi pada october nnti.juga kan menginap di ao nang..cuma nak tanya sikit tour untuk 4 island n phi phi island berbeza?

    BalasPadam
  2. nakiahaziz: terima kasih kak, sekadar membantu kasi info. hm ptama sekali, 4 islands tour dan phi phi island tour ialah dua tour yang berbeza.

    tp bagi pendapat sy, aktiviti-aktivti untuk 4 islands tour dan phi phi island ni lebih kurang sama je iaitu melawat pulau-pulau, sightseeing, lunch, n snorkeling. cumanya tempat-tempat yang dilawati dlm phi phi island tour ni lg marvellous n fantastic, tp kekurangannya masa yg diperuntukkan untuk setiap aktivti tu singkat. rasa mcm x rileks seperti 4 islands tour. utk 4 islands tour, masa yg diperuntukkan untuk setiap tempat tu lama, so dpt la enjoy dgn rileks dan tenang, x terkejar-kejar. harga 4 islands tour juga lg murah dpd harga phi phi island tour.

    kalau nk tanya apa2 lgm bolela tanya.

    BalasPadam
  3. Tq for info...sy pun akan ke krabi pd hujung oktober nie...best bc entri awak sbb details...tq again

    BalasPadam
  4. sama2.. gerenti puas hati bila pegi nnt.

    BalasPadam
  5. Bro good info utk saya n family yg mungkin g November ni n maybe bwk baby kitorg skali.Kalau ada apa-apa advice utk yg bwk baby mcm saya blh gak utk di share..Thanx again

    BalasPadam
    Balasan
    1. x bnyk yg boleh saya ckp pasal baby, tp apa yg boleh saya bgtau, utk aktiviti island tour, kalau ombak besar, bot laju tu akan melantun-lantun. kuat jugak hentakan dia. tapi, selain dpd island tour, ada bnyk lg pon xtvt2 lain yg sesuai dn selamat utk seisi keluarga. xtvt2 boleh cek dgn tempat penginapan atau di Ao Nang. apa2 pon selamat bercuti! ;)

      Padam
  6. salam bro.. kalau ke 4 island ni u pegi dari pukul berapa sampai pukul berapa? phi phi island pun dari pukul brp smp pukul berapa ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam. kedua-dua phi phi island dan 4 islands tour ni, tour guide akan jemput di hotel kita menginap seawal jam 7.00 ke 8.00 pagi dan tiba di Ao Nang semula dalam jam 4.00 ke 5.00 petang.

      Padam
  7. berapa harga untuk 4 island dan phi phi island tu ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy beli di ao nang smile hotel, 4 islands tour seorang, 450 baht, phi phi island tour, 950 baht seorang.

      Padam
  8. salam.. 4 islands tour n phi phi island tour, 450 baht n 950 baht 2 tuk sehari kita pegi ke sana ke tuk pakej yg kite ambik klu 4 hari cntohnye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. 4 islands tour dan phi phi island tour ni hanyalah full day tour, iaitu sehari sahaja. Pegi pagi, balik petang. 4 islands tour dan phi phi island tour dijalankan pd hari yg berbeza. Tp kan, maybe boleh deal dengan tour agent tu. Kalau saudari/saudara berhajat nak stay di phi phi island, why not drop off je kat situ, xyah balik. Lagipon, destinasi terakhir sebelum pulang ke ao nang ialah its main island, phi phi don island, tempt di mana terletaknya penempatan, hotel2, restoren dan lain2. Apa2 pon boleh konfemkan dgn tour agent.

      Padam
  9. Salam bro nk tny laa budget ke krabi abis berapa...
    N ko org mik pakej or dh smpi sane bru cari tmpt..ingt bln 3 nie nk g sane

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam, nk tau detail bole baca kat bahagian 8. kiterang pergi sane rancang sendiri, x ikut mana-mana pakej daripada Malaysia kecuali pakej phi phi island dan 4 island tour je kiterang book kat ao nang. dan hotel kiterang dh book awal2 sebelum ke krabi.

      Padam
  10. Alhamdulillah.. byk2 blog.. blog u paling byk membantu.. thx for the info.. insyaallah.. bulan 1 ni kami akan terbang ke sana..... cuma bajet xdpt mcm u punya bajet la.. cz peak season kan.. hu.. tq so much.. klo ada lain2 pengalaman travel lain.. sila la kongsi~

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama. xpe la. asalkan sampai dn dapat merasainya. hihi. ya, bnyk lg pengalaman di destinasi-destinasi dlm negara yg sy dah terokai, tp sejak laptop breakdown ni, tergendala segala penulisan. ada masa nanti, akan saya buat entri yag lain pula ya.

      Padam
    2. :)
      lepas tu sy na tanya act ni 1st time flight to oversea. biasa jln darat jek.. huuuu
      If flight sy KBV-KUL depart 8.25AM. so waktu yg tepat untuk sy smpi airport dlm berapa jam sebelum departure tu ya?

      Padam
  11. As salam,
    nak tnye, kalo lpas smpai kt krabi time 1st day tu blh trus join utk 4 islands tour ker.. sbb ktrg punye mase agk limited 3D 2N.. 2nd day mybe blh gi Phi2 islands.

    TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk pengetahuan cik, agent akan mengambil pelanggan sekitar jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi untuk di bawa ke jeti. pukul 5 petang karang pulak bertolak balik ke jeti..

      Padam