Jemput Sertai Blog Saya ;)

Rabu, 25 September 2013

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 6: Phi Phi Island Tour.


Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 1: Persiapan Sebelum Krabi

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 2: Ketibaan di Aiport dan Ao Nang

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 3: Sunset di Ao Nang dan Private Beach

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 4: Review mengenai Hotel Ao Nang Smile, Krabi, Thailand.

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 5: Four Islands Tour



Aktiviti tour pertama kami ketika di Krabi ialah Phi Phi Island Tour. Kami book tour ni daripada hotel yang kami diami iaitu Ao Nang Smile Hotel. Hotel ni dala terbaik, pastu boleh dapat tour yang murah. Phi Phi Island Tour yang kami book daripada hotel ni cuma berharga kalau tak silap 900 baht seorang, tak ingat tapi aku sure yang range harga dia dlm 900-990 baht, tak sampai 1000baht pon.  Tempat lain yang aku survey di pekan Ao Nang memang harga menggila, sampai 2000baht pon ada, tapi tetap menawarkan pakej dan aktiviti yang sama. Kesimpulannya kena pandai-pandai cari la ya. Ataupon duduk ja kat Ao Nang Smile Hotel dan book tour melalui dorang dan dorang akan book tour agent yang murah dan excellent.

Pada pagi tu, seawal jam 7.30 pagi dah tunggu di lobi hotel, tunggu orang ambil untuk ke jeti. Tak rasa nak breakfast pon pagi tu sebab malam semalamnya dah puas melantak. Makan gula-gula free daripada kaunter lobi hotel jelah. Kemudian kami disambut oleh ejen tour tersebut di perkarangan hotel dan kami dibawa ke jeti dengan menaiki van mewah ni. Ketika di jeti, group kami ada la dalam 30 orang dan kami menaiki bot laju yang ada 3 enjin.

Dalam van on the way ke jeti. Dah siap-siap sapu sunscreen dah.

Bamboo Island

Setelah mengharungi perjalanan selama setengah jam yang melantun-lantun, kami tiba di destinasi pertama iaitu Bamboo Island. Nama ja bamboo, tapi takda bamboo pon. Yang ada cuma pokok rhu. Orang Thai cakap bamboo semua dah kena tebang. Dengan tibanya kat sini, bermakna ni la kali pertama aku jejak kaki kat pulau yang air dia betul-betul biru jernih dan pasirnya putih. Woohoo! Tercapai jugak impian aku. Alhamdulillah.

Suasana di Bamboo Island. Dipenuhi dengan pokok rhu dan dikelilingi oleh air laut yang biru memukau.

Posing jap. Ngeh3~

Kat atas pulau ada gerai yang jual minuman, pondok rehat, dan juga tandas. Dinasihatkan tak payah la beli minuman kat atas pulau ni mahupun air mineral. Harga mahal gila, 100baht untuk sebotol air mineral 1.5 liter. Kalau nak air mineral, beli siap-siap di Ao Nang, 10 kali ganda lagi murah. Lagipon, tour agent ada juga menyediakan minuman free untuk setiap seorang.


Phi Phi Leh Island


 Maya Bay

Seterusnya kami menuju ke gugusan pulau yang dinamakan Phi Phi Leh Island. Phi Phi Island terbahagi kepada dua gugusan iaitu Phi Phi Leh Island dan Phi Phi Don Island. Destinasi kami yang pertama di gugusan Phi Phi Leh Island ialah Maya Bay. Kat sini la jadi tempat penggambaran filem The Beach arahan Leonardo DiCaprio. Sesampai di sini ramai gila orang. Penuh sesak. Tak hairanla sebab yang datang ni bukan daripada Krabi je, tapi daripada Phuket jugak. Masa yang diberikan di sini pon tak terlalu lama iaitu hanya 25 minit. Tak puas.

Angkat kepak nak terbang ke?

Hero Malaya, kata Umminya.


 Loh Samah Bay

Destinasi kami seterusnya ialah Loh Samah Bay. Keistimewaan tempat ni ialah air dia memang jernih gila sampai bole nampak dasarnya dengan jelas disamping dikelilingi dengan formasi gua-gua batu kapur. Di sini, kami tak dibenarkan turun, tengok daripada dalam boat ja. Apa-apa pon memang terpesona bila kat sini. Cantik!!!

Biru macam air kolam renang

Cantiknya..

Tudiaa..., nampak tak dasar dia?


Viking Cave

Di kawasan Loh Samah Bay ni juga terdapat tempat dipanggil Viking Cave. Ni tempat orang kutip sarang burung kalau tak silap. Semua pengunjung yang datang ke sini hanya boleh lihat daripada dalam boat ja kerana struktur binaannya yang dah tak kuat.

Pandangan Viking Cave daripada dalam boat yang kami naiki. Gua batu kapur yang gelap di dalamnya.

 Snorkeling
  • Loh Samah Bay 
Selepas itu kami di bawa ke tempat untuk aktiviti snorkeling. Peralatan untuk aktiviti ni disediakan oleh ajen, Dah termasuk dalam pakej. Tapi kalau rosak, kena bayar. Kami snorkeling di sini selama 40 minit.

Peace! Sempat lagi walaupon masa ni tengah struggle gila sebab baru pertama kali dalam hidup snorkeling. Kesimpulannya ikat jaket tu ketat-ketak mengikut keselesaan baru la stabil dan senang untuk terapung dan berenang.

Bankyak ikan aku cakap kauuu. Air dia pulak jernih dan ikannya jinak-jinak. Memang terbaik!

Gelagat pengunjung-pengunjung lain ketika bermain dengan ikan.

Nampak dasarnya. Tapi  banyak batu-batu biasa ja sebab batu karang banyak yang dah musnah  masa tsunami dulu. Macam dalam kolam air dia. Excited gila!

Phi Phi Don Island

Lunch

Selepas snorkeling, kami menuju ke gugusan Phi Phi Don Island. Tujuan utama kami ke sini ialah makan tengah hari secara buffet yang memang dah termasuk dalam pakej. Memang ada satu bangsal besar khas  tempat pengunjung berhenti makan di sini. Makanan dia pon boleh tahan dan banyak. Nasi, spageti, ikan, ayam, daging, sayur, buah, dan macam-macam lagi. Dan semestinya halal!. Dalam tengah lapar-lapar tu, memang puas hati gila lepas makan kat sini. 

Selepas makan, kami berjalan-jalan di sekitar pulau. Tu diaa, posing bukan main noh.

Phi Phi Town

Walaupon masanya singkat, kami sempat jugakla berjalan-jalan di sekitar pekan Phi Phi. Banyak tempat-tempat yang menjual cenderhati, hotel-hotel, dan tempat-tempat hiburan. Suasana di sini juga agak sesak dengan pengunjung. Nak bergambar kat tengah-tengah jalan ni pon kena tunggu line betul-betul clear. Kat sini hanya ada kenderaan macam basikal dan motor ja. Tu pon tak banyak.

Macam-macam. Perempuan belakang tu dah kenapa?? :p


Snorkeling
  • Phi Leh Lagoon at Phi Phi Leh Island
Selepas tu kami dibawa ke Phi Leh Lagoon untuk aktiviti snorkeling sekali lagi. Wohoo! Di atas bot pada masa tu jugak kami dihidangkan dengan buah tembikai dan air minuman unlimited. Tapi ingat orang belakang la jugak. Masing-masing bayar kan? Ngeh3~

Indahnya alam.

Perfecto!

Dah sudah snorkeling, kami berangkat pulang ke jeti di Nopparat Thara sebelum menaiki kenderaan yang memang sedia menunggu untuk menghantar semua pengunjung ke hotel. Dalam jam 3.00 petang kami tiba di hotel. Kesimpulan daripada aktiviti ni, memang bes tapi suasananya yang sesak dan masa yang diperuntukkan ketika di suatu-suatu tempat yang singkat membuatkan rasa tak rileks dan tak puas hati. Sebab itulah aku lagi prefer aktiviti 4 Islands Tour daripada Phi Phi Island Tour, lebih rileks dan lebih santai. Tak boleh nak salahkan mereka jugak sebab mana-mana ejen pon sama macam tu tapi kualiti perkhidmatan ejen yang ni boleh dikatakan bagus.

Selain tu, kalau ikuti tour ni, tak perlu susah bawa kain dan baju sebab memang baju-baju yang basah ni akan kering dengan sendirinya. Cukupla bawa towel dan keperluan penting yang lain seperti alatan sunscreen dan alatan-alatan kalis air untuk barangan anda. Bagi yang bercadang nak menginap di Phi Phi Island, apa yang aku boleh katakan kadar sewa hotel di sini dan harga makanan-makanannya agak mahal sedikit jika dibandingkan dengan di Ao Nang. Datang one day trip pon rasanya dah kira okey. Tapi kalau ada duit banyak apa salahnya ye dak?

Nantikan entri seterusnya mengenai restoren halal yang sedap lagi murah serendah 65 baht sepinggan, yang menjadi tempat makan kegemaran kami ketika di Ao Nang. Stay tune!

Entri seterusnya

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 7: Restoren Thai Food Bersenang-Senang. Halal, Selesa, Bajet, dan Sedap!

44 ulasan:

  1. Assalam. Sye nak tnye pasal brg2 penting mcm passport n wallet yg dibawa waktu pegi snorkeling. Nak letak kt mne waktu kite snorkeling?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam. saya tinggalkan passport saya dalam peti keselamatan kat bilik hotel je. Wallet saya bawa bersama dalam beg galas kot2 nak guna duit. Saya tinggalkan je beg tu atas bot. Snorkeling dilakukan di tengah-tengah laut. Memang tak cecah darat. Kalau mcm tour guide sy haritu, dorang offer untuk jaga barangan2 yang customer tinggal dlm bot. tapi kalau takut kecurian, xyah bawak walet pon xpe, bawak duit sikit je kot2 nak guna.

      Berdasarkan pengalaman saya, xde ape sgt yg perlu dibeli. makanan dan minuman memang dah disediakan oleh pihak tour guide. kalau nak shopping pon xde mase sangat. kalau nak shopping cenderamata atau barangan lain, baik shopping di Ao Nang jela sebab semua barangan yang dijual lebih kurang same je. Kat Ao Nang pon boleh dapat. Bawak duit sikit je kot2 nak guna untuk kecemasan. Dan bawaklah juga sebotol air mineral setiap seorang walaupon minuman disediakan sebab mungkin tgh jalan2 tu haus pulak. cuaca memang panas kat sana.

      Harap membantu :)

      Padam
    2. Orite bro. Thanks :)

      Padam
    3. nak tnya jgk..pergi sne amek pkej or sndri...if pkej ad conct agent x..tq

      Padam
  2. salam..saya akan ke krabi pertengahan Nov..saya akan membawa anak anak saya yg berumur 12, 10 dan 6 tahun..ok ke kalau dorang snorkerling kat sana..sebab ni 1st time nak bawak dorang snorkeling..for 1s timer ada ke org yg akan memantau aktiviti snorkeling

    BalasPadam
  3. opss silap..bukan Nov tapi Dec..musim hujan nanti tak bahaya ke aktiviti snorkeling?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam. sy pon masa di phi phi island, time tu first time jugak dlm hidup ni snorkeling. masa mula-mula agak kekok jugak dan kerap kali air laut masuk dlm ruang hidung tu. bagi anak-anak cik puan/cik tuan kalau dibenarkan utk snorkeling, cik puan/cik tuan kenala pantau sbb mmg xde org pantau utk xtvt snorkeling, lg2 first timer. sy yg first timer ni pon rasa lain macam. snorkeling pd keesokan harinya baru sy pandai sebab sy ada amek 4 islands tour jugak selain dpd phi phi island tour.

      tp xtvt snorkeling ni x wajib pon. boleh duduk atas bot jugak masa xtvt snorkeling dilakukan. dan apa yg sy bole kata kalau dlm phi phi island tour, air laut kat tmpt snorkeling tu mmg jernih, dpd atas bot pon bole nmpk ikan2 tu, gmbrnya ada dlm post ni. kalau baling roti, bnyk gila ikan dtg, tp airnya dalam. kalau kat dlm 4 island tour pulak, ade jugak xtvt snorkeling, air dia pon dalam tp air dia x sejernih mcm air kat tmpt snorkeling dlm pakej phi phi island tour. kalau dpd atas bot, nmpk jugak ikan2 tu, tp x sejelas mcm di phi phi island.

      tp dlm pakej 4 islands tour, ade jugak satu tmpt tu namanya tup island. kat sini walaupon air cetek, tetap ada banyak ikan dan ikan2 tu jinak jugak. so, kelebihannya kita x perlu utk snorkeling kalau nk main dgn ikan. airnya pon jernih. kedalaman separas pinggang sy (tinggi saya 175cm), selamat la sket utk kanak-kanak kalau nk snorkeling utk pertama kali, dan senang jugak utk ibu bapa kawal kan? try mintak snorkeling gear pd tour guide tu. snorkeling gear mmg dh masuk dlm pakej. boleh rujuk 4 islands tour kat sini. http://ofadzlan.blogspot.com/2013/09/percutian-krabi-sahabat-selamanya-bhgn.html jenis ikan tu pon same dgn ikan2 di tmpt snorkeling dlm pakej phi phi island.

      pasal cuaca pulak, kalau nk ikotkan di krabi, november to april bukan musim monsoon dan air laut mmg tenang, tp skang ni bulan november pon masih kerap hujan di sana. in shaa Allah bulan disember nnt dh x hujan sgt dh kot. kalau cuaca terok sgt, mmg dorg akan kansel xtvt2 air. cik puan/cik tuan boleh jugak cek weather forecast. forecast utk 14 hari pon ada. http://www.theweathernetwork.com/14-day-weather-trend/thailand/krabi/krabi apa2 pon, selamat bercuti! =)

      Padam
  4. Salam, bro, awk pergi ke sana naik hape?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Sy pergi krabi naik flight air asia. Ade promo dulu. Pergi phi phi island naik speed boat dpd ao nang.

      Padam
  5. thanks untuk banyak info berguna

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2. blog bro pon bnyk tips yg berguna. syok kalau dapat join sekali. hihi

      Padam
  6. xpe ketggal pasport kat hotel?

    BalasPadam
    Balasan
    1. simpan dalam security box. saya menginap di Ao Nang Smile. setiap satu bilik dibekalkan dengan satu security box. lgpon Ao Nang Smile punyai prestasi yang baik. setiap perkara dalam dunia ni ada risikonya. tp kalau nk bawak passport sekali time buat aktiviti di luar, itu lagi berisiko. apa2 pon terpulang kepada saudara/saudari mengikut mana yang terbaik berdasarkan keadaan semasa dan keselesaan saudari/saudari. moga membantu. :)

      Padam
  7. Salam. sy nak tanya. Kat sane ada line telefon k? Internet?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di Phi Phi Island ada line telefon dan mobile cell phone. Nak senang lg, belila sim kad Thailand, telco AIS. Sebab signal AIS paling strong kat Phi Phi Island. Sim kad selalunya ada dijual di airport. Wireless internet pula ada disediakan di hotel-hotel, ada yg free ada yg berbayar. Internet cafe pon ada.

      Padam
  8. Salam. InsyaAllah saya akan ke Krabi pada 11 Feb ni..tp bawa baby 11 bulan? ok ke utk dia naik boat ke Phi Phi tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam. selalunya pada bulan 2, ombak di krabi tak besar sangat sebab bukan musim monsun. bot pon xde melantun teruk. nk tau keadaan semasa cuba tanya ejen yg jual tour tu. nak rasa konfiden lg, kalau x silap sy ada juga feri utk phi phi island tour dpd ao nang, Ao Nang Princess Ferry namanya. sekurang-kurangnya lagi besar la daripada boat laju dan x rase sangat la kesan ombak tu.

      Padam
  9. assalamualaikum bro..first time visit blog org yg pasang lagu traditional melayu..awsome..hihi btw sy n kengkawan satu ofis akan ke krabi insyaAllah bulan 5 ni..info sgt berguna ni..thanks ya..~meera

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi, pasang lagu tradisional baru naik dia punya feel.. ngeh3~. selamat bergembira di sana meera

      Padam
  10. Assalammualaikum
    Just nak tanya ke pakej nie sesuai tak bawa anak berumur 7 tahun...Tqvm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam cik puan.., itu bergantung kepada keputusan ejen yg jual pakej tu :)

      Padam
  11. assalammualaikum

    elephant trekking xde dalam u punye trip ke?
    sekadar bertanya

    BalasPadam
  12. waahhh teruja tgk pulau2 ni...cantiknyaaa....saya nak pergi sabtu 5/4/14 ni.hope semuanya berjalan lancar. sim kad sana brp harganya, boleh connect internet sekali kan??hehe terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak, x sempat nk balas sebelum cik pergi.. apa2 pon, mesti seronok kan di sana? hihi

      Padam
  13. As salam...boleh ke bukan penginap hotel ao nang smile beli pakej island hopping hotel ni...nampak mcm murah n menarik hargenya...tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam, harga tour di Ao Nang Smile Hotel memang yang paling murah setelah sy buat survey di sekitar Ao Nang. kalau bukan penginap hotel, cik cuba la tanya di sana. cuba deal dengan mereka mcm mana. dorang buat bisnes juga, xkan dorg xnk terima komisyen, xkn dorg xnk terima org nk beli. ;)

      Padam
  14. salam i nak xnyela..mcm mne nak dapatkan contect number tour guide disana?? or bulan bila yang sesuai untuk ke sana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam. saya takdela contact number tour guide kat sana. dan pasal season pula, saya sarankan pergi bulan mei. di krabi, musim high season ialah daripada november ke april. musim low season pula bulan mei ke october. masa high season ni kira season yg kering la, hujan pon x sgt, dan air laut pon tenang, x bergelora. musim low season pula ni musim monsun, musim hujan. sebab saya suggest pegi bulan mei, bulan ni kira waktu awal jela untuk masuk ke musim monsun tapi keadaan masih terkawal dan cantik. lgpon, harga tour dan harga sewa bilik hotel ni lagi murah dalam bulan low season. contohnya hotel yg sy menginap ketika di musim low season cuma RM60/malam tapi harga di musim high season RM140/malam. harap info ni dapat membantu ;)

      Padam
  15. assalam, saya nk tanya.. bas dari airport krabi ke ao nang tu beroperasi smpai jam berapa ya? saya nak ke sana insha Allah bulan feb tahun depan, ingt nk ke ao nang dari airport naik bas je, murah sikit. jualan tiket bas tu kat airport je kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam. tak sure la bas drpd airport krabi ke ao nang beroperasi sampai jam berapa. ya kalau naik bas murah, 150 baht seorang. tiket bas dijual dalam aiport kat balai ketibaan. memang ada kaunternya. selepas ambil beg, kalau jalan keluar dpd tempat ambil beg tu mmg akan jumpa kaunter tiket tu. minta tiket bas nak ke ao nang. kalau teksi, sebuah 600 baht. kalau dtg berempat boleh la naik teksi, 150 baht x 4 orang = 600 baht. lg selesa dan cepat.

      Padam
    2. sy nk tnye, berapa harga utk pakej snorkeling tu yer? sy nk ke krabi 19/8/2014 ni

      Padam
    3. harga snorkeling tu 950 baht. sy book dgn hotel yg sy menginap iaitu Ao Nang Smile. Sori ya lambat reply, laptop rosak..

      Padam
  16. salam nk tanya, saya nk g krabi bulan feb thn depan.. package untuk musim peak session kena pre book awal2 ke?or blh je g sana cri sana cri sendiri..thanks..

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam. boleh je cari sendiri kat sana. ada bnyk travel agent kat sane yg tawarkan pelbagai pakej. lg better pergi cari kat sane sbb kite boleh bilih dpd bnyk2 travel agent tu dn boleh tawar-menawar.

      Padam
  17. Assalammualaikum..
    sy ingin bertanya.. jaket keselamatan snorkeling area krabi tu agak2 saiz besar x?
    kot2 la perasan org yg berbadan besar snorkeling sana..
    hihihi.. klau x muat xleh g snorkeling. :(

    BalasPadam
  18. Maaf Tuan Rumah - Saya Tumpang Iklan..
    Pakej Krabi - Bulan 5 Low Season
    Dewasa RM400/Pax
    Kanak2 - RM300/Pax
    Bawah 3 tahun Free -

    Utk maklumat lanjut- sila Whatapp to 0174370095
    Pakej Termasuk:
    1) 3 hari 2 malam Pengangkutan Van Super Coach
    2) Lawatan ke Gua Khaokab
    3)Makan di Restoran Terapung Krabi
    4) Pakej Snorkellling 4 Pulau
    5)Membeli Belah di Krabi Night Market
    6) Krabi Outlets
    7) Emerald pool kolam air panas
    8) Shopping di danok
    9) insuran perjalanan disediakan

    Berkumpul di Bukit Kayu Hitam, Kedah- tarikh atas permintaan peserta

    Thanks
    Barracudass Tour - Budget Travel
    0174370095




    BalasPadam
  19. Termasuk 2 malam menginap di Hotel 2 @ 3 bintang

    - Barracudass Tour
    0174370095

    BalasPadam
  20. hurm.... x sabar rase nak pg ke krabi bulan mei ni, saya stay di pranang floral house hotel.. tgk map pown dalam 800 meter jerw nak ke bersenang2 thai food.. btw banyak tips2 yg saya dapat dr blog nie... Mmg terbaik la....

    BalasPadam
  21. Salam awk, bulan 6 kat sane hujan teruk tak?

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum, Fadzlan nak tanye...
    kalau menginap kt Phi Phi Island, kat sane ade tak pakej untuk island tour tu kalau tak nak ambik dari aonang..

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum. Saya nak tanya sikit. Inshaallah dalam bulan 3 tahun depan saya akan ke Krabi tapi nak taya kenapa Ao Nang Smile hotel tu dah takda eh kat booking online tu seperti agoda dan booking.com .
    tqvm

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    BalasPadam