Jemput Sertai Blog Saya ;)

Jumaat, 27 September 2013

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 7: Restoren Thai Food Bersenang-Senang. Halal, Selesa, Bajet, dan Sedap!

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 1: Persiapan Sebelum Krabi

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 2: Ketibaan di Aiport dan Ao Nang

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 3: Sunset di Ao Nang dan Private Beach

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 4: Review mengenai Hotel Ao Nang Smile, Krabi, Thailand.

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 5: Four Islands Tour

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 6: Phi Phi Island Tour

Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 8: Penutup dan Bajet 4 hari 3 malam.


Semasa di Ao Nang, Krabi, Thailand kami dah survey beberapa restoren halal terutamanya dari segi harga. Hasil tinjauan kami ada la beberapa restoren halal yang berbajet dalam 65 baht ke 120 baht satu hidangan, dan ada juga restoren halal yang lagi mahal harganya dalam lingkungan 120 baht keatas untuk satu hidangan. 

Setelah membuat tinjauan, restoren halal yang amat terbaik bagi kami ialah Restoren Thai Food Bersenang-Senang kerana harganya yang murah mcm standard harga makanan gerai bergerak di tepi jalan di Ao Nang iaitu dalam lingkungan 65 baht ke 120 baht untuk satu hidangan, tapi hakikatnya ini ialah sebuah restoren yang mempunyai bahagian berhawa dingin dan bahagian luar. Selain tu, rasa makanan dia sedap dan tidak mengecewakan. Harga makanan yang ditawarkan pula mmg standard harga yang paling murah di Thailand. Masa yang diambil pula untuk menyediakan hidangan tidak terlalu lama. Selain tu, restoren ni dimiliki oleh orang Islam berbangsa Melayu Pattani. Memang waiter dia fasih cakap melayu.

Hotel ni terletak bersebelahan dengan hotel yang kami diami iaitu Hotel Ao Nang Smile. Memang selama 4 hari 3 malam, kami selalu makan di restoren ni je. Jarang tak singgah sini kecuali masa mula-mula kami ingin cuba restoren halal yang bajet murah dan gerai-gerai halal di tepi jalan, tapi last-last, kami pilih restoren ni jugak. Memang terbaik !


Antara menu yang kami pesan. Masing-masing kata perut lapar, macam-macam pesan. Dia pon dah excited. Memang kegemaran dia makanan Thai.

Kalau berminat, boleh la lihat senarai menu dan harga yang ditawarkan di restoren ni. Murah-murah! Kebanyakan satu hidangan tu berserta dengan nasi dan lauk sekali. Harga serendah 65 baht untuk satu hidangan, iaitu dalam lingkungan RM6.50 ke RM7.00. Harga macam ni paling murah kat Thailand tau. Jangan banding dengan harga makanan kat Malaysia. Anda di Thailand. Hihi.


Macam-macam ada~

Ada sekali dgn gambar kalau tak tau menu tu macam mana.

Minumam jus. minumam sejuk dan panas pon ada. Harganya memang boleh kata murah la tu. Kalau kat restoren lain yang bukan standard bajet, ada la dalam 120 baht segelas.

Berikut pula merupakan antara hidangan yang kami pesan semasa kami makan di restoren ni. Kebanyakan hidangan ni, anda diberi pilihan nak lauk apa, seperti ayam, udang, atau sotong.  

Hidangan yang depan ni nama dia Massa Man Curry, iaitu ayam yang dimasak dengan herba dan kari Thai. Cuma berharga 65 baht.

 
Original Thai Black Pepper with Chicken, juga berharga 65 baht

Pad Thai, 65 baht. Dorang buat tak pedas. Tapi dorang kasi cili dan gula dalam peket tu kalau nk tambah rasa lagi.

Tu diaa. Dua dua kata lapar, order macam-macam. Nafsu gajah! Thai Red Curry 65 baht, Thai Green Curry 65 baht, Stir Fried Spicy Basil 65 baht, Thai Tom Yum Soup 80 baht, Apple Shake 35 baht, and Air Kelapa 35 baht. Semuanya 345 Baht untuk menu yang sebanyak ni, dalam lingkungan RM35. . Kalau kat restoren halal lain kat Ao Nang, kalau macam ni, ada la nk dekat 50 ke100 ringgit untuk semua ni, tapi tidak di restoren ni !

Pesan banyak-banyak, perut lapar la konon. Last-last aku yang kena banyak habiskan. Ceh. :p Hihi

 Laluan ke Restoren Thai Food Bersenang-Senang


Berdasarkan peta di atas, terdapat dua jalan utama yang dapat dilihat. Laluan utama yang pertama ialah berdekatan bulatan oren (McDonald). Laluan ini membawa anda daripada lapangan terbang Krabi dan bandar Krabi. Laluan utama yang kedua pula ialah yang berdekatan bulatan biru tua (Ao Nang Beach). Laluan ini akan membawa anda ke Nopparat Thara Beach dan Klong Muang Beach. Di hadapan Ao Nang Beach ni terdapat deretan-deretan kedai yang menjual pelbagai barangan dan perkhidmatan. Manakala restoren yang best ni, Restoren Thai Food Bersenang-Senang bertanda bulatan merah. Restoren ni terletak berhampiran Ao Nang Smile Hotel (bulatan hijau) dan J hotel (biru muda). Lagi, deretan kedai yang menempatkan restoren ni terletak bersebelahan laluan masuk (laluan ungu) ke Krabi Tipa Resort (bulatan ungu).

Di laluan utama yang menghubungkan anda dengan Krabi Airport dan bandar Krabi, ada diletakkan signboard Ao Nang Smile Hotel. Perhatikan sign board ini supaya senang untuk restoren yang best ni sebab restoren ni terletak berhampiran dengan Ao Nang Smile Hotel.

Sebelum sampai ke signboard Ao Nang Smile Hotel dan restoren ini, anda akan berjumpa McDonald dan 7Eleven di sebelah kanan anda jika anda melalui laluan daripada aiport dan bandar Krabi. Senang nak spot, sebab tinggi ha tiang singboard dia. :)
 Untuk memudahkan lagi pencarian dan pengecaman ada, bolehlah lihat gambar-gambar keadaan restoren ni kat foursquare. Klik link bawah ni.



Selain restoren ni, ada jugak gerai tepi jalan dan restoren halal lain yang kami cuba, tapi yang ni la yang terbaik. Kepada Muslim yang ingin berkunjung ke Ao Nang dan memilih untuk makan di restoren halal yang bajet murah tapi sedap, try la restoren ni. Kepada pemilik kedai kalau terbaca entri ni, kalau kami datang lagi boleh la kasi diskaun eh? hihihi.

Nantikan entri seterusnya mengenai penutup dan bajet 4 hari 3 malam.

Entri seterusnya 
Percutian Krabi, Sahabat Selamanya. Bhgn 8: Penutup dan Bajet 4 hari 3 malam.

40 ulasan:

  1. Mmg best la baca suma entry pasal krabi. Target ke sana nov2014.

    BalasPadam
  2. ya. book flight air asia awal2. kena selalu cek promo dia

    BalasPadam
  3. restoren ni dekat x ngan J Hotel?

    BalasPadam
  4. dekat. jalan kaki x sampai 5 minit.kalau kluar dpd lorong J hotel tu, belok kanan ada kedai komputer. restoren tu sebelah kedai komputer ni.

    BalasPadam
  5. woohoo! bile bace sume entry rase exited gile nak gi sane. banyak dapat info. tQ so much for the entries. insyaAllah it can help me during my journey next week.

    BalasPadam
  6. memang byk membantu bila baca sume entry..TQ for info...InnShaAllah Jan 2014 nak pergi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama. pergi, jgn x pergi. time bulan januari air laut dia tenang, lagi bes! :D

      Padam
    2. hotel smile penuh semasa booking...so try Irish rover..harap2 ok la....

      Padam
    3. tahu kan irish rover bersambung sekali dgn pub? kalau rasa ok, ok la. Aonang Goodwill Hotel dh cek? J hotel dh cek?

      Padam
  7. Jumlah duit yg selamat dibawak utk 4d2n? Sy sewa banglo.. berlima.. cumq nk tahu bajet utk semua aktiviti n mkn serta shopping..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pergi 4 hari 3 mlm. bajet yang kami berdua bawa total up, 6000baht tidak termasuk kos penginapan. daripada 6000baht ni, kami belanja untuk pakej 4 islands tour (450baht/seorang) dan phi phi island tour (950baht/seorang), belanja makan (kami makan di restoren murah yg saya tulis kat entri ni dan gerai pancake tepi jalan), shopping pulak daripada 6000baht, 12 helai tshirt berharga 150baht dibeli, tiket bas ke Ao Nang daripada Krabi Airport (150baht/seorang), dan tambang teksi ke Airport daripada hotel (500baht/teksi). Perbelanjaan emergensi ada la dalam 250baht. Daripada semua ni, ada lebihan 700baht lagi. Daripada sini mungkin anda boleh agak berapa bajet yang anda boleh bawa.

      lagi satu, harga tour berbeza dari setiap ejen dengan ejen yg lain. Saya survey harga tour di kedai2 berhadapan pantai Ao Nang semuanya mahal, sampaikan phi phi island tour ada yang sampai 2000baht/seorang walhal saya boleh dapat yg murah dengan tempat yg saya menginap iaitu 950baht/seorang dan kedua-duanya menawarkan pakej dan perkhidmatan yg sama. So, sampai sana nanti, survey elok2 ya harga.

      Padam
  8. Terima kasih sbb bagitau tentang restoran ni..
    Akak dan keluarga...InsyaAllah nak gi sana hujung minggu ni.
    Semoga dipermudahkan dan berjalan dgn sebaiknya. Amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama. semoga semuanya selamat dan selamat bercuti..

      Padam
  9. salam
    ada hotel lain yg boleh di cadangkan tak? Hotel aonang smile penuh dah :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada. cuba tgk Ao Nang Goodwill, The Verandah, dan J Hotel

      Padam
  10. mcm best je restaurant tu..sye dan hubby da booked flight n hotel ke krabi.insyaAllah,may 2014 kami ke sane...excited!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat ber-holiday bersama hubby tercinta.. :)

      Padam
  11. Salam bro, boleh kasi location sebenar restaurant ni tak? google maps agak kurang accurate. Akan ke Krabi ahad ni dah tinggal di Phu Pha Ao Nang Resort. Struggle untuk carik location sebenar ke restaurant ini dari penginapan kami

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam. untuk cik tuan, sy dh update entri ni, sy tulis pasal panduan untuk ke restoren ni. harap2 dapat la membantu dengan penambahan tu. :)

      Padam
  12. sy berada di aonang. smalm mkn di bersenang. lgpn sy stay di J hotel. tp...masa sy g.. dorng dh tutup dgn solitip tanda halal pd signboard beso n signboard2 kecik dorng. pekerja pn xde yg brtudung. malah ada yg x paham sgt ckp ingris... melayu jauh skali. ada sorng pkerj lelaki je ckp klntan sikit2. sy meragui... adakah bersenang2 dh tukar owner bukan muslim?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya ka.. masa sy pergi mmg pekerja pakai tudung, dan fasih cakap melayu. siap interview pekerja lg. xtaula kalau dorg dh tukar owner ke ape ke.

      Padam
  13. kt area kdai mkn awk mkn tu.. hotel ape lagi ade slain tu?? yg sesuai tuk org honeymoon

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya cadangkan Krabi Tipa Resort. memang dekat dgn kedai sy makan tu dn dekat dgn pantai ao nang dan pusat tumpuan.

      Padam
    2. ataupon cik boleh cuba cek di booking.com. Di booking.com ada peta taburan-taburan hotel di Ao Nang. Krabi Tipa Resort dn Ao Nang Smile memang terletak berdekatan dgn kedai makan tu. So, cik tgklah hotel2 yg berdekatan dlm map tu. setiap hotel ada sediakan gambar jugak, cik boleh pilih ikut mana yang cik berkenan untuk berhoneymoon.. :)

      Padam
  14. Kalau sy bwk duit blnje 9000baht ckup x 4ari 3mlm.. hotel sume dh book..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat-sangat lah cukup. kami hanya bawa 6000baht je dan itu utk perbelanjaan 2 orang yang merangkumi segala makan minum, shopping, bas ke ao nang, teksi ke airport, dan segala aktiviti yang kami lakukan di krabi. so, kalau cik peruntukkan perbelanjaan 9000baht utk seorang, memang sangat-sangatlah cukup..:)

      Padam
  15. Seronoknyeee udah sampai aonang smile.. thanks for ur useful info! Ptg nanti bleh cari restoran bersenang senang lak! Harga hotel berbaloi2! Luas.. ada wifi...cuma xde lif.. heheh..tp.... mmg ok sgt2! Lokasi bhampiran kedai makan.. nak ke pantai.. jln pun boleh!

    BalasPadam
  16. Pengalaman pi night market krabi.. kalo nk beli brg2 souvenir...kat night market ni mmg murah...tp hanya ada pd hari jumaat, sabtu n ahad kul 6-9.30.. kalo nk pi..bleh la amik tuk2 ok amik pakej yg bleh offer utk trip pi night market sekali...
    Pakej2 lain.. kena pandai tawar menawar... susun la jadual utk ke pulau...utk santai2. Or lbh adventurous..pilih pakej kayaking..water rafting...flying fox..elephabt trekking..yg penting..check budget.. suai padankan! Enjoy d trip!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elephant trekking.. heheh. Silap eja..pelik lak bunyinye..

      Padam
  17. Fadzlan Omar, nak tny awk beli ngn tour mne pakej ke 4 island & phi phi island tu?

    BalasPadam
  18. Info yg sgt2 membantu....tkasih...x de aral melintang nak ke krabi tgh bln ni...nak tanya...kalo cuaca mendung / hujan kjp2....hoping island xtvt tu on tak...

    BalasPadam
  19. Kalau stay kat La Venice on the beach hotel dkt tk nk ke Restoran ni? Tqvm saudara..

    BalasPadam
  20. info yg menarik... hurm kedai makan nie dkat x dengan pranang flora house hotel, sbb travel i ke krabi bulan mei nie

    BalasPadam
  21. Best bc dr awal smpi akhir..esok sy plak nak p krabi..tp naik bus..rombongan cik kiah..hihihi

    BalasPadam
  22. Tkasih banyak share info ttg krabi...tadi cari thai restro bersenang2 tu, tak jumpa, rupanya dah tukar nama..'cucumber kitchen' Mmg sedap dan servis cepat!

    BalasPadam
  23. Tkasih banyak share info ttg krabi...tadi cari thai restro bersenang2 tu, tak jumpa, rupanya dah tukar nama..'cucumber kitchen' Mmg sedap dan servis cepat!

    BalasPadam
  24. Saya plan nak pegi raya ni ke krabi. X tahu la kedai mknn halal buke ke tak. Hotel phu pi maan jumpa x masa kat sana. Nampak ok x hotel tu. Nanti email di rohana.athmad@gmail.com. Ada byk soalan lg nak tny. Thx

    BalasPadam